Thursday, September 9, 2010

AIDIL FITRI YANG INDAH

Sejak hari Ahad  5 September lepas lagi saya sudah berada di Pulau Pinang. Itu pun sudah dikira agak lewat kerana cuti sekolah sudah bermula sejak hari Jumaat lagi. Pagi Ahad lagi saya sudah menerima panggilan dr mak bertanya bila nak balik. Pantas saya jawab, "kejap lagi mak." Dalam sekejap tu, hampir 5 petang baru saya sampai. Mana taknya...sejak Jumaat, saya berkemas rumah, macam biasa cuma kali ni extra sikit sebab nak ubah sana ubah sini perabut, nak pastikan semua beres sepenuhnya. Anak2 saya yang masih kecil perlu diberi makan dahulu, kuih raya perlu diambil, baju raya perlu di beli. Tengahari Ahad tu banyak tempat yang saya singgah bersama anak2. Akhirnya kami selamat sampai di Penang dengan harapan mak yang berkecai nak makan nasi briani di Pulau Pinang. Rupa2nya mak tunggu saya datang nak ajak ke tanjung (pulau) untuk beli nasi beriani kegemaran keluarga. Sebab dah lewat, kami plan pergi esok je.Tak ape....nasi tu tak lari kemana.

Esoknya.....saya bawa mak ke klinik sebab mak kurang sihat dan Danial juga nampak kurang sihat jugak. Lepas tu kami terus ke pelabuhan naik ferry untuk ke Pulau Pinang cari nasi beriani Hameediah. Habis RM80 kat situ jer untuk lima bungkus nasi, hati, daging dan limpa. Biasalah harga nasi kandar kat Penang ni tapi rasanya...huh sedap sangat.

Zaman ketika kami adik beradik masih kecil, ayah  dan mak selalu shopping raya di tanjung (pulau), so bila dah dekat nak berbuka je kita orang akan singgah makan di sini. Macam satu tradisi yang saya susah nak lupa. Tak sangka setelah sekian lama, restoran ini masih gagah dan seenak dulu juga. Tidak ada yang berubah.

Di kampung (dekat ngan jetty tu je), saya terpaksa mengantikan tugas2 pembantu rumah yang pernah saya sediakan untuk mak sebelum ni.Nak buat cam mana.. ...... kepercayaan saya terhadap pembantu rumah Indon ni sudah pun tercalar, mahu tak mahu kenalah saya buat. Rumah besar ni bukan calang2 orang yang boleh mengemas sebab sekali mak masak....dapur mesti bagai dilanggar garuda.Saya buat sekadar termampu. Dengan kesihatan mak yang kurang baik, saya menggalas tugas mengemas dan memasak sekali gus. Main menu je mak masak. 

Bercerita pasal saya memasak di rumah.... family saya memang susah nak percaya dan selalu juga saya menjadi bahan usikan adik beradik. Sebabnya ialah.....selama kehidupan saya di rumah, saya tidak pernah memasak.Saya hanya pakar jaga adik , mengemas dan menyediakan bahan untuk memasak. Dari darjah 3 saya memang ditugaskan jaga adik. Tingkatan 1-6  saya berada di sekolah berasrama, kemudian ke kolej, menjadi guru,masuk universiti , berkahwin dan hingga sekarang. Saya mula mahir memasak sejak tinggal bujang bersama kawan2 . Dalam erti kata lain saya jarang berada di rumah kecuali cuti sekolah je.Skill memasak ?...saya ada bakat semulajadi + minat mencuba berbagai masakan. Asal jangan suruh saya bakar kek dan buat kuih raya dah le...sebab saya tak de oven pun kat rumah. 

Semalam mak bertanya, "nak masak ape hari ni?". Saya pun bagi cadangan. Ayah pulak menyampuk tersenyum2 menyindir saya...."asyik bagi cadangan jer...cuba masak sendiri." Sebenarnya ayah tak tahu beberapa hari ni saya dah beberapa kali masak. Ayah makan tanpa perasan pun masakan tu bukan mak yang masak. Yang ayah tahu, " sedap mak hang masak."

