Sunday, May 9, 2010

Budak kecil di Rumah Sebelah

Pertengahan bulan Disember yang lepas....saya ke rumah bekas suami untuk mengemas dan 'packing' barang-barang untuk berpindah. Ketika sibuk mengemas...terdengar pekikan dari rumah sebelah. Saya berlari keluar dan disebalik jeriji di rumah sebelah...seorang kanak2 kecil berusia lingkungan 3 tahun lebih terkunci dari dalam. Dia memekik- memekik memanggil saya 'kakak, kakak'. 

Saya katakan pada dia' bukan kakak...panggil achik (singkatan makcik)'.
Kemudian petah dia bertanya kepada saya, 'achik tengah buat aper?".
"Achik tengah ngemas, achik nak pindah lah sayang."
"Achik nak pindah ke mana?", tanyanya lagi
"Oh achik nak pindah jauh kat Kedah "

Selepas itu saya tanyakan dia, kemana ibu bapanya pergi....jawapan nya," ibu dan abah kerja."
"Habis tu ade makanan tak kat rumah? "
"Ada!"...jawabnya ringkas.

Di dalam hati , saya pelik juga bagaimana budak sekecil ini boleh di tinggalkan sendirian di rumah." Achik ada keja sayang...nanti kita sembang lagi."

Dalam saya sibuk packing barang, bekas suami membawa anak2 saya ke rumah. Basikal yang ada di luar cepat di sambar untuk ditunggangi. Bila saja anak2 dibawa pergi bekas suami...terdengar lagi pekikan di luar, 

"kakak, kakak.....datanglah sini kejap". 

Saya membalas dari dalam..."bukan kakak,achik.". 

Sekali lagi..."achik...achik, datanglah sekejap".

Saya tinggalkan kerja untuk mendapatkan anak kecil ini. "ye...kenapa panggil achik?".

"Achik....saya nak keluar, saya nak main basikal.".Disebalik jeriji rumahnya..., tangannya menghulur memegang 'handle' basikal.

 Aduh...kesiannya budak ni bisik hati saya., "tak bolehlah sayang...macam mana nak keluar? Ada kunci tak?",tanya saya padanya.

 "Achik, saya nak keluar. " dia merayu lagi.

Kesian betul saya lihat. Lantas saya teringat saya ada nombor telefon bapa budak ni sebab malam sebelumnya saya tertinggal barang di kereta. Saya ajak Sarah yang ada bersama saya turun bersama ke kereta tapi Sarah menolak. Dia nak tinggal di rumah.Jadi pintu grill saya kunci dan tinggalkan kunci pada Sarah sementara saya turun ke bawah. Dipertengahan jalan , saya bertembung dengan Kak Riza.., lama tak jumpa apa lagi..berhenti bersembang. Tup tup, ada orang telefon kata anak saya meraung kat atas. Bapa budak ni lah yang telefon.Apalagi..saya pun berlari tak cukup kaki naik ke rumah dan memeluk Sarah

"I am so sorry kakak. Mummy tak sengaja.Mummy jumpa mak Ainin dan sembang. Lain kali mummy tak buat lagi."

Nak menitik airmata saya dengan kelalaian saya. Serik saya tinggalkan anak walaupun sekejap.Saya harap Sarah lebih serik sebab dia yang tak nak ikut saya. Kalau saya paksa ikut mesti dia mengamuk.

Ok ..sambung cerita...saya pun dail balik nombor yang ade. panggilan itu di jawab oleh ibu budak itu. Saya katakan pada dia, ' Kak...anak akak kat sebelah ni nak keluar..boleh tak? tanya saya. 


 "Kak, tak payah bagi dia keluar..biar kat dia. saya memang 'train ' dia dari kecik tinggal kat rumah.Dari umur dua tahun dia memang tinggal sorang."

Saya pun pening dan terkedu....dah mak dia cakap macam tu nak kata ape. Cakap lebih-lebih nanti apa pulak kata diaorang. Kalau budak tu saya lepas, nanti hilang pulak, karang saya pulak yang kena.Kalau anak saya, sure saya tak cukup kaki lari mendapatkannya macam yang berlaku pada Sarah.

"Dik.ibu tak bagi keluarlah...duduk kat dalam ye, kita sembang dua orang".
Dari dalam rumah..saya terpekik-pekik bersembang dengan si kecil ni sambil sambil menyelesaikan tugas saya.


Tiba-tiba....."banyaknya kerja achik buat?". Terkedu saya sekali lagi bila si kecil ni dah ada di depan pintu rumah menegur saya.

"Ya Allah....keluar kut mana?...spontan keluar dari  mulut saya.Bingung saya sekejap.
Rupa-rupanya dia memanjat pagar jeriji hingga ke atas dan meloloskan dirinya dalam lengkungan teratas . 
Muat rupanya.

Saya telefon ibunya lagi...terperanjat ibu dia dan tak lama kemudian mereka pulang dan  memarahi anak kecil ni. "Eh macam mana kau boleh keluar hah, jaga kau".

Saya pun tak tahu apa respon yang patut saya bagi sebab saya bukan pun tinggal disitu.Kalau saya masih di situ bolehlah saya tengok tengokkan dia lepas balik kerja. Kesian .

Sebelum berangkat pulang ke SP...saya sempat berpesan pada bekas suami supaya tengok tengokkan budak kecik tu sebab dia tak bekerja tentu ada masa .Saya tak tahulah dia ingat atau tidak pesanan saya.

Saya rasa kalau saya lama tinggal di situ..alamat saya akan repot polis. Apa punya mak bapak.Lalai tu satu hal (macam saya tapi saya serik betul)...ini tak heran langsung, tak fikir langsung dan tak ade rasa kasih langsung pada anak.
Entahlah...walau dimana Sikecil ini berada saya doakan dia di pelihara dari segala bahaya.
Sayang dari Achik Sebelah Rumah.