Thursday, March 25, 2010

Terbongkarnya Anonymous

Beberapa hari yang lalu...saya menerima mesej dari adik perempuan bekas suami saya yang menyelar saya kerana mengatakan keluarga mereka miskin di dalam entri saya sebelum ini. Dengan terimanya mesej ini, tahulah saya siapa anonymous yang menyerang blog saya baru2 ini. Siapa sangka bekas suami akan memanggil adiknya sendiri dengan panggilan 'bodoh' (baca entri saya sebelum ini). Allah itu Maha Kaya...walau saya tidak berteka teki tentang siapa disebalik anonymous sebelum ini....Allah masih ingin menunjukkan siapa orangnya.

   Untuk pemgetahuan semua...keluarga bekas suami saya  ni memang suka campur tangan hal rumahtangga saya....daripada memahami situasi yang berlaku...mereka lebih suka mengganggap sebarang cerita yang buruk tentang ahli keluarga mereka adalah fitnah dan bermati-matian mempertahankan ahli keluarga mereka. Sikap mereka inilah yang menyukarkan bekas suami saya berubah.Dia senang memperdayakan keluarganya dan menjadikan saya mangsa keadaan. Mereka saling mempertahankan diri dan keluarga mereka....Saya tidak tahu jika ini sesuatu yang baik untuk keluarga mereka tetapi bagi mereka inilah bukti kesepakatan mereka. Tapi andai kesepakatan ini telah menyebabkan rumahtangga ahli keluarga mereka runtuh....apakah mereka masih gembira dikatakan keluarga yang bersatu?....saya sendiri tidak pasti.


YANG PASTI KELUARGA SAYA AMAT BERBEZA SEKALI..........


Keluarga saya pula terbalik..kami akan menyalahkan ahli keluarga kami sendiri sekiranya ada complain atau rungutan yang diterima dari adik-adik ipar .Ibu bapa saya lagilah....kami memang selalu disalahkan ..semuanya kena.Saya sendiri pun sekiranya menerima rungutan dari adik ipar tentang adik saya...siaplah adik saya kena basuh.Sebab itu hubungan kami dengan kakak dan adik ipar sangat rapat.Ibu bapa saya lebih suka mendidik kami menjadi lebih baik. kadang-kadang kami tak bersalah pun..contohnya saya, kalau bekas suami mengadu pada mak saya...kena lah saya. Tapi yang menyelamatkan saya adalah pembantu rumah kerana dia yang menjadi saksi .


Adik-adik ipar memang kuat mengadu. Sorang daripadanya adalah isteri adik sulung saya. Bila dapat report je....saya dan adik yang lain kerap menasihat adik lelaki saya ini...tapi akhirnya hubungan mereka berakhir juga dengan penceraian. Yang membezakannya ialah hubungan kami dengan bekas adik ipar masih sangat baik.Bekas adik ipar masih datang bermalam di rumah kami. Ibunya juga memuji kebaikan kami sekeluarga melayan mereka.


Berbalik kisah adik bekas suami  saya ni......sebelum ini saya memang kerap menerima sms darinya yang menyindir saya yang tidak mempunyai suami. Namanya  kami panggil 'EMA". Dalam masa yang sama dia membanggakan diri mempunyai seorang suami yang dia sayangi dan selalu menyindir saya seolah-olah saya tidak sayangkan abang mereka. Memang  betul saya tidak sayangkan abang mereka.Saya kawin dengan harapan abang mereka yang dikatakan sayangkan saya akan  dapat membuat perasaan sayang itu timbul, malangnya dengan beberapa episod luka yang dihadiahkan oleh abang mereka.....mana mungkin saya sayangkan dia. Apa yang pasti....sebagai seorang isteri yang tidak berapa sayangkan suami, saya berkorban segala-galanya untuk abang mereka ini. Dari nafkah , makan pakai keluarga hingga ke kelengkapan rumah, pembantu rumah, melayannya sebaik mungkin. walau tanpa pembantu rumah pun segala urusan rumahtangga terjaga dengan sempurna. Abang mereka pun bersetuju, tidak ada adiknya yang dapat melakukan kerja sebaik saya,begitu juga dia percaya isteri adik2 dan abangnya pun tidak sebaik saya. Rumah saya tidak berselerak seperti rumah mereka. Anak2 saya juga lebih terurus dari anak2 mereka. Pembantu rumah saya selalu mengata adik perempuan bekas suami saya ini...' kak Teh tu doktor...tapi anak-anak tak terurus, selekeh '.




