Friday, November 25, 2011

BEKAS SUAMI GANGGU KAMI LAGI- keretaku keretaku jua

Kadang-kadang saya rasa blog ni elok ditukar kepada blog 'Kisah Bekas Suamiku Buat Hal Lagi'. Sebabnya dia ni memang tidak pernah berhenti gila talak dan menganggu kehidupan kami anak beranak biarpun sudah beristeri lain.

Ceritanya begini.......
Setelah gagal menghubungi emak saya kerana emak tak mahu angkat panggilannya lagi, dia kacau adik saya yang menjadi Pegawai Agama di UITM Melaka pulak. Adik pula telefon emak nak tahu apa cerita sebab dia kata bekas suami saya kata, saya tak benarkan dia melawat anak-anak. Jawab mak, "Dia baru saja hantar anak-anak balik, macam mana dia boleh kata Yatie tak bagi dia jaga anak?". Mak kemudian bercerita pasal perlakuan dan layanan bekas suami dan isterinya terhadap anak-anak. Anak-anak juga bercerita kepada mak tok mereka perihal sebenar....membuktikan saya tidak mereka cipta cerita. Lepas daripada saya mengamuk kerana dia cuba hasut anak2 tinggal bersamanya, dia sering menghubungi anak-anak di sekolah. Walaupun dia suruh anak-anak rahsiakan daripada saya tetapi anak-anak bertindak sebaliknya. Disinilah bermula cerita seterusnya.....

9  Oktober 2011....
Arianna memberitahu saya, guru besarnya memaksa dia bercakap dengan ayahnya melalui telefon walau pun dia enggan. Dia minta saya tidak memberitahu guru besar berkaitan hal ini. Memang saya sepatutnya marah kepada GB ni tapi kerana saya pasti ayahnya tentu sudah menghasut GB...saya hanya maklumkan kepada PK HEM.

Menurut Arianna, ayahnya banyak bertanya tentang saya. Soalnya...mummy dah kawin ke belum? Siapa boyfriend mummy? Berapa umur dia? Dia kerja apa? dan banyak lagi.

Bagi soalan yang pertama...Arianna sudah menjawab 'belum' tetapi Arianna ada menambah tentang seseorang yang sedang saya kenali dan amat mereka sayangi. Soalan seterusnya hanya dijawab, "tak tahu".
Kata Arianna, dia minta ayahnya jangan menganggu kami lagi kerana kami tak akan berada di rumah pada masa cuti nanti.
Mendengar cerita Arianna...saya tahu kami akan ditimpa masalah. Saya tegur Arianna kerana bercerita terlalu banyak.

SEPERTI YANG DIJANGKA.

Cukai jalan kereta bekas suami yang digunakan saya sudah hampir tamat tempoh iaitu pada 21 Oktober. Memandangkan dia  memegang kedua-dua geran...saya tiada pilihan selain daripada menghubungi dia melalui facebook untuk mendapatkan nombor telefon Ustaz Roslan yang menjadi agen insuran kereta tersebut.
Memandangkan dia sudah berkahwin semula, saya seboleh-bolehnya tidak mahu menganggu dia dan menyusahkan dia untuk memperbaharui cukai jalan kereta tersebut seperti yang sebelum ini dia lakukan.Usaha saya untuk mendapatkan nombor Ustaz Roslan...tidak dipedulikannya. Jadi saya siarkan di laman fb saya jika ada yang tahu nombor Ustaz Roslan. Beberapa rakan di SMKPT juga berusaha membantu saya. Malangnya gagal.

Saya minta sekali lagi dari bekas suami, tetapi dia mengertak saya dan meminta saya menjelaskan semua baki hutang kereta yang saya pakai. Logiknya di mana saya nak cari wang sebanyak itu? Sepatutnya dia saja yang jelaskan kereta saya supaya saya boleh pakai kereta baru dan jual kereta dia serta lunaskan bakinya.

Akhirnya kerana dia enggan memberi nombor Ustaz, saya minta dia perbaharui cukai jalan secepat mungkin dan seperti tahun sebelumnya bayaran itu akan di tolak dari hutangnya terhadap saya. Pesanan saya tidak diendahkannya.

Apa-apa pun penting sangatkah duit itu berbanding dengan anak-anak.Tak bolehkah dia dahulukan, Sedangkan selama 9 tahun dia tak bagi nafkah makan pakai, baju raya, baju sekolah anak-anak. Saya pernah berjumpa ramai rakan-rakan yang sudah berpisah tetapi kebajikan bekas isteri terjaga kerana mereka tidak mahu menyusahkan anak-anak. Ex saya ni terbalik...kepala otak dia, dia letakkan di lutut.Berbahagialah isteri barunya dapat suami tak berguna macam dia.


Saya semak status cukai jalan di Etiqa SP dan dimaklumkan cukai jalan sudah diperbaharui dan melalui seorang lagi pegawai saya dimaklumkan bekas suami saya sudah menuntut insuran kereta saya meninggalkan NCD saya sebanyak 25%.Bermaksud kereta Gen2 saya yang dipakainya sudah terlibat dengan kemalangan serius tanpa pengetahuan saya. Memang saya marah dia menipu dan tidak menceritakan kebenaran, sedangkan adalah hak saya untuk mengetahui segalanya kerana kereta itu KERETA SAYA. Sekarang, dia cuba men 'dajalkan' saya dan anak-anaknya sendiri dengan tidak menghantar cukai jalan untuk keretanya yang sudah diperbaharui.

Saya hantar lagi pesanan.Kali ini saya katakan kepadanya, "sekiranya cukai jalan tidak sampai pada tarikh luput, saya akan buat laporan polis."

Pada hari tarikh luput, saya mengusung anak-anak saya ke balai polis untuk membuat laporan. Dia memang bapa yang tidak berguna. Tidak terfikir ke dia bahawa kereta itu diguna  untuk kepentingan anak-anak? Bagaimana saya hendak memandu tanpa cukai jalan?

Pegawai penyiasat kemudiannya menghubungi dia dan minta dia hantar cukai jalan dengan kadar segera. Dengan selamba dia kata saya tak bayar lagi. Seperti yang tercatat dalam laporan, pegawai itu meminta supaya bayaran itu ditolak dari hutangnya terhadap saya.  Dia pura-pura tidak tahu hutang apa? Pegawai tersebut meminta saya bercakap dengan dia. Walaupun saya tahu dia berpura-pura, saya sebut juga. "Kenapa tak cakap?"katanya dalam tawa sinis. Macam mana dia boleh kata saya tak cakap sedangkan pesanan itu tercatat jelas dalam fb nya.Macam mana dia boleh kata tidak tahu sedangkan tahun lepas dia juga yang memperbaharui cukai tersebut dan ditolak dengan cara yang sama.Biasanya sebut saja hutang, dia sudah tahu hutang apa.

Sebelum saya pulang dari balai polis, pegawai penyiasat  meminta saya pergi ke Kuala Lumpur dan dapatkan balik kereta saya. Katanya  kalau selepas ini perkara yang sama berlaku, mereka tidak dapat buat apa-apa kerana kereta yang saya pakai adalah kereta dia.

Jika sebelum ini saya suka melengahkan membuat sesuatu perkara tetapi pagi 26 Oktober, hati saya bagai digerakkan untuk segera ke KL mendapatkan kereta saya semula. Gerak hati saya mengatakan ada sesuatu yang sedang mereka rancang. Saya tiba di KL dan bertemu sahabat baik saya Juni.Beberapa rakan lain juga memperlawa saya bermalam bersama mereka tapi banyak yang kami berdua perlu 'catch up'.  Banyak cerita yang perlu dikongsi.

Saya menghantar pesanan kepada bekas suami bahawa esok saya akan ke rumahnya untuk mendapatkan kereta.

27 Oktober
Juni mengajak saya ke rumahnya dan minta kunci kereta dengan cara baik. Walaupun saya tahu itu bukan idea yang baik untuk seorang manusia seperti bekas suami saya tapi saya ikutkan juga.Kalau ikutkan saya ,saya nak tunda saja kereta saya tu dan tukar semua kunci.
Saya bunyikan loceng rumah. Dia keluar dengan muka bangga.

."nak apa ?" katanya.

Saya katakan, "saya  datang nak tukar kereta?"

Balas dia semula, "Jumpa lawyer saya!"
"ok kalau macam tu saya repot polis," saya membalas dengan selamba.

"Pergi lah"...katanya dengan muka entahlah tak tahu macam mana nak describe.

Bukan main lagi...pakai lawyer. Rupa-rupanya bini dia dan dia dah failkan tuntutan harta sepencarian ke atas rumah saya di SP dan kereta saya. Satu sen dia tak keluarkan untuk rumah saya , ada hati nak tuntut. Kalau saya tuntut rumah dia tu ada lah juga logiknya sebab harta saya dalam rumah tu masih banyak dan wang saya yang dihabiskan untuk menanggung keluarga menunjukkan sumbangan saya.

Yang saya geram...begitu sekali dia sampai hati nak rebut tempat perlindungan anak-anak? Semua kawan-kawan saya beristiqhfar bila dapat tahu begitu jahat sekali dia ni.

Saya terus buat laporan polis mengatakan dia menghalang saya mendapatkan kereta saya semula. Pegawai penyiasat menghubungi saya dan minta saya jumpa dia pada pukul 2.30 ptg (lepas Jumaat). Menurut pegawai tersebut, dia akan sama-sama pergi mendapatkan kereta tersebut dengan saya. Sekiranya mereka enggan, dia akan ke mahkamah mendapatkan perintah untuk mengembalikan kereta tersebut kepada saya.

Saya beritahu pegawai tersebut saya tak ada masa nak tunggu perintah mahkamah. Saya datang dari Kedah tinggalkan anak-anak dan saya tidak mahu berada di KL lebih lama. Pegawai tersebut minta saya tunggu juga dia.
Saya mula buat perancangan.

Saya tanya polis disitu sekiranya mereka ada kereta tunda.Mereka buat panggilan dan maklumkan kereta tunda keluar.
Saya hubungi pembuat kunci dan bertanya berapa jam yang dia perlukan untuk menukar keseluruhan kunci kereta ? Jawabnya," 3 jam" . Tempoh 3 jam terlalu lama. Saya hubungi pula trak tunda. Dipendekkan cerita, kami ekori bekas suami hingga ke rumah ibunya di Jalan Enggang. Ketika dia dan semua orang mula solat Jumaat, kereta tunda pun mula buat kerja.

