Monday, December 24, 2012

MAJLIS PERNIKAHAN SAYA PADA 12.12.12

Untuk tatapan semua pembaca blog saya, saya kongsikan sedikit gambar2 sekitar pernikahan saya pada 12.12.12. Ada yang sudah melihat gambar2  ini di facebook saya. Selebihnya saya mohon maaf kerana tidak dapat 'add' sebagai friend untuk menjaga privacy saya.
ROMBONGAN SUAMI DARI AUSTRALIA
BERSAMA EMAK MENTUA DAN KAWAN2 SAYA
BERSAMA 'BEST FRIENDS' SAYA (ORANG KUAT MAJLIS)
SAYA DAN SUAMI SEBELUM DISATUKAN
KAMI BERSAMA ANAK2 DARI AUSTRALIA
BERSAMA ANAK2, EMAK MENTUA, ADIK IPAR DARI AISTRALIA
BERSAMA RAKAN KARIB SAYA, ADAH DAN FAMILY NYA
POSE DARI ROMBONGAN AUSTRALIA
ANTARA PEMBERIAN SUAMI BERHARGA RM3XXXX. SAYAANGGAP NI SATU ANUGERAH ALLAH ATAS KESABARAN SAYA DAN SATU KEBENARAN
INI JUGA PEMBERIAN SUAMI
CINCIN PLATINUM ..TANDA CINTA SAYA PADA SUAMI. HANYA INI YANG TERMAMPU SAYA BERIKAN.
PEMBERIAN DARI SUAMI.....CUKUP SAYA KATAKAN HARGANYA 20 KALI GANDA DARI APA YANG PERNAH SAYA DAPAT DARI PERKAHWINAN PERTAMA.



ON TOP OF WHAT I GOT FROM MY HUSBAND, SAYA DAPAT SEORANG SUAMI YANG BERKEDUDUKAN TINGGI, BIJAK, PENYAYANG, ROMANTIK,TAAT PADA PERINTAH ALLAH DAN KELUARGA MEREKA YANG CUKUP BAIK DI AUSTRALIA. INI HADIAH DARI ALLAH. JIKA SAYA TIDAK BERCAKAP BENAR DI BLOG INI. JIKA SAYA BUKAN INSAN YANG BERSIH HATI....ALLAH TIDAK AKAN BERIKAN SEMUA INI.

KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA...APA YANG SAYA KONGSIKAN BUKANLAH UNTUK MENUNJUK2 KESENANGAN YANG SAYA TERIMA. TETAPI SAYA INGIN MENUNJUKKAN KEKUASAAN ALLAH DALAM MEMBUKTIKAN SATU KEBENARAN. BANYAK YANG TIDAK SAYA KONGSIKAN DISINI TENTANG KEJAHATAN SEORANG IBU TIRI TERHADAP ANAK2 SAYA TAPI SAYA AKAN BUAT PENDEDAHAN SEGERA KERANA BEKAS IBU MENTUA SAYA TIDAK HABIS2 MENGATAKAN SAYA MEMBUAT FITNAH.
TUNGGU PENDEDAHAN SAYA ATAU ANDA BOLEH TERUS GOOGLE.....NORIAHANIM UDIN GRO DAN BACA LATAR BELAKANG IBU TIRI ANAK2 SAYA DAN SAYA AKAN CERITA SELEBIHNYA.

Sunday, October 7, 2012

MAJLIS PERTUNANGAN SAYA PADA 16 MARCH 2012

Akhirnya hubungan kami melangkah setapak lagi . Majlis Pertunangan kami sempurna dilaksanakan pada hari yang sama adik bongsu saya di nikahkan. Kini kami hanya menanti saat bahagia untuk disatukan pada tarikh 12.12.12 nanti . Doa yang tidak putus dari kami berdua SEMOGA KAMI MENJADI SUAMI ISTERI SOLEH /SOLEHA PENUH DENGAN KASIH SAYANG DAN CINTA, KEKAL BAHAGIA SELAMANYA . AMIN

Jika pada perkahwinan yang pertama...saya menjangkakan ianya akan kekal selama 2 tahun sahaja. Kali ini hati saya mengatakan ianya akan kekal  bahagia hingga selamanya. Semoga kami diberi kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan bersama . Sebagai manusia kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan semuanya.Kami hanya mampu mendoakan sebaik-baiknya. Apa yang pasti hubungan ini mendapat restu dari Allah kerana ianya di doakan disetiap tempat mustajab di Tanah Suci Mekah. Ketika post ini di tulis, buah hati pengarang jantung hati saya ini sedang berada di Madinah AlMukarramah menjalani ibadah haji. Dia seorang jurutera melayu Warga Australia yang membantu rakan2nya membawa jemaah haji dari sana setiap tahun . Jika tiada aral melintang dan dengan izin Allah, saya akan menjadi tetamu Allah sekali lagi bersama suami pada tahun hadapan. Doakan yang terbaik buat kami berdua. Buat masa ini, orangnya saya rahsiakan dulu.



Hadiah Hari Lahir Yang Sangat saya Hargai

Buah hati datang dengan hadiah yang tidak pernah saya harapkan. kehadiran dia dalam hidup saya sudah cukup bermakna. Dia insan yang saya cintai dengan sepenuh hati.Hadiah seutas gelang PANDORA berharga RM5 ribu dan sebuah beg tangan cukup memberi erti kepada saya. Paling saya hargai kepayahannya terbang berjam2 hanya untuk menjadikan hari lahir saya begitu bermakna . Syukur kepada Allah kerana menghadiahkan seorang insan yang saya harapkan sangat kehadirannya dalam hidup saya. Thank You Allah.






Saturday, October 6, 2012

Surprised Birthday party Untuk Saya

Tanggal 3 February 2012.....buah hati saya terbang dari jauh untuk menyambut Hari Lahir saya. Doa saya supaya Insan ini kembali dalam hidup saya termakbul. Allah tidak pernah mungkir janji.

Sambutan Hari Lahir saya lebih manis apabila Si Dia merancangnya dengan baik sekali dengan menjemput beberapa rakan karib saya untuk meraikannya. Thank You Sayang.







Friday, September 7, 2012

MENANG KES TUNTUTAN HADHANAH (HAK JAGAAN ANAK)

Akhirnya pihak bekas suami saya bersedia menyerahkan hak jagaan anak sepenuhnya kepada saya. Alhamdulillah . Saya percaya sekiranya melalui proses perbicaraan sekali pun, hak jagaan anak tetap milik saya.Bezanya bekas suami saya akan menanggung malu yang besar bila semua keaibannya dibuka Allah di dalam mahkamah.Dia dan peguamnya bijak mengambil jalan paling selamat menutup semua keaibannya . Kuasa Allah tidak ada siapa yang dapat tandingi Dia yang tuntut anak2, dia juga yang menyerahkan sepenuhnya.

Saya minta supaya peguam saya percepatkan 'endorsement' sebelum cuti raya di mana saya benarkan anak2 untuk menyambut Hari Raya bersamanya. Saya bimbang sekiranya endorsement dilakukan selepas cuti raya, bekas suami saya akan tukar fikiran setelah mengetahui beberapa berita tentang saya. Kita tidak tahu sejauhmana hasad dan dengki manusia. Macam2 mereka boleh lakukan untuk menyusahkan kita .

Akhirnya jam 4.30 pagi,14 hb August 2012 saya bersahur sendirian di Lapangan Terbang Bayan Lepas dengan bekal yang mak sediakan . Jam 6 pagi.....saya terbang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan MAS, menaiki train ke KL sentral dan kemudian dengan teksi ke mahkamah . Selesai endorsement saya pulang dengan cara yang sama. Ini pengalaman pertama saya berbuka berpuluh ribu kaki dari bumi. Hanya rasa syukur saja yang dapat saya panjatkan ke hadrat Allah atas segala nikmat yang diberikanNYA.

Tuesday, July 17, 2012

DOA SAYA UNTUK SI DIA YANG SAYA CINTAI

Pada bulan Disember 2011, untuk pertama kalinya hidup saya terasa begitu sunyi tanpa insan ini. Ketika itu  saya berada di Melaka. Sementara menanti anak-anak bermain di taman permainan, saya melihat sekeliling saya. Sungguh ....hidup ini terasa begitu tidak bermakna sekali..MY LIFE IS SO MEANINGLESS WITHOUT HIM. Insan yang telah saya  tinggalkan ini, kini tidak percayakan saya lagi. Ketika saya ingin kembali kepadanya...dia sudah menolak saya dari hidupnya.


Jalan terakhir yang saya ada hanyalah DOA. Walau hubungan kami sudah terlerai, saya berpegang pada janji Allah. Insan ini sudah mendoakan hubungan kami di setiap tempat mustajab di Tanah Suci.

Dengan penuh rasa rendah diri dan penuh keinsafan, saya memohon kepada Yang Maha Berkuasa agar mengampunkan segala dosa saya dan memberi saya peluang yang terakhir. For the very first time, saya sedar kekhilafan saya. Saya sedar saya terlalu 'fecal'. Saya sedar fikiran saya mudah berubah-ubah. Saya benar2 sudah insaf. Dalam tangisan, saya memohon Allah memperkenankan doa saya. Saya berjanji akan menjaga hubungan dengan insan ini sekiranya doa saya di makbulkan. Ini antara doa yang saya baca.

Bismillah (al rahman al rahim)
Ya Allah, tuhan yang lebih mengetahui sesuatu,
Kau kembalikan lah semula ........................... dalam hidupku,
Kau restuilah hubungan kami berdua, dekatkanlah jodoh kami, temui kan lah kami semula,
Jangan kau pisahkan kami, bukakan lah pintu hati kami untuk kami saling menyayangi dan lebih memahami, kau limpahilah nur hidayah mu kepada kami ya Allah.
Sesungguh nya dia amat bermakna sekali dalam hidupku, sesungguh nya dia lah terletaknya segala impian dalam hidupku, sesungguhnya tiada yang lain ku sayang dan cinta selain dia. Engkau bukakan lah pintu hatinya untuk memahami akan segala isi hati ku terhadapnya. Engkau lembutkan lah hatinya. Engkau buka kan lah pintu hatinya untuk menyayangiku, mengasihiku dan menyintaiku seperti mana aku sayang, kasih dan cinta padanya. Engkau berikanlah kami kekuatan dalam mengharungi apa jua rintangan dan ujian dari mu. Sesungguhnya aku redha dan menerima kehadirannya dalam hidup aku seadanya dan aku juga lebih bersyukur kepada setiap nikmat yang telah kau kurnia kan kepada ku. Kau rahmatilah perasaan kasih sayang kami berdua. Berikan lah ruang kepada kami untuk bersama semula. Berikanlah ruang kepada keluarga kami berdua untuk menjalinkan hubungan persaudaraan bersama. Engkau tunaikan lah segala apa yang kupinta. Jadikanlah cita-cita ku menjadi kenyataan. Engkau kurniakan lah kami semua penolongmu agar membimbing kami untuk terus berada di jalan mu yang benar. Sesungguhnya walaupun apa jua yang berlaku antara kami, dia tetap segala galanya bagi aku dan dirinya amat bermakna dalam hidupku. Amin ya rabbal alamin.

Monday, June 18, 2012

MY EX NAK TUNTUT HARTA SEPENCARIAN PULAK

Penat betul melayan orang macam ni. Dalam minggu lepas dapat surat dari lawyer dia pasal dia nak tuntut harta saya pulak. Esok  18 Jun saya sepatutnya berada di Mahkamah tapi saya rasa saya tak berminat nak melayan tuntutan macam ni. Hak saya ke atas harta dia lebih lagi kerana saya menyumbang hampir 99% perabut rumah, 70% makan, pakai, sewa rumah , penjagaan anak, belanja percutian dan sebagainya. Belum lagi mengandungkan tiga anak, buat kerja dari 4,30 pagi sampai 12.30 malam. Tuntutan dia memberi peluang saya membuat tuntutan balas.

