Monday, February 27, 2012

KISAH SULH 6 DISEMBER 2011

Bekas suami memfailkan sulh dan saya diminta hadir pada 6 Disember 2011 di Mahkamah. Sulh kali ini adalah tuntutan hadhanah di mana dia ingin menuntut ketiga-tiga anak saya. Persoalan sama ada dia mampu untuk menjaga ketiga-tiganya....tak perlulah saya jawab. Jawapannya sudah cukup jelas dan terang.

Dipendekkan cerita, dalam bilik sulh, pegawai sulh menceritakan serba sedikit tujuan dan apa tuntuan yang di buat. Panjang lebar huraiannya. Saya memang boring dengar orang membebel ni tapi saya sabarkan hati. Pegawai sulh ini  maklumkan juga dia ni adakalanya adalah juga hakim.Muda lagi pegawai ni. Dari percakapan pegawai ini, saya tahu ilmu dia ni tak banyak mana dan dia sangat 'bias' . Terus terang saya hilang hormat pada pegawai ini tapi saya diamkan saja . Dalam hati saya cakap, " Bila kau nak berhenti bebel ni dan bila lagi nak mula ni?"

Alhamdulillah ...akhirnya bermula lah sesi,......Pegawai sulh mulakan dengan menyoal bekas suami saya. Nama dia, nama isteri dia. Umur dia dan isteri dia . Dia cakap umur isteri dia 38 tahun. Masa umur isteri dia ni dia berkira2 dan saya tahu jawapan dia tentang umur isteri dia tu silap. Lepas tu , dia ditanya tentang umur anak2 dia dan tarikh lahir anak2 dia. Kali ini dia buat kesilapan lagi dan saya cuba betulkan kesilapan itu tetapi saya di marahi oleh pegawai sulh. Dari air muka pegawai ni saya tahu dia ingat saya di pihak yang salah. Seterusnya pegawai itu tanya lagi sama ada sebelum ini kami pernah melalui proses kaunseling atau tidak. Ex saya cakap "ya". Saya betulkan kenyataan itu dengan 'tidak'. Sebab...memang kami tidak pernah pergi kaunseling sebab ex saya tak mahu biar pun sudah beberapa kali saya pujuk dia. Dia takut keburukan dia orang tahu. Sekali lagi saya di beri amaran oleh pegawai sulh. Apa salah saya?.....takkan betulkan tarikh lahir dan umur anak serta betulkan beberapa pernyataan di kira salah.

Oh ya....mereka kawin dalam bulan April. Yang saya tak faham , dalam bulan Mac, dia ingatkan saya supaya memperbaharui lesen saya. Dalam bulan Mei, masa saya nak hantar anak....dia tanya saya, "Awak nak pergi mana? Awak nak pergi dengan siapa?" Soalannya saya tak jawab pun. Perlukah saya jawab...? 

Dalam kenyataannya pada pegawai sulh , dia cakap saya tak bagi dia jumpa anak, dia rindukan anak. Masa ni pegawai sulh mula bebel balik, menyalahkan saya lah tu. Bagi saya, kalau nak bebel pun , dengarlah saya cakap dulu, baru buat kesimpulan...then kalau nak bebel sampai esok pagi pun saya tak kisah. Dalam bebel tu, saya sempat mencelah, "kalau ada penderaan berlaku bagaimana?" Kali ni pegawai tu terdiam kejap dan bagi point dia. 

Akhirnya...saya hilang sabar. Saya tanya pegawai tu, " Tuan, bila pulak masanya saya nak bercakap , tak sabar dah ni ."

Akhirnya lagi.....hehe, saya pun dapat peluang bercakap.

Saya mulakan cerita saya dengan  permulaan bagaimana saya bercerai. Saya ceritakan juga saya adalah mangsa penderaan bekas suami.  Selepas dari itu saya ceritakan bahawa dari tarikh saya meninggalkan rumah saya , setiap kali cuti saya akan hantar anak ke rumah bekas suami atau pun minta bekas suami ambil anak di Sungai Petani. Tidak pernah sekali pun saya tidak hantar anak. Kalau seminggu cuti, seminggulah anak berada bersama dia, kalau sebulan cuti, sebulanlah dia dapat anak.

Belum saja saya habis cakap....dia menyampuk dengan suara yang tinggi, "habis tu awak pergi mana?"

Jawap saya,..." saya hantar anak kan? Anak tak ada dengan saya jadi saya pergilah berjalan. Bila anak bersama saya macam sekarang, kami pergilah berjalan bersama2"

Dia membalas lagi dengan suara yang tinggi " Awak pergi mana? Awak pergi China, lepas tu pergi Cambodia. " 

Saya tanya pegawai sulh, " Ini isu apa ni ? Isu saya tak hantar anak atau isu saya pergi berjalan?"  

Jawab pegawai itu, " Baguslah pergi berjalan. Boleh rehat-rehat tenangkan fikiran."


 Saya 'sound' pegawai sulh tu, " u ni bias. Tadi saya mencelah u marah. Dia ni (bekas suami)  asyik menyampuk dari tadi , you tak kata apa pun."

Pegawai tu nyata rasa bersalah.


Saya sambung cerita saya hinggalah sampai kepada anak2 di dera  (saya tekankan ...bukan dera pukul) oleh bekas suami dan isterinya.

Saya sempat bercerita telatah anak-anak saya. It just came spontaneously. Pegawai tu pun dah mula senyum senyum mendengar cerita saya yang begitu 'exciting'. Tentang sistem merit demerit yang saya amalkan di rumah.Tentang perangai anak-anak saya yang lucu dan nakal.

Pegawai itu memuji saya. 

Akhirnya saya katakan pada bekas suami, " Saya nak hantar anak hari ni, ok tak? Awak bawalah diaorang pergi main  di Jusco ke. Saya tunggu. Tak payahlah bawa isteri awak ( masa ni pegawai sulh bersetuju). Kakak dan adik bolehlah bermalam dengan awak. Danial tak berapa sihat. Saya tak nak dia bermalam.

Masa ni bekas suami saya naik angin. " Saya nak ketiga2 anak saya. Saya tak nak bincang lagi dengan awak. Daripada saya dengar maki hamun awak baik saya balik.( masa ni saya pandang muka pegawai sulh . Dia mengeleng kepala dan saya tahu sebabnya)

Kepada pegawai tu saya katakan, "Tengok tu ..dia kata saya maki hamun dia. Masa bila ntah saya maki hamun dia? Tengok lah sendiri perangai dia. Saya nak bincang ni. Nak hantar anak tapi dia kata saya hamun dia."

Pegawai tu kata,.."tak pe lah Puan , cuba lah bincang."

Masa ni saya panggil dia beberapa kali nak ajak berbincang tapi dia terus pergi.

Akhirnya saya pun balik. Saya pujuk anak2 pergi rumah dia. Hanya yang sulong saja nak pergi tapi dia nak pergi rumah neneknya. Yang lain tak nak. Kakak akhirnya tak nak pergi sebab takut neneknya suruh ayah dia datang ambil.

 





No comments: