Friday, July 30, 2010

CLEANERHOLIC

Pagi Jumaat...anak saya Sarah merungut, boring duduk rumah ni. Sepanjang hari dia buat perangai. Aduh....time anak2 buat perangai biasanya saya diam saja. Malas nak layan. Dia merungut saya tidak bawa mereka ke Pulau Pinang berjumpa sepupu mereka disana.  Sehingga tengahari dia masih tidak mandi pagi.Saya sekadar bercakap secara lisan..."siapa tak mandi, tak boleh makan."Ini undang2 yang keluarga saya praktikkan, jadi ini undang-undang turun temurun.

Kanak2 sukar memahami kesusahan ibu mereka.Mereka tidak faham  saya ada banyak kerja yang perlu dibereskan.Akhirnya saya buat tawaran...saya hanya akan bawa mereka ke Pulau Pinang jika mereka dapat memastikan rumah berada di dalam keadaan bersih sehingga saya selesai tugas2 saya.Selain itu saya mengugut akan membatalkan niat ke Pulau Pinang kalau ada yang membuat sesiapa di antara mereka menangis dan lagi satu jika mereka tidak solat.

Sejak awal pagi, saya mula bekerja...masak,memandikan anak, menyuap mereka makan, membasuh baju, basuh 4 pasang kasut sekolah, vakum tingkat bawah, mop lantai...kemudian saya teruskan dengan membersih tiga bilik air , kemudian mengemas dan mop  tiga lagi bilik di tingkat atas.Di sambung dengan melipat pakaian yang sudah menimbun. Nampak mudah...tetapi sehingga 8.30 malam ketika hendak berangkat ke Pulau Pinang, baru saya sedar baju di dalam mesin basuh masih belum di jemur.

Menjemur pakaian saja sudah megambil hampir sejam masa saya. Jarum jam menunjukkan  masa 9.30 malam. Sekali lagi saya baru perasan terdapat kesan air milo tumpah di ruang tamu...siapa lagi punya kerja, Sarah pantas mengaku ...aduh saya ke dapur, mop lagi lantai. Penatnya hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.Tapi dah itu diri saya...nak buat macam mana. Setiap kali akan kemana2 saya akan berjaga menyelesaikan semua kerja rumah dari A to Z. Saya tidak pernah mengeluh dengan semua kerja2 yang pernah saya lakukan kerana apa yang saya dapat dari kebersihan rumah sukar untuk di tafsir.Tidak ada seorang dari pembantu rumah saya yang mampu melakukan sama seperti mana yang saya lakukan. Mana ada yang nak bangun seawal 4.30 pagi dan tidur selewat 12.30 malam. Setiap malam saya akan mengemas dan mop rumah. Setiap minggu saya akan membersihkan kesemua bilik air sendirian. 

Bayangkan dulu ketika saya mengajar di sesi petang...saya bangun seawal 4 .30 pagi, seterika baju, sedia breakfast untuk anak2, basuh baju, bagi mandi Daniel,hantar sarah pergi mengaji, kemudian ke pasar dan balik masak, lepas masak bergegas ambil Sarah balik dari mengaji, then sambung masak lagi, suap anak makan,siap untuk pergi bekerja, hantar Daniel ke nursery,hantar Sarah ke sekolah den kemudian bekerja. Balik dari kerja, saya panaskan lauk dan lepas solat mengemas dan mop rumah lagi.

Krisis dalam rumah tangga saya mula meruncing bila saya di minta mengajar di sesi pagi pulak. Boss kat rumah asyik mengamuk menuduh Pengetua saya bodoh kerana pindahkan saya ke sesi pagi. 
Ye lah boss mana tak ngamuk bila kuli yang selama ini melakukan semua kerja rumah sibuk bekerja di sekolah.Saya memegang jawatan penting di sekolah yang memaksa saya balik lewat dalam kepenatan dan tak mampu melakukan banyak kerja. What choice do i have? Saya bukan berkahwin untuk menjadi kuli yang tidak di hargai.

Baik hidup membujang dari menjadi kuli di rumah orang.

Jam 10.30 malam baru saya bersama anak2 bertolak ke Penang.

Demi menjaga hati anak2 , walau sangat penat...saya gagahkan tenaga meredah malam pekat untuk ke Pulau Pinang.
Adakah anak menghargai.....tidak jugak? Sarah asyik buat perangai lagi, semua tak kena, Nasi lemak yang disedia 'MAK TOK' nya dikatakan tidak sedap sedangkan nasi lemak ini sangat enak buat saya dan   dicari ramai orang setiap pagi. Mak dan ayah terpaksa jual nasi lemak dan buka kedai setelah saya tidak dapat memberi wang bulanan lagi kepada mereka setelah bercerai. Insyaallah bila rezeki bertambah kukuh saya akan ganti semua wang bulananan yang  tertangguh.

