Sunday, October 31, 2010

Masyaallah..........baby jatuh ke bawah!

MASYAALLAH.......Hanya itu saja kata-kata yang mampu saya luahkan tatkala seorang ibu menjerit  hanya beberapa meter di hadapan saya. Anda bayangkan sendiri.Kalau sebelum ini anda hanya membaca berita2 bayi kecil jatuh dari tingkat yang tinggi....bayangkan jika hari ini ianya berlaku di depan mata anda. Bayangkan jika itu anak anda....masyaallah.

Pagi ini ...saya bergegas untuk ke sekolah, sebaik sampai di pintu pagar 'nursery Daniel' ...baru saya sedar nursery anak saya tutup hari ini kerana sedang melalui proses penukaran pengurusan.Setelah mendapat informasi, saya telefon sekolah memaklumkan saya sedang dalam proses memikirkan di mana hendak di letakkan anak saya hari ini. Saya hantar dua lagi anak ke sekolah dan bergegas balik semula ke rumah untuk menumpangkan Daniel di nursery yang lain. Malangnya Daniel tidak mahu. Apa yang boleh saya lakukan ialah mengambil cuti rehat yang berbaki dua hari lagi.

Kesempatan yang ada...saya gunakan untuk menyediakan makan tengahari anak2 dan tepat jam 12 tengahari saya ke Tesco Extra SP untuk membeli beberapa keperluan yang sudah habis. Di sinilah saya menjadi saksi kejadian yang tak sanggup saya lihat.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 tengahari, saya bergegas untuk mengambil anak2 yang pulang dari sekolah sambil menyorong troli yang penuh dengan barang. Baru saja hendak melangkah ke arah escalator, tiba-tiba jeritan seorang  wanita mengejutkan saya....bayi wanita ini yang baru berusia setahun jatuh kebawah dari bangunan dua tingkat Tesco.Masyaallah....wanita cina ini memintas saya berlari untuk mengambil anaknya....saya turut bergegas mengikutinya.Wanita itu memapah anaknya. seorang lelaki India memanggil ibu yang panik ini, saya dan seorang wanita India memeriksa kanak2 ini. Tidak ada sebarang kecederaan luaran.Kanak2 ini pengsan. Saya periksa kalau-kalau ada darah yang keluar dari hidung atau telinga...tidak ada. menurut wanita India bersama lelaki tadi, kanak2 itu jatuh tersembam ke depan. Dia menangis ketika mula jatuh tapi kemudiannya pengsan. Kami meminta wanita tadi mengejarkan anaknya segera ke hospital. Sungguh saya ingin sangat membantu tapi apakan daya Daniel ada bersama saya dan anak2 saya yang lain akan keluar dari sekolah bila2 masa. Lelaki India tadi mengekori wanita  Cina ini hingga ke kereta . Bimbang betul saya dengan apa yang menimpa bayi kecil ini.


Dalam pada tragedi yang berlaku....baru saya perasan, situasi cemas itu dihadapi  dan dirasai oleh tiga bangsa yang berbeza....cina, India dan melayu. Walau ada yang tidak ambik peduli dengan kejadian yang berlaku didepan mata.....saya tetap  peduli kerana hari ini hari mereka, hari saya.....? kita tidak tahu. Hari anda?   ......siapa tahu? Belajarlah untuk bertindak pantas membantu bila kejadian buruk berlaku di depan mata.

Saya sudah biasa membantu mangsa kemalangan di jalanraya ketika zaman bujang saya. Ada yang darah penuh di muka....tapi terjerit2 takut mukanya akan jadi hodoh pun ada juga. Susah juga memandu jika dalam masa yang sama perlu menenangkan mangsa yang histeria..itu  cuma satu pengalaman yang pernah berlaku dalam kehidupan saya. Saya menolong setakat yang saya terdaya. Walaupun saya tidak pernah minta balasan, saya percaya Allah sentiasa ada untuk menghantar 'guardian angel' membantu saya setiap kali saya ditimpa masalah. Semoga anda yang membaca mendidik diri untuk membantu mereka yang memerlukan pada bila2 masa.