Monday, March 29, 2010

Mendidik anak solat

Sebagai seorang ibu tunggal...tanggungjawab saya sangat besar untuk memberi ilmu dunia dan akhirat kepada anak2 saya. Sebelum ini pun memang saya kadang2 mengajak anak bersolat bersama kerana anak-anak saya perempuan, sementara Daniel ketika itu masih lagi sangat kecil.Saya bimbang jika lambat mengajar anak solat...anak-anak akan menjadi malas nanti. Jadi pada waktu-waktu yang saya berkesempatan, saya akan gunakan untuk bersolat jamaah bersama anak-anak. Arianna dan Daniel sangat rajin mengikut saya bersolat....berbeza dengan Sarah yang agak ngilat sedikit. Ada kalanya saya bergilir bersolat bersama Arianna dan pada waktu2 lain bersama Daniel.Susah untuk bersolat bersama keduanya bersekali kerana Daniel ni bukan boleh tengok kakaknya  disebelah saya. Bila saja Arianna sujud, Daniel akan menekan kepala kakaknya supaya tidak dapat bangun dari sujud. Bila Arianna rukuk saja, dia akan menolak Arianna sampai terjatuh.Memang tak khusyuk dibuatnya saya dengan telatah anak kecil saya yang baru berusia 2 tahun lebih ini. Kadang-kadang dia ok pulak. Yang saya bangga tentang anak2 saya ini ialah kesabaran mereka menghabiskan rakaat ,tambah2 kalau berjamaah pada waktu  Isyak. Sarah perlukan sedikit dorongan....dia anak yang sulung, banyak bebanan dan pengalaman pahit yang dia lalui pada masa lalu. Saya pula selalu sangat marahkan dia. Sebab tu pada ketika bacaan doa, saya membacakan doa saya dengan kuat supaya anak-anak tahu saya sangat sayangkan mereka walaupun kadang2 saya naik angin dengan kemalasan mereka ini.

Inilah doa yang saya bacakan,
"Ya Allah Ya Tuhan...ampunkanlah dosa ku, Ampunkan dosa kedua ibu bapaku. Kasih dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan mengasihani aku ketika kecilnya.

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah lagi Penyayang, jadikanlah anak-anakku insan yang soleh dan solehah. Jadilah mereka anak-anak yang rajin dan mendengar kata.Jadilah mereka anak-anak yang taat kepada perintahmu. 
Ya Tuhanku....berikanlah kejayaan kepada anak-anakku di dunia dan di akhirat. Jadikanlah mereka insan-insan yang berjaya di dalam kehidupan mereka.

Amin amin ya rabbal'alamin.

Mulai hari ini doa saya akan saya akan saya tambah secara senyap.........

"Ya Allah Ya Tuhanku...Tuhan semesta alam, Tuhan yang mengetahui segalanya....hanya padamu tempatku bersujud dan merayu. Hanya padamulah tempat aku memohon pertolongan. Sesungguhnya Kaulah yang lebih mengetahui bahawa aku adalah hambamu yang teraniaya.Tunjukkanlah kekuasaanmu ya Tuhanku....Tunjukkanlah segala kebenaran. Aku serahkan segalanya kepadaMu ya Tuhanku kerana aku percaya janjimu adalah benar.Tunjukkanlah kekuasaanmu.Sesungguhnya aku adalah hambamu yang teraniaya.Berilah balasan yang setimpal pada mereka yang telah menganiaya aku."

Dan Ya Tuhanku....jauhkanlah aku dari fitnah yang mendatang dari bekas suamiku dan keluarganya.
Amin ya RabbalA'lamin