Hari yang tidak kena untuk Sarah...disuruh makan tengahari pun, ade saje perangai dia.

Pening, pening. LIKE FATHER LIKE DAUGHTER.               

Sunday, July 25, 2010

THANK YOU ALLAH

ALLAH sentiasa sayangkan saya.......sejak kecil hanya pada ALLAH saya mengadu. ALLAH sentiasa menguji saya dengan fitnah dan hasad dengki manusia....tapi dalam masa yang sama ALLAH berikan kekuatan, ketabahan dan keberanian luar biasa di dalam diri saya untuk menghadapi semua musuh saya sehingga kebenaran berada di depan mata. Orang boleh menilai dan mengadili kita tapi yang benar-benar mengenali kita adalah ALLAH. Kalau jahat kita.....ada lah balasan yang ALLAH berikan. Kalau baik kita......pasti ALLAH menyenangkan kehidupan kita. Hari ini.... saya kuat, tabah dan berani kerana saya tahu saya ada ALLAH yang TAHU SEGALANYA.Betapa saya harapkan saya boleh menjadi hamba yang lebih baik untukNYA.

Semalam....saya bersujud syukur kerana ALLAH menemukan saya dengan pasport yang hilang. Sungguh saya tidak sangka, Allah akan mengerakkan hati saya untuk memanjat bangku yang tinggi  menyelak cover fridge yang berada lebih tinggi dari saya untuk melihat apa yang ada di bawahnya.....pasport dan seutas rantai tangan emas. Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan bagaimana keduanya boleh berada disitu sedangkan keduanya sepatutnya berada di dalam laci di tingkat atas. Apa-apa pun THANK YOU ALLAH...ALHAMDULILLAH.
 
Sebenarnya rahmat yang ALLAH berikan kepada saya sepanjang kehidupan saya lebih dari ujian yang menimpa. Saya percaya ALLAH memberi ujian kepada saya kerana ALLAH sangat sayangkan saya. Setakat ini saya bersyukur.....setiap ujian , fitnah serta penganiayaan yang terima, ALLAH redakan dengan kebenaran di penghujung cerita. Cuma....ketika ALLAH mengambil kembali insan yang saya sangat cintai saja.....hidup saya ibarat sudah bertemu nokhtah, ibarat jasad terpisah dari nyawa. Saya tabah di depan orang lain tapi di rumah..........hampir setiap siang dan malam selama lapan tahun....bantal saya basah dengan airmata.
 
Hari ini...saya redha ' buah hati pengarang jantung  saya' sudah hancur di mamah bumi. Sebagai ganti ALLAH menghadiahkan saya anak2 yang lebih saya cintai . ALLAH TAHU SEGALA-GALANYA dan di dalam hati saya......ALLAH tahu bahawa saya tidak mampu untuk kehilangan anak2 , insan2 yang paling saya cintai hari ini. CUKUP YA TUHANKU.......AKU MERAYU PADA MU PINJAMKAN ANAK2 KU UNTUK TEMPOH LEBIH LAMA DAN JANGAN KAU AMBIL MEREKA SEBELUM AKU MENUTUP MATA....AMIN YA RABBALA' LAMIN.

Saturday, July 24, 2010

Aduh.....pasport Antarabangsa ku hilang

Tak tahu nak cakap cam mana....satu rumah dah geledah...pasport antarabangsa saya entah di mana gerangannya.

Tension ke tak?.....mana tak? duit ke Vietnam dah bayar . Itu boleh urus dengan pergi secara berkumpulan.Boleh ke buat pasport berkumpulan kalau pasport individu hilang? Ni nak kena tanya imigresen.

Paling tension......nak ke China...uhuk uhuk. Kalau saya tak gi alamat kawan2 pun tak gi. Kesian diaorang. Kak Robthoh dah pun buat pasport.Paling kesian kat saya le....sebab saya setengah mati nak pegi sangat sangat.

Puas saya memikir.....bukan setakat pasport hilang, kamera pun hilang jugak. Nak kata 'ex bibik (ni tak citer lagi ni) yang ambik....entahlaah sebab masa nak send dia balik, dah bongkar barang dia.Memanglah dia mencuri tapi kamera tak pulak jumpa.

Kamera tu boleh lah nak redho sebab saya dah pun beli kamera baru tapi bab pasport ni.......lecehhhhh sangat nak buat lain. Silap haribulan kena penalti setahun baru boleh dapat buat balik.

Esok kena gi buat repot polis.Lagi lama tangguh...lagi tak boleh pegi.


Friday, July 23, 2010

Nasib le...sapa suruh kurang ajar sangat

Semalam walau kelihatan seperti sama sahaja, namun  agak berbeza sedikit dari hari2 sebelumnya....kerana pada hari ini adalah hari yang sangat mencabar kesabaran saya sebagai seorang guru.

wanna know what happened?
Apa lagi kalau bukan cerita dari tingkatan 4 A 4.

Hampir tengahari tadi....saya kena masuk ke kelas 'puaka' ni. Saya ke bilik guru dahulu mengambil buku. Di tangga, budak2 ni dah terjerit-jerit memanggil saya masuk ke kelas. Si Syamil...tanpa segan silu memanggil saya dan memberi 'flying kiss'. Saya buat tak tahu saja dan terus menuju ke kelas.

Di dalam kelas....ada yang tidur, ada yang bersandar sambil kaki di atas meja. Yang berjalan, berbual......jangan cerita lah. saya minta ketua tingkatan (Faizil) ambil buku di bilik guru.berkali2 saya suruh dia ambik buku...selamber dek je dia buat. Geram betul...ingat nak pegi tarik telinga tapi bila nampak saya dah berjalan , cepat2 dia bangun.

Sebaik buku sampai....kanak2 ribena ni dah sibuk minta saya bawa diaorang ke library. Kalau ikut hati nak je lempar diaorang kat library...tak yah ajar. Tapi saya fikir juga.....kalau saya tak ajar pelajar-pelajar saya, nanti anak2 saya pun akan dapat cikgu yang tak nak ajar anak2 saya jugak Mahu tak mahu...saya kena ajar jugak.

Dekat satu masa juga saya nak meminta budak2 ni diam dan duduk di hadapan. Memang berat betul punggung budak2 ni untuk bergerak ke depan.Bila saya nak cubit je..., baru masing2 berebut ke depan.Padahal bukannya budak-budak kecik lagi.

Geram dengan sikap mereka yang melengah-lengahkan masa....saya pun dah nak naik angin.Saya kata  akan kira sampai tiga aje.. kalau tak duduk depan jer, saya nak angkut campak kat bawah (macamlah saya kuat sangat).Dalam mereka sedar saya ni bukan kuat mana nak angkat mereka campak ke bawah , hampir semua bergerak ke depan mengisi tempat2  kosong.Ada yang duduk di lantai sementara saya duduk di kerusi. Beberapa orang yang masih degil...saya tarik je telinga. Abu Zar yang kena tarik telinga mula mengamuk...mengambil mineral water dan mengetuk meja dengan muka masam mencuka.Melihat kelakuan Zar, saya pun bahasakan  dia....

"Amboi,boi boi... nak mengamuk nampaknya. Awak tu sapa? yang nak mengamuk sangat tu kenapa ? Ada saya suruh awak angkut kerusi dari tingkat satu hingga tingkat 3? Ada saya suruh awak angkut bata bina bangunan bawah tengah panas?...saya cuma suruh awak pindah tempat ke depan saja! Tujuannya untuk ajar awak jadi pandai. Susah sangat ke? Dan saya tak minta satu sen pun dari awak...gaji saya kerajaan dah bayar." Ketika ini zar dah menutup telinganya dengan beg. Pedih agaknya kata-kata yang saya hamburkan padanya. Saya sambung lagi...." Kalau awak rasa awak betul, tindakan awak betul dan tindakan saya untuk menjadikan awak pandai suatu yang salah...berdepanlah dengan saya, cakap kat saya.Salahkah saya nak pandaikan awak?

Zar hanya diam membisu.Mungkin kata2 saya masuk sedikit dalam kepala dia.

Saya mengambil tempat saya di kerusi....bila perlu memberi penerangan tentang cerita atau 'passage' tertentu..saya suka berada hampir dengan pelajar2 saya. Sambil membaca, saya akan bercerita  dan menerangkan di dalam dua bahasa. No choice.Bila dah nak membaca dan menerangkan...of course kena bercakap. bila saya nak bercakap,saya tak suka pelajar saya bercakap.Penat jika hendak berlawan cakap dengan mereka .Masalahnya...mereka ni memang tak boleh berhenti diam.

Akhirnya.....saya minta semua beri perhatian dengan sedikit amaran, " Saya nak mengajar, saya tak nak sapa pun buka mulut kecuali berkaitan apa yang saya ajar. Kalau buka mulut jugak, nanti saya bagi  'penampar' ." kata saya dalam nada serious dan gurau.

Sebaik saya cakap je begitu, Syamil dengan muka tersenyum membalas apa yang saya kata tadi,...dalam bodoh-bodoh isim dia cakap, " kalau cam tu, kalau cikgu buka mulut juga saya pun boleh bagi penampar la."

Mendengar kata2nya yang bodoh2 bahasa dan biadap itu....saya dengan selamba bertanya semula kepadanya...'apa  awak cakap tadi? ulang semula saya nak dengar."

