Wednesday, April 14, 2010

BERKAHWIN PADA BULAN JUN

Tak siapa yang tahu bagaimana lebih sebulan yang lepas...hidup saya bertukar menjadi 'up side down'. Semuanya gara2 lamaran yang saya terima dari seorang lelaki Inggeris yang tak lama saya kenali. Dari langsung tidak percayakan dia...akhirnya lamaran dia saya terima setelah dia bertungkus lumus membuktikan dia bukan seorang penipu dan benar-benar cintakan saya.
Sebaik lamarannya saya terima...saya jadi serba tak kena....memikirkan apa betulkah tindakan yang saya ambil ini.Bagaimana dengan buah hati saya yang lain.What shud i tell them? Apa yang hendak saya katakan pada S, I dan H. Dalam keadaan yang serba tidak kena itu...hubungan saya bersama D berkembang dengan baik dan keyakinan saya untuk hidup bersama lelaki ini dan terbang meninggalkan tanahair untuk berhijrah ke Kota London bersama anak2 semakin menebal . Di saat menerima gangguan dari keluarga bekas suami, saya mula merasakan perkahwinan ini adalah jalan penyelesaiannya. Saya tidak mahu mereka menganggu kehidupan saya lagi. D mendesak saya memberitahu keluarga tentang hubungan kami. Saya tidak tahu apa reaksi dari ibu bapa saya jadi saya serahkan kepada D  untuk memberitahu sendiri hasratnya kepada ibu bapa saya. Panggilan D disambut oleh ayah .Of course keluarga saya terkejut tetapi berpura-pura menerima dia dengan baik. Mengikut perancangan D akan datang ke Malaysia pada bulan Jun , diislamkan oleh ayah dan baru ayah akan berbincang tentang pernikahan kami kemudian. Di sebalik perancangan yang sempurna...keluarga saya sudah membuat perancangan untuk ke London menyiasat latar belakang D. Ayah dan emak tidak bersetuju dengan keputusan yang di ambil oleh saya secara tiba-tiba.
     Akhirnya saya perlu menghadapi kenyataan saya perlu berhadapan dengan insan-insan lain yang menyayangi saya. Dengan berat hati saya maklumkan pada S dahulu. Sepatah soalan S pada saya...."ayang pasti ke dengan keputusan ayang ini? .Selepas itu bertubi2 soalan dari S datang,.....dia ingin tahu segala-galanya tentang D. Saya tidak banyak menjawab sekadar memaklumkannya..inilah keputusan saya.
.......Saya tahu S sangat2 sayangkan saya. Sepanjang hubungan kami sejak bulan September 2009, dialah yang banyak bersusah payah bersama saya. Selepas habis edah ...S lah yang menghantar dan mengambil saya di stesen bas setiap kali saya pergi dan balik dari kampung. Malahan dia juga pernah menemani saya balik ke Butterworth. Kali terakhir kami bertemu ialah ketika dia dtg ke Sungai petani membantu mengecat rumah saya. Memang saya sangat terhutang budi kerana dia sanggup balik hari....(dtg pagi dan pulang ke KL pada malamnya) semata2 untuk membantu saya. Namun pertemuan terakhir itu menyebabkan hati saya berubah. Ada beberapa perkara tentang dirinya yang tidak saya senangi . Selain itu , faktor usianya yang terlalu muda dari saya(32 tahun) membuatkan saya berfikir panjang.Dia juga masih bujang , saya takut dia tidak dapat memikul tugas sebagai seorang bapa kepada anak-anak saya.