Baru tengah adjust nak tunda, keluarlah dua orang perempuan, seorang macam singa seorang lagi macam orang gila.Yang singa tu bini dia, yang macam orang gila tu adik dia. Kedua-duanya terjerit-jerit suruh telefon polis. Saya selamba je bila diminta panggil polis sebab kalau polis datang, kerja saya jadi lagi senang.
Saya yang sejak tadi memerhati dalam jarak 2 meter bergerak ke arah mereka. Saya katakan pada bini dia, ini kereta saya, ini gerannya, ini bukti saya bayar dan ini laporan polis.Bini dia terjerit-jerit memberitahu Jimmy (driver tow truck) tu yang saya boleh buat repot saya sendiri (?????? tak tahu nak kata apa masa ni) dan yang adiknya pula kata saya busuk hati.

Saya geram juga...cakap kat dia, "macam lah kau baik sangat."

Dia pulak membalas gaya orang gila jugak, "Pernah tak orang cakap orang ni baik? Orang tak pernah pun cakap orang baik tau." Saya dan isteri ex saya pandang ke arah dia. Saya tengok bini ex saya ni macam terperanjat tengok perangai adik dia ni."

 Dalam hati, saya cakap ,"mengaku pun yang kau tu tak berapa baik."

Saya beritahu Jimmy, "u tow je lah ini kereta. Ini kereta saya. Ini report pun sudah ada."

Jawab Jimmy, "macam mana saya mahu tow...itu perempuan duduk tengah-tengah".

Saya pandang ke arah adik ex saya yang macam orang gila tu berdiri di tengah-tengah. "ya tak ya juga...nanti cedera parah pulak."

Sikap bini ex saya yang asyik cakap saya tipu, gilakan duit sambil menunjuk jarinya ke arah muka saya memang sangat menguji saya.Isterinya kata saya tak bayar duit roadtax. Bila saya kata saya dah beritahu kena tolak dari hutang, dia kata saya tak cakap pun pada suami dia. Dia kata dia baca fb ex saya. Saya pun tak tahu nak kata apa...yang boleh saya katakan ialah saya hanya boleh bersumpah saya berkata benar. Saya tunjukkan pada dia bukti laporan doktor HKL saya adalah mangsa deraan suami. Saya katakan pada dia, " Suami awak tu pelakon lelaki terbaik. Awak tak tahu lagi siapa yang awak kawini." Jika tadi dia menutup telinga dan mengelengkan kepala tidak mahu mendengar apa2 penerangan saya. Kini saya nampak muka dia berubah.

Saya minta dia kawal suaminya supaya tidak menganggu anak-anak di sekolah. Jawab bininya, awak yang tak bagi anak-anak cakap dengan dia. Saya katakan pada dia, "masalahnya suami awak bukan tanya pasal anak2 tapi dia tanya pasal saya. Siapa bf saya, brp umur dan sebagainya."

Balas bininya ini,"macamlah suami saya nak tahu pasal awak. Dia tak kisah pun." Dia bagai meminta pandangan adik ex saya tapi  tidak diendahkan. Mereka pun tahu bagaimana abang mereka gila talak setengah mati. Saya angkat tangan dan berkata, "Wallahi saya berkata hal yang betul."

Lepas tu ex saya pun balik...berlakon baik. Lucu saya tengok lakonan dia. Depan isteri dia ,saya beritahu lelaki anugerah Tuhan ni lah yang suka pukul isteri, tumbuk isteri, tengking isteri dan halau isteri. Dia diam saja sementara saya lihat isterinya kebingungan. Dia pasti tak sangka suaminya macam tu. Diaorang ni kawin macam mana tak tahu lah. Isteri dia ni anak dara tua, umur dah dekat 40 tahun mungkin terdesak nak kawin tak fikir dua kali dah.

Saya katakan pada isteri dia, "Awak ni garang kan?" Dia pun jawab dengan suara tinggi,"Memang pun garang." Dalam sinis, saya katakan padanya semula, " Baguslah macam tu...secocok sangatlah sebab sama- sama garang.

 Dalam hati ..saya bersyukur Allah menghadiahkan perempuan seperti ini kepada dia. Yang saya terfikir, apakah dosa perempuan ini , di berikan seorang lelaki seperti ex saya. Tentu dia ni juga bukan orang yang baik. Wallahua'lam. Saya pulak terpaksa kawin dengan dia kerana keluarga dia dah edar kad ketika saya batalkan perkahwinan.Buat baik pun balasannya tetap sama sebab saya engkar alamat yang Allah berikan untuk membatalkan perkahwinan.

Anyway..dipendekkan cerita lagi, mereka menelefon peguam mereka. Saya minta untuk bercakap dengan peguam mereka tu. Saya katakan pada peguam tu,kalau sekali pun mereka tuntut harta saya, saya masih ada hak ke atas harta itu sehinggalah mahkamah mengeluarkan perintah. Dengan kata lain, kalau saya tuntut rumah mereka, mereka masih boleh tinggal di rumah itu sehinggalah mahkamah keluarkan perintah. Begitu juga dengan kereta saya. Peguamnya terdiam dan minta saya berikan telefon kepada ex dan isterinya. Saya nampak mereka bengang. Mereka tak sangka ini boleh berlaku.

Mereka buatkan surat perjanjian bahawa kereta saya dilepaskan tanpa boleh dijual. Bodoh ke tidak tak tahulah nak cakap macam mana...takkan lah saya tak boleh jual kereta saya sendiri. Surat itu saya tandatangani juga sebab saya tak nak berada lebih lama di rumah mereka. Yang mereka lebih bodoh, surat itu tak ada tandatangan saksi pun. Bila saya maklumkan pada ex saya, dia kata benda tu tak penting pun. Tengoklah.....cerdik ke tidak si jahat bodoh ni.

Yang keduanya ...masa saya persoalkan kenapa dia tak nak hantar roadtax keretanya kepada saya. Dalam gelak2, dia katakan..." ala bila kena tahan JPJ, cakap je dah renew, ceritalah sikit, takkan diaorang tak faham.

Tak tahulah nak cakap macam mana. Apa kata saya yang buat macam tu pada dia? Saya ni bersama anak-anak? Kalau dia yang kena, apa kata dia cakap saja pada JPJ...nenek saya nak beranak, saya tak sempat pamerkan kat cermin.

Cakap dengan orang bangang ni buat buang masa saja, baik jangan layan.
Saya salam isterinya dengan satu ingatan, "kalau dia tumbuk, repot polis tau!" meninggalkan isterinya kebingungan mendapat seorang "Anugerah Tuhan" sebagai suami.

Bekas suami hantar pesanan ke fb saya..Saya komen pasal dia mengigil masa jumpa saya sebab takut buat salah, dia balas balik,

 aku takut pd Allah saja.. kau manusia biase je.. buat pe nak takut.. yg tak tenang kau.. hidup aku dah tenteram.. aman damai & bahgia.. alhamdulillah, aku bersyukur & byk bersabar.. sabar tu separuh drp iman.. aku perna hidup dgn kau.. aku tau sekarang kau sentiase fikir yg buruk pasal aku.. nak busukkan aku.. tak lena la kau.. sebaliknya aku dah buang kau dalam idup aku..ingat la nama aku tu baik2 sbb nama tu la yg akan menghantui idup kau sampai mati..selagi kau ingat nama aku selagi itu la kau tak kan tenang smpai mati.. ingat smpai bila2 ye..KAU TAK KAN TENANG SAMPAI MATI..

Setengah mati saya  tergelak baca message dia. Dia nak psiko saya konon.  Insyaallah saya akan siarkan semua message dia di sini. Dalam satu message dia, dia kata walaupun apa yang saya cerita, semua orang akan tetap berada di belakang dia dan percayakan dia. Dia memang hebat.

Saya harap dia takkan ganggu kami lagi. Walau apa pun saya tetap akan naik court. Dia cuba menakut2kan saya dengan mengatakan  saya nanti susah kena naik court, kena ambik cuti, nanti anak2 dia tak ada orang nak jaga. Kalau dulu saya termakan kata2nya kerana ingin cepat bercerai. Kali ni saya akan buktikan saya isteri yang terbaik..seperti yang dia pernah kata dan dia suami paling teruk...seperti pengakuannya juga. Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan buktikan kebenaran, bersihkan nama saya dan hentikan semua fitnah dan gangguannya dalam hidup kami.

Oh ya...saya telefon Sarjan yang sepatutnya saya jumpa jam 2.30 petang tu. 
Saya beritahu, " dah selesai Sarjan."

"Apa yang dah selesai?", jawab Sarjan.

"Saya dah dapat kereta."

"Macam mana tu?"

"Saya bawa trak tunda!"

Tergelak Sarjan tu dengan penjelasan saya.Katanya...dia pun ingat kalau diaorang ni degil sangat , dia nak cakap dengan peguam jugak.Sarjan minta saya buat laporan bahawa saya sudah mendapatkan kereta saya dan memulangkan kereta dia.

SYUKUR PADAMU YA ALLAH. Sesiapa pun boleh mempergunakan nama Allah untuk melepaskan diri. Allah tahu  segalanya walaupun apa yang ada di dalam hati.Hari ini Allah bantu saya dengan mudah. Mereka pakai peguam tapi dengan kuasa Allah S.W.T, peguam mereka juga yang melepaskan kereta itu ke tangan saya semula.

Biarlah mereka kata saya busuk hati, dengki dan entah apa lagi...Allah tahu hati saya bersih, Dia kata saya tidak bahagia.Mana dia tahu? Orang yang sentiasa cuba menyusahkan saya dan anak-anaklah yang sebenarnya tidak bahagia. Saya cukup bahagia hari ni dan seboleh-bolehnya saya tidak mahu dia tahu sejauhmana kebahagiaan saya kerana sebaik dia tahu....dia pasti akan kembali untuk memusnahkannya.

P/S Mulanya saya ingat saya mungkin tersilap pasal isterinya. Mungkin cerita anak ada yang tidak tepat. Bila saja berjumpa....rupa2nya perempuan tu lebih teruk dari yang saya gambarkan. Anak2 saya berkata benar.

Friday, September 2, 2011

Friday, August 19, 2011

LAYAKKAH DIA MENJAGA ANAK-ANAK?

