Thursday, December 23, 2010

MADE IN VIETNAM

Belum habis completing entry China, saya sudah pun berada di bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Kali ini saya berkembara bersama Adah dan hubby Shahzan, Kak Robthoh dan hubby Abang Ruslan dan Oja (my best buddy kat KL).Kak Yan tak ikut kali ni.

Oleh kerana masa di China, saya beli T-shirt "I LOVE SHANGHAI" dan mula rasa bersalah bila pakai di Malaysia, jadi di Vietnam saya berborong besar beli T-shirt "MADE IN VIETNAM" untuk kesemua adik beradik , sepupu dan satu satunya abg ipar saya. Kuailitinya baik dan jauh lebih murah dari China.

Anyway.....details kembara saya cerita sikit2 dulu ye. 

Untuk info....asalnya saya join kekawan sekolah ikut pakej.Kos mula RM1600, lepas tu bila je tengok pakej makin mahal RM1888....saya tarik diri. Begitu juga Adah. Bezanya saya dah bayar duit tiket. Harga tiket RM500 tapi travel agent ambik extra...so saya bayar RM580.
Lepas tu Adah dan Kak Robthoh nak join saya. Last minute, diaorang sponsor hubby diaorang sebab takut kena curfew. Untuk mencukupkan korum, saya call Oja...my best buddy to join me. So....saya buat research sementara Adah buat tiket booking dengan Air Asia.

Saya email Boss Hotel dan dapat immediate reply. Kos satu malam USD25. Saya booked 4 malam . Untuk pengetahuan ...kat Vietnam ni sempoi....boleh bargain harga hotel dan bayar bila checked out je. Kos ni boleh kurang lagi tapi sebab kekawan saya sampai awal dari saya, makanya diaorang tak bargain sebab tak tahu dan saya pulak lupa pesan.

Adah managed to book Air Asia at RM750....tapi diorang bertolak pagi , sementara saya bertolak lewat ptg dengan MAS.Nasib baik, Boss Hotel provide pick up, jadi tak lah saya bimbang diaorang kebingungan bila sampai Ho Chi Minh. Sebaik sampai di HCM , saya pesan kepada Adah supaya contact Pak Yaya...orang yang akan jadi tour guide kitaorang.

Saya pulak sampai 8.30 malam waktu Malaysia (7.30 waktu Vietnam). Walau bertolak ramai-ramai bersama kekawan yang ikut pakej...akhirnya saya sendirian berjalan melepasi balai ketibaan. Alhamdulillah sudah ade pick up untuk saya dari Boss Hotel  dan jam 8 waktu tempatan saya sudah ditemukan dengan kekawan. Rupa2nya diaorang ni dah merayau habis dah kat pasar Ben Thant...Pak Yaya datang jumpa saya jam 9 malam dan kami ambik pakej dengan Pak Yaya untuk ke Mekong River dan Chu Chi Tunnel serta city tour....kos yang di kenakan ialah USD50. Mahal actually sebab setahu saya kos sebelumnya ialah USD30. Anyway for  convenience , kitaorang ambik jugak. Kalau sapa yang nak pergi murah boleh ambil hotel tour (USD19) atau ikut  Delta Adventures (usd10 utk Mekong dan usd7 utk ke Chu Chi Tunnel . Lunch untuk ke Mekong River kena bawa sendiri sebab kat sana tak halal. Boleh order dari Pak Yaya atau contact Hajah Basiroh. Semua info ni saya dapat dari www.cari.com.my. Thread melancong di Vietnam. Sapa2 yang nak pegi Vietnam, elok khatam dulu thread ni ye.Baca the do's and dont's.., sure boleh survive.

Ok enjoy the pictures dulu ye.