Saturday, March 27, 2010

Cubaan menceroboh password blog saya

Jahat ke tak keluarga ni hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Saya menerima mesej cubaan mendapatkan password blog saya. Apa lagilah tindakan mereka ni ?.....Hanya Allah saja yang akan membalas segala keburukan mereka.

Lagi komen dari keluarga bekas suami.....sepupu dia pulak

Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan2 yang mengikuti dan menghantar pesanan melalui email dan blog2 saya yang lain.Hampir semua meminta saya untuk tidak melayan message dari keluarga bekas suami.Saya ingin sangat mengenali anda semua sebagai sahabat bila ada kelapangan masa.

Nampaknya keluarga bekas suami masih lagi tidak serik....yang mereka tidak tahu semakin mereka menganggu saya..semakin banyak keburukan mereka yang terdedah .Please dont make me do this!!!!!

Hari ini saya menerima satu lagi komen dari Farez Azhar....Dia ni sepupu bekas suami saya. Perkara pertama yang bekas suami saya kata ketika berkahwin dengan saya adalah supaya berhati-hati dengan keluarga budak ni especially.......mak dia. Tapi dalam family diaorang ni....yang paling biadab si Farez ni dan adik dia Farhana. Adik perempuan dia yang sorang lagi tu......Ain kalau tak salah nama dia...memang baik teramat jauh sekali dari abang dan kakak dia ni. Setiap kali ada masalah berkaitan famili bekas suami, suami akan menyalahkan saya kerana cerita kepada mak si Farez ni, Dia berkeras mak saudara dialah punca bekas mak mertua saya bersangka buruk tentang saya. Dia kata dia dah pesan beberapa kali tapi saya ni cepat lupa. Dia kata keluarga dia pun bukannya suka kat famili diaorang ni atas satu sebab yang dia tak nak cerita. Ada sejarah lama..Terus terang dalam pada bekas suami mengingatkan saya tentang ibu si Farez ni....saya sebenarnya suka pada mak dia.Saya suka bercerita dan dia pendengar yang baik tapi dalam masa yang sama dia juga penyampai yang baik. Jika ada olahan cerita....itu Tuhan yang Maha  Mengetahui.Saya tahu apa yang berlaku walaupun saya pura-pura tak tahu.

Anyway farez (along)..., belajar lah beradap sikit dengan orang yang lebih tua. Dari dia tingkatan tiga lagi saya tengok diaorang ni perasan pandai dan kurang ajar.Bayangkan dia masa tu tingkatan tiga boleh tunjuk lagak macam pandai lagi tanya saya macam mempertikaikan kelulusan  ijazah saya. Berlagak macam pandai pasal komputer. Yang diaorang  tak tahu bab internet dalam tangan saya sejak 1997 lagi.  They are pethatic people who think big about themselves and think small about others.To Ain.....kak Yati doakan semoga kejayaan terus mengiringi kehidupan Ain.Hiasi diri dengan peribadi yang mulia.

Along,
Bila nak mengumpatkan Kak Yatie ingat Allah sedang memerhati. Sebelum bercakap, nilai diri anda sendiri. Bila nak cakap pasal agama ingat ye awak tu hanya lulusan sekolah biasa sedangkan.....saya fasih berbahasa Arab dan pelajar Syariah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama perempuan Almashoor, Pulau Pinang. Jangan tidak sangka seorang lulusan Bacelor in TESL adalah  pelajar dari sebuah sekolah agama.Bekas ibu mertua saya selalu menyindir saya di belakang bekas suami........."kau ni tak tau baca jawi ke?"....Saya pun tak tahu nak cakap ape.......(Salah bekas suami sebab tak beri tahu keluarga dia latar belakang saya). Bekas suami saya pulak beranggapan sikap mak dia berubah terhadap saya sebab dihasut oleh mak si Farez ni....Entahlah saya pun tak tahu mana yang betul.

Baru-baru ni saya menerima salam dari bekas rakan sekolah (Jihan) yang juga menjadi seorang guru bahasa Inggeris melalui ketua bidang saya....ketua bidang saya ketawa bila mendapat tahu kami berdua rupanya dari sebuah sekolah agama yang terkenal.Sepatutnya jadi ustazah tapi jadi teacher pulak.  Zaman persekolahan saya agak terkenal kerana saya yang akan mengimamkan semua pelajar ,saya juga yang akan menyampai Usrah dan kuliah subuh. Selebihnya bab persembahan , masuk syarahan dan menjadi pengacara sekolah adalah kelebihan saya.Orang akan memandang rendah pengetahuan agama saya jika mereka tidak tahu latar belakang saya.....tapi bagi yang tahu, mereka akan menganggap itu satu kelebihan.

Harapan saya...selepas ini, Allah tidak akan mengaibkan mereka dengan tindakan mereka sendiri.Dari saya hanya ingin bercerita tentang diri saya, kini banyak pulak cerita yang keluar.

To bekas suami....kalau berani, mengakulah sendiri apa yang awak cakap kat saya tentang mak Bi dan keluarga dia. Maaf saya penat hidup bermuka-muka dan penuh kepuraan seperti keluarga awak. Hari ini....pekung sudah terbuka. Awak hadapilah sendiri ye....jawab lah sendiri. Hanya awak dan Allah saja yang tahu bahawa saya bercakap benar . Semua cerita saya adalah benar.

Saya sangat bersyukur terlepas dari keluarga...........ini!!!!!!!!! 
Semua orang dapat melihat sendiri betapa dayusnya bekas suami.....dan lihatlah siapa yang menguasai hidupnya.Sepupu yang belum cukup umur pun boleh masuk campur.

Saya tahu hubungan mereka dengan keluarga sepupu mereka takkan terjejas dengan pendedahan saya ini sebab memang hidup mereka memang suka bermuka-muka sebab tu saya cerita.