Anak-anak saya memang pandai mengambil peluang. Mereka tahu saya tidak akan benarkan ibu tiri dan ayah mereka mengkulikan mereka. Jadi mereka beritahu saya, mereka bosan tinggal di Sungai petani sebab tidak ada PS2.Mereka kata kalau ada PS2 mereka tidak perlu ke rumah ayah mereka. Akhirnya saya belikan PS2  untuk mereka dengan harga RM470.'Mummy, we will stay with you forever. Tak nak duduk dengan ibu pemalas tu."

Setelah mereka pulang dari rumah ayah dan ibu tiri mereka, setiap kali mereka buat kesalahan , saya selalu ugut nak hantar mereka ke rumah ayah mereka. "Kalau kakak dengan adik tak dengar cakap,  mummy hantar pergi rumah ayah nanti." 

'Tak nak !" pantas mereka jawab.

Memang sejak mereka pulang dari Kuala Lumpur, saya boleh mengawal sedikit kerenah mereka . Itu saja modal saya. Namun modal ini ada kalanya kalah dengan kecerdikan mereka mempermainkan saya.

Pada 13 hb Ogos yang lepas merupakan hari lahir Danial yang ke 4 tahun. Of course ayahnya lupa langsung tentang hal ini. Danial masuk hospital seminggu pun dia tak datang lawat, inikan pulak nak ingat hari lahir Danial.

Hari lahir Danial ini sangat dinanti-nanti oleh kakak-kakaknya. Mereka sudah merancang dengan pelbagai acara termasuk dengan senarai tetamu yang akan di jemput. kad-kad undangan yang perlu dihantar .saya pulak masih bingung memikirkan apa yang perlu dimasak untuk 30 orang tetamu. Bulan-bulan puasa ni faham-faham sajalah.Saya juga memikirkan budget untuk baju raya harus saya fikirkan. Ayahnya tu kan pentingkan diri sendiri. Selama 9 tahun hidup dengannya, seingat saya sekali saja dia bagi RM300 untuk beli baju raya anak2.Baki lapan tahun, saya yang beli untuk anak-anak, pembantu rumah dan dia sendiri.

Jadi kalau masa berkahwin pun tak bertanggungjawab, apa lagi setelah bercerai dan berkahwin lain. Dapat pulak isteri busuk hati dan pemalas, jangan haraplah anak2 nak merasa dia beli baju raya.Anyway pemalas tu tak ada kaitan bab beli baju raya ni..saje je lepas geram..hehe

Sambung cerita tadi.....

Akhirnya saya beritahu kakak-kakak Danial, tak payahlah kita sambut besar-besaran. Kita jimatkan duit. Mereka minta saya bawakan mereka ke PIZZA HUT. Sehari sebelum tu saya bawa mereka tapi too bad dah penuh orang masa tu.Saya kalau boleh suka makan di rumah. Saya masak setiap hari dan Pizza Hut ni bukan nya kegemaran Danial pun.


Anak-anak saya ni mulalah membebel, "Tak best lah kat sini, tak celebrate birthday Danial, boringlah. ". itu lah inilah....Saya hanya pekakkan telinga dan beritahu mereka nanti saya buat birthday Danial lepas puasa. Mereka masih tidak puas hati.

Kemuncak daripada itu, mereka bergaduh dengan Danial pasal PS2. Tak nak bagi Danial main. Danial pulak nak main dengan kakak-kakaknya. Bila kakak-kakak tak nak main dengannya., maka Danial pun lepas geram.

Saya marahkan kakaknya, "kenapa kakak ni pentingkan diri sendiri sangat? Kenapa panas baran sangat? Kan hari ni birthday Danial. Layanlah dia."

"Buat ape ? Bukan mummy celebrate pun ? Kita orang nak makan Pizza pun mummy tak nak bawa."

Sebelum tu....saya ada marahkan kakak kerana meninggalkan Danial ketika hendak menaiki kereta. Hanya kerana Pizza Hut dan Chicken Rice Shop full house, mereka berdua begitu marahkan saya. ketika hendak menaiki kereta, Sarah masuk ke dalam kereta dan terus tutup pintu sebelum Danial sempat naik sedangkan Danial berada di belakang Sarah. Danial mengetuk-getuk pintu kereta. Nasib baik saya nampak. kerana saya berada di belakang Danial. Bayangkan kalau saya tidak nampak dan terus memandu.

Saya marah Sarah kerana sikapnya yang terlalu pentingkan diri sendiri. Kalau dia nak sesuatu dan tak dapat, dia hanya fikirkan kemarahan dia saja. Dia tak fikir pasal adik-adiknya. Dia lupa Danial tu 6 tahun lebih muda dari dia. Mereka mewarisi sifat-sifat ayah mereka...penting diri sendiri dan panas baran.Itu memang amat saya kesal.

Dipendekkan cerita...selepas insiden saya marahkan kaka-kakaknya pasal PS2, saya katakan pada mereka, 
"kalau macam ni perangai kakak dan adik memang elok sangat tinggal dengan ayah. "

Kebetulan ayah mereka menelefon, Sarah meluahkan rasa bosannya tinggal bersama saya sebab saya tak beli Pizza Hut dan marahkan dia.Dia tak cakap pula punca saya marahkan dia.

Si ayah yang hanya menanti peluang, menghasut Sarah dan Arianna tinggal dengannya.Dia memang perlukan wang nafkah anak-anak.untuk kesenangannya.

Sarah datang bertanya kebenaran saya untuk membenarkan mereka tinggal bersama ayah mereka.terperanjat saya. Saya mengaku kesilapan saya menggunakan modal menghantar mereka ke rumah ayah mereka tidak baik.Hari ni anak2 mengambil kesempatan di atas kesilapan saya.

Saya tanya Sarah, "betulkah kakak nak duduk dengan ayah? kakak tak sayangkan mummy lagi?"

Jawab kakak, " kakak tak nak duduk dengan ayah, tapi mummy tak nak beli PIZZA HUT untuk Danial. Kitaorang bosan ."

Saya bersetuju untuk buat pesanan Pizza Hut. Kakak happy sangat dan kata nak tinggal dengan saya forever.

Saya telefon ayah mereka...marahkan dia menghasut anak-anak.Tahu apa kata ayahnya.

"Memang patut pun diaorang duduk disini. Kau tu pemalas. Aku tahu kau tak pernah masak. Asyik beli kat luar?"

 How could he say like that. Selama 9 tahun hidup dengan dia , saya yang melakukan semua kerja. Saya bangun seawal 4.30 pagi dan tidur selewat 12 malam buat kerja. Dia boleh kata saya malas. Saya masak setiap hari. Dia boleh kata saya tak masak. Walaupun ketika ada pembantu rumah, saya yang masak ! Hanya ketika saya berada di sesi petang dan tidak ada pembantu rumah saja, kami ada buat tempahan mangkuk tingkat untuk 2 bulan. Itupun sekadar menambah apa yang telah saya masak untuk anak-anak pada sebelah pagi. Mana sempat nak masak bermacam2 jenis dengan banyak kerja yang perlu dilakukan. Saya buat breakfast, seterika baju, kemas rumah, hantar anak pergi mengaji balik mengaji, pergi pasaraya, masak, suap anak makan. siap anak2 ke sekolah, hantar anak2 pergi sekolah, pergi keja. Balik kerja nak masak lagi, nak kemas rumah lagi..Dia boleh kata saya 'malas' dengan semua kerja yang telah saya lakukan.

Memang ini manusia yang tak berguna dan tak layak pun jadi suami. Isteri dia tidak sedar lagi siapa yang dia kahwini. Kalau dia boleh buat pada saya begini. Memfitnah saya begini dan beritahu keluarganya saya pemalas. Itu juga yang dia boleh lakukan untuk perempuan itu. Anyway saya  boleh katakan perempuan ini juga boleh tahan pandai mengawal dan menghasut suaminya. Bukan macam saya yang lurus...buat semua kerja , berkorban semua duit.

Saya sedih dengan kata-katanya. Memang saya lepas geram di telefon. Saya boleh buat macam tu sebab saya tak dengar apa yg dikatakanya. Tak letak ganggang kat telinga pun.Saya tak mahu dengar apa kata-katanya.

Selepas saya letak telefon, saya ambil air sembahyang. Saya sembahyang Asar dan terus berdoa dan menangis di depan Allah.Allah tahu saya di pihak benar. Saya bercakap benar.Saya mohon Allah turunkan balasan yang setimpal kepada bekas suami kerana memfitnah dan melupakan segala kebaikan saya.Saya tuntut janji dari Allah. saya insan yang teraniaya.

Selepas solat, saya berjumpa anak-anak.Saya tanya anak-anak saya. ' Kakak, mummy ni malas kah kakak? Mummy tak masak hari-hari ke? Rumah kita ni kotor ke?Apa yang kakak cakap dekat ayah?"

Jawab Sarah , "Tak , mummy tak malas.Ibu yang malas.Sebab apa ayah cakap macam tu? kakak tak pernah cakap pun mummy tak masak.Kakak cakap sekali sekala kita akan makan kat luar".

Saya tanya lagi, "Rumah kita dengan rumah ayah , rumah sapa lebih bersih."
Jawab mereka serentak, "Rumah mummy." How to say rumah saya kotor, saya mop hari2. Rumah dia dulu pun saya mop hari-hari juga.

Adik menambah, "Toilet ayah kotor, ada $#%$ (najis) dekat tepi2.

Saya guarantee rumah mereka kotor. Kalau tidak masakan Danial masuk hospital selepas pulang dari KL.Selama Danial tinggal dengan saya, tak de apa yang berlaku. Pergi rumah mereka saja, terus sakit teruk dan di diagnose ada kuman dalam darah.


Akhirnya Sarah kata pada saya, "Dahlah mummy. Jangan layan ayah tu."

Tengok....betul-betullah anak-anak saya ni talam dua muka.Kat ayahnya cakap lain. dekat saya cakap lain.

Saya takkan benarkan dia menghubungi anak-anak saya lagi.Dia sudah ada isteri.Tak bolehkah dia tinggalkan kami sendirian.

Dia tidak layak menjaga anak2 saya. Saya akan buktikan kenapa Mohd Zaihurin Husin dan isterinya tidak layak menjaga anak-anak saya.





Wednesday, June 29, 2011

MERIT DEMERIT DI RUMAH

Melihat kelakuan anak-anak yang selalu je bergaduh sesama sendiri,tidak mahu bertolak ansur, kurang membuat kebaikan, tidak tahu bersyukur....saya terpaksa memulakan peraturan yang pernah saya praktikkan kepada anak2 suatu ketika dulu.

Merit Demerit ni biasanya peraturan yang dilaksanakan di sekolah.Saya bawa masuk ke dalam rumah saya.
Anak-anak saya Sarah dan Arianna di berikan markah 100 seorang. Satu kesalahan yang dilakukan akan ditolak 5, dan satu kebaikan yang dilakukan akan ditambah dengan 5. Satu waktu solat yang dikerjakan akan di tambah 10 mata.

Anak-anak diminta menyenaraikan 10 barang yang ingin mereka miliki sebagai ganjaran.
Pada setiap akhir bulan ,saya  akan mengira mata mereka. Sesiapa yang mendapat mata tertinggi boleh memilih salah satu hadiah untuk mereka miliki.

Kalau mata seri...keduanya akan menerima hadiah. Mata yang kurang dari 100 tidak akan menerima apa2.

Semoga anak-anak saya akan terbiasa melakukan kebaikan.Mula2 dapat hadiah...lama2 akan terbiasa walaupun tanpa ganjaran. Insyaallah.

Sunday, June 26, 2011

Ada lagi.....

Saya agak lega sedikit kerana telah menukar nombor telefon....tak ada lagi gangguan dari orang gila sakit mental ni. Yang saya tak berapa nak lega ialah orang ni sibuk menganggu emak saya pulak. Apa lagi , memburuk-burukkan saya lah. Dari saya masih isteri dia sehinggalah sekarang itu lah kerjanya.Emak saya ni pulak....mudah sangat termakan kata-kata orang yang bukan anaknya sendiri. Bayangkan dulu, saya dah hantar balik pembantu rumah saya yang malas nak mam....,alih2 mak saya pulak yang ber..in touch dengan bibik ni. Siap nak buat menantu lagi. Padahal dalam tempoh setahun saya ambik bibik ni, hanya sekali saya bawa balik kampung. Itulah yang pertama itulah yang terakhir.Saya cakap....mak kalau nak ambik indon ni jadi menantu ke anak angkat ke, mak akan hilang seorang anak. Orang gaji saya tu bangun pukul 9 setiap hari. Itu waktu saya mengajar di sesi petang. Masa di sesi pagi, saya dah nak pergi kerja dia masih duk vakum rumah. Bila saya hantar dia pergi rumah mak mertua masa tu....dia letak anak saya dalam buai,lepas tu sambung tidur. Macam tu mak saya nak buat menantu????


Saya kata, " Mak jangan menyesal sebab mak yang akan jadi kuli dia nanti."

Bekas suami saya ni pulak...kami hanya balik kampung 2 tahun sekali saja. Dalam tempoh 9 tahun perkahwinan, menantunya ini hanya jumpa dia di kampung 4 kali saja. Tu pun dia tak bercakap. Satu sen pun dia tak pernah bagi. Mak dan ayah saya masuk wad berkali2, sekali pun dia tak balik. Saya balik dengan best friend saya ,Shan. Masa mak masuk wad, saya tak balik sebab tak gamak nak tinggalkan anak2 yang masih kecil.Lagi pun kami dah tak ada pembantu rumah. kalau ada bibik No 2, biasanya saya akan memandu pulang bersama bibik dan anak2. Menantu mak saya ni....langsung tak nak balik. Kalau fikirkan, kalau waktu saya belum tersinggung dengan emaknya, setiap kali datuk dia sakit ke atau ada hal, sayalah yang mendesak dia balik Melaka.

Ex saya dengan mak saya ni kamceng....lebih kamceng dari maknya sendiri. Bila dia ada masalah saja dengan saya, dia  minta nasihat mak saya. Selalu juga dia memburukkan saya...tapi masa ada bibik, bibik saya cakap ex saya yang teruk. Dia duduk dalam rumah tu, dia tahu lah. Lepas bibik tak ada, ex saya cakap," sekarang awak tak ada maid, sapa nak percaya cakap awak lagi." Saya kata, " tak pe Allah ada."

Mak saya cakap....ex saya beritahu dia saya ada memburukkan  mak. Mak kata family ex saya cakap," kalau keluarga 'dia' sendiri dia boleh burukkan, inikan pulak keluarga orang lain." Saya cakap kat mak saya. "Mak, saya bukan memburukkan mak atau kakak saya,Saya cerita yang benar., sekadar perkongsian antara suami isteri.' Tak sangka bila dia ada masalah dengan saya, dia menyampaikan pada mak saya. Siap kutuk mak saya lagi. Mak pun hangin dengan saya. Saya cakap pada mak, "kalau mak kata saya burukkan, maksudnya perangai mak memanglah buruk." Anyway.....saya tak nafikan kami adik beradik ni kira mengenang jasa juga...macam2 mak kitaorang buat...huk huk, tapi bila mak dan ayah masuk wad...saya dan abang sayalah yang keluarkan beribu2. Saya tak kata mak saya ni jahat.....hati mak saya baik, tapi dengan anak2 ni memang boleh makan hati. Contoh,pernah sekali mak telefon saya,dia suruh saya beli kedai berharga RM80 ribu untuk diberikan kepada adik2 saya. Bila saya kata, " mak, kami cikgu mana boleh beli kedai...rumah boleh lah.!" Belum habis cakap mak saya dah tutup telefon. Nasib baik handfon, kalau fon biasa, sah sah dah mak hempas. Redho je lah. Bila berkongsi adik beradik cerita...sebenarnya bukan saya saja yang mengalami nasib macam ni...hehe

Yang keluarga bekas suami saya tak tahu, dia juga memburukkan keluarganya pada saya. BEZANYA....saya tak pernah menyampai pun pada orang yang berkenaan. Dia bercerita juga pasal mak dia ni isteri nombor dua ayah dia, pasal ayah dia dan ahli keluarga dia yang panas baran dan kolot. Pasal mak dia tak puas hati dengan mak saudara dia berkaitan penjagaan ibu mereka yang sakit, pasal abang dan adik perempuan dia yang malas solat. Bila saya kata,' pandailah awak tu, saya tengok diaorang solat je." Dia jawab," saya tahu lah family saya". Pasal seorang mak saudaranya yang dipanggil mak Bi yang tidak disukai kerana sikapnya. Macam2. Saya pulak tak ada lah menganggap yang dia memburukkan keluarga dia. Biasalah manusia ni bukannya sempurna pun. Yang dikatakan ' MEMBURUKKAN' tu lebih kepada cerita yang tidak benar.

Saya pun tak faham macam mana saya boleh memaafkan dan hidup selama hampir 9 tahun dengan manusia macam ni, yang mengkhianati hubungan suami isteri.Yang memburukkan saya pada keluarga saya sendiri dan menyampaikan apa yang saya rahsiakan untuk melaga2kan kami.

Mak saya pulak....cepat sangat percaya cakap bekas menantu. Yang mak saya tak sedar....perkara seperti  ini merugikan dirinya sendiri sebab saya penyumbang kepada keluarga. Bila mak sound saya, RM300 yang saya bagi kepada mak , saya hentikan . Saya nak  mak sedar bukan menantu mak yang bagi duit kat mak. Satu sen pun dia tak pernah bagi. Sampai hari ni saya dah tak bagi pada mak,sebaliknya saya bagi pada ayah RM500-RM1000 sebulan. Mengikut kadar kemampuan dan untung bisnes saya. Harapan saya ayah akan berkongsi dengan mak. Mak kata saya ni kedekut...! kedekut lagi ke bagi RM500 sebulan. Kalau pergi mana saya sponsor. Kalau nak beli ubat saya bayar, masuk hospital swasta , bila abang sulung telefon saja,saya dah masuk duit.Saya ni orang paling tidak berkira....berlebih saja duit, hanya ibu bapa yang saya ingat.

Tapi saya jugak sangat terhutang budi pada mak....di saat cemas anak sakit atau masuk wad...maklah penyelamatnya....Sebab itu biar macam mana pahit dan kejam kata2 mak , saya masih menghormati dan menyayanginya.Hati mak saya sangat baik. Dia tak gamak buat pada orang lain. Kalau anak sendiri tak ape sebab dia tahu anak2 sendiri akan sentiasa menyayanginya.


Mak cakap, bekas suami saya kata dia simpan semua sms.Saya kata kat mak saya, "Kenapa mak tak suruh saja dia print semua dan hantar kat Mak. Setakat cakap saja semua orang boleh buat." Sekurang2nya dia pun boleh sedar pada bulan Jun 2010, dia masih hantar message menggatal.Ingat tak dalam entri saya sebelum ni, dia hantar sms, "Tahniah masih cun lagi". "Gambar ni nak tunjuk kat Daniel ke ayah Daniel? Boleh tak malam ni saya tidur dengan gambar ini."


Sekarang, walaupun dia sudah lupa ingatan tapi semua message itu tersimpan di dalam telefon saya dan juga dia....so, cetaklah . What are you waiting for? Biar mak saya baca dan tengok sapa yang paling banyak hantar message.

Bila saya telefon mak ex saya untuk nasihatkan anaknya jangan ganggu mak saya dan saya....serta memaklumkan tentang Daniel yang masuk wad kerana kecuaian  ayah dan ibu tirinya...mak dia terus letak telefon.

Saya cakap pada mak....mak orang buat pada anak mak macam ni, mak masih layan anak orang dengan baik. Saya ni sikit punya baik pada keluarga ex sebelum mak dia jadi punca....pun di layan macam tu. Bekas menantu mak ni...apa pun tak pernah menyumbang tapi mak masih layan lagi.

