Friday, May 7, 2010

kebakaran di rumah jiran lama

Betullah kata orang...api ketika kecil menjadi kawan...bila besar menjadi lawan.
Dalam minggu lepas.....bekas suami saya menelefon ke talian saya untuk bercakap pada waktu yang agak lewat. Selalunya dia sms tapi saya tak pernah jawab. Tak pun dia akan telefon anak2 saya hampir setiap hari. Melihat nombor dia di handphone, saya terus pas phone pada Sarah...mana nak tahu kut dia nak cakap dgn anak. Tiba2 anak cakap kata dia nak cakap dgn saya....malas saya nak layan dia ni jadi saya suruh anak minta ayahnya sms saje pada saya. Kebetulan saya tengah online dgn buah hati SY. Tak elok meninggalkan buah hati menunggu saya. Sebaik telefon di matikan...saya menerima panggilan dari Zai, bekas rakan sekolah lama, kawan baik saya yang jugak jiran di rumah bekas suami (Dia di tkt 6, sementara ex saya di tingkat 4 kut). dalam panik..., zai memberitahu "Tie, rumah kak Zah terbakar, u ada nombor kak zah tak (Kak Zah ni jiran sebelah rumah ex.) Masa saya divorce hari tu dia dah pindah ...ade penyewa selepas tu.Terperanjat saya.....perkara pertama yang terbayang kat kepala saya ialah budak kecik berusia tiga tahun yang ditinggalkan oleh ibu bapa dia di rumah sendirian...mak bapa budak nilah yang sewa rumah kak zah. Masa tu rasa cam nak terbang je selamatkan dia.
        Lepas tu saya cuba cari nombor Kak Zah...tapi  tak ade, sebab saya dah tukar nombor dan telefon...maka semua nombor tu hilang. Saya call Ija pulak (Ija sama tingkat dengan kitaorang)...Ija kat KLCC mengigil-gigil dia sebab dia tinggalkan bibik kat rumah tapi kuncinya dia bawa. Hanguslah bibiknya macam ni...fikir saya. Dalam kekalutan tu..saya minta Ija call kak Zah.Lepas tu saya cuba call Kak Riza (kak Riza kat tkt 3) tapi tak berjawab. Saya call Zai semula untuk mengetahui keadaan dia dan anak2. Zai kata api menjulang2 dan dia selamat keluar dari rumah. Then Zai cakap Kak Zah dah datang dan penyewanya dah balik.Selang beberapa minit...Kak Riza pulak call. "Tie, akak nak call Tie tapi tertinggal pulak telefon kat atas".
        Atas rumah kak Zah tu rumah komposer Edry Hashim (bekas pengkritik AF). Habis lah hitam rumah Edry tu dengan asap.Saya tanya Zai ape punca kebakaran...Zai kata tak tahulah...rasanya sebab tunku.Puas kami memikir tapi tak dapat nak buat sebarang andaian.
        Saya call pulak ex husband...tanya pasal budak kecik tu.Dia pun tak perasan tapi dia kata rasanya keluarga budak tu dah pindah rumah dan sekarang ni penyewa baru pulak. Lega hati saya bila mendengar katanya. Saya tanya dia pulak rumah dia tu terjejas tak...tapi pakcik ni perasan pulak saya ni ambik berat pasal dia. Dia kata dia ok je...in fact dia kata dia relax je turun bila orang cakap rumah kak zah terbakar. Dia kata ada pulak yang berlagak berani nak memecah pintu dan memadamkan kebakaran tu. Ex saya ni bab menolong orang ni jangan haraplah.Menyindir aje  yang dia boleh tolong buat.Kalau saya yang ada kat situ, sure saya pun tolong padamkan. Dia kata ...ala, api pun dah padam. Masalahnya orang mati bukan kerana api tapi kerana asap. 
      Sebenarnya saya tanya dia keadaan rumah dia bukan sebab ape...tapi sebab kalau rumah dia pun terbakar...nak juga saya tengok kemana pulak dia nak pergi selain kena duduk bersama mak bapa dia di rumah sewa mereka. Nak juga saya pulang paku buah keras kat dia sebab sebelum ni dia selalu halau saya keluar rumah dia dan kemudian tanya...hah awak nak pergi mana? Awak bukan ada rumah. Mentang2 masa tu saya tak de rumah dan berjauhan dari keluarga....sebab tu dia boleh halau saya sesuka hati. Ingat lagi dulu....kalau saya cakap, "yang, boleh tak awak kemas barang awak...saya nampak cam bersepah sangat" Jawapan dia mudah, "Ini rumah saya..suka hati sayalah saya nak buat aper pun.Kalau awak tak suka ,awak boleh berambus keluar dari rumah ini dan angkut semua barang2 awak...saya tak heran"....ANGKUHNYA MANUSIA INI.
    On the other part....walaupun saya jauh di Kedah...saya masih mempunyai jiran2 dan rakan2 yang sangat perihatin dengan kebajikan saya. Kami sering berhubungan. Ada juga jiran2 yang minta no saya dari kak Riza setelah lama tak nampak saya. Baru saya tahu..selama ini ramai juga jiran2 saya mengutuk bekas suami kerana kesombongannya. Nasib baik perkara ni saya tahu setelah dah bercerai dgn dia. Kalau tidak saya tak tahu kat mana nak letak muka mendapat suami begini.