Monday, June 28, 2010

Anak sakit

Sudah dua hari saya bercuti....kerana anak2 sakit...lelah.Lepas sorang..sorang.Sejak pindah di kedah, anak2 sudah tak kena asthma tapi sejak balik dari KL ni terus batuk2.

Hari sabtu dalam pukul 2 pagi, saya telefon jiran...minta jaga Daniel dan Sarah sementara saya kejarkan Arianna ke hospital. Sampai di hospital...jiran telefon kata Daniel menangis meraung raung. Kesian anak saya tapi apa lagi yang mampu saya lakukan.Saya bimbang betul melihat Arianna yang susah bernafas.

Sebelum tu saya call...bekas suami , tanyakan 'haler 'anak....takut2 tertinggal di KL. Dia kata dia akan cari.
Dalam keadaan cam tu...haler anak sangat penting. Daniel pula perlukan chamber untuk memastikan ubat dari haler itu boleh masuk ke paru2nya.Nampaknya 'chamber' mmg tertinggal di KL. Ayah mereka janji akan poskan.

Dalam keadaan anak yang tidak sihat..saya sangat bersyukur hidup sebagai ibu tunggal kerana semasa mempunyai suami....menunggu keputusan sama ada anak perlu ke hospital atau tidak ...hampir2 meragut nyawa anak2 saya.. Akhirnya saya juga yang mengejarkan mereka ke hospital dan akhirnya anak terpaksa 'admitted' berhari2.

Alhamdulillah dengan hanya SAYA seorang yang perlu membuat keputusan, Arianna sudah sihat keesokan harinya.Lepas tu Sarah pulak demam dan kembali sihat dan hari ini Daniel...sudah saya mulakan dengan ubat. Yang saya perlukan adalah 'chamber' supaya mereka boleh saya berikan gas.Telefon bekas suami...dia kata dia dah hantar pakai pos....dari hari Sabtu saya tunggu sampai ke hari ini...Isnin.,..masih tak terima. Murahnya nyawa anak2 saya ni....

Terlalu ramai yang bimbang kalau2 saya pula yang jatuh sakit.., tak ade orang yang nak tengok2 kan saya. Semuanya  menawar diri untuk menjaga saya...Terima kasih sajalah. Saya sihat...Alhamdulillah. Kalau dulu selalu saja 'gastrik' dan sakit tekak. Alhamdulillah sejak sendirian membesarkan anak2 saya sihat2 saja.Kalau ade suami pun bukan semestinya menjaga isteri.
Dulu....masa ade suami, saya pernah di serang 'gastrik' yang sangat teruk....sampai berguling-guling. menahan sakit..suami buat tak tahu saja. Akhirnya saya call kawan saya Sherry minta hantarkan saya ke klinik pada pukul 12 tengah malam.Sherry tanya mana husband saya...saya kata ada kat rumah.....dia kata,

"What is the use of you having a husband tapi terpaksa call kawan hantar pegi klinik. Kan  I dah kata jangan kawin dengan dia tu. You rushed sangat."

Sherry suruh saya paksa suami hantar saya ke klinik.

Inilah nasib saya....sakit pun terpaksa merayu suami hantar ke klinik. Selepas dari itu...setiap kali anak sakit atau saya sakit...saya pergi sendiri sebelum keadaan teruk.

Kepada mereka yang mengambil berat...terima kasih. Saya sudah biasa. Tak payah ada suami pun tak pe.