Sunday, October 6, 2013

TUNTUTAN-TUNTUTAN DARI BEKAS SUAMI

Lama benar saya tak update post saya di sini. Selama kehilangan saya , Alhamdulillah saya sedang menjalani kehidupan yang sangat bahagia bersama keluarga tercinta.

Namun dalam kebahagiaan itu, bekas suami saya masih belum puas hati. Tiga tuntutan telah dibuat bermula dengan tuntutan hadhanah, diikuti tuntutan harta saya sebagai harta sepencarian (harta dia, dia sembunyikan) dan terbaru tuntutan mengurangkan kadar nafkah.

Dua tuntutan darinya sebelum ini saya pakai peguam. Tuntutan ketiga, saya nak jadi peguam sendiri. Banyak kejahatan yang bekas suami dan isterinya lakukan tapi Alhamdulillah berkat kasih sayang dan sokongan suami , kami akan lalui semua ini bersama dan selesaikan tuntutan ini dengan segera. Bagi tuntutan harta sepencarian, saya buat tuntutan balas ke atas harta bekas suami yang saya lebih layak.Tak tahu apa gelaran yang wajar diberi pada seorang lelaki yang sanggup tuntut harta bekas isterinya yang satu sen pun dia tak sumbangkan.Tambahan pula...rumah dan kereta yang nak dituntut adalah tempat perlindungan tiga orang anak.

Tentang nafkah yang hendak dikurangkan, dia kata dia tak cukup nak bagi makan isteri dia yang tak bekerja ( lepas dia tahu isteri dia GRO, isteri dia diminta berhenti kerja) dan seorang anak. Agaknya cukup tak saya nak bagi makan tiga orang anak?

Dua minggu lagi prosiding tuntutan harta sepencarian akan bermula dan saya percaya Allah bersama saya.

No comments: