Hari ini genap 3 tahun usia pengarang jantung hati saya MUHAMMAD DANIAL FIKRI.Walau ada yang berkata anak yang sulung akan menjadi kekuatan seorang ibu tunggal, tetapi bagi saya kekuatan saya hari ini adalah anak saya yang bongsu. Dialah penyejuk dan penenang hati saya.Dialah kekuatan saya hari ini.
Hari ini Danial tidak sihat .Sejak 4 hari lepas dia demam tak berhenti dan saya bercuti untuk beberapa hari untuk menjaganya. Sejak beberapa hari ini juga kami berdua sangat kurang tidur. Danial kerana ketidakselesaannya dan saya kerana menjaga waktu untuk diberikan ubat dan memastikan badannya di jelum kalau terlalu panas. Pengalaman bermalam di hospital sejak Sarah lahir menjadikan saya jururawat terlatih di rumah.
Kata orang kanak2 akan demam bila beralih bulan atau tahun. Apa-apa pun semoga anak saya cepat sembuh.
Malam ini saya akan mengadakan kenduri berbuka puasa. sempena ulang tahun kelahiran Daniel.
Dibawah ini adalah gambar2 sekitar sambutan Hari kelahiran Daniel ke 3 secara sederhana. Kepada mak saya, kakak ipar dan adik ipar yang sangat saya sayangi....terima kasih kerana bertungkus lumus merealisasikan majlis ini.Thank you from the bottom of my heart.