Friday, July 30, 2010

CLEANERHOLIC

Pagi Jumaat...anak saya Sarah merungut, boring duduk rumah ni. Sepanjang hari dia buat perangai. Aduh....time anak2 buat perangai biasanya saya diam saja. Malas nak layan. Dia merungut saya tidak bawa mereka ke Pulau Pinang berjumpa sepupu mereka disana.  Sehingga tengahari dia masih tidak mandi pagi.Saya sekadar bercakap secara lisan..."siapa tak mandi, tak boleh makan."Ini undang2 yang keluarga saya praktikkan, jadi ini undang-undang turun temurun.

Kanak2 sukar memahami kesusahan ibu mereka.Mereka tidak faham  saya ada banyak kerja yang perlu dibereskan.Akhirnya saya buat tawaran...saya hanya akan bawa mereka ke Pulau Pinang jika mereka dapat memastikan rumah berada di dalam keadaan bersih sehingga saya selesai tugas2 saya.Selain itu saya mengugut akan membatalkan niat ke Pulau Pinang kalau ada yang membuat sesiapa di antara mereka menangis dan lagi satu jika mereka tidak solat.

Sejak awal pagi, saya mula bekerja...masak,memandikan anak, menyuap mereka makan, membasuh baju, basuh 4 pasang kasut sekolah, vakum tingkat bawah, mop lantai...kemudian saya teruskan dengan membersih tiga bilik air , kemudian mengemas dan mop  tiga lagi bilik di tingkat atas.Di sambung dengan melipat pakaian yang sudah menimbun. Nampak mudah...tetapi sehingga 8.30 malam ketika hendak berangkat ke Pulau Pinang, baru saya sedar baju di dalam mesin basuh masih belum di jemur.

Menjemur pakaian saja sudah megambil hampir sejam masa saya. Jarum jam menunjukkan  masa 9.30 malam. Sekali lagi saya baru perasan terdapat kesan air milo tumpah di ruang tamu...siapa lagi punya kerja, Sarah pantas mengaku ...aduh saya ke dapur, mop lagi lantai. Penatnya hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.Tapi dah itu diri saya...nak buat macam mana. Setiap kali akan kemana2 saya akan berjaga menyelesaikan semua kerja rumah dari A to Z. Saya tidak pernah mengeluh dengan semua kerja2 yang pernah saya lakukan kerana apa yang saya dapat dari kebersihan rumah sukar untuk di tafsir.Tidak ada seorang dari pembantu rumah saya yang mampu melakukan sama seperti mana yang saya lakukan. Mana ada yang nak bangun seawal 4.30 pagi dan tidur selewat 12.30 malam. Setiap malam saya akan mengemas dan mop rumah. Setiap minggu saya akan membersihkan kesemua bilik air sendirian. 

Bayangkan dulu ketika saya mengajar di sesi petang...saya bangun seawal 4 .30 pagi, seterika baju, sedia breakfast untuk anak2, basuh baju, bagi mandi Daniel,hantar sarah pergi mengaji, kemudian ke pasar dan balik masak, lepas masak bergegas ambil Sarah balik dari mengaji, then sambung masak lagi, suap anak makan,siap untuk pergi bekerja, hantar Daniel ke nursery,hantar Sarah ke sekolah den kemudian bekerja. Balik dari kerja, saya panaskan lauk dan lepas solat mengemas dan mop rumah lagi.

Krisis dalam rumah tangga saya mula meruncing bila saya di minta mengajar di sesi pagi pulak. Boss kat rumah asyik mengamuk menuduh Pengetua saya bodoh kerana pindahkan saya ke sesi pagi. 
Ye lah boss mana tak ngamuk bila kuli yang selama ini melakukan semua kerja rumah sibuk bekerja di sekolah.Saya memegang jawatan penting di sekolah yang memaksa saya balik lewat dalam kepenatan dan tak mampu melakukan banyak kerja. What choice do i have? Saya bukan berkahwin untuk menjadi kuli yang tidak di hargai.

Baik hidup membujang dari menjadi kuli di rumah orang.

Jam 10.30 malam baru saya bersama anak2 bertolak ke Penang.

Demi menjaga hati anak2 , walau sangat penat...saya gagahkan tenaga meredah malam pekat untuk ke Pulau Pinang.
Adakah anak menghargai.....tidak jugak? Sarah asyik buat perangai lagi, semua tak kena, Nasi lemak yang disedia 'MAK TOK' nya dikatakan tidak sedap sedangkan nasi lemak ini sangat enak buat saya dan   dicari ramai orang setiap pagi. Mak dan ayah terpaksa jual nasi lemak dan buka kedai setelah saya tidak dapat memberi wang bulanan lagi kepada mereka setelah bercerai. Insyaallah bila rezeki bertambah kukuh saya akan ganti semua wang bulananan yang  tertangguh.

Hari yang tidak kena untuk Sarah...disuruh makan tengahari pun, ade saje perangai dia.

Pening, pening. LIKE FATHER LIKE DAUGHTER.