Tuesday, June 15, 2010

TRIP TO TAMAN NEGARA

Bulan lepas, saya called Shan ..one of my best buddy since 20 years ago....tanya Shan, what's her plan for the holiday. Dia kata nak gi Cambodia. Dia ajak ikut sekali. Ingat ok lah tak de aktiviti lain...so agree to follow. Pas tu fikir panjang...boring lah gi Cambodia.Then tanya Shan....nak tak gi islands ke Taman Negara before going to Cambodia.? Dia kata Taman negara ok...wah seronok bukan main, dah lama berangan nak ke Taman negara. So biasalah tugas survey or place booking will be done by me. Lepas baca banyak komen dalam tripadvisor dan check all the resorts blog...then terus buat booking kat Woodland Resort. Sekarang nak gi Taman Negara tak yah naik bot...boleh terus ke resort.


Seminggu sebelum pergi...Shan called kata Tee nak ikut. Tesis master dia dah siap.Call back resort minta yang triple sharing chalet...dah abis. So kami ambik yg double chalet (RM160)+ extra bed (RM40). Rugi sikit sebab harga triple cuma RM192 je.Tak pelah. We decided tak nak ambik package utk aktiviti kat sana. Pergi sana baru nak survey.

Jun 4th, saya berangkat ke KL.Earlier before that ex hubby dtg ambik anak. Ingat nak convoi ke KL but changed my mind sebab nak pastikan rumah 'spick n span' before leaving.Kebersihan rumah adalah jiwa saya. Semalaman tak tidur sebab mengemas rumah dan packing.Driving dalam keadaan mengantuk sangat2 so stop for a while for a coffee break.

Put up kat rumah kak BAM (Bahyah Mahmood) . Sempat gi dating sekejap n then jumpa one friend. Balik  rumah Kak Bahyah dalam 11.30 malam...keletihan but still tak leh tidur.

Pagi 5 hb Jun..
pukul 9.30 dah ade depan rumah Shan. Sampai je terus bagi stereng kat Shan n cakap kat dia, "I wanna sleep, u drive, k." Shan ok je. Fetch Tee dan bermulalah pengembaraan kami ke Taman Negara. Sebelum tu sama seperti pengembaraan yang lain, kami akan letak duit dan minta sorang jadi menteri kewangan. Sebagai permulaan semua letak RM200 dulu dan Tee jadi MK nye. Lepas tu baru the journey starts . From KL ---- Karak Highway ---- Jerantut----Padang Piol-----Taman Negara. Sepatutnya perjalanan mengambil masa dalam 3 1/2 jam je but dengan Shan driving highway 80km/h and jalan kampung 60km/h, dekat 5 jam gak baru sampai.Redho jelah.......better than me yang mengantuk ni, silap haribulan driving masuk kubur terus.Naa'uzubillah.

 Sampai nak check in je....receptionist tanya, "Cik Nor Hayati ke?". "Ye saya". Kami je yang paling lambat sampai. Kedatangan kami ditunggu.
The chalet was nice and worth the money we paid..not bad kalau nak banding komen negatif dalam tripadvisor.Untuk kami yang sempoi dan tak banyak hal...this is ok.

Kami rehat sekejap sementara saya solat jamak/qasar. Pas tu  baru kami pergi survey kut kut ada activity yang boleh kami buat malam tu. Sebelum tu kami gi makan kat restoran terapung berdekatan. Kelakarnya kami bayar untuk pergi seberang sungai (RM3 utk 3 org) . Pas tu suruh hantar balik ke Restoran sebab seberang tu Mutiara Taman Negara. Mahal nak mampuih.

