Friday, November 25, 2011

BEKAS SUAMI GANGGU KAMI LAGI- keretaku keretaku jua

Kadang-kadang saya rasa blog ni elok ditukar kepada blog 'Kisah Bekas Suamiku Buat Hal Lagi'. Sebabnya dia ni memang tidak pernah berhenti gila talak dan menganggu kehidupan kami anak beranak biarpun sudah beristeri lain.

Ceritanya begini.......
Setelah gagal menghubungi emak saya kerana emak tak mahu angkat panggilannya lagi, dia kacau adik saya yang menjadi Pegawai Agama di UITM Melaka pulak. Adik pula telefon emak nak tahu apa cerita sebab dia kata bekas suami saya kata, saya tak benarkan dia melawat anak-anak. Jawab mak, "Dia baru saja hantar anak-anak balik, macam mana dia boleh kata Yatie tak bagi dia jaga anak?". Mak kemudian bercerita pasal perlakuan dan layanan bekas suami dan isterinya terhadap anak-anak. Anak-anak juga bercerita kepada mak tok mereka perihal sebenar....membuktikan saya tidak mereka cipta cerita. Lepas daripada saya mengamuk kerana dia cuba hasut anak2 tinggal bersamanya, dia sering menghubungi anak-anak di sekolah. Walaupun dia suruh anak-anak rahsiakan daripada saya tetapi anak-anak bertindak sebaliknya. Disinilah bermula cerita seterusnya.....

9  Oktober 2011....
Arianna memberitahu saya, guru besarnya memaksa dia bercakap dengan ayahnya melalui telefon walau pun dia enggan. Dia minta saya tidak memberitahu guru besar berkaitan hal ini. Memang saya sepatutnya marah kepada GB ni tapi kerana saya pasti ayahnya tentu sudah menghasut GB...saya hanya maklumkan kepada PK HEM.

Menurut Arianna, ayahnya banyak bertanya tentang saya. Soalnya...mummy dah kawin ke belum? Siapa boyfriend mummy? Berapa umur dia? Dia kerja apa? dan banyak lagi.

Bagi soalan yang pertama...Arianna sudah menjawab 'belum' tetapi Arianna ada menambah tentang seseorang yang sedang saya kenali dan amat mereka sayangi. Soalan seterusnya hanya dijawab, "tak tahu".
Kata Arianna, dia minta ayahnya jangan menganggu kami lagi kerana kami tak akan berada di rumah pada masa cuti nanti.
Mendengar cerita Arianna...saya tahu kami akan ditimpa masalah. Saya tegur Arianna kerana bercerita terlalu banyak.

SEPERTI YANG DIJANGKA.

Cukai jalan kereta bekas suami yang digunakan saya sudah hampir tamat tempoh iaitu pada 21 Oktober. Memandangkan dia  memegang kedua-dua geran...saya tiada pilihan selain daripada menghubungi dia melalui facebook untuk mendapatkan nombor telefon Ustaz Roslan yang menjadi agen insuran kereta tersebut.
Memandangkan dia sudah berkahwin semula, saya seboleh-bolehnya tidak mahu menganggu dia dan menyusahkan dia untuk memperbaharui cukai jalan kereta tersebut seperti yang sebelum ini dia lakukan.Usaha saya untuk mendapatkan nombor Ustaz Roslan...tidak dipedulikannya. Jadi saya siarkan di laman fb saya jika ada yang tahu nombor Ustaz Roslan. Beberapa rakan di SMKPT juga berusaha membantu saya. Malangnya gagal.

Saya minta sekali lagi dari bekas suami, tetapi dia mengertak saya dan meminta saya menjelaskan semua baki hutang kereta yang saya pakai. Logiknya di mana saya nak cari wang sebanyak itu? Sepatutnya dia saja yang jelaskan kereta saya supaya saya boleh pakai kereta baru dan jual kereta dia serta lunaskan bakinya.

Akhirnya kerana dia enggan memberi nombor Ustaz, saya minta dia perbaharui cukai jalan secepat mungkin dan seperti tahun sebelumnya bayaran itu akan di tolak dari hutangnya terhadap saya. Pesanan saya tidak diendahkannya.

