Sunday, June 26, 2011

Ada lagi.....

Saya agak lega sedikit kerana telah menukar nombor telefon....tak ada lagi gangguan dari orang gila sakit mental ni. Yang saya tak berapa nak lega ialah orang ni sibuk menganggu emak saya pulak. Apa lagi , memburuk-burukkan saya lah. Dari saya masih isteri dia sehinggalah sekarang itu lah kerjanya.Emak saya ni pulak....mudah sangat termakan kata-kata orang yang bukan anaknya sendiri. Bayangkan dulu, saya dah hantar balik pembantu rumah saya yang malas nak mam....,alih2 mak saya pulak yang ber..in touch dengan bibik ni. Siap nak buat menantu lagi. Padahal dalam tempoh setahun saya ambik bibik ni, hanya sekali saya bawa balik kampung. Itulah yang pertama itulah yang terakhir.Saya cakap....mak kalau nak ambik indon ni jadi menantu ke anak angkat ke, mak akan hilang seorang anak. Orang gaji saya tu bangun pukul 9 setiap hari. Itu waktu saya mengajar di sesi petang. Masa di sesi pagi, saya dah nak pergi kerja dia masih duk vakum rumah. Bila saya hantar dia pergi rumah mak mertua masa tu....dia letak anak saya dalam buai,lepas tu sambung tidur. Macam tu mak saya nak buat menantu????


Saya kata, " Mak jangan menyesal sebab mak yang akan jadi kuli dia nanti."

Bekas suami saya ni pulak...kami hanya balik kampung 2 tahun sekali saja. Dalam tempoh 9 tahun perkahwinan, menantunya ini hanya jumpa dia di kampung 4 kali saja. Tu pun dia tak bercakap. Satu sen pun dia tak pernah bagi. Mak dan ayah saya masuk wad berkali2, sekali pun dia tak balik. Saya balik dengan best friend saya ,Shan. Masa mak masuk wad, saya tak balik sebab tak gamak nak tinggalkan anak2 yang masih kecil.Lagi pun kami dah tak ada pembantu rumah. kalau ada bibik No 2, biasanya saya akan memandu pulang bersama bibik dan anak2. Menantu mak saya ni....langsung tak nak balik. Kalau fikirkan, kalau waktu saya belum tersinggung dengan emaknya, setiap kali datuk dia sakit ke atau ada hal, sayalah yang mendesak dia balik Melaka.

Ex saya dengan mak saya ni kamceng....lebih kamceng dari maknya sendiri. Bila dia ada masalah saja dengan saya, dia  minta nasihat mak saya. Selalu juga dia memburukkan saya...tapi masa ada bibik, bibik saya cakap ex saya yang teruk. Dia duduk dalam rumah tu, dia tahu lah. Lepas bibik tak ada, ex saya cakap," sekarang awak tak ada maid, sapa nak percaya cakap awak lagi." Saya kata, " tak pe Allah ada."

Mak saya cakap....ex saya beritahu dia saya ada memburukkan  mak. Mak kata family ex saya cakap," kalau keluarga 'dia' sendiri dia boleh burukkan, inikan pulak keluarga orang lain." Saya cakap kat mak saya. "Mak, saya bukan memburukkan mak atau kakak saya,Saya cerita yang benar., sekadar perkongsian antara suami isteri.' Tak sangka bila dia ada masalah dengan saya, dia menyampaikan pada mak saya. Siap kutuk mak saya lagi. Mak pun hangin dengan saya. Saya cakap pada mak, "kalau mak kata saya burukkan, maksudnya perangai mak memanglah buruk." Anyway.....saya tak nafikan kami adik beradik ni kira mengenang jasa juga...macam2 mak kitaorang buat...huk huk, tapi bila mak dan ayah masuk wad...saya dan abang sayalah yang keluarkan beribu2. Saya tak kata mak saya ni jahat.....hati mak saya baik, tapi dengan anak2 ni memang boleh makan hati. Contoh,pernah sekali mak telefon saya,dia suruh saya beli kedai berharga RM80 ribu untuk diberikan kepada adik2 saya. Bila saya kata, " mak, kami cikgu mana boleh beli kedai...rumah boleh lah.!" Belum habis cakap mak saya dah tutup telefon. Nasib baik handfon, kalau fon biasa, sah sah dah mak hempas. Redho je lah. Bila berkongsi adik beradik cerita...sebenarnya bukan saya saja yang mengalami nasib macam ni...hehe

Yang keluarga bekas suami saya tak tahu, dia juga memburukkan keluarganya pada saya. BEZANYA....saya tak pernah menyampai pun pada orang yang berkenaan. Dia bercerita juga pasal mak dia ni isteri nombor dua ayah dia, pasal ayah dia dan ahli keluarga dia yang panas baran dan kolot. Pasal mak dia tak puas hati dengan mak saudara dia berkaitan penjagaan ibu mereka yang sakit, pasal abang dan adik perempuan dia yang malas solat. Bila saya kata,' pandailah awak tu, saya tengok diaorang solat je." Dia jawab," saya tahu lah family saya". Pasal seorang mak saudaranya yang dipanggil mak Bi yang tidak disukai kerana sikapnya. Macam2. Saya pulak tak ada lah menganggap yang dia memburukkan keluarga dia. Biasalah manusia ni bukannya sempurna pun. Yang dikatakan ' MEMBURUKKAN' tu lebih kepada cerita yang tidak benar.

