Friday, February 26, 2010

Kembali blogging

Tidak sangka dalam pada berehat dari blogging untuk menumpukan perhatian kepada anak2 saya dan kehidupan baru....blog saya masih aktif dikunjungi oleh teman2 blogger yang tidak saya kenali. Terima kasih atas semua e-mail2 yang dihantar. Terima kasih juga kerana sudi mengunjungi teratak 'Between You and Me-Antara anda dan saya' dan menghulurkan salam perkenalan.

Untuk makluman pengunjung2 rahsia saya.....apa yang saya lalui adalah rahmat dari yang Maha Esa, bukan ujian. Ujian sebenarnya adalah perkahwinan saya. Saya bersyukur akhirnya Allah memakbulkan doa saya untuk melepaskan diri dari suatu kehidupan yang tidak bahagia.

Lepas dari satu ujian bukan bermakna tidak ada ujian baru yang menanti.....kali ini kerenah anak2 dan cabaran membesarkan mereka adalah ujian yang lebih besar. Anak2 saya tidak banyak berubah cuma mungkin pelajaran mereka sudah menunjukkan peningkatan. Sarah juga sudah lebih ceria cuma perangai adiknya Arianna yang kadang2 menguji dia....menguji juga saya. Sarah hanya tahu meminta seorang Ayah baru...dia tidak mahu ayah lama. Arianna berbelah bahagi...mahukan ayah yang lama dan mummy bersama. Dia terlalu kecil untuk memahami krisis di dalam kehidupan saya. Other than that....Daniel, anak saya yang comel adalah penghibur jiwa saya. Ketika kakak2 malas membantu, Daniel lah yang tolong angkatkan kain baju, tolong mengangkat barang2 dari kereta.Walaupun nampak kecil , dia sangat berdikari dan kuat tenaganya.

Minggu lepas saya ke Kuala Lumpur menghantar Daniel ke sana untuk bersama ayahnya. Kebetulan ada kursus yang perlu saya hadiri, saya minta ayahnya menjaga anak2 selama dua hari tapi Daniel saya tinggalkan lebih lama atas permintaan ayahnya.Semalam saya sudah tidak mampu menahan rindu pada Daniel lagi. terbayang2 ranggulan erat dan ciuman bertalu2 nya. Jiran sebelah rumah pun sudah dapat merasakan sunyinya bila Daniel tiada. Kalau tidak, setiap hari terdengarlah dia berjalan dengan memakai kasut tumit tinggi saya di luar. Sampai patah dikerjakannya. Esok Insyaallah Ayahnya akan mengembalikan Daniel ke pangkuan saya. Doa dari saya....sepanjang perjalanan mereka nanti akan sentiasa dalam kepeliharaan Allah yang Maha Esa. Amin.

MUMMY LOVE YOU SO MUCH