Saya bangun, merapati Syamil dan terus bagi penampar. Pelajar-pelajar yang lain memadankan mukanya...."kan dah kena. Yang kau cari pasal dengan teacher buat ape."

Bengang dan malu, Syamil menggomel, "Saya nak keluarlah macam ni.". Saya balas balik, "keluarlah kalau berani. Jangan ingat awak boleh lepas dengan perangai biadap awak ni."

Syamil terus bangun dan keluar dari kelas. Saya ada 30 pelajar lagi yang hendak belajar, so..who cares if he  goes out alone.Saya cool je...tak de nak rasa marah atau bengang.

Saya ceritakan pasal Syamil kepada guru2 lain.Menurut kebanyakan guru, dia ni memang bermasalah sejak tingkatan satu.

Seorang guru yang juga mengajar kelas tersebut memaklumkan, pernah sekali dia menegur Syamil yang asyik keluar masuk kelas..., 'awak ni pergi mana, ingat ini rumah ke kelas."

Tahu apa jawapan Syamil kepada guru tersebut, "Tempat ini boleh jadi rumah, boleh jadi kelas...dua dua boleh dan saya boleh buat apa yang saya suka. Cikgu tak payah nak ambik tahu."

Menurut guru ini...kereta dia dah banyak kali kena calar dan di pancit tayar. Dia minta saya berhati2.

Setakat hari ini, kereta saya ok. Dalam pada tu saya masuk ke kelas...dan dalam nada gurau mengertak budak2 ni. "Awak sentuh je kereta saya....nanti saya bawak satu family saya pergi rumah awak, calarkan dan spray kereta bapak awak, mak awak, atuk awak, nenek awak dan semua keturunan awak. "Semua pelajar saya gelak. Sambil2 tu saya selitkan nasihat supaya berhati2 dengan perkataan yang mereka keluarkan kepada guru.

Kalau nak kena calar agaknya dari awal tahun lagi kena sebab dari awal tahun diaorang asyik kena dengan saya...cubitan maut tu dah sah mesti kena.Belum lagi saya tarik sideburn. Saya memang malas bebel...tapi kalau dah tak dengar cakap....lebih dari sepuluh kali cakap tak dengar memang kena le. Anyway....mesti ada cara lah kalau nak bagi...mesti dengan kasih sayang...hehe.
Hari ini Syamil tak datang.' Teacher, Syamil kerja.'....mmmm no komen."

Monday, July 19, 2010

Macam dulu-dulu pulak.

Hari ini......saya masih menerima pujian. Pagi ni saya rasa macam kalut jer....dengan skirt labuh bunga2 dan baju hitam bertali pinggang besi...bertudung pink lilit cara yuna.Guru2 lelaki mengusik, guru2 perempuan memuji, kerani saya kata," segaknya dia"...saya  kata, saya kalut. Kak Jah kata, "dalam kalut...mcm ni punya segak, kalau tak kalut ntah mcm mana?''....hahaha. Jangan ingat sy perasan pulak.
Saya ni tak lut dek pujian...agaknya kawan2 saya tak pernah tengok dressing cam ni kut. Kalau kat KL, saya rasa ramai pakai style saya.Saya ni memang malas pakai baju kurung.Apa yang saya pakai ni stail orang malas.

Masuk kelas form 4 A 4. Memang 'bercinta' betul nak masuk kelas ni.Sebab per...? budak2 nya nakal2. yang cina kuat tidur, yang India, kuat cakap dan berjalan keluar masuk kelas. yang Melayu malas yang amat. Perangai satu Malaysia. masuk je kelas, diaorang ni mulalah, "teacher....jom gi library."Saya jawab...., "Nope!".Duduk library pun bising. Saya suruh buka buku dan ajar. Lepas ngajar, saya suruh buat latihan. sambil buat latihan...ade2 jer lah. Ade yang macam coklat, tetiba je hilang. Dan tetiba jer budak kelas lain dah ade kat kelas saya. Memang diaorang ni cam 'magik'.Padahal semua kelas ade cikgu. Semua cikgu tak perasan bila diaorang bertukar2 kelas. Pening betul.

Dalam sibuk2 mengawal kelas, Si Syamil asyik merenung muka saya..."eh eh segaknya cikgu, macam anak dara." saya buat buat tak tahu saje.  Muka dia pun saya buat-buat tak tengok dan kata-kata dia saya buat2 tak dengar.Malas saya nak layan.Bila dah banyak2 cakap sangat, saya cakap kat dia, " Eh Syamil, awak ni kalau nak belajar, buat cara nak belajar...tidak duduk kat luar jer."...."Alah...puji sikit pun tak boleh", dia mengomel.