Saya pun tak faham macam mana saya boleh memaafkan dan hidup selama hampir 9 tahun dengan manusia macam ni, yang mengkhianati hubungan suami isteri.Yang memburukkan saya pada keluarga saya sendiri dan menyampaikan apa yang saya rahsiakan untuk melaga2kan kami.

Mak saya pulak....cepat sangat percaya cakap bekas menantu. Yang mak saya tak sedar....perkara seperti  ini merugikan dirinya sendiri sebab saya penyumbang kepada keluarga. Bila mak sound saya, RM300 yang saya bagi kepada mak , saya hentikan . Saya nak  mak sedar bukan menantu mak yang bagi duit kat mak. Satu sen pun dia tak pernah bagi. Sampai hari ni saya dah tak bagi pada mak,sebaliknya saya bagi pada ayah RM500-RM1000 sebulan. Mengikut kadar kemampuan dan untung bisnes saya. Harapan saya ayah akan berkongsi dengan mak. Mak kata saya ni kedekut...! kedekut lagi ke bagi RM500 sebulan. Kalau pergi mana saya sponsor. Kalau nak beli ubat saya bayar, masuk hospital swasta , bila abang sulung telefon saja,saya dah masuk duit.Saya ni orang paling tidak berkira....berlebih saja duit, hanya ibu bapa yang saya ingat.

Tapi saya jugak sangat terhutang budi pada mak....di saat cemas anak sakit atau masuk wad...maklah penyelamatnya....Sebab itu biar macam mana pahit dan kejam kata2 mak , saya masih menghormati dan menyayanginya.Hati mak saya sangat baik. Dia tak gamak buat pada orang lain. Kalau anak sendiri tak ape sebab dia tahu anak2 sendiri akan sentiasa menyayanginya.


Mak cakap, bekas suami saya kata dia simpan semua sms.Saya kata kat mak saya, "Kenapa mak tak suruh saja dia print semua dan hantar kat Mak. Setakat cakap saja semua orang boleh buat." Sekurang2nya dia pun boleh sedar pada bulan Jun 2010, dia masih hantar message menggatal.Ingat tak dalam entri saya sebelum ni, dia hantar sms, "Tahniah masih cun lagi". "Gambar ni nak tunjuk kat Daniel ke ayah Daniel? Boleh tak malam ni saya tidur dengan gambar ini."


Sekarang, walaupun dia sudah lupa ingatan tapi semua message itu tersimpan di dalam telefon saya dan juga dia....so, cetaklah . What are you waiting for? Biar mak saya baca dan tengok sapa yang paling banyak hantar message.

Bila saya telefon mak ex saya untuk nasihatkan anaknya jangan ganggu mak saya dan saya....serta memaklumkan tentang Daniel yang masuk wad kerana kecuaian  ayah dan ibu tirinya...mak dia terus letak telefon.

Saya cakap pada mak....mak orang buat pada anak mak macam ni, mak masih layan anak orang dengan baik. Saya ni sikit punya baik pada keluarga ex sebelum mak dia jadi punca....pun di layan macam tu. Bekas menantu mak ni...apa pun tak pernah menyumbang tapi mak masih layan lagi.

Lepas dari tu , mak tak layan lagi. Tapi mak kata, pening bekas saya ni asyik message mak. Saya kata," tu lah, dulu dia cakap saya yang kerap message dia, sekarang mak rasa sendiri...tengoklah   siapa yang dok message tak berhenti. "


Barang saya masih banyak di rumah bekas suami....mak cakap mak nak pura2 berbaik dengan ex dan dapatkan semua barang tu. Memang saya sangat sayangkan barang2 saya....lampu siling yang cantik, almari solid wood, water filter,heater, aircond sebiji.....meja study nostalgic saya sejak puluhan tahun, dua tv yang masih ok boleh buat anak main game PS2. Memang nostalgik bila fikirkan barang yang saya beli ketika zaman bujang lagi.......Ex kata saya tak keluar satu sen pun padahal apa yang ada di sekeliling dia termasuk tiles, cat, wallpaper semuanya dari duit saya.   Malas nak ungkit. Biarlah dia hidup dengan angan dia. Dia cuba memadam semua sejarah silam keburukan dia dengan menafikan hakikat sebuah kebenaran.Dia tak mahu perkara itu disebut2 seolah2 dia baru lahir suci bersih, tak ada silap dan jahat langsung. Allah itu Maha Mengetahui, Maha berkuasa...Itu juga dia lupa.Allah tak pernah lupa dan keangkuhan dia pasti ada 'balasan' nya.