Monday, March 29, 2010

Mendidik anak solat

Sebagai seorang ibu tunggal...tanggungjawab saya sangat besar untuk memberi ilmu dunia dan akhirat kepada anak2 saya. Sebelum ini pun memang saya kadang2 mengajak anak bersolat bersama kerana anak-anak saya perempuan, sementara Daniel ketika itu masih lagi sangat kecil.Saya bimbang jika lambat mengajar anak solat...anak-anak akan menjadi malas nanti. Jadi pada waktu-waktu yang saya berkesempatan, saya akan gunakan untuk bersolat jamaah bersama anak-anak. Arianna dan Daniel sangat rajin mengikut saya bersolat....berbeza dengan Sarah yang agak ngilat sedikit. Ada kalanya saya bergilir bersolat bersama Arianna dan pada waktu2 lain bersama Daniel.Susah untuk bersolat bersama keduanya bersekali kerana Daniel ni bukan boleh tengok kakaknya  disebelah saya. Bila saja Arianna sujud, Daniel akan menekan kepala kakaknya supaya tidak dapat bangun dari sujud. Bila Arianna rukuk saja, dia akan menolak Arianna sampai terjatuh.Memang tak khusyuk dibuatnya saya dengan telatah anak kecil saya yang baru berusia 2 tahun lebih ini. Kadang-kadang dia ok pulak. Yang saya bangga tentang anak2 saya ini ialah kesabaran mereka menghabiskan rakaat ,tambah2 kalau berjamaah pada waktu  Isyak. Sarah perlukan sedikit dorongan....dia anak yang sulung, banyak bebanan dan pengalaman pahit yang dia lalui pada masa lalu. Saya pula selalu sangat marahkan dia. Sebab tu pada ketika bacaan doa, saya membacakan doa saya dengan kuat supaya anak-anak tahu saya sangat sayangkan mereka walaupun kadang2 saya naik angin dengan kemalasan mereka ini.

Inilah doa yang saya bacakan,
"Ya Allah Ya Tuhan...ampunkanlah dosa ku, Ampunkan dosa kedua ibu bapaku. Kasih dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan mengasihani aku ketika kecilnya.

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah lagi Penyayang, jadikanlah anak-anakku insan yang soleh dan solehah. Jadilah mereka anak-anak yang rajin dan mendengar kata.Jadilah mereka anak-anak yang taat kepada perintahmu. 
Ya Tuhanku....berikanlah kejayaan kepada anak-anakku di dunia dan di akhirat. Jadikanlah mereka insan-insan yang berjaya di dalam kehidupan mereka.

Amin amin ya rabbal'alamin.

Mulai hari ini doa saya akan saya akan saya tambah secara senyap.........

"Ya Allah Ya Tuhanku...Tuhan semesta alam, Tuhan yang mengetahui segalanya....hanya padamu tempatku bersujud dan merayu. Hanya padamulah tempat aku memohon pertolongan. Sesungguhnya Kaulah yang lebih mengetahui bahawa aku adalah hambamu yang teraniaya.Tunjukkanlah kekuasaanmu ya Tuhanku....Tunjukkanlah segala kebenaran. Aku serahkan segalanya kepadaMu ya Tuhanku kerana aku percaya janjimu adalah benar.Tunjukkanlah kekuasaanmu.Sesungguhnya aku adalah hambamu yang teraniaya.Berilah balasan yang setimpal pada mereka yang telah menganiaya aku."

Dan Ya Tuhanku....jauhkanlah aku dari fitnah yang mendatang dari bekas suamiku dan keluarganya.
Amin ya RabbalA'lamin



Saturday, March 27, 2010

Cubaan menceroboh password blog saya

Jahat ke tak keluarga ni hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Saya menerima mesej cubaan mendapatkan password blog saya. Apa lagilah tindakan mereka ni ?.....Hanya Allah saja yang akan membalas segala keburukan mereka.

Lagi komen dari keluarga bekas suami.....sepupu dia pulak

Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan2 yang mengikuti dan menghantar pesanan melalui email dan blog2 saya yang lain.Hampir semua meminta saya untuk tidak melayan message dari keluarga bekas suami.Saya ingin sangat mengenali anda semua sebagai sahabat bila ada kelapangan masa.

