Wednesday, June 29, 2011

MERIT DEMERIT DI RUMAH

Melihat kelakuan anak-anak yang selalu je bergaduh sesama sendiri,tidak mahu bertolak ansur, kurang membuat kebaikan, tidak tahu bersyukur....saya terpaksa memulakan peraturan yang pernah saya praktikkan kepada anak2 suatu ketika dulu.

Merit Demerit ni biasanya peraturan yang dilaksanakan di sekolah.Saya bawa masuk ke dalam rumah saya.
Anak-anak saya Sarah dan Arianna di berikan markah 100 seorang. Satu kesalahan yang dilakukan akan ditolak 5, dan satu kebaikan yang dilakukan akan ditambah dengan 5. Satu waktu solat yang dikerjakan akan di tambah 10 mata.

Anak-anak diminta menyenaraikan 10 barang yang ingin mereka miliki sebagai ganjaran.
Pada setiap akhir bulan ,saya  akan mengira mata mereka. Sesiapa yang mendapat mata tertinggi boleh memilih salah satu hadiah untuk mereka miliki.

Kalau mata seri...keduanya akan menerima hadiah. Mata yang kurang dari 100 tidak akan menerima apa2.

Semoga anak-anak saya akan terbiasa melakukan kebaikan.Mula2 dapat hadiah...lama2 akan terbiasa walaupun tanpa ganjaran. Insyaallah.