Lepas dari tu , mak tak layan lagi. Tapi mak kata, pening bekas saya ni asyik message mak. Saya kata," tu lah, dulu dia cakap saya yang kerap message dia, sekarang mak rasa sendiri...tengoklah   siapa yang dok message tak berhenti. "


Barang saya masih banyak di rumah bekas suami....mak cakap mak nak pura2 berbaik dengan ex dan dapatkan semua barang tu. Memang saya sangat sayangkan barang2 saya....lampu siling yang cantik, almari solid wood, water filter,heater, aircond sebiji.....meja study nostalgic saya sejak puluhan tahun, dua tv yang masih ok boleh buat anak main game PS2. Memang nostalgik bila fikirkan barang yang saya beli ketika zaman bujang lagi.......Ex kata saya tak keluar satu sen pun padahal apa yang ada di sekeliling dia termasuk tiles, cat, wallpaper semuanya dari duit saya.   Malas nak ungkit. Biarlah dia hidup dengan angan dia. Dia cuba memadam semua sejarah silam keburukan dia dengan menafikan hakikat sebuah kebenaran.Dia tak mahu perkara itu disebut2 seolah2 dia baru lahir suci bersih, tak ada silap dan jahat langsung. Allah itu Maha Mengetahui, Maha berkuasa...Itu juga dia lupa.Allah tak pernah lupa dan keangkuhan dia pasti ada 'balasan' nya.


Thursday, June 16, 2011

Harapnya ini yang terakhir.

Bekas suami dan keluarganya memang suka membelitkan fakta.

1) Saya minta dia jelaskan bayaran kereta saya yang dipakainya segera kerana saya perlu tukar kereta. Dia kata saya sengaja cari pasal kerana dengki dia kahwin lain...
Dengki? Untuk seorang lelaki yang telah menumbuk saya?

Sebenarnya saya memang sudah lama minta dia jelaskan tapi dia keep on cakap tak ada duit.Saya bercadang menjelaskan sendiri bayaran itu sekiranya dia enggan.Lepas tu dia kenalah bayar pada saya pulak.Saya juga minta dia tukar nama kalau dia hendak pakai kereta tu lama.Bayangkan kereta kita orang lain pakai, dah tu potong gaji kita.Kereta dia pun sama juga cuma kereta saya lebih mahal dan kereta dia tu saya mampu bayar bagi habis.

2) Mak dia marahkan saya tulis dalam blog walaupun katanya ,"Walaupun betul sekalipun cerita kau....,tak patut cerita."  Akhirnya .....ada juga dari pihaknya yang mengaku semuanya betul.

3) Dia cakap saya fitnah isteri dia.....
Hah? Anak yang cakap, saya pulak yang fitnah.
Anak pandai buat fitnah ke?
Saya hanya ingin 'protect' anak saya.

4) Dia kata dia nak naik mahkamah untuk pastikan anak2 dapat bermalam berminggu bersama dia.
Gila kah dia....saya baru cakap, 'saya tak nak anak2 di kuli kan ibu tiri? Tak sedar ke awak tu sendiri di kuli kan isteri.

Mula2 saya ingat kalau dia naik mahkamah saya nak fight, tapi lepas tu saya cakap kat dia kalau dia nak sangat anak2 bermalam, dia tak risau ke kisah dalam kain dia (rumahtangga dia)....disampaikan anak2. Kalau yang elok tu...ok lah. Yang tak elok? Tak malu ke kat saya? Lu fikirlah sendiri.

Dia kata dia simpan semua sms? Apa dia ingat saya tak simpan ke? Kelakar sangat untuk kata saya dengki dan busuk hati.  Itu bukan sikap saya. Dulu, dia selalu cakap....orang tu orang ni cuba kenalkan dia dengan si Polan si Polan tapi dia tak mahu..Rupa2nya dia tipu saya....kawan satu sekolah lama cakap....cikgu2 perempuan ni yang tak nak kat dia.Sebab kesian  cikgu2 perempuan tak nak kat dia, dia orang suruh saya pulak kawin ngan dia.


Saya noticed ,  pada waktu isteri dia tak ada di rumah antara jam 11 pagi-11 malam, dia pun mulalah sms saya........saya terpaksa tukar nombor nampaknya.

Dia ungkit pasal saya berkepit dengan boyfriend. Boyfriend mana tu?  katanya sebab tu dia dah lama merisik cari perempuan untuk dibuat isteri setelah saya selalu berkepit dengan boyfriend.. Berapa ramai dia merisik saya tak tahu le...Anyway saya tak berkepit dengan siapa pun sebab saya jauh di Kedah dan dengan anak2 tiga orang, nak berkepit masa bila ye?

Nak kawin tu kawin je lah....tak payah bagi alasan memburukkan saya. Saya cakap kat dia 'elok lah awak kawin...kalau tunggu saya takut dunia kiamat pulak.'

OK LAH.....SUDAH SUDAH LAH....SAYA NAK TUKAR NOMBOR MINGGU NI. BIAR AMAN DUNIA SAYA. 

Sunday, June 12, 2011

KISAH SI AYAH DAN SI IBU TIRI

Hati saya panas bila memikirkan perangai si ibu tiri baru anak-anak saya dan si dangkal akal Ayahnya.

Beberapa minggu sebelum cuti sekolah, saya sengaja merancang percutian bersama rakan-rakan, demi memberi peluang anak-anak menghabiskan cuti bersama ayah mereka. Adalah sukar untuk saya hidup di rumah sendirian tanpa anak-anak. Rindu seorang ibu sukar untuk di tafsir dengan kata-kata. 

Kalau dulu, ada saja akal ayah mereka membuat cerita kononnya saya tidak membenarkan anak-anak bertemunya. Kali ini, saya pula seperti meminta-minta untuk dia menjaga anak-anak walaupun setelah hampir 5 bulan sejak kali terakhir mereka bertemu ayah mereka. Dia memberi alasan ada kerja dan tidak boleh menjaga anak-anak. Setelah di minta, katanya dia akan cuba mengambil mereka pada minggu pertama atau kedua cuti. Setelah sepakat baru saya merancang percutian saya.Tidak seperti selalunya, dia sudah jarang-jarang menghubungi anak-anak.

Tengahari 28 hb Mei, dia datang mengambil anak2. Seperti selalu, saya memang sangat bimbang setiap kali mereka bertolak ke Kuala Lumpur. Ayah mereka bukan pemandu yang cekap, selalu juga  kereta dia terlibat dalam kemalangan kecil. Setiap kali dalam perjalanan mereka, saya iringi anak2 saya dengan doa yang tidak putus semoga mereka selamat sampai.

Sebaik anak2 berada bersama ayah mereka, seperti biasa  saya akan kerap menghubungi mereka. Kadang-kadang berkali-kali, tak kira lah ikut berapa banyak rindu saya pada mereka. Paling saya rindui, sudah tentu Daniel , anak saya paling bongsu.

Ketika berbual dengan ayahnya.....tiba-tiba suara ayahnya berubah, "kakak dan adik ni PEMALAS." Saya terkedu...heran sebentar.Sebabnya kerana selama kehidupan saya bersama bekas suami, dia tidak pernah mengeluarkan perkataan sebegitu untuk merujuk anak-anak.Perkataan 'malas' dan 'pemalas' itu adalah dua perkataan yang berbeza.

Saya menyoal semula, " Malas macam mana tu?".

Jawabnya, "Malas buat kerja, malas kemas katil, malas angkat baju, malas segalanya! Awak tak ajar mereka ke?"

Saya jawab semula, " Biasalah tu...budak-budak. Kalau kita suruh hari ni, esok lusa mesti di suruh lagi. Mana larat cakap.Bila dah cakap, anak-anak tak buat. Saya buatlah!"

........Anak2 saya masih kecil.Saya pernah melihat Arianna yang belum pun 8 tahun terkial-kial melipat selimut yang jauh lebih besar dari dia hanya kerana saya menyuruhnya berkemas. Sebagai ibu ,sampai kah hati kita ? Saya tahu tanggungjawab saya. Tidak ada sebab untuk saya merungut dengan semua kerja yang Allah amanahkan kepada saya. Memang sifat saya tidak suka merungut dengan setiap kerja yang saya buat terutama berkaitan kebersihan rumah dan tanggungjawab saya sebagai ibu atau isteri dulu.

Balas ayahnya lagi, " Awak kena ajar dia orang! Diaorang pun dah tak minta maaf bila buat salah. Awak kena ajar.Kakak pulak asyik buat perangai, sama dengan Arianna."

Pelik ! sejak bila dia belajar bercakap begitu. Selalunya bila saya complain pasal anak-anak. Dia langsung tak mahu dengar. Biasa lah budak-budak, jawabnya. Lain benar bunyinya kali ini....saya sedang membaca situasi ketika itu.

Jawab saya, " Di sini anak2 tidak ada masalah, kalau salah saya suruh anak-anak cakap 'sorry'. Setahu saya, yang mula didik anak-anak bercakap tentang sorry , thank you, please ...adalah saya. Yang awak pulak nak ajar saya pulak kenapa?"

TERDIAM DIA.

# untuk pengetahuan...saya guru Bahasa Inggeris. Anak-anak... saya didik bertutur Bahasa  Inggeris di rumah, menonton Barney. Belajar tentang magic words...please, thank you, Sorry.
#Anak yang buat salah....kena grounded (tak kiralah macam mana pun).
#Kalau anak buat baik....kita puji.
#Dulu saya suka timbang tangan anak-anak. Saya tipu anak-anak kata timbangan mereka berat sebab ada buat salah dan minta mereka ingat balik ada tak salah yang mereka pernah buat. Kalau mereka nak lebih ringan, mereka kena tingkatkan kebaikan. Bila saya timbang pada masa lain, saya katakan tangan mereka dah ringan sikit dan tanya pula kebaikan mereka pada hari itu dan minta mereka buat paling minima lima kebaikan dalam satu hari.
#Pernah juga , saya bagi potongan merit untuk kesalahan mereka. Siapa yang berjaya kekalkan merit, saya beri ganjaran.
#Saya ajar anak peluk dan cium sebelum tidur. Cakap Good Nite Mummy dan Assalamualaikum. Dulu saya selalu bacakan cerita untuk mereka dan nyanyikan lagu sebelum tidur. 
#Saya ajar anak-anak cakap I LOVE YOU. Saya ajar ayah mereka cakap I LOVE YOU pada anak-anak . Saya katakan pada ayah mereka, kalau awak tidak peluk dan cium anak-anak sekarang. Bila awak tua, anak-anak akan malu memeluk dan mencium awak.
Semua tu atas didikan saya. Ayah diaorang ni BI pun tak reti cakap. Harapkan saya yang ajar baru pandai sikit.

HARI INI...DIA NAK AJAR SAYA DAN KATA ITU BERKAT DIDIKAN DIA PULAK.

