Tuesday, August 31, 2010

Tiap yang hidup akan merasai mati.

Dalam bulan Ramadhan ini saya menerima tiga berita yang menyedihkan.....tidak tahu bagaimana hendak saya luahkan. Dalam kehidupan ini banyak perkara berlaku diluar jangkaan manusia. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah berserah pada yang Maha Esa.

Pagi 21 hb Ogos...saya terima sms dari Zai rakan baik di SMK Padang Tembak....anak Puan Nik yang bekerja sebagai doktor di HKL meninggal dunia.Jenazah akan dikebumikan pada jam 12 tengahari ini......(Puan Nik Hafsah adalah bekas PK 1 saya di SMK Padang Tembak yang kemudiannya menjadi bekas Pengetua saya di SMKDTHO)

Berita ini amat mengejutkan saya sebab baru tahun lepas saya dan kawan2 menghadiri majlis perkahwinan anak Puan Nik ini. Dia seorang doktor di HKL.Saya tanya Zai...kenapa?....apa puncanya? 

Zai pun tak pasti. Saya call dan sms rakan2 di DTHO. Ada yang baru tahu dan ramai yang tidak tahu. Dari Fiza...saya dpt tahu Arwah meninggal ketika melahirkan anak...Innalillahiwainnailahiraji'un.


Saya minta guru2 yang berkesempatan pergi menziarah Puan Nik.
Esoknya....saya call Awanis, kawan di Padang Tembak...maklumat lebih jelas sebab Anis pergi menziarah. Kata Anis, arwah sebelum tu ada masalah placenta previa, kemudian semasa operation, uri pecah dan arwah menghadapi masalah pendarahan yang teruk walaupun darah dah dimasukkan.

Saya tanya keadaan baby....baby 50/50....Sedihnya hati saya. Betapa saya harapkan saya boleh pergi menziarah.

Saya sms Puan Nik...."Takziah dari Tie. Semoga Kak Nik tabah menghadapi ujian ini."

Pada 23 hb Ogos, saya terima mesej balas dari Puan Nik, "terima kasih".

Saya susuli mesej itu ..."T nak ziarah.., tapi T jauh di Kedah. Camne keadaan baby?"
Mesej saya dibalas....."Tak pe lah T. baby baru je 10 minit kembali kerahmahtullah"
Sedihnya.....saya tidak dapat bayangkan kesedihan Puan Nik..., sesungguhnya anak dan cucu Puan Nik insan terpilih di bulan Ramadhan. Ibunya syahid melahirkan anak dan baby pulak tidak mahu meninggalkan ibunya. Cuma dari cerita Anis.....menantu Puan Nik memang meraung kesedihan.

Dalam sedih...saya percaya, anak dan cucu Puan Nik berada ditempat yang sangat baik seperti yang dijanjikanNya.

CIKGU NAZRI PERGI DALAM USIA 38 TAHUN

Sabtu 29 hb Ogos.....saya dan anak2 baru bersiap hendak ke Econsave. Baru tengah bersiap, saya terima berita dari Adah...Cikgu KH , Nazri meninggal dunia.

Ini ...lagi memeranjatkan. Saya call Adah...menurut Adah, pagi tadi Nazri ke sekolah, bercucuk tanam dengan pelajar2 Pelapistani nya. Kemudian dia hantar Fakhrul, seorang pelajar balik ke rumah dan dia pulak ke stesyen Caltex untuk servis kereta. Masa tengah servis, mekanik kat situ, cuba kejutkan dia sebab nak suruh dia ubah kereta. Masa tu baru dia terlentuk rebah di sebelah. Orang2 kat Caltex telefon ambulan dan dia disahkan meninggal dunia.Memandangkan ini kes polis, ambulan tidak dibenarkan membawa jenazah ke hospital. Kena tunggu polis jugak. Melalui nombor telefon Nazri , ramai jugak kawan2 yang dihubungi dan semua terus ke stesyen Caltex.

Saya adalah antara yang lewat dihubungi sebab tak ramai yang ada nombor saya sebab saya cikgu baru.

