Thursday, June 10, 2010

Jumpa dan sakit hati ....again

Baru semalam....saya, bekas suami dan anak2 keluar bersama. Harapan saya anak2 khasnya Daniel tidak jadi keliru dengan perpisahan kami , sementara Sarah dan Arianna dapat merasai suasana bersama bagai satu family ....demi anak2 ini saja yang mampu saya buat. Saya belanja mereka di Kenny Rogers. Baru saja saya nak anak2 rasa gembira........tiba2 saja bekas suami merosakkan moment tersebut. Biasalah....itulah yang dia boleh buat, merosakkan saat saat bahagia yang sedia ada atau 'create' another hell for us.

Apa yang dia buat?

Saya tanya dia..."eh sebab ape ye rumah kak zah tu terbakar ...sebab tunku ke?"
Apa dia jawab "Sebab ape pulak rumah awak terbakar, balasan, padan muka"
Saya hanya ketawa dan bertanya siapa yang beritahu dia tentang perkara tu. Selebihnya saya tanyakan dia kenapa mesti dia katakan 'balasan'

Saya tidak faham kenapa dia kata balasan....sebab memang berlaku kebakaran kecil dirumah saya tapi ianya berlaku way long before rumah kak Zah terbakar.Rasanya dalam bulan March berlaku. Memang saya nak share dlm blog tapi tak sempat, sibuk dgn anak2.
Apa-apa pun ceritanya cam ni.
Satu petang tu , saya nak goreng karipap untuk anak minum petang. Satu perangai saya, saya suka buat banyak kerja dlm satu masa...tak suka buang masa.So sementara tunggu minyak panas, saya nampak cuaca mendung, saya pun pergi angkat kain.Kainnya tak banyak pun tapi nak dijadikan cerita sarah dan Arianna bergaduh sampai baling2 kasut ke luar boundary rumah (masuk rumah jiran). Saya minta sapa yang baling , pergi ambik balik kasut. Tiba2 Sarah masuk ke rumah dan cakap dapur terbakar. Saya berlari ke dapur dan terus tutup api. Lepas tu berlari ke bilik air untuk ambik air tapi rupa2nya dalam kolah,saya tak takung air (Nasib baik tak de air...kawan saya kata minyak yang terbakar tak boleh curah air, nanti api jadi lebih besar).

Saya pandang ke belakang, Daniel asyik mengikut saya. Saya fikir...kalau gas meletup pasti  anak2 saya kena sama. Daripada sibuk nak memadam api, baik saya selamatkan anak2.Saya panggil jiran tapi jiran saya lebih panik dari saya.Dia minta saya telefon bomba, sedangkan saya tak nampak keperluan memanggil bomba. Saya benar2 ingin masuk semula ke rumah tapi anak2 menghalang. Saya faham ketakutan Sarah....they only have me. Hanya Arianna saje....senang fikir, kalau rumah terbakar kita beli rumah baru.Akhirnya kami minta seorang pakcik masuk kedalam. Rupanya api sudah lama padam iaitu sebaik saya tutup api. Alhamdulillah tak banyak yang terjejas kecuali my chimney hood...sikit je berbanding nyawa dan keselamatan anak-anak saya.


Selepas dari itu...cerita kebakaran ini menjadi bahan ketawa kami . Saya tidak panik cuma kehadiran anak menyukarkan saya bertindak. Asal tidak ade ape yang menimpa anak2 , saya sudah cukup bersyukur.walaupun ayah mereka menganggap ini 'balasan' atau mungkin mahu lebih banyak bala menimpa kami anak beranak, dia harus sedar anak2 saya masih ade saya untuk mendoakan sebaliknya. Semoga Allah memelihara anak2 saya dari segala sakit dan bencana. Amin.That's what mom is....being protective sedangkan ayahnya walaupun baru saje berlaku kebakaran di rumah sebelah, masih berani meninggalkan Sarah dan Arianna di rumah sementara dia ke kedai .Anak-anak saya  belum pun berumur 7 dan  9 tahun. Katanya sekejap saja.....he will never learn, dia takkan ambil pengajaran dari apa pun.Selagi anak2 tidak mati dia takkan belajar....atau mungkin jika mereka mati kerana kecuaian ayah mereka sekali pun.....AYAH MEREKA TAKKAN BELAJAR DAN AMBIK PENGAJARAN.


Walaupun dalam kecuaian dan kealpaan ayah mereka, saya tetap mendoakan Allah memelihara anak2 saya  dari semua bencana kerana mengambil anak saya tidak akan menghukum ayah mereka tetapi hanya akan membuat saya sebagai ibu  merana.That's mom is.
Sedikit renungan....
When I came home in the rain....
brother asked why didn't you take an umbrella
sister advised why didn't you wait until rain stopped
father angrily warned, only after getting cold, you will realized
But mother, while drying my hair said..."stupid rain ! couldn't it wait till my child came home?
That's mom and that's me




Before you say 'I do"

I seldom watch TV. Kalau ada pun  when the kids are all in bed and my choice will be either the DH&H channel or Nat Geo or Discovery. But today....am at my sis house in Damansara . I am all alone cos sis and family are now in Penang, so the chance of watching TV is unlimited.

Baru je lepas watching a movie at Hallmark Channel....titled "Before You say "I do". Dalam maksudnya. mengisahkan seorang perempuan yang bercerai dan kemudian bertemu seorang lelaki yang sangat dia cintai....a perfect guy, a perfect love. This guy loves her so much and wanted to marry  her but was rejected because she can't go thru another marriage...worrying that the same thing will  happen again ( a divorce). So this guy, had made a wish that she will meet and fall in love with her before she marries her ex hubby.It happened that the wish came thru (he went to the past) and he finally  won her heart and the last thing he remembers was that they had been married for 10 years and celebrating their tenth anniversary.

After watching this movie....I have only one thing on my mind.....HOW I WISH I COULD TURN BACK THE CLOCK...MARRY THE RIGHT GUY AND LIVE HAPPILY EVER AFTER. How I wish I was not married to my ex hubby , having children and  putting them in this kind of situation. Kadang2 bila melihat anak-anak especially Daniel yang rindukan ayah dan rindukan mummy bila berada pada salah seorang dari kami, ingin sangat saya berkorban jiwa sekali lagi TAPI bila  bertemu bekas suami....sungguh saya tak sanggup melalui kehidupan bersama lelaki ini lagi. Bunuhlah saya.....letaklah pedang di leher saya, saya lebih rela mati dari mengahwini bekas suami sekali lagi. Memang saya kasihankan anak....tapi saya tidak sanggup. Saya tidak mahu melalui hidup tersiksa bersama lelaki yang tidak dicintai  yang menyiksa hidup saya. Satu persatu episod duka dlm hidup saya bermain di kepala. Ditengking hanya kerana air ketuban pecah, dibiar memandu   sejam selepas DnC (akibat keguguran). Dibiar memandu 4 jam perjalanan hanya beberapa hari selepas keguguran,Membiarkan saya membawa anak2  ke Melaka memandu bersama bayi yang baru berusia beberapa bulan, sementara dia mengikut keluarga dia ke Melaka juga. Nak pinjam kereta 'saya 'yang lebih besar pun dia tak bagi , hanya kerana nak 'please' keluarga dia. Pernah sekali  tu saya buat tempahan makan di hotel sempena wedding anniversary, siap dgn cake lagi. Niat nak surprise kan suami.. tahu ape respon dia....jawapannya, "Saya tak nak pergi!!". Terkedu saya........tak tahu nak kata ape sebab semua bayaran sudah saya buat.Sedihnya hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Saya hampir2 menghubungi  salah seorang bekas teman lelaki untuk menemani saya tapi bila fikir apa katanya nanti, terus saya batalkan. Iyelah....kalau saya cakap suami tak nak celebrate anniversary, mesti saya kena sindir dengan bekas kekasih sebab dulu saya tak nak kawin dgn dia. Tentu dia padankan muka saya kawin dgn suami. Selalu juga bila saya kongsi certita saya, dia akan kata, " tu lah...tak nak kawin dengan i sangat." Mahu tak mahu....saya bagai nak rak merayu suami menemani saya. Kalau ajak kawan2 pun tentu malu sebab dpt suami cam ni. Alhamdulillah akhirnya dia ikut juga. Lega hati saya, tapi dalam masa yang sama saya serik ! Orang macam ni memang tak boleh dibuat baik.
 
Hampir sembilan tahun perkahwinan saya....hanya disulami dengan rasa sedih dan ketidakbahagiaan.SEMUANYA ADALAH BERPUNCA DARI KELUARGA DIA DAN DIRI DIA SENDIRI.

Inilah trauma hidup saya......sehingga sukar meletakkan kisah silam di belakang saya. Perkahwinan  silam saya telah menghantui hidup saya. Kadang-kadang semasa memandu pun....semua tindakannya bermain di depan mata saya. Memang banyak kali juga saya hampir melanggar kereta di hadapan, nasib baik saya cepat tersedar..Alangkah baiknya jika saya dapat balik ke masa lampau dan menukar takdir saya sendiri....satu harapan yang tak mungkin berlaku.

Apa-apapun....that movie really gets to me, saya menangis kerana cinta George untuk Jane dan cinta Jane untuk George. Inilah cinta yang saya dambakan yang hanya boleh dijumpai dalam mimpi yang lena.Tu pun belum pasti. Saya kagum dengan lelaki yang berjaya memimpin dan mencipta bahagia untuk keluarga mereka.Ada yang dah tua pun masih jalan pegang tangan.Bila tengok cam tu, saya rasa cam nak nangis sebab sedih saya dapat 'the opposite of that'. Bila tengok Kuswadinata dan isterinya.....bahagia betul rasa. Tak sangka seorang pelakon yang macam sosial kehidupannya , boleh menjadi seorang suami yang bijak memimpin keluarga. Sebuah perkahwinan adalah satu  percaturan hidup, bergantung kepada kebijaksanaan suami sebagai ketua keluarga mengemudi bahtera. Dah nasib saya nak dapat suami pendek akal...saya redha je. Peluang kedua ni saya tak nak sia-siakan dalam mencari  'the right man'.


Kalau saya dapat sekali lagi melangkah ke Tanah Suci dan dapat berdoa di Multazam...saya nak doakan agar dapat lelaki idaman hati....dicintai dan menyintai. Yang melayan saya dengan baik dan menghargai penat lelah saya mengurus rumahtangga, yang meletakkan saya dan anak2 lebih penting dari dirinya sendiri, yang sehati dan sejiwa dengan saya....suka melancung, mengembara, menonton wayang, bersedia menghadiri majlis kawin kawan2 dan saudara mara, yang romantik, boleh memimpin saya menjadi isteri yang solehah. Apa lagi ye......Kalau boleh yang handsome di  mata saya. Beauty is in the eye of the beholder. tak handsome, sedap mata memandang pun ok....macam iklan pulak kan?....sekadar curahan rasa. Saya nak macam George dalam movie tu...hehe....dahlah handsome, romantic dan baik pulak..berangan, berangan. Dalam  movie semuanya boleh disempurnakan. Tapi kat dunia nyata pun memang ada yg bahagia, cuma saya je....memilih untuk berkahwin dengan orang yang salah...demi menjaga maruah keluarga mereka. Tak per.....saya percaya ada ganjaran yang Allah sediakan untuk saya untuk itu. Semoga ganjaran itu adalah suami yang akan membahagiakan saya dan anak2 sehingga ajal menjemput saya. Amin.