Lepas makan...kami survey aktiviti, kami nak gi 'night safari dgn 4wd'. Satu trip RM160 utk 4 orang. Sebab kami 3 org kami bayar jugak.Memandangkan jam 10.30 mlm baru mula, saya balik solat dulu. 10.30 tepat jeep sampai. Duduk kat belakang jeep open air.Guide pulak duduk atas jeep. Kami cuma gi ladang kelapa sawit but the view was fantastic dengan bintang2 bertaburan di langit. Gelap gelita cuma dengan suluhan lampu spotlight tour guide je. Memang jumpa macam2 binatang...burung hantu, kucing batu, musang pokok dan paling best ular sawa.Harimau tak de dlm ladang kelapa sawit. Kalau ada, tentu saya tak update blog dah sebab kena baham.Guide kata boleh turun tengok ular sawa dari jarak dekat. Since Tee dan Shan takut, saya saje yang turun ambik gambar. Ok boleh tengok dan gambarkan sendiri ye.
                                          Guide duduk atas 4WD

                                          Nampak tak kepala ular sawa?



                                          Inilah ularnya.....


6 hb Jun...
Kami booking trip to Lata Berkoh......RM240 untuk satu trip. Time ni kami dah bagi kat MK tambahan RM100.Kalau nak ke Lata Berkoh kena naik bot...boatman kami namanya Jamil. Masa coach hantar ke jeti dan minta kami cari dia, puas kami menanya mencari orangnya, dia ada kat floating Restoran tu dok senyap je. Dua tiga orang saya tanya baru dia bangun. Mula tu cam tak confiden je dgn abang ni....siap saya cakap gi, "Jangan sampai sesat ye" dan kawan2 dia ketawa besar.

Satu bot tu muat kami je....tak de shade langsung tapi En Jamil kata kat sana tak panas sebab pokoknya meredupkan suasana. Sebaik bot bergerak.....the feeling was...wow...ntahlah tak tau nak cakap cam mana. It's like a heavy load lifted from the shoulder. Bersandar sambil meredah sungai yang dingin, sambil bermain air......memang tak tergambar. Perjalanan yang jauh memang tak terasa langsung....kalau 4, 5 jam lagi cam tu pun saya sanggup.Tenang sungguh jiwa.


Akhirnya kami sampai ke tebing sungai....kena hike another 25 min baru sampai ke Lata berkoh. Mat dan Minah Saleh kat depan kami siap pakai baju lengkap dengan boots lagi....takut pacat kut, sedangkan dua kawan saya tu pakai 'shorts' je.Selekeh betul makcik dua orang ni hahaha..


 Dah sampai Lata berkoh.
Lepas sampai kat Lata Berkoh....kami nampak dua mat/minah salleh tua tengah mandi. Air agak keruh sebab hujan. Kami patah balik dan dapat spot menarik untuk mandi. Saya buka tudung dan terus posing...(tak de orang). Pas tu kami memikir nak mandi ke tak....Kami masuk kan kaki dalam air, tiba2 anak ular air tumpang lalu. Semua melompat, terus tak jadi mandi.Kami pun patah balik.Later baru kami dapat tahu ular air adalah harmless creature. Itu pun tak tau ke.Nama ular je semua kecut.

On the way, nampak orang memancing. Stop kejap, saya tanya abang tu boleh tak kami tengok diaorang memancing. Dia kata sure boleh. Jap je kami kat situ sebab ikan tak dpt pun. Diaorang ni from Singapore.

                     Air akan jernih balik selepas dua tiga hari tak hujan.
aption

En Jamil dah stand by tunggu kami. kemudian kami drop by kat Kelah Sanctuary. Tempat ikan kelah dipelihara. Diaorang suruh kami mandi kat situ bersama ikan kelah tapi sebab air dalam kena pakai life jacket. Tengok air pun tak tergamak/ tak confident nak berenang. Dah tak nampak ikan tu...kena gigit tak pasal. besar2 pulak ikan-ikan tu.eeeeeee. Kat sana Shafie tunjukkan tempat camping. best jugak kalau bawa students. Masa air jernih memang seronok berenang ni.Pas tu kami bagi makan ikan kelah.
Ikan2 kelah timbul dan menangkap makanan.

Balik dari Lata Berkoh.....kami dah berkira2 tentang aktiviti seterusnya. So plan untuk 'Canopy Walk" dan lawat Rumah Orang Asli. Untuk canopy walk kami kena bayar RM60 lagi  dan untuk lawat perkampungan orang asli kena RM240 lagi. Kami agree untuk canopy walk esoknya. Pas tu kami pergi makan kat Restoran Terapung dan nampak iklan untuk ke canopy walk kena bayar RM12 sorang je (RM36 untuk 3 orang). lagi jimat. So kami tanya kalau nak ke perkampungan orang asli berapa....owner restoran tu cakap RM100 (utk kami 3 orang)..lagi murah so kami book dua2 sekali dan cancel yang En jamil punya. Balik ke resort kami add satu malam lagi dan dapat triple room (RM192).Esok pagi dah boleh check out dan check in balik.Elok lah sangat bilik dah macam tongkang pecah.

7 Jun 2010
Lepas breakfast kami check out chalet lama dan check in chalet baru. Lebih besar bilik ni. Jam 9 pagi....En Rosly dah call suruh kami turun ke jeti. Coach hantar sampai ke jeti, Sebelum tu diingatkan......untuk ke 'Canopy  walk' mesti ade permit masuk. Kena ambik kat Tourism Centre kat Mutiara resort. Kena bayar RM1 sorang. masuk canopy walk kena bayar RM5 sorang pulak, Kami nak bayar kepada Encik Rosli RM136 tapi diberitahu kena bayar RM100 je. Dia kata dia bagi special price untuk kami. Biar betul.....tapi memang betul kami hanya bayar RM100 untuk 3 aktiviti sekali gus yang sepatutnya berharga (RM240/perkampungan orang asli+RM165/rapid shooting redah jeram +RM60/ canopy walk=RM465. Memang kami amat bertuah dengan kebaikan En Rosly.

First activity.....canopy walk. Asri adalah tour guide kami. Kami dihantar dengan boat...pas tu kena panjat anak tangga yang boleh tahan memenatkan. Pas tu bayar entrance fees (RM5 sorang) dan tunggu giliran. Ramai budak2 kecik dan orang tua pun naik....tapi agak dangerous juga.Akhirnya giliran kami, Tee kecut perut. Kami kena jalan jauh jauh (berjarak). Hanya 8 orang saje sekali lalu. Masa turun tangga memang agak menakutkan but mesti fokus dan jangan tengok bawah syaratnya.




Aktiviti kedua......Rapid shooting/ meredah jeram. Kami naik free je...hehe
Jeram besar.....memang basah lencun. Wajib basah . Kalau tak basah....kami akan dibasahkan. Banyak boat berebut melepasi jeram....seram jugak takut terbalik. But aktiviti ni mmg best.Saya bawa ponco untuk menyelamatkan diri dari basah tapi useless.....basah jugak.

Aktiviti ketiga.......melawat perkampungan orang asli. Untuk ke sini memang kena redah jeram. Orang asli kat sini macam yang kat Papua New Guinea.Saya ingat nak bawa baju untuk diaorang tapi kelam kabut  terlupa langsung.Semua kena donate RM5 sorang kat Tok Batin.Dengan duit ni lah diaorang beli beras dan alat make up (jgn tak percaya) dan barang keperluan lain. Ada demo buat api dengan batang kayu dan tali rotan dan sumpitan.
Orang asli ni sifat diaorang ni pemalu....tak suka tunjuk muka. Saya tanya kat sorang pompuan kat situ..."boleh ambik gambar tak?"....pas tu dia jawab, "&;*$%#@" pas tu masuk dalam pondok. Saya kata kat Shan, " ntah ntah dia cakap....boleh belah lah"....Asri yang mendengar perbualan saya ngan Shan hanya ketawa. Dia kata 'taklah, boleh ambik gambar..diaorang tahu". Dari air muka diaorang mmg kedatangan kami tak dialukan kecuali oleh puak lelaki.

                                         tempat tidur orang asli



Ada lagi cerita kelakar.....dalam ramai tour guide, ade sorang tu nama Azli (21 tahun). Dia bawa tour lain. Masa sesi belajar menyumpit dia pun buat pengumuman "Kita sangat bertuah kerana bersama kita ada group dari CIMB ...." baru saya nak fikir...oh ada group bank ye, tetiba....dia sambung group CIMB (Cina, India , Melayu Bersatu.....dijemput Kak yati untuk menyumpit"........hahaha. Rupa2nya KAMI bertiga yang dimaksudkan.Rupa2nya Azli yg kelakar ni anak Encik Rosly, patut dia tahu nama saya. Sejak beberapa hari ni kami menjadi topik bualan dan dapat gelaran. Dengan selambanya saya pun pergi menyumpit dengan diperhatikan ramai orang. Lepas tu Tee pulak.


                                           Azli menunjukkan saya cara menyumpit.

Sebelum balik kami kena jumpa Tok batin dan cakap ,"Tok ailah"...mesti lambai tangan sekali. Ingat nak bagi flying kiss...melampau pulak nanti hahaha...saje.

Balik dari tu...redah jeram lagi, pas tu kita orang lunch kat Restoran Encik Rosly (Restoran mawar). Encik Rosly temankan kami makan sambil bercerita. Pas tu saya  buka mulut kata teringin nak mandi sungai. Encik Rosly tawarkan diri bawa kami mandi sungai secara percuma. Dia kata kalau nak gi cave exploring pun dia akan bawa secara percuma. Biar betul....semua tu cost dlm RM195 untuk 3 orang.Kami dapat percuma je. Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Walaupun macam2 andaian yang kawan2 saya buat tentang kebaikan Encik Rosly terhadap kami, saya  hanya gelak saja....tak tahu nak fikir ape. Bila Azli dengar kata kami nak  pergi  mandi sungai....dia pun nak ikut sama tapi kami dapat agak ayah dia sure tak bagi..


Kami janji untuk pergi jam 4.30 ptg. Kami sempat berehat sekejap dan bergerak ke jeti dgn coach. Sharp on time kami naik bot meredah sungai sekali lagi.Kami menghala ke tempat sama ke perkampungan orang asli tapi berhenti di satu tempat yang air agak tak berapa dalam ....dalam 3  kaki. Kalau pergi  jauh sikit dalam lah jugak. Pas tu kita orang decide nak mandi di sungai kecil. memang best.


                                          Shan, Encik Rosli dan saya.




Kami mandi sampai puas.......balik pada tu, redah jeram dan Encik Rosly simbah kami dengan air. saya duduk depan sekali so....selamatttttt. Tapi semua lencun. Kami kemudian sepakat untuk belanja Encik Rosly dan Mat (boatman) makan malam. lepas makan, Encik Rosly bawa kami pusing2 dan tunjuk tempat orang asli pergi pasar malam dengan menaiki bot.

SESIAPA YANG NAK KE TAMAN NEGARA....SAYA CADANGKAN STAY DI WOODLAND RESORT (memang better dari yang lain except kalau yang banyak duit boleh gi MUTIARA) dan untuk aktiviti  jangan ambik pakej- CONTACT JE ENCIK ROSLY- 0139503784. HAPPY EXPLORING TAMAN NEGARA.

Balik dari Taman Negara saya drive half way, jalan kampung hanya ambik masa 2 jam dari Taman Negara ke highway Temerloh. Dalam Perjalanan kami merancang next journey ke New Zealand bulan November.. drive dari South ke North NZ..Itu pun kalau tak sejuk sangat., Tak sabar nak pergi..hopefully jadi