Semalam kakak sekeluarga dah balik dr KL, saya membantu mak memasak especially makanan yang tak pedas untuk anak2 saya....cuma ayam masak kicap dan sayur goreng. Masakan utama ayam masak minang mak dah masakkkan.Adik bongsu saya mula mengusik....

"ni hang masak ke?...cair jer."

"Cair tak cair....rasa dulu baru tahu. Anyway tu favourite anak aku ye. Hang tak tahu ke aku pakar masak? Kat sini je aku tak masak.", saya membalas.

Ayah pulak menambah," Apa lagi yang hang masak?"...Saya memang arif sangat bab diaorang nak mengusik saya ni. Tiap2 tahun macam tu le. Kakak saya pulak bagi expression macam tak percaya je bila tengok masakan saya,"Wah....pandai jugak hang masak nooo." Tension betul dengan adik beradik saya ni....belum lagi  hero2 yang ramai berkumpul...teruk saya kena buli .Ni je modal diaorang dari saya kecik tinggal kat sekolah asrama lagi.Almaklum le dalam keluarga kami hanya saya dan kakak je perempuan, 8 lagi adalah adik beradik lelaki. Kakak saya jenis yang serius dan hanya saya saje yang kuat merajuk jadi memang seronoklah jadi bahan dibuli.

Kepada kakak saya jawab, "Wah..hang lupa nooo, masa hang masuk hospital aku masak gulai (kari ) kat hang...hang punya puji sedap tak percaya aku yang masak."

Saya kemudian menyuap anak2 saya makan, lepas tu bila saya datang nak ambil ayam masak kicap tengok2 dah nak habis. Adik bongsu saya masih menyenduk kuahnya.  "Licin nampak?" sindir saya.
"Memang sedap hang masak.", puji adik saya. Disusuli pujian dari kakak dan ayah. He he tahu pun. Tengoklah nanti saya akan kena lagi...sebab dah set dalam fikiran diaorang ni...saya ni adik atau kakak yang tak pernah masak dan tak tahu masak. Masa saya nak kahwin dulu....mak dan ayah paling risau kalau saya tak tahu masak. Diaorang ada cadangkan saya kawin dengan lelaki yang pandai masak. Anyway...saya kawin dengan lelaki yang tak tahu buat ape pun dan saya sebenarnya agak mahir memasak dan selalu juga menghantar masakan saya kepada kawan2 dan jiran dan memang selalu mendapat pujian atas masakan saya.

Berbalik hal raya....walaupun bekas suami tak nak bagi duit untuk beli baju raya anak2, saya managed beli beberapa pasang untuk anak2 dan sepasang untuk saya. Dulu....saya pernah beraya dengan baju nikah je sebab tak sempat beli baju. Tiap2 tahun saya sponsor baju satu keluarga anak2, suami dan pembantu rumah sampai tak sempat fikirkan untuk diri sendiri. Tahun ni raya saya lebih mengembirakan dari tahun2 sebelumnya...ringan dari segala bebanan jiwa.Pelik pulak tahun ni sebab walaupun sendirian semuanya jadi mudah bagi saya. Mungkin dulu sebab saya ni takutkan suami....pergi shopping pun kelam kabut nak balik takut kena marah. Sekarang ni shopping pun relax je bawa anak2. Selesai dalam sehari je. Alhamdulillah.

Akhirnya....saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua yang mengunjungi blog ini tak kira le whether ex hubby  atau adik beradik sepupu sepapat dia. Semoga semuanya bahagia bersama family masing2. Saya sangat gembira kerana dapat mengembalikan bekas suami ke pangkuan keluarga yang dicintainya, ibu bapa dan adik beradiknya.  Hanya ini yang termampu saya lakukan untuk kebahagiaan dia. Walau saya nampak jahat kerana bercerai dengan bekas suami tapi disebalik semua ini, niat saya sangat suci. Hanya Tuhan Yang Lebih Tahu. Selebihnya of course....untuk kebahagiaan saya sendiri dan anak2. Apa-apa pun  bukan saya yang menceraikan diri saya sendiri.....sebaliknya dia yang menceraikan diri dia sendiri.........so Maaf Dzahir Dan Batin.