DIA GURU BM PUN ANAK SAYA ASYIK GAGAL BM. BAHASA INGGERIS OF COURSE ANAK-ANAK AGAK CEMERLANG.

sambung cerita.......

Ketika dia menghantar anak pulang, baru saya tahu dia sudah berkahwin lain.

Of course....that is not the case.

Bila saya kaitkan perubahan sikap bekas suami  bersama cerita dari anak-anak.... baru saya lihat kesinambungannya.

Anak2 beritahu....mereka sangat letih buat kerja. Saya tanya , "kerja apa?" Hari-hari kemas katil, lipat selimut, gantung tuala , angkat baju. Setiap hari mummy. Tak boleh tak buat. Kitaorang takut ayah marah ."

Saya tanya, " sapa yang suruh? Ayah ke?".
Jawab anak-anak, " bukan! ibu! Bukan kami saja kena buat keja, ayah pun.Ayah kemas, mop rumah, seterika baju ibu. Ibu pemalas....jarang buat kerja.Ibu masak pagi je, lepas tu ayah hantar kitaorang makan di rumah 'puan' (rumah neneknya) dari tengahari sampai malam. Pukul 10.30 atau 11 malam ayah akan bawa kitaorang pergi ambik ibu balik kerja. Ibu kerja dari pukul 11 pagi sampai 11 malam. Adik dengan kakak letih betul."

Wah.....banyak cantik muka dia. Baru kawin dengan ex saya, dia pulak memerintah anak-anak saya. Dia nak mengkulikan suami dia....itu padan dengan muka bekas suami saya. Dengan anak-anak....memang saya hangin! Dia pandai cakap kata dia suruh sebab nak bagi anak2 rajin. Habis .....dia buat ape? Kalau saya di tempat dia sebagai ibu tiri...saya akan kata, " biar mummy yang buat...itu kerja mummy". Kalau anak dah tingkatan lainlah cerita. 

Kalau ada ibu-ibu yang membaca kisah saya.....kalau anak2 tak buat seperti yang kita suruh, adakah kita marah ? Saya tidak pernah marah anak-anak pada kerja rumah yang sepatutnya menjadi tanggungjawab saya. Saya hanya akan marah mereka pada kerja rumah mereka yang menjadi tanggungjawab mereka saja. Contoh kalau tak buat kerja sekolah, asyik tengok TV, tak solat, buat benda yang merbahaya di rumah seperti menjenguk ke dalam bekas air panas . Itu memang saya marah habis! TETAPI.......... kenapa mesti marah anak saya dan mencucuk ayah mereka untuk memanggil anak-anaknya pemalas. Siapa yang pemalas sebenarnya.

Lagi satu yang saya marah......

Bekas suami meninggi suara bertanya saya, 'anak-anak tidur pukul berapa? Awak kena ajar anak-anak tidur awal.Kat sini anak-anak tidur awal."

Geram betul...orang tua ni tipu saya, rupa-rupanya tiap-tiap lewat malam dia usung anak-anak saya ambik bini dia. Saya tahu dia takkan berani tinggalkan anak2 saya di rumah setelah saya 'sound' dia dulu sebab tinggalkan anak2 saya di rumah sendirian. Firasat saya mengatakan isteri dia ada mencadangkan anak2 ditinggalkan aje sementara suami dia pergi ambik dia tetapi bekas suami tolak.


Lagi satu saya nak marah..

Anak-anak beritahu ibu tiri mereka mencium mulut ayahnya di depan mereka. "eeeee gross," kata mereka.

Apa bodohkah mereka ini... tak boleh kah cium kat dalam bilik? Memang saya didik suami  dulu cium mulut ketika keluar bekerja....bukan style salam- salam cium tangan.Nak buat macam mana itu cara saya dan saya galakkan semua lakukan pada suami masing2 untuk meningkatkan kasih sayang TAPI cara saya adalah secara bersembunyi. Kalau ada anak2 ternampak pun kerana kami ibu dan bapa mereka. Yang perempuan ni... mak tiri. So, gunalah otak sikit. Yang ayahnya pun  satu hal......Saya percaya bekas suami cuba menjadikan isterinya seperti saya tapi cara nya tidak betul.

PAYAH BILA ADA DUA ORANG YANG KURANG CERDIKSEBAGAI SEPASANG SUAMI ISTERI DAN SI SUAMI JAUH LEBIH TIDAK CERDIK DARI ISTERI

Lagi satu saya nak marah...
Anak-anak saya memang kurang sihat sebelum bertemu ayah mereka. Dua orang sudah saya bawa ke klinik. Arianna baru menunjukkan ciri-ciri kurang sihat. Dia ada asthma dan eczhema. Menurut anak-anak saya, Arianna sudah berkali2 meminta ayahnya bawa ke klinik tetapi ayahnya enggan.Katanya cukup setakat ke farmasi. Saya tidak pernah menolak sekiranya anak2 merasakan mereka kurang sihat dan perlu berjumpa doktor. Mereka lebih tahu diri mereka. Saya memang tahu sikap bekas suami . Dia takut keluar duit, itu saya tahu.Yang saya nak marah dia pergi honeymoon ke sini sana ...banyak pulak duit. Lain kali saya akan bertegas dengan si Bodoh ni.

Saya sedang berkira-kira untuk menghalang bekas suami membawa anak2 bermalam di rumahnya.   Ini kerana...saya kira mereka tidak pandai mendidik anak2. Setakat ikut cara saya dan tak tahu nak fikirkan cara sendiri nak buat apa.Bekas suami bercadang mengambil seorang anak saya untuk dijaganya kerana dia perlukan duit. Dulu memang saya cadang nak pinjamkan Sarah supaya dia berubah. Tapi Sarah memang sudah ok...tiada keperluan lagi. Selepas ini anak2 tak boleh tinggal dengan mak tiri  lagi.Mulai hari ini saya takkan ke luar negara tanpa anak2. Itu janji saya demi memastikan keselamatan anak2 saya.


Takziah kepada keduanya.Mula saya ingat perempuan ini malang dapat suami baran dan kaki pukul . Rupa-rupanya....bekas suami pun semalang dia. ALLAH ITU MAHA KAYA.

P/S bekas suami repot kat mak saya tanpa memberitahu sebab saya hubungi dia. Dia tutup telefon  dan tak mahu bincang tentang apa2 pun berkaitan anak2. Dulu dia kata," saya tahu saya seorang suami yang teruk tetapi saya bapa yang baik!" Sekarang...biar saya tukar statement itu. DIA BUKAN SETAKAT SUAMI YANG TERUK DULU TETAPI KINI DIA JUGAK BAPA YANG TERUK.

Saturday, June 11, 2011

PERMATA HATI YANG SANGAT SAYA KASIHI

Menatap wajah anak2 yang masih kecil, membuat hati menjadi sayu. Kenapa mereka perlu lahir dari sebuah perkahwinan yaang tidak bahagia. Kenapa mereka mempunyai ayah yang tidak bertanggungjawab kepada keluarganya? kenapa mereka mempunyai ayah yang menganggap ibu bapa dan adik beradik adalah keluarganya, melayan mummy mereka seperti kuli, tidak menghargai mummy mereka, membuat mummy mereka begitu tertekan dengan sikap panas barannya, memukul mummy nya, memburukkan mummy mereka dan HARI INI....sudah mula melupakan mereka kerana telah mempunyai seorang isteri baru. Tidak pernah sekali dia mengambil berat tentang anak2. Berbulan2 tidak bertemu anak2 pun dia tidak kisah. Hendak di suruh jaga anak pun , mummy perlu meminta, itu pun ada saja alasannya. Anak minta dihantar ke klinik pun ditolaknya.Dulu bukan main menuduh saya cuba menjauhkan dia dari anak2.

Saya sangat sedih bila mengenangkan nasib anak2.Silap saya memilih suami....akhirnya anak menjadi mangsa.Ayah mereka pula bersenang lenang dengan isteri baru. Tidak bolehkah dia menunggu saya berkahwin dulu....demi anak2. Kalau dia ayah yang bertanggungjawab, pasti dia tunggu waktu itu...sehingga anak2 ada seorang pelindung. Nampaknya....dia tak pernah berubah. Hanya dirinya yang dipentingkan. Memang saya juga ingin memberi seorang bapa kepada anak2. Bukan setakat menjadi bapa, tetapi juga menjadi pelindung kami anak beranak. Tidak boleh lah dia menunggu sehingga anak2 betul2 'selamat'? Guess........dia tak pernah peduli .Memang sejak dulu dia pendek akal.





10 hari anak2 berada bersama ayah dan ibu tiri mereka.....rindu saya pada anak2 sukar untuk di tafsir. Malam ini saya berjaga hanya untuk menatap wajah anak2 terutamanya si kecil Daniel. Saya tanya Daniel, "Do you miss mummy sayang." "Yes, Daniel miss mummy." jawabnya langsung dia merangkul erat tubuh saya. Saya peluk daniel dan kakaknya. Kami bersolat bersama-sama dan saling berpelukan. INI LAH HARTA MUMMY PALING BERHARGA.

HARI YANG DI NANTI- bekas suami dah kawin lagi

Tuhan itu Maha Kaya.....seorang lelaki yang sentiasa memburukkan bekas isteri mengatakan saya curang, saya cerai hanya kerana nak enjoy , seorang lelaki yang telah menumbuk isteri dengan alasan islam membenarkan seorang suami menumbuk isteri walau tanpa sebab, seorang lelaki yang gila talak setengah mati dan kononnya berjanji untuk  menjaga kebajikan bekas isteri seperti Chef Wan, kononnya takkan kawin lagi......kononnya akan membayar hutang kereta saya sampai habis.......baru2 ni mengejutkan saya dengan berkahwin lain....mendahului saya. What a shocked.....terus terang saya dah agak sebab bab menipu dia ni memang juara. Saya lega...at the same time sedih melihat wajah anak2 saya. Memang saya banyak berfikir sebelum ni, terlalu kesian kan anak2 dan kdg2 terfikir , adakah saya perlu berkorban menerima dia semula demi melihat anak2 bahagia mendapat keluarga yang sempurna. Saya memang tidak sanggup melalui episod luka kehidupan dengan insan ini. Memang sangat susah. Memang hati saya pedih melihat anak2. Kalaulah saya berkahwin dengan lelaki yang baik, tidak mungkin ini semua terjadi.Sekurang-kurangnya saya berfikir...walaupun saya tidak sanggup.Dia.....memang sudah lama mengabaikan anak2 kononnya sibuk dengan tugasan itu ini. Rupanya berkahwin lain.

