Thursday, March 18, 2010

Anonymous oh anonymous

Lagu ni saya tujukan khas pada anonymous...yang tengah marah dan jealous tak semena-mena.

Lirik Lagu ” Nama Seindah Wajah “
Artis ” Sudirman “

Kalau ku Dapat Mendaki Gunung
Akanku Seru Kulaungkan
Oh Namamu
Kuserukan Oh Namamu
Pasti Nanti
Bergema Namamu Di Pergunungan
Bergema Namamu Di Seluruh Maya

Indahnya Namamu Seindah Wajahmu
Bagai Bidadari Di Dalam Mimpi
Indahnya Namamu Seindah Wajahmu
Kaulah Pilihan Hati

Kalau ku Dapat Mengepul Awam
Akan Kupintal ku Jadikan
Oh Namamu ku Tuliskan Oh Namamu
Pasti Nanti
Tertulis Namamu Di Kepulan Awam
Kan Jelas Terlihat Di Seluruh Maya

Indahnya Namamu Seindah Wajahmu
Bagai Bidadari Di Dalam Mimpi
Indahnya Namamu Seindah Wajahmu
Kaulah Pilihan Hati

SEMOGA TENANG SELALU...BERISTIGHFAR LAH BANYAK-BANYAK
MINUM AIR ZAM- ZAM TENANGKAN HATI
P/S  MAAF JIKA  CINTA ANDA TAK BERBALAS 

Tak habis-habis

Dua hari sudah...saya membuka blog bekas suami ( dia pun selalu baca blog saya) terbaca satu entri....berkaitan cuci kereta. Di dalam entri itu bekas suami kononnya menasihat pembaca supaya sayangkan anak dan isteri lebih dari kereta......saya geram juga sebab yang nak menasihat pun cakap tak serupa bikin sebab saya tahu dia memang tak tahu sayang semuanya..baik, isteri, anak mahu pun kereta ( kereta tu atas nama saya, loan saya..tapi dia yang pakai).Dia cuma sayang keluarga dia saja dan nak kita tatang keluarga dia lebih dari segalanya.Keluarga dia pijak kita sekalipun dia akan buat tak tahu dan akan mati-matian defend keluarga dia.

Saya pun beri komen pada entri tu , saya ingat komen tu kena moderate dulu...so bila dia baca bolehlah delete. Rupa2nya tak...terus publish.

Tak sampai sejam...saya dah dapat mesej dari bekas suami...bacalah...

ex hubby : Apa masalah kacau blog saya pulak. Biar la sy nak wat pe pun. Yang awak pun terpedaya dengan cite blog saya nape.Kita dah berpisah . Yang Lepas tu sudah. Saya nak berubah.
saya : kaki penipu. Kau delete je lah. Ingatkan kena moderate dulu,. mana aku tahu terus masuk.

ex hubby : memanglah delete tapi nape  wat cam tu 

saya : sebab nak tergelak dan tak tertahan tengok kehebatan awak menipu

ex hubby : Saya bace gak blog awak  walaupun ade bende tk puas hati  tapi tak kacau awak pun. Selalu doa awak dan anak2 sihat dan bahgia saje.

Ex hubby : Nipu apa. Saya tak puji diri saya . lagi pun sy tak kenal diaorang. abis dalam blog saje. Saya sunyi kat sini isi masa lapang.

Saya :     Eh bluecity tu nak kat awaklah. kawinlah dengan dia. Lepas tu awak boleh compare

Ex hubby :     Saya tak nak kat sesape pon . Kirim salam je lah.

saya:     sukahati awak tapi yang terbaik awak kawin lain. Saya tunggu awak tumbuk bini baru. Adik awak anep tak berhenti serang saya kata saya penipu kena tumbuk. Mcm2 kata kat saya. Allah akan tunjukkan  kebenaran

Ex hubby : Dah lah okey malas cakap balik2 cite yang same. Tak boleh ke awak cakap baik2 benda yang tak sakitkan hati saya.

Saya:     saya tak mungkin lupakan bagaimana awak siksa hidup saya dan anak2. Tolong hentikan tipu  blogger. Mengaku kelemahan diri pada family awak adalah yang terbaik untuk diri awak dan anak2

Ex hubby : Please saya tak mahu gado lagi. Okey sori atas ape yang berlaku. Saya tak tipu. Diorang semua kawan kat alam maya je dan blog tu bile2 masa  saya boleh  kuburkan.

Nak dijadikan cerita.....timbul si ' anonymous' yang komen pada entri 'susahnya bila dicintai ramai lelaki'. What a coincidence. Of course hanya dua orang saje yang capable buat cam ni....bekas suami dan adik lelaki dia.Adik bekas suami saya ni selagi saya tak rujuk dengan abang dia...macam-macam dia kata kat saya. Kalau rujuk sekali pun ada saja yang nak dikatanya nanti...mulut diaorang ni memanglah.........naauzubillah

Pagi2 lagi ex saya dah call....."kenapa awak cakap saya gila..bukan saya yang komen blog awak."......wahhhhhh cepatnya berita sampai kat dia...saya tak tahu sekerap mana dia melawat blog saya sehingga lah hari ni.

Lepas tu kami ber sms.

Ex hubby :    Apa nih kate saya gila lak. Saya dah tak kata yang buruk tang awak. Jangan tuduh adik saya lak...janganlah dok tambah dosa. Kalo tak mau ntah sape yang bodoh tu jangan bagi anonymous komen. Pas tu kutuk saya pulak 

Saya ;    Hanya adik awak saya invite untuk check blog saya (saya buat cam tu sebab adik dia cakap macam hidup saya susah tanpa abang dia)
cam tu sendiri pun bole nyamar kutuk blog sendiri pastu blame saya.

Bagus jugak cadangan awak
 
Ntah2 awak buat sendiri. Cam nilah jangan bagi anonymous komen. Saya pun tak suka komen anonymous tu
Ahli kluarga awak memang teruk. kalau itu komen adik awak. Memang padan muka awak. 
Saya yang approve biar semua orang tahu.
  
Tak pe tanggung dosa sampai akhirat
Same macam awak

Bukan adik saya lah. Masalah awak, awak komen blog saya walaupun dah delete tapi tetap link dengan blog awak. Si bodoh tu masuk dari situ.
Bukan dari situ 

Awak yang timbul masalah.Sape suruh komen kat blog saya
Nothing to do with ur blog. 

Sebelum saya delete pun sesape boleh baca tp tak faham nape awak buat saya cam ni. Saya cuba nak bersangka baik dengan awak.
Saya baru masuk awak dah call. tak de sape sempat baca. Lagi pun itu post lama 

Tu entri baru gak sy klik dlm petak merah jambu name awak masih ade
Saya benci penipu macam awak 

Awak ni sebenarnya tak suke dengan blog saya tu saya boleh delete semua tak de masalah
Saya tak de masalah dengan blog awak...cuma jangan menipu lebih-lebih 

Menipu ape . Camni la saya mmg dah tak mau gado langsung ngan awak. Nak fikir yang baik tentang awak. saya boleh terminate blog saya tu dengan syarat.
Ape 

Pas saya terminate blog saya , awak terminate blog awak. Ade berani? Pas tu terpulanglah awak nak blog awak balik ke saya mungkin dah stop. Pas tu tak yah gado lagi. Amacam setuju.?
He he....tak de sebab pun nak terminate. Awak ramai peminat pe...just carry on.
 
Penakutlah tu
Blog saya bukan selalu saya update pun. Yang awak nak terminate wat pe 

Soalannya setuju ke tak?
Tak 

Pengecut haha
Sukahati awak le 

Ingatkan berani tadi...sorilah
So pas ni jangan dok ngata saya penipu..Awak pun buat sesuatu. Jangan bagi anonymous komen. Fikir sendiri


Faham tak kenapa ex hubby saya sanggup terminate blog dia semata-mata nak saya terminate blog saya..?...Sungguh saya tak faham. Saya baru je nak citer pasal boyfriends saya...bagilah chan. Pasal Anonymous tu....dia tak kacau sape pun...dan tak jadi kudis pun kat saya. Sayang kalau blog insanpendidik berkubur...Walaupun saya yang letak asas dan menghasilkan  blog tu tapi ex hubby yang bina selebihnya.Ikhlas saya cakap it's a not bad blog sebab ramai yang jadi follower dan aktif. Blog saya memang suam-suam kuku sebab saya memang tak suka expose. Blog saya blog peribadi yang jarang bercakap hal lain kecuali hal saya sendiri dan cerita saya sendiri. Inilah diri saya....sebab itulah kisah ini adalah antara anda dan saya...BETWEEN YOU AND ME.