Apa-apa pun penting sangatkah duit itu berbanding dengan anak-anak.Tak bolehkah dia dahulukan, Sedangkan selama 9 tahun dia tak bagi nafkah makan pakai, baju raya, baju sekolah anak-anak. Saya pernah berjumpa ramai rakan-rakan yang sudah berpisah tetapi kebajikan bekas isteri terjaga kerana mereka tidak mahu menyusahkan anak-anak. Ex saya ni terbalik...kepala otak dia, dia letakkan di lutut.Berbahagialah isteri barunya dapat suami tak berguna macam dia.


Saya semak status cukai jalan di Etiqa SP dan dimaklumkan cukai jalan sudah diperbaharui dan melalui seorang lagi pegawai saya dimaklumkan bekas suami saya sudah menuntut insuran kereta saya meninggalkan NCD saya sebanyak 25%.Bermaksud kereta Gen2 saya yang dipakainya sudah terlibat dengan kemalangan serius tanpa pengetahuan saya. Memang saya marah dia menipu dan tidak menceritakan kebenaran, sedangkan adalah hak saya untuk mengetahui segalanya kerana kereta itu KERETA SAYA. Sekarang, dia cuba men 'dajalkan' saya dan anak-anaknya sendiri dengan tidak menghantar cukai jalan untuk keretanya yang sudah diperbaharui.

Saya hantar lagi pesanan.Kali ini saya katakan kepadanya, "sekiranya cukai jalan tidak sampai pada tarikh luput, saya akan buat laporan polis."

Pada hari tarikh luput, saya mengusung anak-anak saya ke balai polis untuk membuat laporan. Dia memang bapa yang tidak berguna. Tidak terfikir ke dia bahawa kereta itu diguna  untuk kepentingan anak-anak? Bagaimana saya hendak memandu tanpa cukai jalan?

Pegawai penyiasat kemudiannya menghubungi dia dan minta dia hantar cukai jalan dengan kadar segera. Dengan selamba dia kata saya tak bayar lagi. Seperti yang tercatat dalam laporan, pegawai itu meminta supaya bayaran itu ditolak dari hutangnya terhadap saya.  Dia pura-pura tidak tahu hutang apa? Pegawai tersebut meminta saya bercakap dengan dia. Walaupun saya tahu dia berpura-pura, saya sebut juga. "Kenapa tak cakap?"katanya dalam tawa sinis. Macam mana dia boleh kata saya tak cakap sedangkan pesanan itu tercatat jelas dalam fb nya.Macam mana dia boleh kata tidak tahu sedangkan tahun lepas dia juga yang memperbaharui cukai tersebut dan ditolak dengan cara yang sama.Biasanya sebut saja hutang, dia sudah tahu hutang apa.

Sebelum saya pulang dari balai polis, pegawai penyiasat  meminta saya pergi ke Kuala Lumpur dan dapatkan balik kereta saya. Katanya  kalau selepas ini perkara yang sama berlaku, mereka tidak dapat buat apa-apa kerana kereta yang saya pakai adalah kereta dia.

Jika sebelum ini saya suka melengahkan membuat sesuatu perkara tetapi pagi 26 Oktober, hati saya bagai digerakkan untuk segera ke KL mendapatkan kereta saya semula. Gerak hati saya mengatakan ada sesuatu yang sedang mereka rancang. Saya tiba di KL dan bertemu sahabat baik saya Juni.Beberapa rakan lain juga memperlawa saya bermalam bersama mereka tapi banyak yang kami berdua perlu 'catch up'.  Banyak cerita yang perlu dikongsi.

Saya menghantar pesanan kepada bekas suami bahawa esok saya akan ke rumahnya untuk mendapatkan kereta.

27 Oktober
Juni mengajak saya ke rumahnya dan minta kunci kereta dengan cara baik. Walaupun saya tahu itu bukan idea yang baik untuk seorang manusia seperti bekas suami saya tapi saya ikutkan juga.Kalau ikutkan saya ,saya nak tunda saja kereta saya tu dan tukar semua kunci.
Saya bunyikan loceng rumah. Dia keluar dengan muka bangga.

."nak apa ?" katanya.

Saya katakan, "saya  datang nak tukar kereta?"

Balas dia semula, "Jumpa lawyer saya!"
"ok kalau macam tu saya repot polis," saya membalas dengan selamba.

"Pergi lah"...katanya dengan muka entahlah tak tahu macam mana nak describe.

Bukan main lagi...pakai lawyer. Rupa-rupanya bini dia dan dia dah failkan tuntutan harta sepencarian ke atas rumah saya di SP dan kereta saya. Satu sen dia tak keluarkan untuk rumah saya , ada hati nak tuntut. Kalau saya tuntut rumah dia tu ada lah juga logiknya sebab harta saya dalam rumah tu masih banyak dan wang saya yang dihabiskan untuk menanggung keluarga menunjukkan sumbangan saya.

Yang saya geram...begitu sekali dia sampai hati nak rebut tempat perlindungan anak-anak? Semua kawan-kawan saya beristiqhfar bila dapat tahu begitu jahat sekali dia ni.

Saya terus buat laporan polis mengatakan dia menghalang saya mendapatkan kereta saya semula. Pegawai penyiasat menghubungi saya dan minta saya jumpa dia pada pukul 2.30 ptg (lepas Jumaat). Menurut pegawai tersebut, dia akan sama-sama pergi mendapatkan kereta tersebut dengan saya. Sekiranya mereka enggan, dia akan ke mahkamah mendapatkan perintah untuk mengembalikan kereta tersebut kepada saya.

Saya beritahu pegawai tersebut saya tak ada masa nak tunggu perintah mahkamah. Saya datang dari Kedah tinggalkan anak-anak dan saya tidak mahu berada di KL lebih lama. Pegawai tersebut minta saya tunggu juga dia.
Saya mula buat perancangan.

Saya tanya polis disitu sekiranya mereka ada kereta tunda.Mereka buat panggilan dan maklumkan kereta tunda keluar.
Saya hubungi pembuat kunci dan bertanya berapa jam yang dia perlukan untuk menukar keseluruhan kunci kereta ? Jawabnya," 3 jam" . Tempoh 3 jam terlalu lama. Saya hubungi pula trak tunda. Dipendekkan cerita, kami ekori bekas suami hingga ke rumah ibunya di Jalan Enggang. Ketika dia dan semua orang mula solat Jumaat, kereta tunda pun mula buat kerja.

Baru tengah adjust nak tunda, keluarlah dua orang perempuan, seorang macam singa seorang lagi macam orang gila.Yang singa tu bini dia, yang macam orang gila tu adik dia. Kedua-duanya terjerit-jerit suruh telefon polis. Saya selamba je bila diminta panggil polis sebab kalau polis datang, kerja saya jadi lagi senang.
Saya yang sejak tadi memerhati dalam jarak 2 meter bergerak ke arah mereka. Saya katakan pada bini dia, ini kereta saya, ini gerannya, ini bukti saya bayar dan ini laporan polis.Bini dia terjerit-jerit memberitahu Jimmy (driver tow truck) tu yang saya boleh buat repot saya sendiri (?????? tak tahu nak kata apa masa ni) dan yang adiknya pula kata saya busuk hati.

Saya geram juga...cakap kat dia, "macam lah kau baik sangat."

Dia pulak membalas gaya orang gila jugak, "Pernah tak orang cakap orang ni baik? Orang tak pernah pun cakap orang baik tau." Saya dan isteri ex saya pandang ke arah dia. Saya tengok bini ex saya ni macam terperanjat tengok perangai adik dia ni."

 Dalam hati, saya cakap ,"mengaku pun yang kau tu tak berapa baik."

Saya beritahu Jimmy, "u tow je lah ini kereta. Ini kereta saya. Ini report pun sudah ada."

Jawab Jimmy, "macam mana saya mahu tow...itu perempuan duduk tengah-tengah".

Saya pandang ke arah adik ex saya yang macam orang gila tu berdiri di tengah-tengah. "ya tak ya juga...nanti cedera parah pulak."

Sikap bini ex saya yang asyik cakap saya tipu, gilakan duit sambil menunjuk jarinya ke arah muka saya memang sangat menguji saya.Isterinya kata saya tak bayar duit roadtax. Bila saya kata saya dah beritahu kena tolak dari hutang, dia kata saya tak cakap pun pada suami dia. Dia kata dia baca fb ex saya. Saya pun tak tahu nak kata apa...yang boleh saya katakan ialah saya hanya boleh bersumpah saya berkata benar. Saya tunjukkan pada dia bukti laporan doktor HKL saya adalah mangsa deraan suami. Saya katakan pada dia, " Suami awak tu pelakon lelaki terbaik. Awak tak tahu lagi siapa yang awak kawini." Jika tadi dia menutup telinga dan mengelengkan kepala tidak mahu mendengar apa2 penerangan saya. Kini saya nampak muka dia berubah.

Saya minta dia kawal suaminya supaya tidak menganggu anak-anak di sekolah. Jawab bininya, awak yang tak bagi anak-anak cakap dengan dia. Saya katakan pada dia, "masalahnya suami awak bukan tanya pasal anak2 tapi dia tanya pasal saya. Siapa bf saya, brp umur dan sebagainya."

Balas bininya ini,"macamlah suami saya nak tahu pasal awak. Dia tak kisah pun." Dia bagai meminta pandangan adik ex saya tapi  tidak diendahkan. Mereka pun tahu bagaimana abang mereka gila talak setengah mati. Saya angkat tangan dan berkata, "Wallahi saya berkata hal yang betul."

Lepas tu ex saya pun balik...berlakon baik. Lucu saya tengok lakonan dia. Depan isteri dia ,saya beritahu lelaki anugerah Tuhan ni lah yang suka pukul isteri, tumbuk isteri, tengking isteri dan halau isteri. Dia diam saja sementara saya lihat isterinya kebingungan. Dia pasti tak sangka suaminya macam tu. Diaorang ni kawin macam mana tak tahu lah. Isteri dia ni anak dara tua, umur dah dekat 40 tahun mungkin terdesak nak kawin tak fikir dua kali dah.

Saya katakan pada isteri dia, "Awak ni garang kan?" Dia pun jawab dengan suara tinggi,"Memang pun garang." Dalam sinis, saya katakan padanya semula, " Baguslah macam tu...secocok sangatlah sebab sama- sama garang.

 Dalam hati ..saya bersyukur Allah menghadiahkan perempuan seperti ini kepada dia. Yang saya terfikir, apakah dosa perempuan ini , di berikan seorang lelaki seperti ex saya. Tentu dia ni juga bukan orang yang baik. Wallahua'lam. Saya pulak terpaksa kawin dengan dia kerana keluarga dia dah edar kad ketika saya batalkan perkahwinan.Buat baik pun balasannya tetap sama sebab saya engkar alamat yang Allah berikan untuk membatalkan perkahwinan.

Anyway..dipendekkan cerita lagi, mereka menelefon peguam mereka. Saya minta untuk bercakap dengan peguam mereka tu. Saya katakan pada peguam tu,kalau sekali pun mereka tuntut harta saya, saya masih ada hak ke atas harta itu sehinggalah mahkamah mengeluarkan perintah. Dengan kata lain, kalau saya tuntut rumah mereka, mereka masih boleh tinggal di rumah itu sehinggalah mahkamah keluarkan perintah. Begitu juga dengan kereta saya. Peguamnya terdiam dan minta saya berikan telefon kepada ex dan isterinya. Saya nampak mereka bengang. Mereka tak sangka ini boleh berlaku.

Mereka buatkan surat perjanjian bahawa kereta saya dilepaskan tanpa boleh dijual. Bodoh ke tidak tak tahulah nak cakap macam mana...takkan lah saya tak boleh jual kereta saya sendiri. Surat itu saya tandatangani juga sebab saya tak nak berada lebih lama di rumah mereka. Yang mereka lebih bodoh, surat itu tak ada tandatangan saksi pun. Bila saya maklumkan pada ex saya, dia kata benda tu tak penting pun. Tengoklah.....cerdik ke tidak si jahat bodoh ni.

Yang keduanya ...masa saya persoalkan kenapa dia tak nak hantar roadtax keretanya kepada saya. Dalam gelak2, dia katakan..." ala bila kena tahan JPJ, cakap je dah renew, ceritalah sikit, takkan diaorang tak faham.

Tak tahulah nak cakap macam mana. Apa kata saya yang buat macam tu pada dia? Saya ni bersama anak-anak? Kalau dia yang kena, apa kata dia cakap saja pada JPJ...nenek saya nak beranak, saya tak sempat pamerkan kat cermin.

Cakap dengan orang bangang ni buat buang masa saja, baik jangan layan.
Saya salam isterinya dengan satu ingatan, "kalau dia tumbuk, repot polis tau!" meninggalkan isterinya kebingungan mendapat seorang "Anugerah Tuhan" sebagai suami.

Bekas suami hantar pesanan ke fb saya..Saya komen pasal dia mengigil masa jumpa saya sebab takut buat salah, dia balas balik,

 aku takut pd Allah saja.. kau manusia biase je.. buat pe nak takut.. yg tak tenang kau.. hidup aku dah tenteram.. aman damai & bahgia.. alhamdulillah, aku bersyukur & byk bersabar.. sabar tu separuh drp iman.. aku perna hidup dgn kau.. aku tau sekarang kau sentiase fikir yg buruk pasal aku.. nak busukkan aku.. tak lena la kau.. sebaliknya aku dah buang kau dalam idup aku..ingat la nama aku tu baik2 sbb nama tu la yg akan menghantui idup kau sampai mati..selagi kau ingat nama aku selagi itu la kau tak kan tenang smpai mati.. ingat smpai bila2 ye..KAU TAK KAN TENANG SAMPAI MATI..

Setengah mati saya  tergelak baca message dia. Dia nak psiko saya konon.  Insyaallah saya akan siarkan semua message dia di sini. Dalam satu message dia, dia kata walaupun apa yang saya cerita, semua orang akan tetap berada di belakang dia dan percayakan dia. Dia memang hebat.

Saya harap dia takkan ganggu kami lagi. Walau apa pun saya tetap akan naik court. Dia cuba menakut2kan saya dengan mengatakan  saya nanti susah kena naik court, kena ambik cuti, nanti anak2 dia tak ada orang nak jaga. Kalau dulu saya termakan kata2nya kerana ingin cepat bercerai. Kali ni saya akan buktikan saya isteri yang terbaik..seperti yang dia pernah kata dan dia suami paling teruk...seperti pengakuannya juga. Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan buktikan kebenaran, bersihkan nama saya dan hentikan semua fitnah dan gangguannya dalam hidup kami.

Oh ya...saya telefon Sarjan yang sepatutnya saya jumpa jam 2.30 petang tu. 
Saya beritahu, " dah selesai Sarjan."

"Apa yang dah selesai?", jawab Sarjan.

"Saya dah dapat kereta."

"Macam mana tu?"

"Saya bawa trak tunda!"

Tergelak Sarjan tu dengan penjelasan saya.Katanya...dia pun ingat kalau diaorang ni degil sangat , dia nak cakap dengan peguam jugak.Sarjan minta saya buat laporan bahawa saya sudah mendapatkan kereta saya dan memulangkan kereta dia.

SYUKUR PADAMU YA ALLAH. Sesiapa pun boleh mempergunakan nama Allah untuk melepaskan diri. Allah tahu  segalanya walaupun apa yang ada di dalam hati.Hari ini Allah bantu saya dengan mudah. Mereka pakai peguam tapi dengan kuasa Allah S.W.T, peguam mereka juga yang melepaskan kereta itu ke tangan saya semula.

Biarlah mereka kata saya busuk hati, dengki dan entah apa lagi...Allah tahu hati saya bersih, Dia kata saya tidak bahagia.Mana dia tahu? Orang yang sentiasa cuba menyusahkan saya dan anak-anaklah yang sebenarnya tidak bahagia. Saya cukup bahagia hari ni dan seboleh-bolehnya saya tidak mahu dia tahu sejauhmana kebahagiaan saya kerana sebaik dia tahu....dia pasti akan kembali untuk memusnahkannya.

P/S Mulanya saya ingat saya mungkin tersilap pasal isterinya. Mungkin cerita anak ada yang tidak tepat. Bila saja berjumpa....rupa2nya perempuan tu lebih teruk dari yang saya gambarkan. Anak2 saya berkata benar.

7 comments:

» NAJA « said...

Salam singgah dan salam kenal di blog kakak...

Kakak sangat tabah dan kuat. Keep on tabah and be strong demi anak2 ye..Good luck.

Yatie Ariffin said...

Thank you Naja,

ketabahan hari ini akan menjanjikan kebahagiaan di hari esok.

Teh Ais said...

Kakak saya pun same mcm awak.... bekas suami xnk ceraikan kakak saye. Setahun kakak saya sudah puas bersabar......sekarang naik turun nakhamah..

Yatie Ariffin said...

Teh Ais,

semoga segala urusan kakak dimudahkan.

Norhayati Abdul Rahman said...

Salam kenalan.. sy baru bercerai awal thn ni..msaalah sy hak jagaan ank..dh jd kes makhamah..

Norhayati Abdul Rahman said...

Salam kenalan.. sy baru bercerai awal thn ni..msaalah sy hak jagaan ank..dh jd kes makhamah..

Yatie Ariffin said...

Salam Yati,
Sekiranya mahukan sebarang nasihat boleh email saya di atieariffin831@gmail.com