Memang saya terpaksa banyak keluar belanja untuk peguam tapi seperti yang saya kata...wang ini semua dari hasil pemberian nafkah bekas suami saya pada anak2. Saya guna duit dia sendiri untuk lawan dia. Anak2 pulak makan dari rezeki titik peluh saya sendiri. Allah Maha Mengetahui. Saya yakin saya di pihak yang benar dan hati saya bersih pada mulanya untuk tidak menuntut apa2. Mungkin ini yang Allah SWT ingin saya buat. Menuntut hak saya sebagai seorang isteri yang kini dianiaya oleh bekas suami saya sendiri.

ISTERI BEKAS SUAMI SAYA SEORANG GRO RUPANYA

Jika sebelum ini andaian saya bahawa isteri my EX seorang anak dara tua....rupa2nya saya tersilap. Allah Taala ingin menjawab kesombongan bekas suami saya dengan mendedahkan sesuatu yang di luar jangkaan saya. Jika sebelum ini saya menjangkakan bahawa perempuan ini pasti bukan perempuan yang baik kerana 

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)


Nampaknya jangkaan saya tepat sekali. 

Suatu hari di tempat kerja, saya sedang membuat kerja saya tanpa menggunakan internet (tetapi di sekolah memang ada wireless ) . Tiba2 terbuka di depan saya beberapa pencarian. Saya pun pelik...apa benda ni tiba2 muncul depan saya. Saya pun baca dan terperanjat.Nama isteri my Ex terpampang dengan jelas. Saya buka setiap satu carian tersebut. Isteri bekas suami saya ada sejarah hitam yang tercatat di semua akhbar di Malaysia. Dia seorang janda, mempunyai teman lelaki Benggali yang sudah beristeri.Telah mengadakan hubungan seks dengan lelaki ini. Seorang bekas GRO yang kemudian bekerja di sebuah hotel. Teman lelakinya telah membunuh anaknya yang berusia 3 tahun kononnya cuba mengubati anaknya yang kononnya di sihir bekas suaminya.

Saya  tidak ada sebab untuk menolak sesuatu yang Allah tunjukkan tetapi sebagai mengelak dari fitnah, saya akhirnya membuat penyiasatan bagi mencari bukti....no kad pengenalannya tepat menunjukkan beberapa perkara lain yang tidak saya sangka.

Akhirnya kepelikan saya tentang beberapa perkara terjawab..Terngiang2 kata2 anak2 dan rakan serta jiran2.

Ibu kerja kat HSBC bank. Ibu kerja dari 11 pagi sampai 11 malam. Ibu tak solat. Ibu pakai seksi kat rumah. Ibu make up kat rumah. Menurut kawan2 saya, dia jual karipap ,itu dan ini.

Rupanya dia hanya ambil Diploma in Kaunseling dr UKM pada tahun 2010 saja. Boleh ke kerja di HSBC bank dengan kelulusan itu? Bank apa buka dr pukul 11 pagi sampai 11 malam. Dia juga pernah meletakkan status sebagai eksekutif di HSBC bank di LINKEDIN.

Saya malas nak komen apa2 lagi. Allah Taala lebih mengetahui. Saya boleh saja mendedahkan semua bukti dan mengeluarkan message sombong dan penghinaannya terhadap saya   tapi semua itu hanya akan mengaibkan dia saja.Sikit-sikit tu boleh saya konsikan Dan saya memang tahu...dia takkan sedar pun . DATANGLAH SERIBU BALASAN DARI ALLAH PUN ....DIA TAKKAN SEDAR PUN.Orang seperti ni payah mengaku kesilapan sendiri.


