Sunday, September 26, 2010

Bahagianya tengok orang lain bahagia

Membuka fb rakan2 dan bekas2 pelajar membuat hati teruja melihat kehidupan mereka hari ini. Ye lah....kalau dulu ada yang macam tomboy...sekarang bahagia bersama anak2 dan suami. Saya tumpang gembira.....guess I am not that lucky..nak buat cam mana. In fact masa nak kawin lagi saya dah cakap kat kawan2, rasa-rasanya perkahwinan saya ni tahan dua tahun jer kut. Melihat perangai bekas suami masa tu, memang saya dah agak saya takkan tahan dengan perangai dia ni.I don't have  much choice at that time....masa tu boyfriend saya chinese tinggal kat USA. Bila dia balik untuk bincang tentang perkahwinan , dia dah cakap nak convert  tapi tak nak practise.Pening kepala saya masa tu...bila fikirkan cam mana anak2 saya nanti, solat ke mana, puasa ke mana. Tetiba bekas suami ajak kawin....saya terima dengan hati yang kosong...demi menyelamatkan akidah saya dan my future children . Bekas suami janji ...nak tatang saya bagai minyak yang penuh. Saya redho je, ikut saje sebab sorang ustazah kata dia ni rajin solat. Memang dia solat tapi...in addition perangai buruk lebih banyak dari yang baik.

Yang terbaru dia cakap kat saya....dalam islam suami boleh tumbuk isteri selepas nasihat dan tinggal tempat tidur....saya nak gelak je sebabnya dia halau dan tumbuk saya sebab saya ajak dia pindah sungai petani jer.Saya ajak pun sebab dia suruh saya bina kabinet kat dalam bilik dia. Daripada bina kat rumah dia baik saya bina kat rumah saya...kan? Bukan berkira tapi masuk hari tu, dia dah halau saya 7 kali (atas sebab saya nak beli rumah yang lebih besar tapi jauh sedikit dari mak dia.) Cukuplah berhabis untuk rumah yang bukan milik saya.

Anyhow...dalam islam tidak ada nas yang menghalalkan seorang suami menumbuk isteri (walaupun bukan kat muka) sehingga cedera.

Saya tak tahulah kenapa setiap kali saya ada sms conversation dgn dia, setiap kali tu saya sakit hati dan makin bencikan dia. Dia beritahu saya, "memang awak benci saya sejak mula kawin lagi". Lepas tu dia bagi sedikit dalil ,"Dan boleh jadi kamu benci sesuatu sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu dan Allah  mengetahui ttp kamu tiada mengetahui- surah Al Baqarah ayat 216.

Anyway...saya dah hidup dengan dia, terbukti apa saya tak berapa nak suka tu, tidak baik pun untuk saya. Cuma di sini saya nak tambah..... ada satu dalil lagi dari surah An-Nisa' ayat 19 yang bermaksud "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu dengan cara yang baik. kemudian jika kamu merasai benci kepada mereka, janganlah kamu terburu2 menceraikannya, kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan apa yang kamu benci itu, kebaikan yang banyak.

Saya tak banyak jawab sms dia sebab saya tahu saya akan kalah dengan dia ni...saya cuma minta dia baca blog saya sebab daripada suruh saya bertekak dengan dia akan memenatkan saya saja.

HOPEFULLY INI YANG TERAKHIR DARI DIA...jika dia ditakdirkan kawin lagi, tumbuklah isteri baru dia kalau itu pegangan dia.Itulah jadinya bila bertuhankan keegoan sendiri. Semua yang haram boleh dihalalkan.Semua tindakan yang salah dianggap betul. Dia lebih rela mencari jalan membenarkan tindakan dia daripada mencari jalan memuhasabah diri memohon keampunan dari Yang Maha Esa.

Apa-apa pun......Teringin sangat nak hidup bahagia seperti rakan2 yang lain tapi...entah bila saya akan jumpa my Prince Charming atau mungkin my arwah  Prince Charming is waiting for me at the front of heaven's door .Wallahuallam Saya hanya berserah pada Yang Berkuasa dalam menentu hala tuju kehidupan saya.


Friday, September 24, 2010

ERTI SEBUAH CINTA YANG SEJATI

Apabila kita cintakan seseorang dengan sepenuh hati...., kita hanya perlu lakukan satu perkara sahaja iaitu meletakkan ego dan harga diri  kita di tepi untuk membuktikannya.Pastikan  kita mencintai seseorang insan itu kerana kebersihan hatinya dan bukan hanya kerana paras rupa semata.

Bagi saya....saya pernah menyintai seorang insan ini. Saya umpama pungguk yang rindukan bulan.Dia seorang bintang, sedang saya hanya seorang insan biasa. Demi cinta yang mendalam....saya gagahkan diri, meletak ego seorang gadis yang pemalu di tepi untuk memenangi hati insan ini. Berkat doa yang tidak putus......hati insan ini berjaya saya miliki tapi tidak lama untuk melihat Tuhan menjemput dia pergi.....meninggalkan hati saya yang berkecai berkeping-keping. Rupa2nya pilihan saya adalah juga pilihan Yang Maha Esa.Bukan saya sahaja yang menyayangi insan ini. Allah s.w.t lebih berhak ke atasnya.

Lirik lagu ini antara kiriman saya kepada dia dalam percaturan memenangi hatinya.Setelah 18 tahun dia pergi.....rindu ini bertandang lagi kekasih. Percayalah......cinta yang sejati akan tembus sampai ke hati .AL-FATIHAH untuk abang di Sana.

HANYA PADAMU 
by
OGY AHMAD DAUD

Haruskah kau tanyakan
Mengapa aku kasih
Mestikah kau tanyakan
Betapa aku cinta
Bagaimanakah cara untuk kumenyakinkan
 hanya padamu saja
semua kucurahkan
mungkin kau tak percaya
  mungkin kau masih sangsi
ataupun kau sengaja ingin jauhkan diri
katakan sahaja agar aku mengerti 
apa sebenarnya isi di hati
c/o
aku kan jadi seperti dian
membakar diri menerangi malammu
memberikan kau sinaran di waktu kegelapanmu.
ohhhh bukan untuk seketika 
bukan jua hanya untuk sementara
kanku temani dikau hingga ke akhir usia
perlukah kepastian mengapa aku kasih
haruskah kunyatakan betapa aku cinta
kiranya ada cara bagi ku membuktikan
hanya engkau sahaja untuk selamanya
untuk selamanya


Thursday, September 16, 2010

Pembunuhan Datuk Sosilawaty.

Beberapa minggu sebelum kehilangan Datuk Sosilawaty, saya dan Adah banyak bercerita tentang beliau. Sosilawaty adalah bekas isteri kedua Buhari, sepupu Adah dan hubungan mereka sekeluarga agak rapat. Adah banyak bercerita tentang kegigihan 'Wati' (panggilan mereka)  membina empayar NV. Banyak jugak cerita yang dikongsi bersama saya termasuk hal peribadi..........bab ni biar saya saja yang tahu .


Apa yang boleh saya simpulkan , Allahyarhamah Datuk Sosilawaty bukan sebarangan orang. Dia tidak mudah di tipu terutama hal-hal berkaitan dengan wang. Dia juga bukan mudah dikasari. Dari cerita yang saya dapat, bekas suaminya pernah dimasukkan di hospital, gara-gara dibaling dengan penyendal kasut.Kisah arwah dan bekas madunya pun hebat jugak. Yang jelas arwah bukan calang-calang orang. Atas sebab itu dia boleh berjaya.

Berita tentang kehilangan dan pembunuhan Datuk Sosilawaty ni memang amat mengejutkan. Lantas ingatan saya  kembali kepada kisah pembunuhan ngeri yang lain seperti Nurin Jazlin.

Memikirkan cara mereka dibunuh....memang rasa cam nak bakar je pembunuhnya. Mereka yang membunuh pastinya sangat kejam dan tidak ada sifat manusia di dalam diri mereka. Saya pasti arwah berjuang untuk hidup sebelum kematiannya kerana itulah sifat dirinya yang nyata....seorang pejuang yang takkan menyerah kalah sebelum bertarung habis-habisan.Cuma satu perkara saja bermain di fikiran saya iaitu tentang bekas suaminya yang seorang lagi. Agaknya apakah perasaannya hari ini.....


LEGA ? kerana tidak perlu membayar saman juta-juta 

ATAU


SEDIH? kerana tidak melayan arwah dengan baik. Kalaulah dia sabar sedikit saja lagi dan melayan arwah dengan baik, pasti banyak yang boleh diwarisi berbanding wang lebih kurang RM500 ribu yang cuba di 'curi' (berdasarkan fakta di suratkhabar)


Saya tidak boleh memikirkan apa lagi perasaan yang dirasakannya setelah teringat kata2nya pada arwah bahawa dia  tidak pernah menyintai Sosilawaty.


KESIMPULANNYA.....INGATLAH
ORANG TAMAK SELALU NYA RUGI.

Thursday, September 9, 2010

AIDIL FITRI YANG INDAH

Sejak hari Ahad  5 September lepas lagi saya sudah berada di Pulau Pinang. Itu pun sudah dikira agak lewat kerana cuti sekolah sudah bermula sejak hari Jumaat lagi. Pagi Ahad lagi saya sudah menerima panggilan dr mak bertanya bila nak balik. Pantas saya jawab, "kejap lagi mak." Dalam sekejap tu, hampir 5 petang baru saya sampai. Mana taknya...sejak Jumaat, saya berkemas rumah, macam biasa cuma kali ni extra sikit sebab nak ubah sana ubah sini perabut, nak pastikan semua beres sepenuhnya. Anak2 saya yang masih kecil perlu diberi makan dahulu, kuih raya perlu diambil, baju raya perlu di beli. Tengahari Ahad tu banyak tempat yang saya singgah bersama anak2. Akhirnya kami selamat sampai di Penang dengan harapan mak yang berkecai nak makan nasi briani di Pulau Pinang. Rupa2nya mak tunggu saya datang nak ajak ke tanjung (pulau) untuk beli nasi beriani kegemaran keluarga. Sebab dah lewat, kami plan pergi esok je.Tak ape....nasi tu tak lari kemana.

Esoknya.....saya bawa mak ke klinik sebab mak kurang sihat dan Danial juga nampak kurang sihat jugak. Lepas tu kami terus ke pelabuhan naik ferry untuk ke Pulau Pinang cari nasi beriani Hameediah. Habis RM80 kat situ jer untuk lima bungkus nasi, hati, daging dan limpa. Biasalah harga nasi kandar kat Penang ni tapi rasanya...huh sedap sangat.

Zaman ketika kami adik beradik masih kecil, ayah  dan mak selalu shopping raya di tanjung (pulau), so bila dah dekat nak berbuka je kita orang akan singgah makan di sini. Macam satu tradisi yang saya susah nak lupa. Tak sangka setelah sekian lama, restoran ini masih gagah dan seenak dulu juga. Tidak ada yang berubah.

Di kampung (dekat ngan jetty tu je), saya terpaksa mengantikan tugas2 pembantu rumah yang pernah saya sediakan untuk mak sebelum ni.Nak buat cam mana.. ...... kepercayaan saya terhadap pembantu rumah Indon ni sudah pun tercalar, mahu tak mahu kenalah saya buat. Rumah besar ni bukan calang2 orang yang boleh mengemas sebab sekali mak masak....dapur mesti bagai dilanggar garuda.Saya buat sekadar termampu. Dengan kesihatan mak yang kurang baik, saya menggalas tugas mengemas dan memasak sekali gus. Main menu je mak masak. 

Bercerita pasal saya memasak di rumah.... family saya memang susah nak percaya dan selalu juga saya menjadi bahan usikan adik beradik. Sebabnya ialah.....selama kehidupan saya di rumah, saya tidak pernah memasak.Saya hanya pakar jaga adik , mengemas dan menyediakan bahan untuk memasak. Dari darjah 3 saya memang ditugaskan jaga adik. Tingkatan 1-6  saya berada di sekolah berasrama, kemudian ke kolej, menjadi guru,masuk universiti , berkahwin dan hingga sekarang. Saya mula mahir memasak sejak tinggal bujang bersama kawan2 . Dalam erti kata lain saya jarang berada di rumah kecuali cuti sekolah je.Skill memasak ?...saya ada bakat semulajadi + minat mencuba berbagai masakan. Asal jangan suruh saya bakar kek dan buat kuih raya dah le...sebab saya tak de oven pun kat rumah. 

Semalam mak bertanya, "nak masak ape hari ni?". Saya pun bagi cadangan. Ayah pulak menyampuk tersenyum2 menyindir saya...."asyik bagi cadangan jer...cuba masak sendiri." Sebenarnya ayah tak tahu beberapa hari ni saya dah beberapa kali masak. Ayah makan tanpa perasan pun masakan tu bukan mak yang masak. Yang ayah tahu, " sedap mak hang masak."

Semalam kakak sekeluarga dah balik dr KL, saya membantu mak memasak especially makanan yang tak pedas untuk anak2 saya....cuma ayam masak kicap dan sayur goreng. Masakan utama ayam masak minang mak dah masakkkan.Adik bongsu saya mula mengusik....

"ni hang masak ke?...cair jer."

"Cair tak cair....rasa dulu baru tahu. Anyway tu favourite anak aku ye. Hang tak tahu ke aku pakar masak? Kat sini je aku tak masak.", saya membalas.

Ayah pulak menambah," Apa lagi yang hang masak?"...Saya memang arif sangat bab diaorang nak mengusik saya ni. Tiap2 tahun macam tu le. Kakak saya pulak bagi expression macam tak percaya je bila tengok masakan saya,"Wah....pandai jugak hang masak nooo." Tension betul dengan adik beradik saya ni....belum lagi  hero2 yang ramai berkumpul...teruk saya kena buli .Ni je modal diaorang dari saya kecik tinggal kat sekolah asrama lagi.Almaklum le dalam keluarga kami hanya saya dan kakak je perempuan, 8 lagi adalah adik beradik lelaki. Kakak saya jenis yang serius dan hanya saya saje yang kuat merajuk jadi memang seronoklah jadi bahan dibuli.

Kepada kakak saya jawab, "Wah..hang lupa nooo, masa hang masuk hospital aku masak gulai (kari ) kat hang...hang punya puji sedap tak percaya aku yang masak."

Saya kemudian menyuap anak2 saya makan, lepas tu bila saya datang nak ambil ayam masak kicap tengok2 dah nak habis. Adik bongsu saya masih menyenduk kuahnya.  "Licin nampak?" sindir saya.
"Memang sedap hang masak.", puji adik saya. Disusuli pujian dari kakak dan ayah. He he tahu pun. Tengoklah nanti saya akan kena lagi...sebab dah set dalam fikiran diaorang ni...saya ni adik atau kakak yang tak pernah masak dan tak tahu masak. Masa saya nak kahwin dulu....mak dan ayah paling risau kalau saya tak tahu masak. Diaorang ada cadangkan saya kawin dengan lelaki yang pandai masak. Anyway...saya kawin dengan lelaki yang tak tahu buat ape pun dan saya sebenarnya agak mahir memasak dan selalu juga menghantar masakan saya kepada kawan2 dan jiran dan memang selalu mendapat pujian atas masakan saya.

Berbalik hal raya....walaupun bekas suami tak nak bagi duit untuk beli baju raya anak2, saya managed beli beberapa pasang untuk anak2 dan sepasang untuk saya. Dulu....saya pernah beraya dengan baju nikah je sebab tak sempat beli baju. Tiap2 tahun saya sponsor baju satu keluarga anak2, suami dan pembantu rumah sampai tak sempat fikirkan untuk diri sendiri. Tahun ni raya saya lebih mengembirakan dari tahun2 sebelumnya...ringan dari segala bebanan jiwa.Pelik pulak tahun ni sebab walaupun sendirian semuanya jadi mudah bagi saya. Mungkin dulu sebab saya ni takutkan suami....pergi shopping pun kelam kabut nak balik takut kena marah. Sekarang ni shopping pun relax je bawa anak2. Selesai dalam sehari je. Alhamdulillah.

Akhirnya....saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua yang mengunjungi blog ini tak kira le whether ex hubby  atau adik beradik sepupu sepapat dia. Semoga semuanya bahagia bersama family masing2. Saya sangat gembira kerana dapat mengembalikan bekas suami ke pangkuan keluarga yang dicintainya, ibu bapa dan adik beradiknya.  Hanya ini yang termampu saya lakukan untuk kebahagiaan dia. Walau saya nampak jahat kerana bercerai dengan bekas suami tapi disebalik semua ini, niat saya sangat suci. Hanya Tuhan Yang Lebih Tahu. Selebihnya of course....untuk kebahagiaan saya sendiri dan anak2. Apa-apa pun  bukan saya yang menceraikan diri saya sendiri.....sebaliknya dia yang menceraikan diri dia sendiri.........so Maaf Dzahir Dan Batin.