Friday, November 5, 2010

KENAPA SAYA LETAKKAN GAMBAR TIDAK BERTUDUNG DI BLOG SAYA

Memang sudah lama saya ingin jelaskan tetapi saya lebih suka membiarkan hati saya menjadi lebih tenang sebelum menceritakan segalanya.

Untuk pengetahuan semua, gambar-gambar tidak bertudung saya diletakkan selepas saya menerima kunjungan sms dari bekas suami tidak lama dulu yang antara lain menasihati saya supaya pada perkahwinan saya yang akan datang saya perlu berdandan untuk tatapan suami, kena selalu ucapkan kata sayang, kata cinta dan entah apa lagi....memang banyak yang ingin saya jawab. Begitulah manusia bila dia tidak dapat apa yang dimahukan, apa yang boleh dia lakukan ialah memburuk-burukkan orang yang diingininya.
Cuba kalian lihat sendiri, tidak cukupkah saya berdandan di rumah.Walau saya bertungkus lumus bekerja di rumah, saya tidak pernah lupa untuk menjaga diri dan tubuh badan saya. Setahu saya dialah yang selekeh. Kalau  keluar ke Jusco pun pakai baju yang tak berseterika dan selipar saja. Bila saya minta nak seterika, dia kata tak payah.

Dia ajar saya supaya mengeluarkan kata-kata sayang. Seingat saya , saya yang tidak pernah cintakan dia sangat berusaha untuk menyayangi dia. Buat surprise itu ini, hantar message sayang. Even kalau saya ingin minta dia belikan barang di pasaraya pun message saya akan berbunyi, " Yang, boleh tak nanti balik tolong belikan dynamo. Thank you I love you." Apa jawapan yang saya terima..."ok" aje. Kalau kalian ingat ada dalam satu entri saya ceritakan saya tempah makan malam di hotel Grand Season sempena anniversary perkahwinan saya, bila saya beritahu dia, dia jawab , " saya tak nak pergi." Sedihnya hanya Tuhan yang tahu. Belum lagi bercerita tentang hari jadi saya yang berlalu tanpa sebarang ucapan dan hadiah. Tambah2 di saat tengah mengandung.

Bila saya pergi kursus induksi tiga minggu di Terengganu, setiap kali saya telefon dia, apa dia jawab,"saya sibuk". Bila saya tidak telefon, dia marahkan saya dan  mewajibkan saya menelefon setiap hari. Setiap kali saya telefon jawapan 'sibuk' jugak yang diberikannya. Sungguh saya cemburu bila melihat suami rakan2 menghubungi isteri masing-masing menyatakan rindukan mereka. Memang saya sedih suami tidak melayan saya dengan baik. Akhirnya seseorang jatuh cinta pada saya dan kami menjadi kawan baik semasa berkursus. Si dia inilah yang menghibur hati saya setiap hari walau pun dalam masa yang sama sibuk melayan panggilan2 isterinya. Persahabatan kami habis setakat itu saja. Infact setiap kali saya pergi berkursus, ada saja suami orang yang terjatuh cinta dengan saya....saya pun tidak tahu kenapa. Pernah di satu ketika semasa berkursus, seorang kawan menyampaikan salam dari seseorang. Katanya ada orang minat pada saya dan orang ni perempuan (rakan semasa berkursus). Menurut kawan saya ini, peminat saya ni suka dengan cara saya membawa diri. Semua orang mempunyai cara tersendiri menilai tapi saya memang mempunyai sedikit kelebihan seperti boleh menyanyi dengan baik, mengacara majlis (pernah mengacara majlis perkahwinan sepupu saya bersama Maria Tunku Sabri-orang lebih puji saya dari Maria.....hehe) kalau saya bercakap, orang akan dengar,pandangan saya mudah diterima.Mungkin kelebihan ini yang dilihat oleh rakan sekursus saya ni...entahlah.