Dari surat nikah dia pulak yang saya terima dari pembelaan peguam...mendapati bapa mentuanya (bapa isterinya) tinggal di Penjara Terengganu. Umur bapa dia dah 66 tahun.Tinggal macam mana saya pun tak tahu lah. Takkan kerja lagi kut dalam usia macam ni. Takkan tak ada alamat rumah kut sampai terpaksa letak alamat : Penjara Marang Terengganu . Wallahua'lam    No komen

Pendedahan ini bukan untuk mengaib sesiapa tetapi sekadar menunjukkan bahawa Allah ini Maha Adil.

Bacalah message2 sombong dan penghinaan serta fitnah dari dia yang dihantar 8 bulan setelah perkahwinannya.


Nak terkilan apa lagi....kejap kata saya curang, kejap kata 'antara kita tak ada masalah besar pun' Kalau nak menutup kesalahan sendiri , ada kalanya kebenaran muncul juga dari mulut sendiri







Untuk makluman, saya terminate nama saya dalam myjodoh bulan November. Apa dia buat menyiasat hal saya sedangkan dia sudah berkahwin pada bulan April.


Sebelum ni cakap kami tak ada masalah besar kecuali saya tak suka famili dia. Sekarang cakap kata curang pulak. Nak tutup kesalhan sendiri memang senang.

Masa ni saya tak tahu lagi apa status isteri dia dan tak tanya pun.


PENYAKIT MISTERI MY EX


Cuti sekolah bulan Jun yang lepas, saya tertunggu tunggu sekiranya bekas suami saya yang sibuk memfitnah saya kononnya saya cuba memisahkan dia dengan anak2 akan meminta untuk mengambil anak2. Bila saya cuba hubungi dia, langsung dimatikan telefon. Lalu saya hubungi bekas ibu mertua saya bertanya bila dia hendak ambil anak2. Jawapan dari bekas mertua, dia tidak tahu. Akhirnya ketika saya hubungi rakan2, terbuka cerita yang bekas suami saya sejak sebulan yang lalu hanya memakai topeng kemana2. Pelik juga saya sebab selama hidup dengan saya dia tak pernah sakit yang teruk pun. Akhirnya saya hubungi bekas mertua sekali lagi. Kali ini saya diberitahu dia kena penyakit yang berbahaya yang berjangkit. Entah lah penyakit apa  sampai kena pakai topeng. Terfikir juga saya...kena AIDS ke sebab isteri dia kan pernah atau masih jadi GRO . Layan macam2 lelaki. Anyhow AIDS tak berjangkit kalau bersentuhan. Melainkan sistem immune dia lemah sehingga perlu pakai topeng. Wallahua'lam.

Melalui peguam saya, peguam dia memaklumkan dia kena jangkitan pada badan dan tidak dapat mengambil anak2 kerana takut memudaratkan anak.



PEREBUTAN ANAK DI MAHKAMAH

Maaf kerana berdiam diri untuk seketika dan terima kasih kepada mereka yang mencari saya di facebook. Bagi yang tertanya-tanya perkembangan terbaru saya dan cerita terbaru, antaranya

Sebagai membalas tuntutan hadhanah (penjagaan kekal) terhadap anak-anak yang difailkan oleh bekas suami, saya telah bertindak  menggaji seorang peguam untuk mengurus kes saya. Memang kosnya sangat tinggi tetapi saya anggap bekas suami saya yang membayar kos itu sendiri kerana saya gunakan setiap sen wang nafkah anak2 yang diberikannya untuk  menampung kos ini. Buat masa ini saya menanggung seratus peratus nafkah anak2 dari wang saya dan saya sangat gembira kerana saya percaya Allah SWT akan menggandakan rezeki saya kerana memberi makan tiga orang anak dari hasil titik peluh saya sendiri. Biarlah bekas suami saya lawan kes tu dengan duit dia sendiri. Yang dia tak sedar dia bayar lawyer dia dan lawyer saya.