     Pada S ...saya berterus terang....kami bukan pasangan yang sesuai. S menangis di talian...dia terlalu sayangkan saya...'abang sayangkan ayang 300 percent tapi ayang bagi hati ayang pada ramai orang'. Bukan niat saya melukakan hatinya tapi....entahlah. S bukan orang yang mudah berputus asa....kami masih berhubungan cuma sekarang dia  mungkin sudah dapat menerima hakikat kami tak mungkin bersatu. Sesekali saya akan menerima sms dan panggilan darinya..setiap kali itu suaranya begitu sedih bunyinya. Katanya dia tak mungkin dpt melupakan saya. Adakalanya keyakinannya bahawa saya akan memilih dia sebagai suami suatu hari nanti...saya matikan begitu saja. ' abang..... tak mungkin...ayang takkan pilih abang." Sepatah jawabnya."..kita tengoklah nanti...percayalah,...tak ada orang yang lebih sayangkan ayang dari abang."Mengenangkan S kadang-kadang mengimbas kenangan yang membuat saya tersenyum sendiri. Pernah sekali S mengajak saya kawin lari setelah menyedari keluarga saya menentang hubungan kami.. Semasa tu saya masih di Kuala Lumpur. Rakan2 saya berpendapat tindakannya itu agak kurang matang. Bagi saya.....dia lupa saya ada tiga orang anak di belakang saya dan suatu kerjaya yang memerlukan saya menjadi contoh teladan....kalau dah cikgu kahwin lari..cam mane tu.
      Selepas dari S....saya perlu memberitahu Iz...seorang jurutera telekomunikasi berusia 35 tahun. Saya menyambut salam perkenalannya melalui email yang dihantar dan nombor yang ditinggalkan. Hubungan kami menjadi serius tetapi saya mmg tak tahan dengan tugasnya yang selalu keluar negara. Sebulan di luar negara dia kembali ke Malaysia untuk bertemu saya  sebelum pergi kembali seminggu kemudiannya. Walaupun dia ada menghubungi saya sepanjang di luar negara...saya masih tidak boleh memahami tugasnya. Siapa yang tahan...buah hati tenggelam timbul. Sekejap ade...sekejap tak ade. Dia tahu saya bosan dengan keadaan itu.
Kepada Iz ...saya ceritakan tentang rancangan perkahwinan saya. Mengetahui saya memilih seorang lelaki Inggeris....Iz menceritakan keburukan lelaki Inggeris. Diakhir perbualan dia melamar saya. Ini bukan kali pertama dia melamar, cuma katanya dia minta tempoh hingga tahun depan sebab tahun ini dia agak sibuk dengan kerja.Tahun depan dia bercadang menukar kerja dan mengikut saya ke SP. Lamarannya saya tolak. Saya tidak sanggup menunggunya. Bukan melepaskan dia tetapi saya tidak mahu berjanji pada sesuatu yang tidak pasti. Panggilan  terakhir saya terima darinya adalah panggilan dari luar negara. Sebelum itu dia sempat menghantar pesanan ringkas...'semoga berbahagia dengan boyfriend mat salleh". Itu yang terakhir dan sebaik dia menghilang...baru saya sedari saya telah kehilangan seorang yang saya cintai.
           Seterusnya...H....seorang businessman berusia 40 tahun yang sedang berusaha memajukan projeknya untuk merealisasikan perkahwinan kami. Jika rezeki menyebelahinya...dia merancang membawa saya mengerjakan umrah dan berbulan madu di German.Katanya..dengan pendapatannya saya tidak perlu bekerja lagi. Kepada H ...saya tanyakan, "Abang nak ke ayang pilih abang kerana duit abang?" Dia menggelengkan kepala. Kepadanya saya katakan lagi...." Abang, duit bukan segala2nya.Kalau abang sayangkan ayang...bagilah ayang masa menerima abang." Dalam pada itu...saya tidak menolak H mentah-mentah. Ada sedikit ruang saya berikan atas keikhlasannya menyayangi saya dan anak2.  
