Friday, August 20, 2010

kenapa saya menunggu Ramadhan.

Setiap kali Ramadhan muncul, hati saya tersenyum....kenapa ya?
Kerana......pada setiap bulan Ramadhan ada  pendapat menyatakan roh-roh orang yang mukmin turun untuk menziarahi keluarga-keluarga mereka dan orang yang mereka sayangi. Walau terdapat banyak pendapat berkaitan maksud roh yang turun tapi setiap kali Ramadhan tiba,  saya selalu terasa bagai arwah 'buah hati' saya ada datang  menziarahi saya.

Dulu saya selalu bermimpi dia hadir....dalam pakaian putih, tidak berkata apa2...hanya tersenyum memandang saya. Tika itu, hati menangis gembira.

Semalam....dia hadir lagi di dalam mimpi. Kali terakhir arwah hadir ialah selepas saya berkahwin. Selepas berkahwin, saya sering menangis kerana selalu disakiti suami. Suatu malam, saya terlena dalam tangisan, tidak sedar masa bila saya terlelap. Tiba2 terasa ada tangan yang mengusap pipi saya yang basah dengan air mata.Bila saya ingin memandang, dia sudah tiada. Itu kali terakhir dia hadir mungkin untuk mengucap selamat tinggal dan mendoakan kebahagiaan saya.

Saya pasti akan menangis setiap kali Ramadhan berakhir dan Syawal tiba. Biasanya secara tiba2 saja hati akan terasa sayu dan airmata ini bukan sedikit yang tumpah. Terasa bagai dia hadir memerhati saya dari kejauhan dan kehadiran Syawal adalah masa dia mengucap selamat tinggal untuk saya. Saya akan terus-terusan merindui insan ini.

Buat arwah insan yang saya cintai sepenuh hati.... semoga abang bahagia di Sana. Kasih Tie tak pernah berubah...abanglah segala-galanya.