Setelah dua kali pembelaan dijawab...dari pihak saya dan dia.Dari pihak dia, dia memfitnah saya tak bagi makan anak-anak, tak jaga kesihatan anak2, tak bagi didikan agama anak2....sudah saya jawab dan dari pihak dia, dia juga telah memberi jawapan dan bukti yang menjeratnya semula...Dengar kata mereka  (pihak dia dan lawyernya)  ingin beri proposal menyerahkan anak2 kepada saya dengan bersyarat. Sampai sekarang...proposal yang di katakan hanya omong-omong kosong semata. Terus terang, baik saya mahupun peguam saya langsung tak nak percaya kata-kata EX saya..mahupun peguamnya. Saya masih lagi belum mengemukakan sebarang bukti lagi..Once I did that , betapa saya harapkan seluruh ahli keluarganya ada untuk mendengar satu kebenaran.

Monday, February 27, 2012

KISAH SULH 6 DISEMBER 2011

Bekas suami memfailkan sulh dan saya diminta hadir pada 6 Disember 2011 di Mahkamah. Sulh kali ini adalah tuntutan hadhanah di mana dia ingin menuntut ketiga-tiga anak saya. Persoalan sama ada dia mampu untuk menjaga ketiga-tiganya....tak perlulah saya jawab. Jawapannya sudah cukup jelas dan terang.

Dipendekkan cerita, dalam bilik sulh, pegawai sulh menceritakan serba sedikit tujuan dan apa tuntuan yang di buat. Panjang lebar huraiannya. Saya memang boring dengar orang membebel ni tapi saya sabarkan hati. Pegawai sulh ini  maklumkan juga dia ni adakalanya adalah juga hakim.Muda lagi pegawai ni. Dari percakapan pegawai ini, saya tahu ilmu dia ni tak banyak mana dan dia sangat 'bias' . Terus terang saya hilang hormat pada pegawai ini tapi saya diamkan saja . Dalam hati saya cakap, " Bila kau nak berhenti bebel ni dan bila lagi nak mula ni?"

Alhamdulillah ...akhirnya bermula lah sesi,......Pegawai sulh mulakan dengan menyoal bekas suami saya. Nama dia, nama isteri dia. Umur dia dan isteri dia . Dia cakap umur isteri dia 38 tahun. Masa umur isteri dia ni dia berkira2 dan saya tahu jawapan dia tentang umur isteri dia tu silap. Lepas tu , dia ditanya tentang umur anak2 dia dan tarikh lahir anak2 dia. Kali ini dia buat kesilapan lagi dan saya cuba betulkan kesilapan itu tetapi saya di marahi oleh pegawai sulh. Dari air muka pegawai ni saya tahu dia ingat saya di pihak yang salah. Seterusnya pegawai itu tanya lagi sama ada sebelum ini kami pernah melalui proses kaunseling atau tidak. Ex saya cakap "ya". Saya betulkan kenyataan itu dengan 'tidak'. Sebab...memang kami tidak pernah pergi kaunseling sebab ex saya tak mahu biar pun sudah beberapa kali saya pujuk dia. Dia takut keburukan dia orang tahu. Sekali lagi saya di beri amaran oleh pegawai sulh. Apa salah saya?.....takkan betulkan tarikh lahir dan umur anak serta betulkan beberapa pernyataan di kira salah.

Oh ya....mereka kawin dalam bulan April. Yang saya tak faham , dalam bulan Mac, dia ingatkan saya supaya memperbaharui lesen saya. Dalam bulan Mei, masa saya nak hantar anak....dia tanya saya, "Awak nak pergi mana? Awak nak pergi dengan siapa?" Soalannya saya tak jawab pun. Perlukah saya jawab...? 

Dalam kenyataannya pada pegawai sulh , dia cakap saya tak bagi dia jumpa anak, dia rindukan anak. Masa ni pegawai sulh mula bebel balik, menyalahkan saya lah tu. Bagi saya, kalau nak bebel pun , dengarlah saya cakap dulu, baru buat kesimpulan...then kalau nak bebel sampai esok pagi pun saya tak kisah. Dalam bebel tu, saya sempat mencelah, "kalau ada penderaan berlaku bagaimana?" Kali ni pegawai tu terdiam kejap dan bagi point dia. 

