Tuesday, October 5, 2010

ORANG ARAB MESIR YANG TIDAK PERNAH LUPAKAN JASA


Sudah lama saya cuba menjejak insan ini. Sejak sekian lama, hanya kenangan bersamanya yang bermain di ingatan saya. Sejak tinggal di SP, segala2nya kelihatan begitu jelas pada saya.Insan yang saya rindui hampir berada di depan mata.

Dialah ummi saya. Seorang wanita warga mesir yang berkahwin dengan Ustaz saya, ustaz Ismail. Memandang Ustaz menjadi warden kami di asrama, maka ummi berperanan seperti ibu kepada kami semua walaupun usianya 28 tahun ketika kami berada di tingkatan 4.

Dari kiri : Solehah, Saya, Ummi (mengendong Ahmad) ,Rehan dan Shidah Hassan
 Saya masih ingat Ummi dan Ustaz pulang ke Malaysia dengan mengendong Ahmad yang berusia 3 bulan dan Rehan 2 tahun. Di awal kehadirannya....saya yang nakal ketika itu mencadangkan supaya bila Ummi cakap Arab semua buat2 tak tahu. Namun dengan kegarangan ummi, kami pula yang jadi fasih berbahasa Arab (Mesir). Ummi langsung tak nak cakap Melayu. Ketika semua rakan2 bermusuh dengan ummi, saya pulak menjadi kesayangannya. Pertama , kerana kefasihan saya berbahasa Arab, kedua kerana saya yang mengasuh Ahmad dan Rehan setiap kali saya balik dari sekolah, ketiga kerana Ummi suka tengok cerita Hindi dan saya tukang translatenya...jadi  kesempatan dan kelebihan ini saya gunakan untuk menonton TV bersama ummi hehe

Saya masih ingat, setiap kali saya balik dari sekolah, Raihan dan Ahmad masih comot tidak mandi. Orang Arab ni suka biar anak tak terurus. Sayalah yang akan memandikan keduanya, membedakkan mereka, menyisir rambut mereka, membancuh susu , menyuap makan dan menidurkan mereka. Malah kutu di kepala mereka pun saya yang cari.Ummi....entah kemana2 menghilang.Setiap hari begitulah rutin kehidupan saya di asrama.Di asrama saya dikenali dengan nama ONO. Entah dari mana saya dapat nama ni pun saya tidak pasti, besar kemungkinan ini nama samaran yang saya dapat masa mengorientate pelajar baru. Dulu muka saya macam Cina dengan 2 tocang dan kebetulan ayah ketika itu berada di Jepun...nama saya pun jadi macam Jepun yoko ono.

Ummi ..insan yang tidak pernah melupa segala kebaikan saya. Walau ketika saya melanjutkan pelajaran, walaupun sehingga kini....nama saya sentiasa di bibirnya. Dia mendidik Rehan dan Ahmad mengingati saya. Dia sentiasa mengingatkan mereka bagaimana ketika dia meninggalkan Rehan dan Ahmad di rumah sendirian, saya yang memastikan kebajikan anak2nya terjaga.

Sejak dulu saya memang mencari Ummi. Di awal kedatangan saya di SP, saya bertemu Jihan.....bekas rakan sepersekolahan. Dari Jihan saya mendapat tahu Ummi berada di Alor Setar. Menurut Jihan , Raihan dan Ahmad sudah berumahtangga. Rehan berkahwin dengan orang putih, mempunyai PHD dan menetap di Australia. Ahmad juga sudah menjadi seorang pegawai bergaji besar.....khabar dari Jihan menggamit rindu saya pada mereka. Apakah mereka masih mengingati saya?  Malang sekali...Jihan tidak ada nombor Ummi untuk dihubungi.

Seminggu yang lalu, saya dan bekas2 rakan sepersekolahan bertemu di facebook. Gambar nostalgik yang saya paparkan mendapat komen dari rakan2. Nama yang saya 'tag' kan ibarat mesin pencarian yang pantas mengesan rakan2 saya. Kami bertemu di alam maya setelah hampir dua puluh tahun terpisah. Inilah hadiah dan rahmat yang saya nanti sekian lama. Allah sudah menyusun kehidupan saya dengan begitu sempurna.Lapan tahun setengah hidup sebagai seorang isteri, tidak mungkin sama dengan kehidupan saya bersama kawan2 selama tujuh tahun. Tujuh tahun yang cukup untuk melihat saya membesar dan bahagia di kelilingi kawan2. Kami bersekolah, makan,keluar berjalan2 dan bermain bersama2.Kami cukup akrab. Ketika saya menyambung pelajaran ke kolej di Terengganu....hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya saya kepada mereka. Surat rakan2 dan guru2 adalah kekuatan saya. Surat saya untuk mereka pulak akan dijaja, dibaca di depan kelas, ditampal di papan kenyataan. Saya tak mungkin lupa ketika mak datang untuk mengambil saya dari asrama.....semua turun menghantar saya....satu asrama. Kami berpelukan. Di rumah pulak...sementara menunggu masa untuk ke Terengganu...saya sudah tidak senang duduk teringatkan kawan2.Rindunya tidak mungkin dapat ditafsir dengan kata2.