Kat luar kelas...seorang  pelajar kelas lain yang sering mengusik saya.....dah tersengeh kat luar. Dia dok  buat tabik spring dan mengenyit mata kat saya sambil tersengeh. Saya pandang muka dia  dengan serious tanpa berkelip mata (dalam hati mmg nak tergelak sangat2). Dia membalas pandangan saya dan masih tersengeh2. Memang tak makan saman. Bila dah rasa 'kalah' dengan pandangan saya, dia meletakkan tangan nya di mulut....membuat flying kiss dan menjerit panjang...'Oh I love you cikgu" dan terus berlari.Dekat students dalam kelas tu saya cakap, "dia ni memang dah lama hidup kut...dia tak kena lg dgn saya ni."

Pening betul....

Langsung teringat zaman saya mula mengajar di SMKDTHO masa bujang lagi.....beberapa pelajar lelaki  tingkatan 4 akan berselindung di balik tiang. Bila saya lalu jer....sorang budak ni akan memanggil saya,"teacher!". Bila saya paling jer, muka dia keluar lah dari balik tiang tu dengan tersengeh menyebut, " I love you." Hari2 macam tu. saya senyum jer...

Sorang lg budak ni nama Ridhuan. Selalu merenung muka saya. Bila dia buat cam tu saya akan cakap, "Eh Wan, saya suruh tengok papan hitam, bukan tengok muka saya?". Teacher ni macam bidadari lah....macam2 dia merepek. Malam tidur asyik mimpikan saya ler.Nak kawin dgn saya lah. " tak tahan saya dengan budak ni, jadi saya report kat guru tingkatan dia masa tu dan teruk juga dia kena torture ngan guru disiplin. Lepas pd tu jer dia tak kacau sy lagi.

Di SMK Padang Tembak, sorang budak form 4 ni memang panggil saya 'darling' atau 'sayang' dengan berani nya.

Tapi dia dari kelas yang pandai dan budak baik. Yang cakap dia tak baik ialah ex hubby sy jer. He is a nice good looking boy.Saya biasa jer....panggil le ape pun asalkan bahagia dan nak belajar. Saya tak perasan pun....alah budak-budak. Larang pun buat jugak.

Masa pegi rumah kawan dalam dua tahun lepas ...saya jumpa dia, dia senyum dan tanya, " anak dah berapa?' . Hubby saya ada masa tu....saya tak berani sembang sebab ex hubby saya tak suka kat budak tu.

Bila tengok perangai students2 hari ni...langsung terimbas kenangan lama.  Memang saham saya sejak bergelar 'janda' memang tinggi. Belum cukup setahun bercerai , dah ramai yang melamar. Sorang pun saya tak betul2 berkenan lagi. Dulu....sepanjang kehidupan saya, saya dicintai 49 lelaki. dan tak dinafikan, yang meninggal tu cinta saya, yang lain hanya hadir sebagai teman tapi mesra.Ingat nak kawin dengan lelaki ke 50...tapi terkawin dgn yang ke49, so mungkin sebab tu kut .....tak kekal.
Tak dinafikan dalam 49 tu...ada yang berjaya membuat hati saya terpaut akhirnya tapi kami bukan ditakdirkan untuk bersama. Saya akan bercerita tentang 3 orang yang berjaya memenangi hati saya ini dalam next entri.  Nama-nama mereka ialah Zaini, Eddie dan Johari

Sunday, July 18, 2010

GETTING BACK MY LIFE

Hidup saya hari ini memang indah....ntahlah. Bahagia sangat-sangat, kadang-kadang sampai rasa nak nangis kerana bahagia. Kehidupan di Bandar Laguna Merbuk ini sungguh membahagiakan. Saya ada jiran kiri kanan yang baik hati dan ramah tamah. Juga best buddy Dahlia seorang pensyarah UITM. Cerita pertemuan dengan Dahlia ni macam cerita dalam movie yang boleh dibuat2.Kadang-kadang bila fikir memang tak masuk akal.Kronologi pertemuannya macam ni....

Saya masih di KL...belum bercerai pun,that was way back in year 2008.Saya beli rumah kat Laguna 2006, memang rancang nak bercerai tapi masa tu hubby tak sudi menceraikan saya.Jadi saya sewakan pada Dollah dan Shima. Lepas setahun duduk pasangan suami isteri ni beli rumah sebelah.Rumah sebelah ni milik seorang pensyarah.Dahlia ni kawan pensyarah ini dan sedang cari rumah.Kebetulan saya nak jual rumah ni dan Dahlia nak beli. kami pun ber'calling2'tapi deal tak menjadi sebab saya beli harga rumah RM155K, Dia nak beli dgn harga tu sebab Dollah dgn Shima beli rumah sebelah dgn harga tu. saya nak jual RM180k (Actually kawan Dahlia tersalah jual, dia jual harga asal sebab dia beli rumah tu cash...dia boleh lupa harga).