Akhirnya...saya hilang sabar. Saya tanya pegawai tu, " Tuan, bila pulak masanya saya nak bercakap , tak sabar dah ni ."

Akhirnya lagi.....hehe, saya pun dapat peluang bercakap.

Saya mulakan cerita saya dengan  permulaan bagaimana saya bercerai. Saya ceritakan juga saya adalah mangsa penderaan bekas suami.  Selepas dari itu saya ceritakan bahawa dari tarikh saya meninggalkan rumah saya , setiap kali cuti saya akan hantar anak ke rumah bekas suami atau pun minta bekas suami ambil anak di Sungai Petani. Tidak pernah sekali pun saya tidak hantar anak. Kalau seminggu cuti, seminggulah anak berada bersama dia, kalau sebulan cuti, sebulanlah dia dapat anak.

Belum saja saya habis cakap....dia menyampuk dengan suara yang tinggi, "habis tu awak pergi mana?"

Jawap saya,..." saya hantar anak kan? Anak tak ada dengan saya jadi saya pergilah berjalan. Bila anak bersama saya macam sekarang, kami pergilah berjalan bersama2"

Dia membalas lagi dengan suara yang tinggi " Awak pergi mana? Awak pergi China, lepas tu pergi Cambodia. " 

Saya tanya pegawai sulh, " Ini isu apa ni ? Isu saya tak hantar anak atau isu saya pergi berjalan?"  

Jawab pegawai itu, " Baguslah pergi berjalan. Boleh rehat-rehat tenangkan fikiran."


 Saya 'sound' pegawai sulh tu, " u ni bias. Tadi saya mencelah u marah. Dia ni (bekas suami)  asyik menyampuk dari tadi , you tak kata apa pun."

Pegawai tu nyata rasa bersalah.


Saya sambung cerita saya hinggalah sampai kepada anak2 di dera  (saya tekankan ...bukan dera pukul) oleh bekas suami dan isterinya.

Saya sempat bercerita telatah anak-anak saya. It just came spontaneously. Pegawai tu pun dah mula senyum senyum mendengar cerita saya yang begitu 'exciting'. Tentang sistem merit demerit yang saya amalkan di rumah.Tentang perangai anak-anak saya yang lucu dan nakal.

Pegawai itu memuji saya. 

Akhirnya saya katakan pada bekas suami, " Saya nak hantar anak hari ni, ok tak? Awak bawalah diaorang pergi main  di Jusco ke. Saya tunggu. Tak payahlah bawa isteri awak ( masa ni pegawai sulh bersetuju). Kakak dan adik bolehlah bermalam dengan awak. Danial tak berapa sihat. Saya tak nak dia bermalam.

Masa ni bekas suami saya naik angin. " Saya nak ketiga2 anak saya. Saya tak nak bincang lagi dengan awak. Daripada saya dengar maki hamun awak baik saya balik.( masa ni saya pandang muka pegawai sulh . Dia mengeleng kepala dan saya tahu sebabnya)

Kepada pegawai tu saya katakan, "Tengok tu ..dia kata saya maki hamun dia. Masa bila ntah saya maki hamun dia? Tengok lah sendiri perangai dia. Saya nak bincang ni. Nak hantar anak tapi dia kata saya hamun dia."

Pegawai tu kata,.."tak pe lah Puan , cuba lah bincang."

Masa ni saya panggil dia beberapa kali nak ajak berbincang tapi dia terus pergi.

Akhirnya saya pun balik. Saya pujuk anak2 pergi rumah dia. Hanya yang sulong saja nak pergi tapi dia nak pergi rumah neneknya. Yang lain tak nak. Kakak akhirnya tak nak pergi sebab takut neneknya suruh ayah dia datang ambil.