Saya call Cikgu Bakar dan dimaklumkan jenazah baru hendak dimandikan di HSP. Saya call balik Adah untuk maklumat terbaru dan kami bergegas ke hospital. Tak tahu nak kata ape.....saya bagai orang tidak percaya sebab arwah ni punyalah baik....selalulah dia tolong saya kat bilik peperiksaan. Memang rata-rata kami melalui pengalaman manis bersama arwah....seorang yang tidak pernah menolak kerja....ramai jugak yang berada di hospital ...Pengetua dan dua bekas pengetua , serta orang PPD dah pun berada di sana ketika saya sampai.Itulah.....orang baik2 ni, cepat saja Allah jemput sebab Allah sayangkan mereka.

Menurut Cikgu Zul (ex pengetua) arwah ada darah tinggi , tapi berhenti makan ubat. Akibat dari tu, jantungnya bengkak . Itu puncanya. Oleh itu di nasihatkan siapa2 yang ada darah tinggi dan kencing manis, jangan tinggal makan ubat.

Isteri Cikgu Nazri adalah guru SMK Permatang Pasir...mereka dah lama kawin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Mungkin bagi setengah orang, tidak ada zuriat yang tinggal untuk kenangan mereka berdua tetapi bagi saya....lebih baik ditinggalkan seorang dari mempunyai anak2.Kalau ada anak2....nanti anak2 pun sedih...kesian tengok anak2 dah tak ade ayah yang begitu baik. Semoga isteri arwah tabah menghadapi ujian ini. Arwah Nazri dan anak serta cucu Puan Nik adalah insan2 yang terpilih untuk kembali kepada Penciptanya pada bulan yang paling mulia ini.

Al-Fatihah untuk ketiga-tiga mereka.

Friday, August 20, 2010

kenapa saya menunggu Ramadhan.

Setiap kali Ramadhan muncul, hati saya tersenyum....kenapa ya?
Kerana......pada setiap bulan Ramadhan ada  pendapat menyatakan roh-roh orang yang mukmin turun untuk menziarahi keluarga-keluarga mereka dan orang yang mereka sayangi. Walau terdapat banyak pendapat berkaitan maksud roh yang turun tapi setiap kali Ramadhan tiba,  saya selalu terasa bagai arwah 'buah hati' saya ada datang  menziarahi saya.

Dulu saya selalu bermimpi dia hadir....dalam pakaian putih, tidak berkata apa2...hanya tersenyum memandang saya. Tika itu, hati menangis gembira.

Semalam....dia hadir lagi di dalam mimpi. Kali terakhir arwah hadir ialah selepas saya berkahwin. Selepas berkahwin, saya sering menangis kerana selalu disakiti suami. Suatu malam, saya terlena dalam tangisan, tidak sedar masa bila saya terlelap. Tiba2 terasa ada tangan yang mengusap pipi saya yang basah dengan air mata.Bila saya ingin memandang, dia sudah tiada. Itu kali terakhir dia hadir mungkin untuk mengucap selamat tinggal dan mendoakan kebahagiaan saya.

Saya pasti akan menangis setiap kali Ramadhan berakhir dan Syawal tiba. Biasanya secara tiba2 saja hati akan terasa sayu dan airmata ini bukan sedikit yang tumpah. Terasa bagai dia hadir memerhati saya dari kejauhan dan kehadiran Syawal adalah masa dia mengucap selamat tinggal untuk saya. Saya akan terus-terusan merindui insan ini.

Buat arwah insan yang saya cintai sepenuh hati.... semoga abang bahagia di Sana. Kasih Tie tak pernah berubah...abanglah segala-galanya.

Friday, August 13, 2010

SELAMAT HARI LAHIR DANIAL FIKRI

Hari ini genap 3 tahun usia pengarang jantung hati saya MUHAMMAD DANIAL FIKRI.Walau ada yang berkata anak yang sulung akan menjadi kekuatan seorang ibu tunggal, tetapi bagi saya kekuatan saya hari ini adalah anak saya yang bongsu. Dialah penyejuk dan penenang hati saya.Dialah kekuatan saya hari ini.

Hari ini Danial tidak sihat .Sejak 4 hari lepas dia demam tak berhenti dan saya bercuti untuk beberapa hari untuk menjaganya. Sejak beberapa hari ini juga kami berdua sangat kurang tidur. Danial kerana ketidakselesaannya dan saya kerana menjaga waktu untuk diberikan ubat dan memastikan badannya di jelum kalau terlalu panas. Pengalaman bermalam di hospital sejak Sarah lahir menjadikan saya jururawat terlatih di rumah.

Kata orang kanak2 akan demam bila beralih bulan atau tahun. Apa-apa pun semoga anak saya cepat sembuh.
Malam ini saya akan mengadakan kenduri berbuka puasa. sempena ulang tahun kelahiran Daniel.

Dibawah ini adalah gambar2 sekitar sambutan Hari kelahiran Daniel ke 3 secara sederhana. Kepada mak saya, kakak ipar dan adik ipar yang sangat saya sayangi....terima kasih kerana bertungkus lumus merealisasikan majlis ini.Thank you from the bottom of my heart.










Update Info

Terlebih dahulu Salam Ramadhan kepada semua pengunjung teratak saya yang tidak seberapa ini. Sejak semalam saya dan anak-anak di kampung untuk menyambut Ramadhan bersama ibu bapa , adik beradik dan anak2 saudara saya.

Hari ini nak update sikit info tentang beberapa perkara yang berlaku sebelum Ramadhan.

 Ingat lagi Syamil...student yang kena penampar dgn saya. Hampir dua minggu dia tak datang ke sekolah. Risau pulak saya....jadi saya cakap pada kawan2nya supaya sampaikan salam 'rindu' saya pada dia. Keesokan harinya dia datang ke sekolah......

Saya mengusiknya, "Syamil....lama tak datang? Takkan merajuk dengan saya kut ? Baru kena penampar sikit, takkan terus tak datang sekolah.Hero apa namanya ni?", kata saya sambil tersenyum .

Syamil membalas sambil tersenyum jugak...,"Taklah teacher, saya kerja."

Saya mengingatkan Syamil tentang kata2nya kepada saya tempoh hari, "Ingat tak apa yang awak kata pada saya?"

"Tak kata apa pun." balasnya.
"He he...buat buat lupa pulak ye, biar saya ingatkan..."saya terus menyebut apa yang dikatanya.

Syamil hanya menunduk dan saya menyambung kembali, " Awak rasa patut atau tidak saya bagi penampar hari tu?"....

"Patut", jawabnya ringkas.

"Habis, kalau patut. Apa yang patut awak kata kepada saya sekarang."
"Sorry teacher. I am very very sorry teacher." Dia tersenyum memandang saya.

"Ok lah...lepas pada ni saya akan cakap kat Mr Lai (guru disiplin) yang awak dah minta maaf."

So....Saya dan Syamil SETTLE.


Beberapa hari kemudian ...seorang guru di sekolah saya di tumbuk seorang pelajar. Seingat saya, cikgu Zainal ni baik orangnya. Dulu dengar kata dia seorang yang garang tapi sejak mengajar di sekolah saya ni dia terus diserang sakit jantung sampai terpaksa pakai jantung bateri. Lepas pada tu dia terus tak garang.


Yang kesian nya....pihak polis siap menunding jari kepadanya mengatakan mungkin dia ada berkasar dengan pelajar tersebut. Tak taulah nak cakap macam mana. Kalau dah student hisap gam ke dadah ke ice....dia bukan peduli apa cikgu baik ke tidak. Kata cikgu Zainal sebelum dia kena tumbuk , dia dan budak ni bergurau. Budak ni siap datang cekik dia dari belakang lagi tapi bila cikgu Zainal suruh duduk tempat ...terus dia tumbuk dan sadung kaki cikgu Zainal. Of course dengan keadaan dia Cikgu Zainal tak mampu untuk melawan.

Bulan ni dua guru akan bersara. Seorang minta bersara awal dan beberapa lagi memang tengah memikirkan untuk quit teaching. Budak2 kat sekolah ni 20 kali ganda lebih teruk dari sekolah lama saya tapi cikgu2 dia memang the best