Di KL ni ...saya ade best friend nama Junie.Kami ni kamceng sangat lepas jumpa kat satu kolokium di Palace Of the Golden Horses. Dalam bersembang dengan Junie pasal saya nak jual rumah, Junie cakap dia ade kawan nak beli rumah kat SP. Dia bagi nombor kawan dia. Dunia ni punya lah kecik....kawan Junie ni adalah Dahlia.Sekarang ni kami bertiga jadi best buddies...anak2 dia pun berkawan baik dgn anak2 saya. 

Kata Dahlia ,"T, nasib baik i tak beli rumah u. Kalau tidak you tak de rumah."
Respon saya...'ye lah nasib baik." hahaha

Hari ni juga...saya, Adah, Kak Yan dan Kak Robthoh buat plan nak gi China bulan November ni. Kakak Adah ade kat sana. Bulan Disember pulak , saya akan ke Vietnam dengan geng satu sekolah jugak. Saya dah hint2 kat ex hubby suruh jaga anak time tu.Dia tanya, "awak nak gi mana? dengan siapa?"...hmmmm....perlukah saya jawab. Dia akan baca blog ni so dia tahu le. Pakwe mercedes putih nak ikut saya ke Vietnam, saya cakap....ni rombongan Cik kiah  jer...rombongan orang pompuan. sorry ye!

Tadi....sembang ngan Adah dan kak Kiah pasal jadi cikgu kat 'jail'.Kat sini ada sekolah juvenile. Best...masuk kul 8 and end pukul 1. Tak de ko-ko. Best tu fikir saya....jom Adah kita ngajar kat sana sambil buat master.

On the way saya jalan ke kereta....hati saya jadi sayu...saya dah sayang sangat2 kat kawan2 di sini dan pelajar2nye.Memang seronok mengajar students yang tak ramai (dalam 5 orang satu kelas) dan dapat balik awal tapi.....saya sudah teramat-amat sayangkan kawan-kawan di sini. Tak sanggup kehilangan mereka. Cikgu2 kat sekolah lama pun saya sayang....tapi hari ni sayang saya sudah beralih arah di Sungai Petani...SMK Tunku Ismail.

Jom ikut ke Vietnam...5 hari 4 malam, bertolak 16 dan balik 20 Dec.Kami ade tempat kosong lagi ni....

Saturday, July 17, 2010

Hadiah dari ALLAH SWT

Beberapa hari yang sudah...saya akhirnya mempunyai masa untuk 'figure out' cara untuk letakkan 'shoutmix'. Ingat nak cuba saja. Baru dua hari letak, orang gila mana ntah memberi komen yang pertama..."perempuan meroyan, go get a life". Guess , putting up a shoutmix is not a good idea at all especially with ' psychopaths' lazing around my blog. Saya tak nak menuduh sesiapa. Apa yang saya tahu kenyataan itu wujud dari rasa hasad dengki dan hati yang tidak bersih. Pertama kerana saya tidak meroyan. Kalau meroyan, dah lama saya bunuh bekas suami saya  and to say that I dun have a life...that were words that came out from a total blunder.Saya tidak kisah kalau orang kata saya 'bodoh' bila mana saya memang 'bodoh' tapi of course mesti ada fakta lah....dan tengoklah apa yang saya nak jawab.Tapi....kata saya 'meroyan"...hmmmmm ciri2 orang meroyan seperti meracau tak tentu hala...tak de pada saya setakat ini.Alhamdulillah. Orang meroyan tak mampu tulis blog tau!

Apa-apa pun, kerana kata-kata yang saya dapat pada hari itu,Allah menghadiahkan saya dengan pujian yang tidak henti-henti.

1) Awal pagi , saya hendak bertolak ke sekolah, dengan skirt kembang berwarna biru dan baju putih pendek dan kasut tinggi . Saya baru hendak menutup pintu pagar. Nenek di rumah sebelah, memandang....'Segaknya T " ( bahasa Kedah segak tu cantik'.)Saya tersenyum dan ucapkan terima kasih pada makcik tu.

2) Saya tiba di sekolah....dari jauh seorang kakak melambai tangan ke arah saya..."T,...ni ...kak liza dengan yang lain baru jer ckp...baju ni kalau Yati yang pakai, memang padan" kata kakak itu...sambil menunjukkan gaun panjang yang sangat cantik. Saya pun berkenan tapi tak jadi ambik sebab saya nampak lagi kurus dengan baju tu.

3) Di dewan makan, bersama anak2...Ina rakan saya, mengatakan Arianna ada iras wajah saya cuma kulitnya saja agak gelap ...tapi 'Adah' pula menyampuk...anak2 saya comel tetapi mereka tidak 'manis' seperti mak..nya.