Nampaknya keluarga bekas suami masih lagi tidak serik....yang mereka tidak tahu semakin mereka menganggu saya..semakin banyak keburukan mereka yang terdedah .Please dont make me do this!!!!!

Hari ini saya menerima satu lagi komen dari Farez Azhar....Dia ni sepupu bekas suami saya. Perkara pertama yang bekas suami saya kata ketika berkahwin dengan saya adalah supaya berhati-hati dengan keluarga budak ni especially.......mak dia. Tapi dalam family diaorang ni....yang paling biadab si Farez ni dan adik dia Farhana. Adik perempuan dia yang sorang lagi tu......Ain kalau tak salah nama dia...memang baik teramat jauh sekali dari abang dan kakak dia ni. Setiap kali ada masalah berkaitan famili bekas suami, suami akan menyalahkan saya kerana cerita kepada mak si Farez ni, Dia berkeras mak saudara dialah punca bekas mak mertua saya bersangka buruk tentang saya. Dia kata dia dah pesan beberapa kali tapi saya ni cepat lupa. Dia kata keluarga dia pun bukannya suka kat famili diaorang ni atas satu sebab yang dia tak nak cerita. Ada sejarah lama..Terus terang dalam pada bekas suami mengingatkan saya tentang ibu si Farez ni....saya sebenarnya suka pada mak dia.Saya suka bercerita dan dia pendengar yang baik tapi dalam masa yang sama dia juga penyampai yang baik. Jika ada olahan cerita....itu Tuhan yang Maha  Mengetahui.Saya tahu apa yang berlaku walaupun saya pura-pura tak tahu.

Anyway farez (along)..., belajar lah beradap sikit dengan orang yang lebih tua. Dari dia tingkatan tiga lagi saya tengok diaorang ni perasan pandai dan kurang ajar.Bayangkan dia masa tu tingkatan tiga boleh tunjuk lagak macam pandai lagi tanya saya macam mempertikaikan kelulusan  ijazah saya. Berlagak macam pandai pasal komputer. Yang diaorang  tak tahu bab internet dalam tangan saya sejak 1997 lagi.  They are pethatic people who think big about themselves and think small about others.To Ain.....kak Yati doakan semoga kejayaan terus mengiringi kehidupan Ain.Hiasi diri dengan peribadi yang mulia.

Along,
Bila nak mengumpatkan Kak Yatie ingat Allah sedang memerhati. Sebelum bercakap, nilai diri anda sendiri. Bila nak cakap pasal agama ingat ye awak tu hanya lulusan sekolah biasa sedangkan.....saya fasih berbahasa Arab dan pelajar Syariah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama perempuan Almashoor, Pulau Pinang. Jangan tidak sangka seorang lulusan Bacelor in TESL adalah  pelajar dari sebuah sekolah agama.Bekas ibu mertua saya selalu menyindir saya di belakang bekas suami........."kau ni tak tau baca jawi ke?"....Saya pun tak tahu nak cakap ape.......(Salah bekas suami sebab tak beri tahu keluarga dia latar belakang saya). Bekas suami saya pulak beranggapan sikap mak dia berubah terhadap saya sebab dihasut oleh mak si Farez ni....Entahlah saya pun tak tahu mana yang betul.

Baru-baru ni saya menerima salam dari bekas rakan sekolah (Jihan) yang juga menjadi seorang guru bahasa Inggeris melalui ketua bidang saya....ketua bidang saya ketawa bila mendapat tahu kami berdua rupanya dari sebuah sekolah agama yang terkenal.Sepatutnya jadi ustazah tapi jadi teacher pulak.  Zaman persekolahan saya agak terkenal kerana saya yang akan mengimamkan semua pelajar ,saya juga yang akan menyampai Usrah dan kuliah subuh. Selebihnya bab persembahan , masuk syarahan dan menjadi pengacara sekolah adalah kelebihan saya.Orang akan memandang rendah pengetahuan agama saya jika mereka tidak tahu latar belakang saya.....tapi bagi yang tahu, mereka akan menganggap itu satu kelebihan.

Harapan saya...selepas ini, Allah tidak akan mengaibkan mereka dengan tindakan mereka sendiri.Dari saya hanya ingin bercerita tentang diri saya, kini banyak pulak cerita yang keluar.

