Thursday, July 15, 2010

APC dan hasad dengki manusia.

Terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada semua rakan2 yang saya sayangi di SMKDTHO yang sekian lama menantikan APC , akhirnya termakbul jua. Ada yang sudah berbelas tahun di sini....bukan tidak menjalankan tugas dengan baik tetapi  mainan politik di dalam sekolah di luar kawalan manusia. Ada pula yang jelas tidak layak, baru setahun berpindah sudah mendapat APC.Gara-gara pandai bermain dengan kata-kata.Cuma dalam ramai2 penerima....semua orang terperanjat, seorang pentadbir sanggup menikam orang bawahan dan atasan..pengetua,guru2 kanan, penolong2 kanan untuk menaikkan dirinya sendiri.

Anyway....entri ini saya reserve dulu. Kali ini saya ingin menyentuh tentang APC dan hasad dengki manusia yang kadang-kadang tidak mampu melepasi jangkauan minda.

Baru semalam....saya mendapat tahu seorang rakan  'sakit'. Rakan-rakan memapah dia. Rakan saya ini baru berpindah dari Terengganu. Dia disantau rakan sekerja kerana APC. Merata dia berubat. santaunya sangat susah diubati kerana si penghantar sentiasa bertanyakan khabarnya. Setiap kali dia membuka mulut bertanyakan keadaan rakan saya ini...setiap kali itu ada saja yang 'dikirim' kepada rakan saya.Terbaru dia mengirim surat, menelefon. Walaupun sudah berpindah, si penghantar masih memburu rakan saya. Pasti niat di hati selagi tidak mati selagi itu dia tak puas hati.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang manusia boleh pergi sejauh itu kerana hasad dengki.Sepanjang kehidupan saya memang saya pernah difitnah, dianiaya oleh 'orang-orang gila' yang tak seberapa kerat tapi mereka-mereka ini cuma setakat gila memfitnah dan membuat cerita, tidaklah sampai menghantar benda2 yang tidak elok . Naauzubillah. TETAPI nasib yang dialami oleh rakan saya sungguh menyedihkan. Tak kurang jugak cerita2 similar yang kita dengar tentang beberapa artis menerima nasib yang sama.Saya tertanya-tanya adakah aman hati dan jiwa mereka mereka ini?

Sungguh sukar saya menerima hakikat ada manusia seperti ini kerana seumur hidup saya , tidak pernah sekali pun saya rasa nak berhasad dengki dengan orang lain.Agaknya mungkin kebersihan hati saya membuatkan saya nampak jauh lebih muda dari usia....hehe perasan tu  sifat positif yang mewujudkan aura yang baik. Perasaan  cemburu tu tak dapat dinafikan memang ada.....iyalah tengok kawan2 drive 'Mercedes'.....dengan hasil usaha mereka .Jealouslah juga ....hahaha tak lah, dah rezeki mereka.


Jangan Salah faham antara dengki dan cemburu. Keduanya ada maksud yang berbeza. BUT THE TRUTH ABOUT ME NOW....SAYA SANGAT CEMBURU PADA MEREKA YANG TELAH MEMPUNYAI 'MASTER'. Saya teringin sangat nak ada 'master' kerana saya rasa dengan ijazah sarjana boleh membawa saya bekerja keserata dunia. Berangan nak mengajar 'English' di Oman ke, Riyadh ke? gaji yang diaorang akan bayar dekat RM20k .Dari tahun lepas saya asyik survey kerja kat luar negeri.


Kawan2 saya disini ada mengajak saya untuk buat master di USM. Kitaorang plan nak carpool sama2 every time gi kuliah....? Aduhhh mampu kah saya ? Kalau nasib tak baik dapat supervisor 'gelong' (kurang stabil emosi), mahu bertahun tak grad.Walaupun sekarang saya tengah 'membuat duit' tetapi hati rasa sangat tidak tenang TANPA SEGULUNG MASTER di tangan.SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN SAYA MENGGAPAI  IMPIAN YANG TERSIMPAN INI.


Back to the topik.Pada mereka yang suka berdengki ini,saya pun tak tahu nak nasihat ape . Apa yang boleh saya harapkan ialah berdoa semoga taubat mereka-mereka ini diterima Allah sebelum mereka menutup mata dan semoga rakan saya terus dipelihara Allah dari keburukan hati manusia.


SEDIKIT PERKONGSIAN UNTUK RENUNGAN.


Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206). 

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. 

Rasulullah bersabda bermaksud: "Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441) 

Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam: 

Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama. 

Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.