4) Di bilik guru...Shikin tak habis2 cakap saya ni, dia tak percaya sangat umur saya sudah mencecah 40 tahun. Mendengar kata Shikin ttg umur saya...Suguna pula terperanjat. Iye ke kak Yati...saya ingat kyati awal 30 an. saya tak terkata ape2....cuma ucapkan terima kasih.

5) ketika mengambil anak dari nursery, pekerja nursery meluahkan, "Kak yati , saya nak cakap sangat kak yati ni memang cantik...dengan baju merah ni saya memang minat sangat". 

6) Saya berkenalan dengan seseorang melalui laman sembang dan lelaki ini benar2 ingin bertemu saya. Dia sanggup datang all the way from Ipoh. Saya bertemu dengan dia bersama anak2. Katanya,' gambar kadang-kadang boleh menipu...dalam gambar yatie nampak macam gemuk dan macam anak mami....In real, Yatie kurus, tinggi dan cantik.Dia ni datang bawak Mercedes putih..siap tunjuk ic dan aset..nya. Dia dah jatuh cinta pada saya. Anyway saya tolak cinta dia dan Mercedes dia sebab dia nak kawin dan mahukan zuriat lagi...As for me, anak2 saya ini adalah permata hati saya, saya bukan muda lagi dan tidak mahu ada zuriat lagi. Saya nak membesarkan anak2 dan melancong.

7) Saya jarang mengambil kata2 pujian dari pelajar (budak2 ni memang suka mengampu) tapi semasa saya menjaga murid2 bertaekwando, beberapa pelajar cina datang termasuk seorang pelajar saya. Dalam mereka berbual sesama sendiri, seorang dari rakan mereka yang tidak saya kenali....menghampiri saya,....."cikgu," . Saya tak perasan dia memanggil saya. Bila saja saya memaling ke arahnya. Dia datang agak hampir dengan saya, "cikgu, cikgu ni cantik". Saya terkedu...dan mengucapkan terima kasih. Dan dia terus berlalu. saya pun tak tahu siapa dia.

Sejak balik dari bercuti dr Taman Negara, kulit saya yang hangus...bersalin kepada kulit yang putih bersih dan lebih mulus. Pelik saya..... .

8) Semalam,...anak2 saya makan macaroni goreng dengan penuh berselera...Saya tanya...sedap ke? "sedap sangat sangat...thank you for the delicious macaroni mummy.It's yummy".

9) Ina datang pada saya dan beritahu pakcik jaga  sekolah saya...memberitahunya," Cikgu, Cikgu yang naik kereta ni 'sorang' kan? " Iye, jawab Ina agak terkejut. "Segak cikgu tu kan? Dia tak de sapa2 lagi ke?" Saya hanya tersenyum....agaknya pakcik tu nak rekomen seseorang pada kak yati ke ...jangan dia rekomen untuk diri dia dah le...haha, saje saya buat lawak.

Kepada 'orang2 gila' yang mengikuti blog saya, kalau benci saya, ' stop the curse on me or you'll suffer even more".


Thursday, July 15, 2010

APC dan hasad dengki manusia.

Terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada semua rakan2 yang saya sayangi di SMKDTHO yang sekian lama menantikan APC , akhirnya termakbul jua. Ada yang sudah berbelas tahun di sini....bukan tidak menjalankan tugas dengan baik tetapi  mainan politik di dalam sekolah di luar kawalan manusia. Ada pula yang jelas tidak layak, baru setahun berpindah sudah mendapat APC.Gara-gara pandai bermain dengan kata-kata.Cuma dalam ramai2 penerima....semua orang terperanjat, seorang pentadbir sanggup menikam orang bawahan dan atasan..pengetua,guru2 kanan, penolong2 kanan untuk menaikkan dirinya sendiri.

Anyway....entri ini saya reserve dulu. Kali ini saya ingin menyentuh tentang APC dan hasad dengki manusia yang kadang-kadang tidak mampu melepasi jangkauan minda.

Baru semalam....saya mendapat tahu seorang rakan  'sakit'. Rakan-rakan memapah dia. Rakan saya ini baru berpindah dari Terengganu. Dia disantau rakan sekerja kerana APC. Merata dia berubat. santaunya sangat susah diubati kerana si penghantar sentiasa bertanyakan khabarnya. Setiap kali dia membuka mulut bertanyakan keadaan rakan saya ini...setiap kali itu ada saja yang 'dikirim' kepada rakan saya.Terbaru dia mengirim surat, menelefon. Walaupun sudah berpindah, si penghantar masih memburu rakan saya. Pasti niat di hati selagi tidak mati selagi itu dia tak puas hati.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang manusia boleh pergi sejauh itu kerana hasad dengki.Sepanjang kehidupan saya memang saya pernah difitnah, dianiaya oleh 'orang-orang gila' yang tak seberapa kerat tapi mereka-mereka ini cuma setakat gila memfitnah dan membuat cerita, tidaklah sampai menghantar benda2 yang tidak elok . Naauzubillah. TETAPI nasib yang dialami oleh rakan saya sungguh menyedihkan. Tak kurang jugak cerita2 similar yang kita dengar tentang beberapa artis menerima nasib yang sama.Saya tertanya-tanya adakah aman hati dan jiwa mereka mereka ini?

Sungguh sukar saya menerima hakikat ada manusia seperti ini kerana seumur hidup saya , tidak pernah sekali pun saya rasa nak berhasad dengki dengan orang lain.Agaknya mungkin kebersihan hati saya membuatkan saya nampak jauh lebih muda dari usia....hehe perasan tu  sifat positif yang mewujudkan aura yang baik. Perasaan  cemburu tu tak dapat dinafikan memang ada.....iyalah tengok kawan2 drive 'Mercedes'.....dengan hasil usaha mereka .Jealouslah juga ....hahaha tak lah, dah rezeki mereka.


Jangan Salah faham antara dengki dan cemburu. Keduanya ada maksud yang berbeza. BUT THE TRUTH ABOUT ME NOW....SAYA SANGAT CEMBURU PADA MEREKA YANG TELAH MEMPUNYAI 'MASTER'. Saya teringin sangat nak ada 'master' kerana saya rasa dengan ijazah sarjana boleh membawa saya bekerja keserata dunia. Berangan nak mengajar 'English' di Oman ke, Riyadh ke? gaji yang diaorang akan bayar dekat RM20k .Dari tahun lepas saya asyik survey kerja kat luar negeri.


Kawan2 saya disini ada mengajak saya untuk buat master di USM. Kitaorang plan nak carpool sama2 every time gi kuliah....? Aduhhh mampu kah saya ? Kalau nasib tak baik dapat supervisor 'gelong' (kurang stabil emosi), mahu bertahun tak grad.Walaupun sekarang saya tengah 'membuat duit' tetapi hati rasa sangat tidak tenang TANPA SEGULUNG MASTER di tangan.SEMOGA ALLAH MEMUDAHKAN SAYA MENGGAPAI  IMPIAN YANG TERSIMPAN INI.


Back to the topik.Pada mereka yang suka berdengki ini,saya pun tak tahu nak nasihat ape . Apa yang boleh saya harapkan ialah berdoa semoga taubat mereka-mereka ini diterima Allah sebelum mereka menutup mata dan semoga rakan saya terus dipelihara Allah dari keburukan hati manusia.


SEDIKIT PERKONGSIAN UNTUK RENUNGAN.


Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206). 

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. 

Rasulullah bersabda bermaksud: "Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441) 

Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam: 

Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama. 

Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Wednesday, July 7, 2010

TERINGAT KAWAN-KAWAN DI SEKOLAH LAMA

Lewat cuti sekolah yang lepas, saya ke Taman Negara dan kemudian lepak di KL. Peluang saya berada di KL digunakan kawan2 untuk melepas rindu dengan mengajak saya pergi karaoke dan menonton wayang..Legenda Budak Setan. Mulanya saya segan jugak sebab kulit saya dah burnt habis...hitam sebab saya tak pakai sunblock masa gi Taman Negara. Demi kawan-kawan saya ikut jugak. Diaorang kata tak kisah lah rupa saya cam mana , they still wanna meet me.Semua kos makan , tengok wayang  dibayar oleh mereka.

Di laman facebook ...saya berpeluang berkenalan dengan guru2 baru SMKDTHO . Walau saya sudah tidak ada di sana, facebook menjadikan saya ibarat masih wujud disana. Dari facebook saya berkenalan dengan adik baru bernama Ustaz Fadzli dan Cikgu English baru menggantikan saya Khir Johari.Fadli ni ustaz , memang cute macam Allahyarham Sudirman haji Arshad. Suara dia pun sedap bila menyanyi.

Pada HARI GURU yang lepas...guru-guru berpakat membuat persembahan Bollywood sebagai memenuhi keinginan saya untuk mengadakannya sejak tahun lepas.

Kata Yus, "Tie...I ni tak berapa larat sangat (sebab sakit) but we did all this for you...sebab you je i gagahkan.".....memang saya terharu. Tahun depan mereka mengajak saya join sambutan Hari Guru di sekolah lama. 

Guru-guru disekolah baru saya pun ok jugak sebenarnya.

Gambar-gambar di bawah adalah gambar yang diambil dari FB Yusmah ....dibawah gambar tersebut tercatat.....meraikan kedatangan yati ke KL....hilanglah rindu.




Kak Ton, fadli, Yus dan saya

Ini saya dan Yusmah. Yus memang suka posing. Gambar kenangan masa di DTHO