Saya tidak kisah dia berkawin dengan siapa sebabnya.....hanya perempuan malang saja yang menjadi isteri dia. Saya percaya dia menjual kisah saya curang kepada perempuan ini. Patutlah cuti lepas dia mengelak untuk menjaga anak pada mulanya, rupanya sebab nak kawin. Selepas itu , dia beritahu anak2 tidur awal setiap malam. Dari cerita anak2 setiap pukul 10.30 atau 11 malam, ayah mereka perlu mengambil isterinya ini pulang dari kerja  dan anak2 saya yang sedang tidur pun di usungnya.Isterinya ini bekerja dari pukul 11 pagi sampai 11 malam. Isterinya ini kemas rumah sekali sekala, selebihnya ayah mereka yang buat. ( dulu saya kemas dan mop rumah setiap hari )Yang paling saya sakit hati....ketika anak saya Arianna berkali2 meminta untuk ayahnya bawa ke klinik, ayahnya kata tak payah pergi klinik.Setakat beli ubat di farmasi. Memanglah dia ni tak berubah tak bertanggungjawab langsung.

Saya bersyukur dia kawin lebih awal dari saya sebab kalau saya kawin awal dari dia, dia kata dia nak rebut anak di mahkamah. So Thank You Allah....Saya tahu dia pernah menjadi suami yang teruk kepada saya, dia tetap akan menjadi suami yang teruk atau dia akan dapat isteri yang teruk. Dulu...dia marah sangat saya mengajar sebelah pagi kerana tak boleh jadi kuli dia , sekarang dia kena jadi kuli isteri baru sebab isteri baru  kerja dari pukul 11 pagi sampai malam.Satu yang baik tentang dia....dia sembahyang tak tinggal tapi tengking isteri, halau isteri, tumbuk isteri.....adalah diri dia.

Saya tak tahu bila saya akan kahwin semula sebab anak2 adalah priority  tapi seingat saya setiap kali saya terima lamaran, saya tidak pernah berselindung dari dia. Kalau saya kawin pun , of course saya akan jemput dia. Kenapa dia tak jemput saya dan kawan-kawan lain...kena tangkap basah ke? Wallahua'laam.

Tuesday, June 7, 2011

BELANJA DI JAKARTA.......AGAIN

Sebelum cuti sekolah lagi....beberapa rakan baik meminta saya merancang percutian.Saya pula tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkannya. Nak survey tiket, nak survey tempat . Banyak kerja jugak tu nak dibuat. Di sekolah pulak perancangan sambutan Hari Guru, Persaraan Mr Ooi (PK1) dan kak Robthoh juga perlu di ambil tahu. Maklum saja saya setiausaha kelab Guru.

Sedang saya sibuk dengan urusan kerja..Kak Yan dan.Kak Robthoh yang akan bersara awal (Baru umur 52 dah tak tahan mengajar kat SMTI) bersuara, "T, cuti ni kita nak pegi mana ni. Cepatlah...boringlah kalau tak kemana". Saya tanya balik mereka, "Ok lah ..nak pegi mana, cakap aje.Pegi dekat2 je lah. Tie banyak kerja cuti ni." Saya cadangkan ke Sabah. kak Yan tidak setuju sebab dia dah pernah tinggal di sana. Brunei? Boringlah kat sana..bukan ada apa.", balas saya macamlah saya pernah ke sana.

Saya capai notebook, buka web Airasia dan kemudian MAS. Saya semak harga tambang dan tambang ke Jakarta dengan MAS agak murah...pergi balik hanya RM514. Kami sepakat ke Jakarta. Saya guna kad kredit dan selesai booking tiket. Malamnya saya semak harga hotel melalui Agoda dan buat booking IBIS HOTEL di Mangga Dua selama 4 malam. Selesai! Beberapa hari sebelum bertolak, saya buat panggilan ke hotel semak sama ada nama saya ada dalam tempahan bilik, langsung bertanya harga tambang teksi dari lapangan terbang ke hotel.

Saya baru pulang dari Kota Bharu dalam keadaan kulit terbakar kerana memandu berjam2 ke Kelantan dari Pulau Pinang. Pulang saja dari KB , saya berkemas untuk trip ke  Jakarta keesokannya. Pagi 1 June 2011, Saya ambik Kak Yan dan kak Robthoh di rumah dan kami bertolak ke KL. Sampai di KL, saya pergi potong rambut dan ke klinik untuk ambil ubatan yang patut. Kemudian kami langsung ke KLIA. Seseorang sudah sedia menunggu untuk mengambil kereta saya.

Kami bertolak jam 9.50 malam dan sampai ke Jakarta waktu Indonesia  10.50 malam (2 jam perjalanan). Saya survey taksi...Ada yang letak sampai 200 k Rupiah . Harga tambang sepatutnya kurang dari 120k. Memandangkan hari sudah lewat malam dan taksi tak mahu pakai meter, kami setuju naik Avanza persendirian dengan  bayaran 120k. Malam tu kami tidur dengan lenanya.

Pagi 2 Jun, kami menaiki taksi ke Tanah Abang....belanja, belanja dan belanja. Tambang ke Tanah Abang dari Mangga Dua hanya 26k .

Pulang dari Tanah Abang, jalan pulang mancet (jam) bangat. Ngak ada taksi yang menggunakan meter waktu2 begitu. Pilhan akhir...kami naik bajaj (motosikal roda tiga) dengan tambang yang diminta 30k. Pantas saya jawab, "Naik taksi juga hanya 25 ribu." Akhirnya kami naik bajaj dengan tambang 25 ribu dalam panas membakar dan debu serta asap kenderaan.

3 Jun....kami tak puas berbelanja di Tanah Abang. Pergi semula dan bercadang pulang lebih awal untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Rupa2nya kawasan Tanah Abang 'mancet' sepanjang masa. Sekali lagi kami naik bajaj pulang dengan tambang yang lebih mahal 30k. No choice.
4 Jun , kami ke Mangga Dua ...hanya jalan kaki dan kemudiannya ke Grand Indonesia.Bila bershopping memang kita boleh jadi rambang mata . Bercadang untuk ke Pondok Indah tapi batalkan kerana jauh.

5 Jun,kami sudah kembali ke tanahair dan tambang menggunakan meter dari hotel cuma 65k.Sebaik pesawat mendarat, sudah ada yang menunggu dengan kereta saya dan kami langsung  balik ke SP.

MISI BERSHOPPING 'SHOP TILL YOU DROP' TERCAPAI ! MISSION ACCOMPLISHED

Capek (letih) lepas berbelanja sakan.

Pemandangan dari dalam bajaj yang di naiki

Ini dalam hotel....ada SPA.

Lambang kerajaan majapahit

makanan sunda. Akhirnya impian Kak Yan untuk merasa makanan sunda tercapai. kami makan kat foodcourt je.

Me and kak Yan menanti makanan di foodcourt Mangga Dua.

Bagi yang ingin ke Jakarta secara backpackers....hope this will help.Tak payah pakai pakej...membazir je.

Monday, March 21, 2011

KISAH HANTU DAN SAYA

Baru-baru ini, saya dan rakan-rakan sekerja berkongsi beberapa cerita seram. Kak Dila....sudah tentu kisah jin yang menghuni dirinya sehingga kini gara-gara APC yang diterimanya.Sebelum ini dia pernah di santau.   Kadang-kadang lucu juga mendengar kisah dari kawan-kawan saya ini. Kak Dila contohnya memberitahu bahawa tubuhnya dihuni jin islam yang jahat. Jin ini katanya bercakap bahasa siam, bila ditegur seorang ustaz, "kau ni tak boleh cakap melayu rupanya", terus jin tu cakap, "Apasal pulak tak boleh, tuan aku kan orang Melayu?"...lucu betul. Sakit perut saya ketawa.  Lepas tu saya bergurau dengan Kak Dila, " kalau kak Dila penat mengajar, kak Dila suruh je jin tu ngajar, biar dia cakap siam".

Kak Yan pulak dengan kisah rumahnya yang sering diganggu makhluk halus. Langsung teringat cerita "A haunting' di Discovery Channel yang menjadi kemestian saya pada setiap malam Jumaat pada pukul 11 malam.Pukul 10 mlm yang sama , saya akan mengadap pulak cerita Ghost Lab.Memang saya suka cerita berbentuk realiti atau penceritaan semula. Asalkan ianya bukan cerita yang direka-reka atau dibuat-buat seperti cerita 'Seekers', itu sudah memadai buat saya. Orang putih ni buat cerita untuk membuktikan sama ada hantu itu benar-benar wujud atau sekadar imginasi seseorang tetapi orang melayu buat cerita dengan meletak seseorang di satu tempat gelap dan menakutkan mereka. Di akhir cerita tidak ada satu pun jelmaan hantu yang dilihat.

Dalam pada menonton kisah-kisah seram, saya juga tidak terkecuali menjadi antara yang suatu ketika dahulu sering di usik oleh makhluk halus. Ada beberapa cerita yang ingin saya kongsikan tetapi bukan dengan tujuan untuk menakutkan , sebaliknya sekadar mengingatkan para pembaca blog saya  bahawa sebagai seorang muslim atau muslimah, kita harus percaya dengan kewujudan makhluk ini tetapi dalam masa yang sama kita perlu ingat yang Maha Berkuasa hanyalah Allah S.W.T

Teman Mandi

Pada suatu malam, di asrama SMK Agama (P) Almashoor, Pulau Pinang, saya memandang jam ditangan...tepat jam 11 malam. Tiba-tiba hati bagai di ajak untuk mandi malam sendirian. Saya hanya sempat memberitahu kawan sebilik, " rasa cam nak mandi pulak." Pantas saya mencapai tuala dan baldi kecil berisi berus gigi, ubat gigi dan sabun mandi. Terfikir sejenak, " nak mandi kat mana ye ?". (pada setiap tingkat memang ada bilik mandi) . Saya akhirnya membuat keputusan untuk mandi di bilik bawah sekali. Di situ sebenarnya bilik untuk pelajar-pelajar basuh baju. Kadang-kadang apabila bilik air dipenuhi ramai, pelajar, saya dan beberapa kawan akan mandi di bilik basuh ini.