To bekas suami....kalau berani, mengakulah sendiri apa yang awak cakap kat saya tentang mak Bi dan keluarga dia. Maaf saya penat hidup bermuka-muka dan penuh kepuraan seperti keluarga awak. Hari ini....pekung sudah terbuka. Awak hadapilah sendiri ye....jawab lah sendiri. Hanya awak dan Allah saja yang tahu bahawa saya bercakap benar . Semua cerita saya adalah benar.

Saya sangat bersyukur terlepas dari keluarga...........ini!!!!!!!!! 
Semua orang dapat melihat sendiri betapa dayusnya bekas suami.....dan lihatlah siapa yang menguasai hidupnya.Sepupu yang belum cukup umur pun boleh masuk campur.

Saya tahu hubungan mereka dengan keluarga sepupu mereka takkan terjejas dengan pendedahan saya ini sebab memang hidup mereka memang suka bermuka-muka sebab tu saya cerita.



Thursday, March 25, 2010

Terbongkarnya Anonymous

Beberapa hari yang lalu...saya menerima mesej dari adik perempuan bekas suami saya yang menyelar saya kerana mengatakan keluarga mereka miskin di dalam entri saya sebelum ini. Dengan terimanya mesej ini, tahulah saya siapa anonymous yang menyerang blog saya baru2 ini. Siapa sangka bekas suami akan memanggil adiknya sendiri dengan panggilan 'bodoh' (baca entri saya sebelum ini). Allah itu Maha Kaya...walau saya tidak berteka teki tentang siapa disebalik anonymous sebelum ini....Allah masih ingin menunjukkan siapa orangnya.

   Untuk pemgetahuan semua...keluarga bekas suami saya  ni memang suka campur tangan hal rumahtangga saya....daripada memahami situasi yang berlaku...mereka lebih suka mengganggap sebarang cerita yang buruk tentang ahli keluarga mereka adalah fitnah dan bermati-matian mempertahankan ahli keluarga mereka. Sikap mereka inilah yang menyukarkan bekas suami saya berubah.Dia senang memperdayakan keluarganya dan menjadikan saya mangsa keadaan. Mereka saling mempertahankan diri dan keluarga mereka....Saya tidak tahu jika ini sesuatu yang baik untuk keluarga mereka tetapi bagi mereka inilah bukti kesepakatan mereka. Tapi andai kesepakatan ini telah menyebabkan rumahtangga ahli keluarga mereka runtuh....apakah mereka masih gembira dikatakan keluarga yang bersatu?....saya sendiri tidak pasti.


YANG PASTI KELUARGA SAYA AMAT BERBEZA SEKALI..........


Keluarga saya pula terbalik..kami akan menyalahkan ahli keluarga kami sendiri sekiranya ada complain atau rungutan yang diterima dari adik-adik ipar .Ibu bapa saya lagilah....kami memang selalu disalahkan ..semuanya kena.Saya sendiri pun sekiranya menerima rungutan dari adik ipar tentang adik saya...siaplah adik saya kena basuh.Sebab itu hubungan kami dengan kakak dan adik ipar sangat rapat.Ibu bapa saya lebih suka mendidik kami menjadi lebih baik. kadang-kadang kami tak bersalah pun..contohnya saya, kalau bekas suami mengadu pada mak saya...kena lah saya. Tapi yang menyelamatkan saya adalah pembantu rumah kerana dia yang menjadi saksi .


Adik-adik ipar memang kuat mengadu. Sorang daripadanya adalah isteri adik sulung saya. Bila dapat report je....saya dan adik yang lain kerap menasihat adik lelaki saya ini...tapi akhirnya hubungan mereka berakhir juga dengan penceraian. Yang membezakannya ialah hubungan kami dengan bekas adik ipar masih sangat baik.Bekas adik ipar masih datang bermalam di rumah kami. Ibunya juga memuji kebaikan kami sekeluarga melayan mereka.