Minggu lalu ..Tirah menegur saya di dalam FB. Rindunya pada Tirah. Dari Tirah saya mendapat nombor Ummi. Hari itu....saya tahu pencarian saya sudah hampir mencapai matlamatnya.

Saya dail nombor yang diberi Tirah. Hati melonjak gembira. Ummi sudah boleh berbahasa Melayu tetapi loghat Arabnya masih tidak hilang. Sebutan  bahasa Melayu Ummi sebijik seperti Ustazah Fatmah Azzahrah.Jadi ....saya yang sudah hilang kefasihan Bahasa Arab terpaksa mengikut rentak bahasa Ummi ketika berbicara. Di sini...saya catatkan serba sedikit perbualan jejak kasih antara saya dan Ummi.

Saya : Assalamualaikum. Boleh cakap dengan Ummi

Ummi : A'laikumussalam. Ya, saya cakap sini. Sapa ni ?

Saya : Ummi ingat tak Ono ?

Ummi : Ono ?

Saya : Nor hayati Ariffin

Ummi : Subhanallah....Ya Ono....Ummi dah lama cari enti. Baru raya lepas ana cakap dekat Ustaz...ana nak sangat jumpa enti... ana takut ana tak sempat jumpa sebelum ana mati.

Saya : Betul ke Ummi cari saya ? Saya dah lama cari Ummi ? Ini Satirah yang bagi. nombor ni ? Betul ke Ummi ingat saya.

Ummi : Betul Ono... Ummi boleh lupa orang lain tapi Ummi takkan lupa enti. Enti baik sangat dengan Ummi.

Saya : Rehan dan Ahmad macam mana?

Ummi : Rehan dan Ahmad pun ingat enti. Enti yang jaga depa mesti depa ingat.

Saya : Saya ingat selalu lepas balik sekolah saya bagi mandi Ahmad dan Rehan dan jaga depa (mereka)

Ummi : Ya...ummi tinggal  saja anak. ( kami ketawa kecil). Dulu semua orang buat musuh dengan Ummi. Enti saja baik dengan Ummi. Dulu Ummi garang. Semua tak suka Ummi ....tapi enti baik sangat.Ummi pun tak tahu sebab apa dulu ummi garang sangat. 

Saya : Ya ka Ummi garang. Saya ingat suara ummi kuat dan tegas tapi Ummi tak garang.

(Perbualan kami agak panjang. Saya berjanji akan menziarah Ummi dalam waktu terdekat. Ummi ingin berjumpa saya sebelum 10 oktober ini kerana ummi akan pulang ke mesir untuk pembedahan mata). Kalau saya tahu lebih awal tentu saja saya mahu ikut.Apa lagi yang hendak dibimbang, saya bukan ada suami yang hendak menghalang atau keluarga mertua yang hendak mengata.

Saya, Tirah, Rodiah, Rose sudah buat plan untuk cari Ummi Sabtu lepas tapi saya ada urusan bertemu kawan pada hari Jumaat, pertemuan dengan ummi kami tangguh pada minggu ini.Saya call ummi untuk maklum perubahan rancangan.Kata Ummi, jika saya datang pada hari tu ( Sabtu lepas, 2/10 saya pasti akan bertemu Ahmad. Ummi sudah memaklumkan kedatangan saya kepada Rehan di Australia. 

Kata Ummi,dia beritahu Rehan, " tahu tak siapa nak datang rumah kami hari ini?" 

"Sapa ?" tanya Rehan.  

" kakak Ono", balas Ummi

" Kakak Nor Hayati Ariffin?" balas Rehan.
Ummi memberitahu saya mereka sentiasa ingat pada saya atau mungkin ummi sentiasa mengingatkan mereka tentang saya....saya tidak pasti. Yang pasti apa yang saya lakukan lebih 20 tahun lalu tidak pernah dilupakan. Rehan menjadi pemidato mewakili negara hingga ke luar negara. Dia sangat hebat. Begitu jugak Ahmad.
Kata Ummi, Rehan dan Ahmad begitu excited untuk bertemu saya. Mereka beritahu Ummi..." mama, kakak ono ni suka sangat dekat Sudirman ."

Dengan kata2 itu....saya sudah tahu bahawa memang jelas mereka tidak pernah melupakan saya walaupun ketika itu mereka terlalu kecil untuk mengingati segalanya.