Sunday, October 7, 2012

MAJLIS PERTUNANGAN SAYA PADA 16 MARCH 2012

Akhirnya hubungan kami melangkah setapak lagi . Majlis Pertunangan kami sempurna dilaksanakan pada hari yang sama adik bongsu saya di nikahkan. Kini kami hanya menanti saat bahagia untuk disatukan pada tarikh 12.12.12 nanti . Doa yang tidak putus dari kami berdua SEMOGA KAMI MENJADI SUAMI ISTERI SOLEH /SOLEHA PENUH DENGAN KASIH SAYANG DAN CINTA, KEKAL BAHAGIA SELAMANYA . AMIN

Jika pada perkahwinan yang pertama...saya menjangkakan ianya akan kekal selama 2 tahun sahaja. Kali ini hati saya mengatakan ianya akan kekal  bahagia hingga selamanya. Semoga kami diberi kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan bersama . Sebagai manusia kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan semuanya.Kami hanya mampu mendoakan sebaik-baiknya. Apa yang pasti hubungan ini mendapat restu dari Allah kerana ianya di doakan disetiap tempat mustajab di Tanah Suci Mekah. Ketika post ini di tulis, buah hati pengarang jantung hati saya ini sedang berada di Madinah AlMukarramah menjalani ibadah haji. Dia seorang jurutera melayu Warga Australia yang membantu rakan2nya membawa jemaah haji dari sana setiap tahun . Jika tiada aral melintang dan dengan izin Allah, saya akan menjadi tetamu Allah sekali lagi bersama suami pada tahun hadapan. Doakan yang terbaik buat kami berdua. Buat masa ini, orangnya saya rahsiakan dulu.



Hadiah Hari Lahir Yang Sangat saya Hargai

Buah hati datang dengan hadiah yang tidak pernah saya harapkan. kehadiran dia dalam hidup saya sudah cukup bermakna. Dia insan yang saya cintai dengan sepenuh hati.Hadiah seutas gelang PANDORA berharga RM5 ribu dan sebuah beg tangan cukup memberi erti kepada saya. Paling saya hargai kepayahannya terbang berjam2 hanya untuk menjadikan hari lahir saya begitu bermakna . Syukur kepada Allah kerana menghadiahkan seorang insan yang saya harapkan sangat kehadirannya dalam hidup saya. Thank You Allah.






Saturday, October 6, 2012

Surprised Birthday party Untuk Saya

Tanggal 3 February 2012.....buah hati saya terbang dari jauh untuk menyambut Hari Lahir saya. Doa saya supaya Insan ini kembali dalam hidup saya termakbul. Allah tidak pernah mungkir janji.

Sambutan Hari Lahir saya lebih manis apabila Si Dia merancangnya dengan baik sekali dengan menjemput beberapa rakan karib saya untuk meraikannya. Thank You Sayang.