Tuesday, August 31, 2010

Tiap yang hidup akan merasai mati.

Dalam bulan Ramadhan ini saya menerima tiga berita yang menyedihkan.....tidak tahu bagaimana hendak saya luahkan. Dalam kehidupan ini banyak perkara berlaku diluar jangkaan manusia. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah berserah pada yang Maha Esa.

Pagi 21 hb Ogos...saya terima sms dari Zai rakan baik di SMK Padang Tembak....anak Puan Nik yang bekerja sebagai doktor di HKL meninggal dunia.Jenazah akan dikebumikan pada jam 12 tengahari ini......(Puan Nik Hafsah adalah bekas PK 1 saya di SMK Padang Tembak yang kemudiannya menjadi bekas Pengetua saya di SMKDTHO)

Berita ini amat mengejutkan saya sebab baru tahun lepas saya dan kawan2 menghadiri majlis perkahwinan anak Puan Nik ini. Dia seorang doktor di HKL.Saya tanya Zai...kenapa?....apa puncanya? 

Zai pun tak pasti. Saya call dan sms rakan2 di DTHO. Ada yang baru tahu dan ramai yang tidak tahu. Dari Fiza...saya dpt tahu Arwah meninggal ketika melahirkan anak...Innalillahiwainnailahiraji'un.


Saya minta guru2 yang berkesempatan pergi menziarah Puan Nik.
Esoknya....saya call Awanis, kawan di Padang Tembak...maklumat lebih jelas sebab Anis pergi menziarah. Kata Anis, arwah sebelum tu ada masalah placenta previa, kemudian semasa operation, uri pecah dan arwah menghadapi masalah pendarahan yang teruk walaupun darah dah dimasukkan.

Saya tanya keadaan baby....baby 50/50....Sedihnya hati saya. Betapa saya harapkan saya boleh pergi menziarah.

Saya sms Puan Nik...."Takziah dari Tie. Semoga Kak Nik tabah menghadapi ujian ini."

Pada 23 hb Ogos, saya terima mesej balas dari Puan Nik, "terima kasih".

Saya susuli mesej itu ..."T nak ziarah.., tapi T jauh di Kedah. Camne keadaan baby?"
Mesej saya dibalas....."Tak pe lah T. baby baru je 10 minit kembali kerahmahtullah"
Sedihnya.....saya tidak dapat bayangkan kesedihan Puan Nik..., sesungguhnya anak dan cucu Puan Nik insan terpilih di bulan Ramadhan. Ibunya syahid melahirkan anak dan baby pulak tidak mahu meninggalkan ibunya. Cuma dari cerita Anis.....menantu Puan Nik memang meraung kesedihan.

Dalam sedih...saya percaya, anak dan cucu Puan Nik berada ditempat yang sangat baik seperti yang dijanjikanNya.

CIKGU NAZRI PERGI DALAM USIA 38 TAHUN

Sabtu 29 hb Ogos.....saya dan anak2 baru bersiap hendak ke Econsave. Baru tengah bersiap, saya terima berita dari Adah...Cikgu KH , Nazri meninggal dunia.

Ini ...lagi memeranjatkan. Saya call Adah...menurut Adah, pagi tadi Nazri ke sekolah, bercucuk tanam dengan pelajar2 Pelapistani nya. Kemudian dia hantar Fakhrul, seorang pelajar balik ke rumah dan dia pulak ke stesyen Caltex untuk servis kereta. Masa tengah servis, mekanik kat situ, cuba kejutkan dia sebab nak suruh dia ubah kereta. Masa tu baru dia terlentuk rebah di sebelah. Orang2 kat Caltex telefon ambulan dan dia disahkan meninggal dunia.Memandangkan ini kes polis, ambulan tidak dibenarkan membawa jenazah ke hospital. Kena tunggu polis jugak. Melalui nombor telefon Nazri , ramai jugak kawan2 yang dihubungi dan semua terus ke stesyen Caltex.

Saya adalah antara yang lewat dihubungi sebab tak ramai yang ada nombor saya sebab saya cikgu baru.

Saya call Cikgu Bakar dan dimaklumkan jenazah baru hendak dimandikan di HSP. Saya call balik Adah untuk maklumat terbaru dan kami bergegas ke hospital. Tak tahu nak kata ape.....saya bagai orang tidak percaya sebab arwah ni punyalah baik....selalulah dia tolong saya kat bilik peperiksaan. Memang rata-rata kami melalui pengalaman manis bersama arwah....seorang yang tidak pernah menolak kerja....ramai jugak yang berada di hospital ...Pengetua dan dua bekas pengetua , serta orang PPD dah pun berada di sana ketika saya sampai.Itulah.....orang baik2 ni, cepat saja Allah jemput sebab Allah sayangkan mereka.

Menurut Cikgu Zul (ex pengetua) arwah ada darah tinggi , tapi berhenti makan ubat. Akibat dari tu, jantungnya bengkak . Itu puncanya. Oleh itu di nasihatkan siapa2 yang ada darah tinggi dan kencing manis, jangan tinggal makan ubat.

Isteri Cikgu Nazri adalah guru SMK Permatang Pasir...mereka dah lama kawin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Mungkin bagi setengah orang, tidak ada zuriat yang tinggal untuk kenangan mereka berdua tetapi bagi saya....lebih baik ditinggalkan seorang dari mempunyai anak2.Kalau ada anak2....nanti anak2 pun sedih...kesian tengok anak2 dah tak ade ayah yang begitu baik. Semoga isteri arwah tabah menghadapi ujian ini. Arwah Nazri dan anak serta cucu Puan Nik adalah insan2 yang terpilih untuk kembali kepada Penciptanya pada bulan yang paling mulia ini.

Al-Fatihah untuk ketiga-tiga mereka.