Berbalik kisah adik bekas suami  saya ni......sebelum ini saya memang kerap menerima sms darinya yang menyindir saya yang tidak mempunyai suami. Namanya  kami panggil 'EMA". Dalam masa yang sama dia membanggakan diri mempunyai seorang suami yang dia sayangi dan selalu menyindir saya seolah-olah saya tidak sayangkan abang mereka. Memang  betul saya tidak sayangkan abang mereka.Saya kawin dengan harapan abang mereka yang dikatakan sayangkan saya akan  dapat membuat perasaan sayang itu timbul, malangnya dengan beberapa episod luka yang dihadiahkan oleh abang mereka.....mana mungkin saya sayangkan dia. Apa yang pasti....sebagai seorang isteri yang tidak berapa sayangkan suami, saya berkorban segala-galanya untuk abang mereka ini. Dari nafkah , makan pakai keluarga hingga ke kelengkapan rumah, pembantu rumah, melayannya sebaik mungkin. walau tanpa pembantu rumah pun segala urusan rumahtangga terjaga dengan sempurna. Abang mereka pun bersetuju, tidak ada adiknya yang dapat melakukan kerja sebaik saya,begitu juga dia percaya isteri adik2 dan abangnya pun tidak sebaik saya. Rumah saya tidak berselerak seperti rumah mereka. Anak2 saya juga lebih terurus dari anak2 mereka. Pembantu rumah saya selalu mengata adik perempuan bekas suami saya ini...' kak Teh tu doktor...tapi anak-anak tak terurus, selekeh '.




Dalampada menyindir saya dan mengagungkan suaminya.....saya bagai tidak tergamak memberitahu dia siapa suaminya yang sebenar. Lebih kurang 4 atau 5 tahun lalu, saya dan seorang adik ipar saya telah pergi mencari suami Ema ini di tempat kerjanya kerana satu urusan. Rentetan dari itulah , kami mendapat tahu ' the true colours of this man'....memang tidak sangka. Balik dari itu, saya memberitahu ibu mertua saya ketika itu dan ibu mertua saya meminta saya merahsiakan hal ini dari anaknya kerana bimbang anaknya susah hati. saya pun pelik...sepatutnya hal-hal macam ni kenalah beritahu untuk mengelak anak ditipu....tapi lain pulak style family bekas suami saya ni. Akhirnya saya akur dan merahsiakan hal ini sehinggalah bila dia terlampau menyindir, saya pun berterus terang . Bila fikir kes-kes isteri lurus bendul kena tipu ni memanglah  kesian sangat. Percaya dan cinta seratus peratus...tambah2 Ema ini doktor...kerja tak tentu masa, on call lagi. Anak-anak tak terurus, rumah dia kali terakhir saya pergi macam tongkang pecah. Suami pulak kerja kat KL. Dia kat Seremban kut masa tu....Dia kata saya buat fitnah....suka hati dia le nak kata ape. Saya kata kena tumbuk pun kata fitnah (abang dia duk senyap je). Saya kata mak dia kata macam2 kat saya pun kata fitnah juga ( mak dia pun duk senyap je). Bila saya kata saya nak berdepan dengan semua dan buktikan saya bercakap benar...banyak pulak alasan tak nak jumpa. Belit punya belit macam ular sawa. Yang lebih saya tak faham kenapalah diaorang ni sibuk sangat menyinggah kat blog saya. Hari tu  saya bagi nama blog saya kepada adik lelaki dia sebab adik dia kata saya tak bahagia tanpa abang dia...diaorang bayangkan kesusahan saya mengendali urusan anak2 yang masih kecil seramai tiga orang ni. yang diaorang tak tahu, dari dulu semua kerja saya yang buat...tak ade beza dan bebanan langsung untuk saya. Rumah  pun luas, sekolah pun best, kawan-kawan dan jiran-jiran memang 'the best' sama macam kat sekolah lama saya. happy habis.Kawan2 kat sekolah lama pun still in touch hari-hari melalui call dan facebook. Macam2 fitnah diaorang buat kata kawan2 saya semua tak suka kat saya...sampai saya cakap kat kawan2 dan pengetua dan pengetua saya kata....'  macamlah diaorang duduk kat sekolah ni sampai boleh tahu macam2...kalau betul tak pe jugak'.


Ini sms antara saya dan dia...Selepas dia question pasal saya kata diorang miskin (ini saya terdelete). Ini jawapan saya.


Saya : Miskin tu cerita dari guru2 padang tembak.Rupa2nya bukan setakat duduk umah satu bilik, malahan miskin juga budi bahasa. Jgn terlalu berbangga dengan suami anda. Jangan sampai menangis bila tahu ttg dia. Sorry ur mom asked me to keep the secret 4 years ago. Sape tahu maybe dia dah berubah.