Dalampada menyindir saya dan mengagungkan suaminya.....saya bagai tidak tergamak memberitahu dia siapa suaminya yang sebenar. Lebih kurang 4 atau 5 tahun lalu, saya dan seorang adik ipar saya telah pergi mencari suami Ema ini di tempat kerjanya kerana satu urusan. Rentetan dari itulah , kami mendapat tahu ' the true colours of this man'....memang tidak sangka. Balik dari itu, saya memberitahu ibu mertua saya ketika itu dan ibu mertua saya meminta saya merahsiakan hal ini dari anaknya kerana bimbang anaknya susah hati. saya pun pelik...sepatutnya hal-hal macam ni kenalah beritahu untuk mengelak anak ditipu....tapi lain pulak style family bekas suami saya ni. Akhirnya saya akur dan merahsiakan hal ini sehinggalah bila dia terlampau menyindir, saya pun berterus terang . Bila fikir kes-kes isteri lurus bendul kena tipu ni memanglah  kesian sangat. Percaya dan cinta seratus peratus...tambah2 Ema ini doktor...kerja tak tentu masa, on call lagi. Anak-anak tak terurus, rumah dia kali terakhir saya pergi macam tongkang pecah. Suami pulak kerja kat KL. Dia kat Seremban kut masa tu....Dia kata saya buat fitnah....suka hati dia le nak kata ape. Saya kata kena tumbuk pun kata fitnah (abang dia duk senyap je). Saya kata mak dia kata macam2 kat saya pun kata fitnah juga ( mak dia pun duk senyap je). Bila saya kata saya nak berdepan dengan semua dan buktikan saya bercakap benar...banyak pulak alasan tak nak jumpa. Belit punya belit macam ular sawa. Yang lebih saya tak faham kenapalah diaorang ni sibuk sangat menyinggah kat blog saya. Hari tu  saya bagi nama blog saya kepada adik lelaki dia sebab adik dia kata saya tak bahagia tanpa abang dia...diaorang bayangkan kesusahan saya mengendali urusan anak2 yang masih kecil seramai tiga orang ni. yang diaorang tak tahu, dari dulu semua kerja saya yang buat...tak ade beza dan bebanan langsung untuk saya. Rumah  pun luas, sekolah pun best, kawan-kawan dan jiran-jiran memang 'the best' sama macam kat sekolah lama saya. happy habis.Kawan2 kat sekolah lama pun still in touch hari-hari melalui call dan facebook. Macam2 fitnah diaorang buat kata kawan2 saya semua tak suka kat saya...sampai saya cakap kat kawan2 dan pengetua dan pengetua saya kata....'  macamlah diaorang duduk kat sekolah ni sampai boleh tahu macam2...kalau betul tak pe jugak'.


Ini sms antara saya dan dia...Selepas dia question pasal saya kata diorang miskin (ini saya terdelete). Ini jawapan saya.


Saya : Miskin tu cerita dari guru2 padang tembak.Rupa2nya bukan setakat duduk umah satu bilik, malahan miskin juga budi bahasa. Jgn terlalu berbangga dengan suami anda. Jangan sampai menangis bila tahu ttg dia. Sorry ur mom asked me to keep the secret 4 years ago. Sape tahu maybe dia dah berubah.


EMA - Apanye ? Berilah tahu, nak juga saya tahu setakat mana your fitnah can go. Btw, i know my hsband well dan saya terima baik n buruknya seadanya. He is the best for me....

Congrats. Jgn sampai org gelak di belakang. If its fitnah then ur adik beradik pun buat fitnah le.I was not alone.Bye. jangan kacau i. M leading a happy life here.

Kalau ade keberanian ceritalah...kalau tak i anggap ia sebahagian dr fitnah you. Bukankah u dah biasa buat  fitnah tu.

Yang kaki fitnah korang le.Keturunan gila dan sakit jiwa korang le
Anyway its 4 years back. y worry? Percayalah dengan sepenuh hati.

Nampak macam tak berani je  nak bagi tahu. Ye lah mana tau berguna tak cita tu. Jangan simpan dalam hati sangat, nanti liver cirrhosis.


Yang tertanya2 tulah yang akan sakit jiwa. I peduli ape.

 Saya tak nak kacau pun. tapi cukuplah cerita pasal family di jaja. Ceritalah shj fasal yr life cukuplah. Btw kasih syg pada suami cukup  teguh untuk menolak semua fitnah tu. Semoga u pun mempunyai rasa kasih mcm tu bila kawin nanti....

He he harap2 suami u pun kasih kat u
kasih , sayang, cinta dan segala bagai walaupun tanpa bunga ke  dsgnya sebab ianya tak tertanding dengan material...

he he

he he jugak. sy harap jangan babitkan family kami dlm cerita you. Antara kita dah tak de ape-ape.Ceritalah saje pasal your sesangat wonderful life. tu. Btw jangan lupa yang sy ni doktor, bukan yang tak berpelajaran.

Doktorlah golongan paling bodoh sombong. Sebiji cam one of my bfs. Jangan menyibuk masuk rumah orang bila orang tak jemput. Sape yang ambik tahu hal orang ye?
Next topic will be you

jangan lupa masukkan kalau saya bodoh sombong kenapa ye sy dapat naik pangkat ke 48 dan dpt offer sambung master. Tak tertanya2 ke ? My life ke yr life yg bahagia ? saya nak u tak involvekan keluarga kami. itu sj.......
 Baru dpt dg48 dah lagak cam dapat jusa. Biasalah monyet dapat bunga . Kalau tak nak nama family dpt busuk, so jangan buat busuk. I can write whatever i like in MY blog.
 
Bukan dg lah, ud48. takkan tak tau. Saya nak bagi tau je, untuk renungan.....tak de kata2ugutan pun cuma rayuan supaya jangan babitkan keluarga kami

I am going to report u to ur jabatan for disturbing me

I talk about myself and my story. sapa makan cili dia rasa pedas. Anyway naik 48 n buat master dan income 5 angka...mana lebih baik eh? Am quiting teaching when the times come in few months time. Insyaallah

InsyaAllah. all the best 2 u. semoga tcapai apa yang diusahakan...kita same2 cari rezeki utk keluarga. janji gembira dan bahagia kan?

Semoga bahagia. Kalau tutup mata dan telinga ..sure bahagia. hehe


Saya tak dapat lupakan masa majlis perkahwinan Ema , memang dia sangat excited sebab saya tahu keluarga mereka bukan dari jenis yang mudah dapat pasangan. Ema ni ada panas baran sikit macam bekas suami saya. Semasa persiapan pelamin dibuat, dia memarahi neneknya yang tua hanya kerana neneknya mengatakan pelamin yang disediakan tidak cantik berbanding semasa perkahwinan saya. Kasar betul bahasa yang digunakan, "Eh orang tua ni.......(selebihnya saya tak ingat tetapi mmg harsh). saya mendekati dia dan menasihatkan dia supaya jangan cakap macam tu lagi kepada orang tua. Biasalah orang tua macam2 tak kena. Malam tu saya berjaga menjahit langsir untuk dia semata-mata kerana tidak mahu melihat dia susah hati dengan hiasan katil yang berkedut dan tak berapa cantik. Dulu ....saya sayang keluarga mereka, semua keburukan mereka saya telan dan semua rahsia mereka saya simpan kemas. Hari ini....saya minta mereka lupakan saya.Kalau ade cerita keluarge mereka berkait dalam blog saya....ianya adalah kerana INI CERITA SAYA.
IN OTHER WORDS....KALAU YOU ALL TAK BUKA BLOG I, TAK BACA MY ENTRI, YOU WOULDNT KNOW WHAT I WROTE.....SO PLEASEEEEE FORGET ABOUT ME, I AM NO LONGER PART OF YOUR LIFE... SEBAB SAYA BUKAN ADE KENA MENGENA DENGAN KALIAN LAH SAYA CERITA KALAU ADA KENA MENGENA...MESTILAH NAK JAGA.

KALAU TAK FAHAM JUGAK....MACAM ORANG PKR LE. DALAM PARTI SENYAP SUNYI, KELUAR  SAJE PARTI...APA LAGI SEMUA CERITA PUN KELUARLAH...BARU LAH ORANG TAHU.