Saya pantas turun. Sebaik saya masuk kedalam bilik tersebut, saya menyangkut tuala dan menuju ke cermin untuk mengosok gigi. Ketika itu,tiba-tiba saja,' seseorang' masuk ke bilik yang sama. Saya tidak memandang ke arah 'pelajar' ini tetapi dari ekor mata, saya dapat melihat dia berkemban dan berada betul-betul di sebelah saya. Saya mengelak dari bersoal jawab di dalam hati tetapi fikiran saya sudah dapat menyimpul bahawa di bahagian paling bawah asrama memang tidak ada bilik asrama. Saya memang nampak dengan jelas, 'dia' datang dari arah luar kawasan mengeringkan pakaian. Pada waktu-waktu begini, biasanya tidak ada pelajar yang berani menyidai pakaian.

Saya masih belum pun menggosok gigi, hanya memegang berusnya. Hati kemudian berubah, saya fikir, kalau saya was-was, baik saja saya tidak teruskan (mandi). Dengan berhati-hati , saya mengambil tuala dan berkata "tak jadilah mandi."....seolah-olah berkata kepada diri sendiri. Saya menyusun kaki melangkah anak tangga dengan pantas. belum pun sempat melangkah lebih tinggi, terdengar suara dari dalam bilik basuh, " tak jadi ke, dah tahu!". Suara dari dalam garau bunyinya. Saya terhenti kemudian bertanya semula, "apa dia?" . Saya melangkah turun dan menjenguk kedalam bilik basuh, kosong! Saya naik ke bilik....tanpa apa2 perasaan. Nak kongsi dengan kawan pun, saya pun tak tahu nak cerita apa sebab yang saya nampak rupanya seperti manusia biasa.

Bila fikirkan balik saya sangat bersyukur saya tidak memandang ke arah muka  makhluk itu atau mandi bersama dengan 'nya'.Kalau tidak, entah apa yang akan berlaku pada malam itu. naauzubillah.
Alhamdulillah Allah telah  menyelamatkan saya pada malam itu.

SIAPAKAH ITU ?

Sekitar pertengahan tahun 90 an, saya menyewa di Wangsa Maju Seksyen 1, block E12, betul-betul berdepan jalan. Pada ketika itu saya mengajar di Setapak dan belum lagi mempunyai kereta. Faham-faham saja lah  ketika itu  Setapak adalah kawasan paling sesak dan untuk memastikan saya sampai ke sekolah tepat pada masa, saya akan keluar dari rumah seawal 6.30 pagi menunggu di perhentian bas di jalan besar bertentangan dengan Desa Setapak. Biasanya pada waktu-waktu begitu, bas Leng Seng yang selalu saya naiki pun sudah dipenuhi manusia. Berdirilah saya sepanjang perjalanan.

Pada suatu pagi yang gelap, saya keluar seperti biasa cuma pada hari tersebut saya tidak perasan, tidak ramai orang yang keluar pada pagi tu tidak seperti selalunya. Pagi itu, saya berjalan menuju perhentian bas sendirian, tanpa sebarang rasa takut di hati. Menghampiri saja perhentian bas, dari jarak 7 meter, saya dapat melihat seorang lelaki bersandar di tepi jalan.Saya tidak dapat melihat wajahnya kerana terlalu gelap. Tiba-tiba lelaki ini merapati saya. Dia datang berdepan saya....saya masih tidak dapat melihat wajahnya. Didalam hati saya sangka dia mungkin bekas pelajar saya kerana dia seperti memakai baju sekolah. Dia cuba memegang saya, saya menepis dengan perlahan dan bertanya dengan suara yang lembut, " Siapa ni? " " awak pelajar saya ke?" Dia masih diam, tidak ada sepatah perkataan pun dikeluarkan. Dia cuba memeluk saya tetapi saya bertalu-talu bertanya dengan baik. " Awak tinggal mana ni?"  "Saya kenal awak ke?" Setelah beberapa cubaan seperti untuk memeluk saya dengan lembut gagal,tiba-tiba saya bagai tersentak, dia hilang sekelip mata dan dalam jarak tiga  meter di hadapan saya, perhentian bas terang benderang dengan beberapa orang sedang duduk menunggu ketibaan bas. Saya kebingungan sebentar . Saya terus duduk di bangku perhentian dan bertanya seorang wanita sama ada dia sudah lama menunggu di situ. Wanita itu hanya mengangguk. Lampu perhentian bas sangat terang sedangkan ketika saya datang pada mula tadi ianya agak gelap. Saya mula sedar apa yang telah berlaku. Saya cuba mengawal emosi saya, lutut saya mengeletar ketika saya menaiki bas. Dada saya berdebar.Kus semangat. Sebaik tiba di sekolah, saya kongsikan cerita saya dengan beberapa orang yang ada di pejabat untuk menghilangkan debar saya. Pada ketika itu, saya masih belum pasti apa yang berlaku. Yang saya tahu, seseorang cuba memeluk saya.Tapi setelah memikirkannya beberapa kali, saya yakin, makhluk itu bukan manusia. Kalau tidak masakan perhentian bas yang kosong dan gelap, tiba-tiba saja terang dan di penuhi beberapa orang. Kalau tidak masakan ' ia' hilang sekelip mata.

Keesokan harinya, saya ingin pergi ke sekolah lagi. Separuh perjalanan ke perhentian bas....dada saya berderau. Saya tahu, ada sesuatu yang sedang menunggu saya dan ianya bukan manusia.
Saya berpatah balik dan  meminta rakan serumah menghantar saya ke perhentian bas. Minggu seterusnya baru semangat saya untuk berjalan ke perhentian bas pulih semula. Alhamdulillah.

Ada lagi...nanti ya.




Saturday, March 12, 2011

Sebutir Bintang Yang Sukar Di Cari Ganti

Semalam....tanpa di sengajakan, saya terbuka saluran History bertajuk Sudirman Arshad. Memang saya cuba mengelak dari menyaksikan kisah biografi ini kerana Sudir .....insan yang sangat rapat di hati saya.

Langsung teringat , beberapa bulan yang lalu,saya menghubungi  Puan Bahyah Mahmood (kak BAM) , bekas wartawan hiburan yang paling rapat dengan Sudir ,yang saya anggap seperti ibu saya sendiri. Niat sekadar ingin bertanya khabar.Pantas kak Bahyah meminta nombor telefon saya..."Tie, berapa nombor Tie. Puas Kak Bahyah cuba contact Tie." Saya berikan nombor saya yang sememangnya sudah ditukar selepas penceraian saya."Kenapa kak Bahyah?", tanya saya."Tie, ada seseorang contact Kak Bahyah, dia nak buat kisah tentang Sudir..dan kisah ini akan disiarkan di peringkat antarabangsa."Di pendekkan cerita, kak bahyah mencadangkan saya menjadi sebahagian dari kisah ni disamping beberapa orang lagi seperti Azhar ( salah seorang peminatnya), kak Chah (Habsah Hassan), Kak Bahyah sendiri dan ramai lagi.

Pantas saya menolak , " Tak nak lah.Silap haribulan kisah Sudir akan akhirnya menjadi kisah Tie dan Sudir. " 'Baguslah macam tu...biar semua orang tahu. Inilah masanya orang tahu kisah Tie," balas Kak Bahyah.Biasalah...a reporter will always be a reporter . Saya menolak....kerana Sudir tidak ada untuk mengatakan apa yang  akan saya kisahkan sesuatu yang benar.Apa kata orang nanti. Saya seorang guru yang ada reputasi. Biarlah kisah kami menjadi suatu rahsia yang abadi.

Semalam....melihat kisah mengenai Sudir, saya baru sedar...tidak ada sesiapa yang menyedari kewujudan saya di saat-saat akhir kehidupannya. Jika sebelum ini saya cuba  memadam segalanya berkaitan Sudir, tidak mahu mendengar sebarang cerita tentangnya, tidak mahu mendengar lagu-lagunya, tidak mahu memperkatakan apa-apa tentangnya, namun sebaik saja kisah biografi tentangnya tamat, saya pantas mencari surat-suratnya yang menjadi kenangan paling berharga dalam hidup saya. Saya hampir menghapuskan semua kenangan yang ada bersamanya kerana mengingatinya adalah suatu penyiksaan buat saya.Untuk pertama kali setelah ketiadaannya, saya memberanikan diri membaca kembali surat-surat dan kad-kadnya.Sepucuk surat paling berharga hilang di tangan kak Bahyah. Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui betapa pedihnya untuk mengenang kembali kisah silam yang pahit, yang mengimbas kembali saat berita kematiannya sampai ke pengetahuan saya. Terlalu banyak yang berlaku.Terlalu banyak yang perlu di telan. Saya terlalu sedih, terlalu ingin menangis,Mata terasa berat dengan airmata,dada terasa ketat, kerongkong saya tersekat...namun airmata ini tidak mampu mengalir laju.Hati saya meraung namun saya masih mampu menahan airmata ini dari terus mengalir.Mahu saja saya telefon kak Bahyah mencurahkan rasa hati tapi...apa gunanya semua ini bila insan yang saya kasihi ini sudah tidak ada lagi di dunia ini.Dia tidak akan kembali....Menangis airmata darah sekalipun, tidak akan mengembalikan dia ke dalam hidup saya.

Baru hari ini saya sedar....sikap saya yang cuba menafikan kewujudan Sudir di dalam hidup saya sebelum ni, sebenarnya juga telah menafikan kewujudan saya di dalam kehidupannya.

Perlukah saya menceritakannya atau terus-terusan menjadi misteri selama-lamanya. Sungguh....saya tidak pasti.

Wednesday, March 2, 2011

Lawatan ke Taman Burung

Pada cuti bulan Mac yang lepas, saya membawa anak-anak saya yang seramai tiga orang dan anak-anak adik saya berjalan2. Mulanya kami ingin bermain layang-layang di tepi pantai tapi cuaca yang kurang baik membuatkan saya menukar fikiran. Saya beri pilihan kepada mereka sama ada untuk menonton wayang atau ke Taman Burung. Pilihan mereka ialah ke Taman Burung.Jadi di sini saya paparkan beberapa gambar yang menjadi kenangan kami di sana. Semua orang ingat mereka semua anak2 saya yang seramai enam orang.Tak kisahlah...3 ke 6 ke...semuanya darah daging saya.