Monday, June 18, 2012

MY EX NAK TUNTUT HARTA SEPENCARIAN PULAK

Penat betul melayan orang macam ni. Dalam minggu lepas dapat surat dari lawyer dia pasal dia nak tuntut harta saya pulak. Esok  18 Jun saya sepatutnya berada di Mahkamah tapi saya rasa saya tak berminat nak melayan tuntutan macam ni. Hak saya ke atas harta dia lebih lagi kerana saya menyumbang hampir 99% perabut rumah, 70% makan, pakai, sewa rumah , penjagaan anak, belanja percutian dan sebagainya. Belum lagi mengandungkan tiga anak, buat kerja dari 4,30 pagi sampai 12.30 malam. Tuntutan dia memberi peluang saya membuat tuntutan balas.

Memang saya terpaksa banyak keluar belanja untuk peguam tapi seperti yang saya kata...wang ini semua dari hasil pemberian nafkah bekas suami saya pada anak2. Saya guna duit dia sendiri untuk lawan dia. Anak2 pulak makan dari rezeki titik peluh saya sendiri. Allah Maha Mengetahui. Saya yakin saya di pihak yang benar dan hati saya bersih pada mulanya untuk tidak menuntut apa2. Mungkin ini yang Allah SWT ingin saya buat. Menuntut hak saya sebagai seorang isteri yang kini dianiaya oleh bekas suami saya sendiri.

No comments: