Saturday, June 11, 2011

HARI YANG DI NANTI- bekas suami dah kawin lagi

Tuhan itu Maha Kaya.....seorang lelaki yang sentiasa memburukkan bekas isteri mengatakan saya curang, saya cerai hanya kerana nak enjoy , seorang lelaki yang telah menumbuk isteri dengan alasan islam membenarkan seorang suami menumbuk isteri walau tanpa sebab, seorang lelaki yang gila talak setengah mati dan kononnya berjanji untuk  menjaga kebajikan bekas isteri seperti Chef Wan, kononnya takkan kawin lagi......kononnya akan membayar hutang kereta saya sampai habis.......baru2 ni mengejutkan saya dengan berkahwin lain....mendahului saya. What a shocked.....terus terang saya dah agak sebab bab menipu dia ni memang juara. Saya lega...at the same time sedih melihat wajah anak2 saya. Memang saya banyak berfikir sebelum ni, terlalu kesian kan anak2 dan kdg2 terfikir , adakah saya perlu berkorban menerima dia semula demi melihat anak2 bahagia mendapat keluarga yang sempurna. Saya memang tidak sanggup melalui episod luka kehidupan dengan insan ini. Memang sangat susah. Memang hati saya pedih melihat anak2. Kalaulah saya berkahwin dengan lelaki yang baik, tidak mungkin ini semua terjadi.Sekurang-kurangnya saya berfikir...walaupun saya tidak sanggup.Dia.....memang sudah lama mengabaikan anak2 kononnya sibuk dengan tugasan itu ini. Rupanya berkahwin lain.

Saya tidak kisah dia berkawin dengan siapa sebabnya.....hanya perempuan malang saja yang menjadi isteri dia. Saya percaya dia menjual kisah saya curang kepada perempuan ini. Patutlah cuti lepas dia mengelak untuk menjaga anak pada mulanya, rupanya sebab nak kawin. Selepas itu , dia beritahu anak2 tidur awal setiap malam. Dari cerita anak2 setiap pukul 10.30 atau 11 malam, ayah mereka perlu mengambil isterinya ini pulang dari kerja  dan anak2 saya yang sedang tidur pun di usungnya.Isterinya ini bekerja dari pukul 11 pagi sampai 11 malam. Isterinya ini kemas rumah sekali sekala, selebihnya ayah mereka yang buat. ( dulu saya kemas dan mop rumah setiap hari )Yang paling saya sakit hati....ketika anak saya Arianna berkali2 meminta untuk ayahnya bawa ke klinik, ayahnya kata tak payah pergi klinik.Setakat beli ubat di farmasi. Memanglah dia ni tak berubah tak bertanggungjawab langsung.

Saya bersyukur dia kawin lebih awal dari saya sebab kalau saya kawin awal dari dia, dia kata dia nak rebut anak di mahkamah. So Thank You Allah....Saya tahu dia pernah menjadi suami yang teruk kepada saya, dia tetap akan menjadi suami yang teruk atau dia akan dapat isteri yang teruk. Dulu...dia marah sangat saya mengajar sebelah pagi kerana tak boleh jadi kuli dia , sekarang dia kena jadi kuli isteri baru sebab isteri baru  kerja dari pukul 11 pagi sampai malam.Satu yang baik tentang dia....dia sembahyang tak tinggal tapi tengking isteri, halau isteri, tumbuk isteri.....adalah diri dia.

Saya tak tahu bila saya akan kahwin semula sebab anak2 adalah priority  tapi seingat saya setiap kali saya terima lamaran, saya tidak pernah berselindung dari dia. Kalau saya kawin pun , of course saya akan jemput dia. Kenapa dia tak jemput saya dan kawan-kawan lain...kena tangkap basah ke? Wallahua'laam.

2 comments:

lala n apies said...

assalam...akak
sy baru t'baca blog akak ni....
cerita ni lebih kurang dgn hdup sy...
bekas suami sy pon berperangai mcm tu...tp sy kagum ngn akak...
sy bila dpt tau bekas suami akan kawen sy sedih dan teros nngis... akak, sy mintak jasa baik akak macam mane nak setabah akak ni???? thnx

Yatie Ariffin said...

waalaikumsalam lala,

terima kasih kerana menyinggah di blog akak yang tak seberapa ini.

lala,

Perkahwinan adalah suatu percaturan dlm sebuah kehidupan. Ada kala kita menang , ada kala kita kalah.Dlm episod kehidupan akak ini...semua yang telah berlaku sudah dijangka, baik dari saat berkawin, bercerai,mahu pun dia kawin semula .Akak memang sudah bersedia.Walaupun bekas suami kata takkan kawin...tapi sebagai seorang yg pernah hidup dgnnya...kita boleh menjangka. Tidak salah untuk lala menangis bila bekas suami berkawin lain. Kita akan sedih bila mengenangkan bagaimana kita telah berjasa kepada seorang lelaki dan jasa kita begitu mudah dilupa.Ketabahan akak bukan bermakna akak tidak sedih tapi...kalau selama kehidupan bersama pun dia tidak pernah hargai, inikan pulak setelah bercerai dan berkawin lain. Akak sedih kerana anak2 tapi kalau kerana diri sendiri, ini adalah hari yang dinanti. Hari pembalasan dari Yang Maha Esa. Kalau lala percaya lala di pihak yang benar...percayalah Allah takkan benarkan 'dia' hidup bahagia.Ingat satu saje,sebuah perkahwinan belum tentu menjanjikan sebuah kebahagiaan.Kalau dia berkawin lain...belum tentu dia bahagia. Mungkin ini permulaan untuk dia menderita.Juga titik tolak suatu kebenaran berada di depan mata.