Penat betul melayan orang macam ni. Dalam minggu lepas dapat surat dari lawyer dia pasal dia nak tuntut harta saya pulak. Esok 18 Jun saya sepatutnya berada di Mahkamah tapi saya rasa saya tak berminat nak melayan tuntutan macam ni. Hak saya ke atas harta dia lebih lagi kerana saya menyumbang hampir 99% perabut rumah, 70% makan, pakai, sewa rumah , penjagaan anak, belanja percutian dan sebagainya. Belum lagi mengandungkan tiga anak, buat kerja dari 4,30 pagi sampai 12.30 malam. Tuntutan dia memberi peluang saya membuat tuntutan balas.
Memang saya terpaksa banyak keluar belanja untuk peguam tapi seperti yang saya kata...wang ini semua dari hasil pemberian nafkah bekas suami saya pada anak2. Saya guna duit dia sendiri untuk lawan dia. Anak2 pulak makan dari rezeki titik peluh saya sendiri. Allah Maha Mengetahui. Saya yakin saya di pihak yang benar dan hati saya bersih pada mulanya untuk tidak menuntut apa2. Mungkin ini yang Allah SWT ingin saya buat. Menuntut hak saya sebagai seorang isteri yang kini dianiaya oleh bekas suami saya sendiri.
This blog is specially dedicated to everyone that has been in my life, all the way through my bad times and good times, to support and to love me just the way I am.My love to each and everyone of you and our stories are my inspiration to be shared by others.
Monday, June 18, 2012
ISTERI BEKAS SUAMI SAYA SEORANG GRO RUPANYA
Jika sebelum ini andaian saya bahawa isteri my EX seorang anak dara tua....rupa2nya saya tersilap. Allah Taala ingin menjawab kesombongan bekas suami saya dengan mendedahkan sesuatu yang di luar jangkaan saya. Jika sebelum ini saya menjangkakan bahawa perempuan ini pasti bukan perempuan yang baik kerana
Allah
S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan
lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk
lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”
(an-Nur’:26)
Nampaknya jangkaan saya tepat sekali.
Suatu hari di tempat kerja, saya sedang membuat kerja saya tanpa menggunakan internet (tetapi di sekolah memang ada wireless ) . Tiba2 terbuka di depan saya beberapa pencarian. Saya pun pelik...apa benda ni tiba2 muncul depan saya. Saya pun baca dan terperanjat.Nama isteri my Ex terpampang dengan jelas. Saya buka setiap satu carian tersebut. Isteri bekas suami saya ada sejarah hitam yang tercatat di semua akhbar di Malaysia. Dia seorang janda, mempunyai teman lelaki Benggali yang sudah beristeri.Telah mengadakan hubungan seks dengan lelaki ini. Seorang bekas GRO yang kemudian bekerja di sebuah hotel. Teman lelakinya telah membunuh anaknya yang berusia 3 tahun kononnya cuba mengubati anaknya yang kononnya di sihir bekas suaminya.
Saya tidak ada sebab untuk menolak sesuatu yang Allah tunjukkan tetapi sebagai mengelak dari fitnah, saya akhirnya membuat penyiasatan bagi mencari bukti....no kad pengenalannya tepat menunjukkan beberapa perkara lain yang tidak saya sangka.
Akhirnya kepelikan saya tentang beberapa perkara terjawab..Terngiang2 kata2 anak2 dan rakan serta jiran2.
Ibu kerja kat HSBC bank. Ibu kerja dari 11 pagi sampai 11 malam. Ibu tak solat. Ibu pakai seksi kat rumah. Ibu make up kat rumah. Menurut kawan2 saya, dia jual karipap ,itu dan ini.
Rupanya dia hanya ambil Diploma in Kaunseling dr UKM pada tahun 2010 saja. Boleh ke kerja di HSBC bank dengan kelulusan itu? Bank apa buka dr pukul 11 pagi sampai 11 malam. Dia juga pernah meletakkan status sebagai eksekutif di HSBC bank di LINKEDIN.
Saya malas nak komen apa2 lagi. Allah Taala lebih mengetahui. Saya boleh saja mendedahkan semua bukti dan mengeluarkan message sombong dan penghinaannya terhadap saya tapi semua itu hanya akan mengaibkan dia saja.Sikit-sikit tu boleh saya konsikan Dan saya memang tahu...dia takkan sedar pun . DATANGLAH SERIBU BALASAN DARI ALLAH PUN ....DIA TAKKAN SEDAR PUN.Orang seperti ni payah mengaku kesilapan sendiri.