Pernah seorang guru lelaki semasa kursus berjumpa dengan saya. Dia teragak2 tapi apa yang sempat dia cakap ialah," Tie, I tahu you ni isteri orang tapi........." Saya pandang muka dia, pelik. Dia tak habiskan ayat dia pun setelah melihat saya terkebil2 tak faham apa yang cuba dia katakan. Sebelum ni saya tak pernah bercakap dengan dia pun. Saya ni payah bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Kadang2 saya jujur berkongsi cerita dengan suami tapi selalu di salah anggap sebagai isteri curang.
Dia ajar saya jangan ungkit kisah boyfriend lama pada bakal suami saya nanti.Habis dia simpan surat  cinta girlfriend lama saya tak kisah pun. Mana ada isteri yang akan ungkit kisah silam jika dia bahagia dengan kehidupan hari ini. Bila kita tidak bahagia, kisah silam yang indahlah yang dapat membahagiakan kita.

Dia ajar saya supaya jaga solat, sedangkan selama dia berkahwin dengan saya tidak pernah sekali dia mahu bersolat berjemaah dengan saya. Anak-anak tidak pernah diajar solat. Semuanya saya yang perlu lakukan.Tidak pernah pun sekali dia mengejutkan saya yang kepenatan  bangun solat subuh . Kalau saya tidak terjaga terlepas begitu saja lah. Mahupun ketika saya sibuk melakukan semua kerja, tidak pernah sekali dia kata,"Awak pergi solat dulu, biar saya tengok anak2." Yang dia tahu cuma jaga solat dia saja dan selebihnya main game telefon dari pagi sampai malam. Selepas itu dia akan burukkan saya kepada mak saya mengatakan saya tidak menjaga solat. Dia tak sedar ke, tanggungjawab dia mendidik isteri.Jika seorang isteri tidak menjaga solat, suami yang akan menanggung semua dosa.Dia ingat dengan memburukkan saya pada keluarga saya, tanggungjawab dia sudah lepas. Sedang Allah lebih mengetahui betapa saya terlalu rindukanNya.Dia tuduh saya tak solat zohor dan asar sedangkan saya berada di sekolah (di sesi petang).Mana dia tahu saya solat atau tidak? Itulah sifat seorang suami yang sentiasa bersangka buruk dengan isteri.

Peliknya dalam banyaknya buruk saya, dia masih nakkan saya kembali kepada dia.

Saya tidak menceritakan SEMUA keburukan dia kerana terlalu banyak dan terlalu mengaibkan untuk di sebut tapi saya harap semua faham bila saya katakan saya tak sanggup untuk melalui kehidupan dengan lelaki ini lagi.Lebih lama saya hidup bersama dia, lebih banyak dosa yang saya lakukan terutama bila dia sibuk main game di telefon, saya sibuk bersms dengan bekas boyfriend. Bila dia tak layan panggilan telefon saya semasa berkursus, saya mula jatuh hati dengan orang lain yang memberi perhatian kepada saya. Sungguh....menolak godaan dari luar bukan satu perkara yang mudah. Sebab itu  saya nasihatkan suami2 di luar sana, layan lah isteri dengan baik. Saya sudah melihat ramai rakan perempuan yang curang kerana suami terlalu ego. Jangan pandang rendah pada seorang isteri. Hari ini, walau berapa banyak hubungan yang saya jalin, saya rasa gembira kerana tidak perlu merasa berdosa. Dalampada itu saya juga percaya ramai juga suami yang tahu menghargai seorang isteri.

Saya kenal siapa diri saya. Allah lebih mengetahui betapa nilai saya sebagai ibu dan isteri jauh lebih tinggi dari yang diburukkan bekas suami. Saya percaya Allah akan hadiahkan saya dengan suami yang jauh lebih baik. Dan saya juga percaya bekas suami saya akan dihadiahkan dengan isteri yang jauh lebih buruk dari saya kerana tidak pernah tahu bersyukur memiliki saya sebagai isterinya.

Kalau dia kata saya tidak pandai berdandan, tidak cantik, tidak itu tidak ini.......kita tengoklah nanti.Amin
Sedang bagi saya....saya tidak pernah mempertikaikan penampilannya yang selekeh sebelum ini.

Bagi saya....biarlah rupa tidak cantik, gemuk pun tak per....asalkan tahu menghargai saya sebagai seorang isteri.