Thursday, June 17, 2010

BAHAGIA YANG DIRASA

Pagi ini saya bangun dengan rasa sungguh bahagia. Saya sangat bersyukur dikurniakan Allah dengan sebuah rumah yang indah, anak-anak yang dapat menghilang kesunyian saya (hari ini mereka akan pulang dari KL) dan terlepas dari azab sebuah rumahtangga yang tidak bahagia. Semalam....saya mendapat mimpi ngeri masih mempunyai suami, masih ditengking, diherdik dan perasaan bencikan keluarga bekas suami yang jahat masih meluap-luap. Sebaik saya bangun......saya sangat bersyukur..itu semua hanya mimpi. Hakikatnya saya sudah bebas, sudah bahagia .Mereka semua sudah tidak ada....mereka semua tidak ada kaitan lagi dengan saya. ALHAMDULILLAH.

Walau orang lain tidak nampak kebahagiaan saya....Allah saja yang tahu segalanya. 

BAYANGKAN saja hidup anda berada ditengah antara ibu mertua/keluarga suami DAN suami .

BAYANGKAN rasanya bila suami buat salah, ibu mertua akan membela dia dan menyindir anda DAN 

BAYANGKAN bila ibu mertua dan keluarga suami melayan anda dengan buruk, suami anda akan membela keluarganya dan meminta anda menutup mulut. Sepatah pun perkataan ttg family dia tak boleh disebut. Saya tersempit ditengah manakala suami dan ibu mertua bermaharajalela.

Bermula tahun 2006, saya berhenti pergi ke rumah keluarga suami kerana tidak tahan dengan  sikap dan mulut ibu mertua. Begitu juga mulut adik perempuan , sepupu, dan ibu saudaranya.Lima tahun sebelum itu hampir setiap hari saya ke sana menghantar pembantu rumah .

Selepas saya tidak mahu menjejak kaki ke rumah keluarga bekas suami....baru ibunya mula rindukan saya. BAYANGKAN....hanya kerana ibunya rindukan saya dan saya tidak mahu pergi kerumah ibunya lagi.....saya menjadi tempat dia melepaskan kemarahannya.

TENGOKLAH PENDEKNYA AKAL SEORANG SUAMI.....KALAU AKALNYA PANJANG TENTU DIA BOLEH MENILAI KENAPA IBUNYA RINDUKAN SAYA..(KERANA KEBAIKAN SAYA SELAMA INI) DAN KENAPA SAYA BENCIKAN KELUARGANYA (KERANA LAYANAN BURUK DAN KATA2 PEDIH IBUNYA)..........

SALAHKAH SAYA.........BILA IBUNYA RINDUKAN SAYA?
SALAHKAH SAYA........BILA TIDAK TAHAN LAGI DENGAN KELUARGANYA?

APAKAH PERASAAN ANDA BILA IBU MERTUA PERNAH BEBERAPA KALI MENGATAKAN ANAK ANDA YANG BELUM PUN MENCECAH DUA TAHUN' 'KURANG AJAR SEPERTI EMAKNYA'

HANYA KERANA

BEBERAPA HARI SEBELUM ITU SAYA MENEGUR ADIK IPAR YANG SETAKAT BEKERJA KILANG 'KURANG AJAR' DENGAN SAYA.

PUNCANYA KERANA ADIKNYA ITU INGIN MEMBELI KOMPUTER DAN MASUKKAN INTERNET.......SAYA CUMA KATAKAN IANYA BUKAN SATU KEPERLUAN PUN.MASA TU MANA ADE BLOG2 NAK DI UPDATE PUN, YANG ADA LAMAN CHATTING DAN EMAIL JE.

SEBENARNYA....SAYA TAKUT SANGAT APA YANG ADA DALAM INTERNET TU.....FAHAM2 SAJALAH....SEBELUM KAHWIN LAGI SAYA MEMANG SELALU CHATTING,,,,BERTEMU TEMAN LELAKI PUN MELALUI LAMAN SEMBANG......PALING KURANG SAYA MENGADAP INTERNET IALAH 6 JAM SETIAP HARI...MACAM2 MANUSIA SAYA DAH JUMPA. TERPULANG PADA KEBIJAKSANAAN KITA SAJA UNTUK MEMILIH  YANG BAIK DAN MENOLAK YANG BURUK. DENGAN LATAR BELAKANG BEKAS SUAMI DAN KELUARGANYA, SAYA MEMANG BIMBANG ADIKNYA AKAN TERSEREMPAK BENDA-BENDA MACAM NI DAN TERPENGARUH, BERKAWAN PULAK DENGAN BUDAK2 KILANG YANG BANYAK TERDEDAH DENGAN UNSUR NEGATIF.

NIAT SAYA SANGAT BAIK.....TAPI ADIK DAN SEPUPUNYA PULAK MERASAKAN SEBALIKNYA HINGGALAH TERJADINYA INSIDEN BERKURANG AJAR DENGAN SAYA.  SAYA TAK KATA APA PUN CUMA PELIK SIKIT..SAYA TANYAKAN IBU MERTUA...'KENAPA 'A' NI KURANG AJAR SANGAT"

ITU YANG SELEPAS ITU MAK MERTUA SELALU KATA KAT ANAK2 SAYA.
PUNYALAH NAK BELA ANAK SENDIRI.

SAYA MASIH INGAT SATU HARI TU....
ANAK SAYA ARIANNA BARU SETAHUN LEBIH DAN SUDAH PANDAI MENYEBUT NAMA KAKAKNYA DENGAN PENUH...."NURSARAH ARISSA'

SAYA DENGAN PENUH EXCITED MEMBERITAHU IBU MERTUA.....'INCIK, ARIANNA DAH PANDAI SEBUT NURSARAH ARISSA"

IBU MERTUA HANYA DIAM DAN KEMUDIAN BERKATA....'KURANG AJAR MACAM MAK DIA'

SAYA TERDIAM DAN TERUS BERLALU...BBERAPA KALI JUGA DIA BERKATA BEGITU....ORANG GAJI SAYA PUN PERNAH DENGAR....SAYA BUAT TAK TAHU JE, TAPI DALAM HATI HANYA TUHAN YANG TAHU.MEREKA INGAT SAYA NI TAK DE HATI DAN PERASAAN KUT...WALAU SAYA BUAT TAK TAHU. SEMUA KATA2 MEREKA SAYA INGAT DAN SIMPAN. NAK SAYA CERITA SATU2 PUN BOLEH.

HARI INI SAYA BERCERITA....KERANA ADA MASANYA ORANG PERLU TAHU KEBENARAN.  SEMUA KELUARGA BEKAS SUAMI PELIK KENAPA SAYA TIDAK PERNAH LAGI MENJEJAK KAKI KE RUMAH IBUNYA DAN KE KAMPUNG SEDANGKAN SEBELUM NI HUBUNGAN SAYA NAMPAK SANGAT BAIK.

OF COURSE NAMPAK BAIK SEBAB SAYA SEORANG YANG SABAR DAN TIDAK SUKA MENGERUHKAN SUASANA CUMA SEBAGAI SEORANG MANUSIA......KESABARAN MANUSIA JUGA ADA HADNYA.

# SEBAIK SAYA UPDATE BLOG INI...BEKAS SUAMI MENGHANTAR SMS MENGATAKAN WALAUPUN SAYA ADA SEGALANYA, HIDUP SAYA TAKKAN AMAN SAMPAI MATI...."

UNTUK PENGETAHUAN ANDA WAHAI INSAN PENDIDIK.....SAYA TAK PERLU TUNGGU SAMPAI MATI UNTUK AMAN....SEBAIK SAYA CERITAKAN SEGALA2NYA DI DALAM BLOG INI......SEBAIK ITU SAYA AKAN AMAN."....KERANA KEBENARAN SUDAH TERBONGKAR. JANGAN JADI MACAM AWAK YE YANG TAK BERANI BAGI SAYA BACA APA YANG AWAK TULIS......NAMPAK SANGAT AWAK NI NAK MENIPU  DAN TAK MAHU PENIPUAN AWAK TERBONGKAR....TAK APE....TUHAN ITU MAHA KAYA.

"BAHAGIAKAH AWAK HARI INI....SETELAH KEHILANGAN SEORANG ISTERI YANG MENJADI KULI AWAK SELAMA 9 TAHUN ?

BAHAGIAKAH AWAK KEHILANGAN ANAK-ANAK YANG AWAK KATA AWAK SAYANG TAPI BILA ANAK SAKIT , PERNAHKAH AWAK PEDULI ? SIAPAKAH YANG MENGEJARKAN ANAK KE HOSPITAL PADA PUKUL 4 PAGI SEMASA AWAK LENA BERADU?

BAHAGIAKAH AWAK BERADA DI DALAM RUMAH YANG KOSONG DAN KOTOR TAK TERJAGA SETELAH SELAMA HAMPIR 9 TAHUN RUMAH TERJAGA BERSIH ?

BAHAGIAKAH AWAK MENDAPAT BALIK KELUARGA AWAK YANG DIKASIHI ?......PELIKNYA ADIK AWAK EMA TU BEGITU MENYANJUNGI SUAMI PENIPU DIA TU....ADA TAK DIA PEDULI AWAK SEBAGAI ABANG DIA BAHAGIA ATAU TIDAK? DIA ASYIK CAKAP DIA BAHAGIA PADA SAAT AWAK BARU BERCERAI DAN TENGAH MERANA KAN? ADA DIA PEDULI TENTANG AWAK.? TAK PUN....DIA HANYA PEDULI TENTANG DIRI DIA SAJA.TAPI ADA TAK AWAK PEDULI TENTANG 'KAMI' KETIKA KAMI DALAM KESUSAHAN DAN KESAKITAN? AWAK HANYA MENUMPANG SEGALA KEMEWAHAN YANG SAYA BAGI DAN MENIKMATI SETIAP PERCUTIAN PERCUMA YANG SAYA TAJA TAPI DALAM MASA YANG SAMA TIDAK PERNAH TAHU MENGHARGAI.

AWAKLAH ORANG YANG TAK KAN AMAN SAMPAI KE MATI....KERANA AWAK YANG MENYIKSA HIDUP KAMI.

SAYA MENGHANTAR GAMBAR SAYA KEPADA DIA UNTUK DITUNJUKKAN PADA DANIEL SUPAYA DANIAL INGAT SAYA....SAYA DAPAT SMS INI DARI DIA NI

"GAMBAR TU NAK TUNJUK KAT AYAH DANIAL SEKALI KE...ANYWAY TAHNIAH STILL CUN LAGI"

"DANIAL KIRIM BIG HUG AND KISS...LEH TAK TIDO MALAM TENGOK GAMBAR TU "

WAHAI INSAN PENDIDIK,

SELAMA 9 TAHUN  BERKAHWIN DENGAN AWAK...TAK PERNAH SEKALI PUN AWAK PANDANG MUKABEKAS  ISTERI AWAK NI DAN PUJI SAYA CANTIK.YANG SAYA INGAT AWAK SELALU KATA SAYA DAH TUA...TAK LAWA, SEDARLAH DIRI.WALAU MACAM2 KUTUKAN YANG AWAK HAMBURKAN PADA SAYA....SAYA TAK PERCAYA PUN SEBAB BILA SAYA  PERGI KERJA ...ADA LEBIH RAMAI LAGI YANG MEMUJI SAYA.

AWAK GAGAL MENJATUHKAN DIRI SAYA....GAGAL MEMBUATKAN SAYA MENYERAH KALAH DENGAN KEHIDUPAN.

SEBENARNYA  AWAKLAH MANUSIA PALING BODOH KERANA AWAK TAK SEDAR

KATA2 AWAK SEBENARNYA MENJADIKAN SAYA LEBIH KUAT DAN KUAT.....KATALAH LAGI WAHAI SI BODOH......KUTUKAN AWAK ADALAH KEKUATAN SAYA DAN KEKUATAN SAYA HARI INI ADALAH KELEMAHAN AWAK......