Dia juga sesibuk Iz...tambah2 dia jauh di Kuala Lumpur dan sesekali berada di Alor Setar .Kami jarang bertemu. Seperti Iz...dia juga mengharapkan saya setia menunggu sementara dia sibuk mencari duit. Berita perkahwinan saya diterima dengan rasa kurang senang.Alasan yang saya berikan kepadanya adalah kerana dia terlalu sibuk hingga tiada masa untuk saya. Dia membalas..."kalau ujian macam ni pun ayang tak sanggup hadapi...macam mana tu". Entahlah....saya pun tak tahulah nak kata ape.Di saat ini,  hanya lelaki yang benar2 ikhlas saja yang boleh memenangi hati saya. Wang bukan taruhan kehidupan saya. Saya hanya inginkan seseorang yang akan membahagiakan saya dan sebuah cinta yang sejati. Jika seseorang cintakan kita, dia akan meletakkan kita di tempat yang istimewa di hatinya. Saya inginkan orang yang sejiwa dengan saya yang sentiasa ada di saat saya perlukan dia. Sebaik saya berkongsi berita perkahwinan saya...saya terus mendiamkan diri.
        Anyway.....saya batalkan hasrat berkahwin dengan D atas nasihat kawan2 dan keluarga. Kepada kawan2 juga saya maklumkan saya dah batalkan niat menjadi orang London...kalau tidak D kena berdepan dengan semua kawan2 saya sebelum membawa saya lari ke sana. Sebab ini keputusan saya, saya sedih sikit saje.Sekarang ni nak pujuk buah hati yang dah merajuk..saya dah tak kuasa. Semoga mereka berbahagia dengan kehidupan dan kesibukan mereka.
        Belum seminggu putus kasih dengan D, seseorang menyapa saya di telefon. N  saya jumpa sekali saje, pada hari terakhir saya meninggalkan KL. Lepas tu saya delete nombor dia dan semua teman2 di KL termasuk S.Anggapan saya jarak yang jauh tak memungkinkan satu hubungan. Tapi saya tersilap....Setelah 6 bulan menyepi...dia hadir kembali menyatakan betapa pentingnya saya di dalam hidup dia.Orangnya pun saya dah lupa. Rupa2nya selama 6 bulan dia tidak menghubungi saya ,  dia berada di Shanghai atas urusan perniagaan. Walaupun agak terkejut dengan luahan hatinya , saya menerima dia seadanya...sebagai teman rapat.Selebihnya biar takdir yang jadi penentu.Saya orang yang mudah berubah hati. Bila tidak dilayan dengan baik.....saya boleh bertukar haluan.Tambahan pulak ini perkahwinan saya yang kedua...pastinya saya akan lebih berhati2 dalam memilih suami.Takut pisang berbuah dua kali.
           Hari ni...bukan N saje teman rapat saya, kehadiran Sy mengisi hari2 saya dengan kata-kata yang indah. Saya tahu Sy ikhlas sebagaimana ikhlasnya saya menerima dia .Di peti email saya....ada beberapa nombor telefon yang menanti untuk saya menghubungi mereka. Setakat ini saya selesa dengan keadaan sedia ada dan tidak mahu menambah beban kekalutan dalam hidup saya .H dan S sudah kembali setelah mengetahui saya tidak jadi kawin. Setakat ni cukuplah......biar takdir yang menentukan siapa yang akan memenangi hati saya nanti. Iz.....saya tahu dia kuat cemburu dan tak mungkin memaafkan saya kerana mengkhianati cintanya. Semoga dia bertemu insan yang akan memahami kerjaya dia suatu hari nanti.
        


Saturday, April 3, 2010

KENANGAN YANG TERINDAH

Kenangan yang Terindah
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka

Sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

Darimu, kutemukan hidupku

Bagiku, kau lah cinta sejati

 
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah


P/S  Semoga kau mengerti....bukan niat aku ingin melepaskanmu. Bukan niat aku tidak mahu menunggumu. Sebaliknya, aku hanya ingin takdir menentukan hidupku..... ketika kau merajuk menghilangkan diri, baruku sedar rupanya kau yang paling kucintai.