Dari surat nikah dia pulak yang saya terima dari pembelaan peguam...mendapati bapa mentuanya (bapa isterinya) tinggal di Penjara Terengganu. Umur bapa dia dah 66 tahun.Tinggal macam mana saya pun tak tahu lah. Takkan kerja lagi kut dalam usia macam ni. Takkan tak ada alamat rumah kut sampai terpaksa letak alamat : Penjara Marang Terengganu . Wallahua'lam No komen
Pendedahan ini bukan untuk mengaib sesiapa tetapi sekadar menunjukkan bahawa Allah ini Maha Adil.
Bacalah message2 sombong dan penghinaan serta fitnah dari dia yang dihantar 8 bulan setelah perkahwinannya.
![]() |
Nak terkilan apa lagi....kejap kata saya curang, kejap kata 'antara kita tak ada masalah besar pun' Kalau nak menutup kesalahan sendiri , ada kalanya kebenaran muncul juga dari mulut sendiri |
![]() |
Untuk makluman, saya terminate nama saya dalam myjodoh bulan November. Apa dia buat menyiasat hal saya sedangkan dia sudah berkahwin pada bulan April. |
![]() |
Sebelum ni cakap kami tak ada masalah besar kecuali saya tak suka famili dia. Sekarang cakap kata curang pulak. Nak tutup kesalhan sendiri memang senang. |
![]() |
Masa ni saya tak tahu lagi apa status isteri dia dan tak tanya pun. |
PENYAKIT MISTERI MY EX
Cuti
sekolah bulan Jun yang lepas, saya tertunggu tunggu sekiranya bekas
suami saya yang sibuk memfitnah saya kononnya saya cuba memisahkan dia
dengan anak2 akan meminta untuk mengambil anak2. Bila saya cuba hubungi
dia, langsung dimatikan telefon. Lalu saya hubungi bekas ibu
mertua saya bertanya bila dia hendak ambil anak2. Jawapan dari bekas
mertua, dia tidak tahu. Akhirnya ketika saya hubungi rakan2, terbuka
cerita yang bekas suami saya sejak sebulan yang lalu hanya memakai
topeng kemana2. Pelik juga saya sebab selama hidup dengan saya dia tak
pernah sakit yang teruk pun. Akhirnya saya hubungi bekas mertua sekali
lagi. Kali ini saya diberitahu dia kena penyakit yang berbahaya yang
berjangkit. Entah lah penyakit apa sampai kena pakai topeng. Terfikir
juga saya...kena AIDS ke sebab isteri dia kan pernah atau masih jadi GRO
. Layan macam2 lelaki. Anyhow AIDS tak berjangkit kalau bersentuhan.
Melainkan sistem immune dia lemah sehingga perlu pakai topeng.
Wallahua'lam.
PEREBUTAN ANAK DI MAHKAMAH
Maaf kerana berdiam diri untuk
seketika dan terima kasih kepada mereka yang mencari saya di facebook.
Bagi yang tertanya-tanya perkembangan terbaru saya dan cerita terbaru,
antaranya
Sebagai
membalas tuntutan hadhanah (penjagaan kekal) terhadap anak-anak yang
difailkan oleh bekas suami, saya telah bertindak menggaji seorang
peguam untuk mengurus kes saya. Memang kosnya sangat tinggi tetapi saya
anggap bekas suami saya yang membayar kos itu sendiri kerana saya
gunakan setiap sen wang nafkah anak2 yang diberikannya untuk menampung
kos ini. Buat masa ini saya menanggung seratus peratus nafkah anak2 dari
wang saya dan saya sangat gembira kerana saya percaya Allah SWT akan
menggandakan rezeki saya kerana memberi makan tiga orang anak dari hasil
titik peluh saya sendiri. Biarlah bekas suami saya lawan kes tu dengan
duit dia sendiri. Yang dia tak sedar dia bayar lawyer dia dan lawyer
saya.
Setelah
dua kali pembelaan dijawab...dari pihak saya dan dia.Dari pihak dia,
dia memfitnah saya tak bagi makan anak-anak, tak jaga kesihatan anak2,
tak bagi didikan agama anak2....sudah saya jawab dan dari pihak dia, dia
juga telah memberi jawapan dan bukti yang menjeratnya semula...Dengar
kata mereka (pihak dia dan lawyernya) ingin beri proposal menyerahkan
anak2 kepada saya dengan bersyarat. Sampai sekarang...proposal yang di
katakan hanya omong-omong kosong semata. Terus terang, baik saya mahupun
peguam saya langsung tak nak percaya kata-kata EX saya..mahupun
peguamnya. Saya masih lagi belum mengemukakan sebarang bukti lagi..Once I
did that , betapa saya harapkan seluruh ahli keluarganya ada untuk
mendengar satu kebenaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)