EMA - Apanye ? Berilah tahu, nak juga saya tahu setakat mana your fitnah can go. Btw, i know my hsband well dan saya terima baik n buruknya seadanya. He is the best for me....

Congrats. Jgn sampai org gelak di belakang. If its fitnah then ur adik beradik pun buat fitnah le.I was not alone.Bye. jangan kacau i. M leading a happy life here.

Kalau ade keberanian ceritalah...kalau tak i anggap ia sebahagian dr fitnah you. Bukankah u dah biasa buat  fitnah tu.

Yang kaki fitnah korang le.Keturunan gila dan sakit jiwa korang le
Anyway its 4 years back. y worry? Percayalah dengan sepenuh hati.

Nampak macam tak berani je  nak bagi tahu. Ye lah mana tau berguna tak cita tu. Jangan simpan dalam hati sangat, nanti liver cirrhosis.


Yang tertanya2 tulah yang akan sakit jiwa. I peduli ape.

 Saya tak nak kacau pun. tapi cukuplah cerita pasal family di jaja. Ceritalah shj fasal yr life cukuplah. Btw kasih syg pada suami cukup  teguh untuk menolak semua fitnah tu. Semoga u pun mempunyai rasa kasih mcm tu bila kawin nanti....

He he harap2 suami u pun kasih kat u
kasih , sayang, cinta dan segala bagai walaupun tanpa bunga ke  dsgnya sebab ianya tak tertanding dengan material...

he he

he he jugak. sy harap jangan babitkan family kami dlm cerita you. Antara kita dah tak de ape-ape.Ceritalah saje pasal your sesangat wonderful life. tu. Btw jangan lupa yang sy ni doktor, bukan yang tak berpelajaran.

Doktorlah golongan paling bodoh sombong. Sebiji cam one of my bfs. Jangan menyibuk masuk rumah orang bila orang tak jemput. Sape yang ambik tahu hal orang ye?
Next topic will be you

jangan lupa masukkan kalau saya bodoh sombong kenapa ye sy dapat naik pangkat ke 48 dan dpt offer sambung master. Tak tertanya2 ke ? My life ke yr life yg bahagia ? saya nak u tak involvekan keluarga kami. itu sj.......
 Baru dpt dg48 dah lagak cam dapat jusa. Biasalah monyet dapat bunga . Kalau tak nak nama family dpt busuk, so jangan buat busuk. I can write whatever i like in MY blog.
 
Bukan dg lah, ud48. takkan tak tau. Saya nak bagi tau je, untuk renungan.....tak de kata2ugutan pun cuma rayuan supaya jangan babitkan keluarga kami

I am going to report u to ur jabatan for disturbing me

I talk about myself and my story. sapa makan cili dia rasa pedas. Anyway naik 48 n buat master dan income 5 angka...mana lebih baik eh? Am quiting teaching when the times come in few months time. Insyaallah

InsyaAllah. all the best 2 u. semoga tcapai apa yang diusahakan...kita same2 cari rezeki utk keluarga. janji gembira dan bahagia kan?

Semoga bahagia. Kalau tutup mata dan telinga ..sure bahagia. hehe


Saya tak dapat lupakan masa majlis perkahwinan Ema , memang dia sangat excited sebab saya tahu keluarga mereka bukan dari jenis yang mudah dapat pasangan. Ema ni ada panas baran sikit macam bekas suami saya. Semasa persiapan pelamin dibuat, dia memarahi neneknya yang tua hanya kerana neneknya mengatakan pelamin yang disediakan tidak cantik berbanding semasa perkahwinan saya. Kasar betul bahasa yang digunakan, "Eh orang tua ni.......(selebihnya saya tak ingat tetapi mmg harsh). saya mendekati dia dan menasihatkan dia supaya jangan cakap macam tu lagi kepada orang tua. Biasalah orang tua macam2 tak kena. Malam tu saya berjaga menjahit langsir untuk dia semata-mata kerana tidak mahu melihat dia susah hati dengan hiasan katil yang berkedut dan tak berapa cantik. Dulu ....saya sayang keluarga mereka, semua keburukan mereka saya telan dan semua rahsia mereka saya simpan kemas. Hari ini....saya minta mereka lupakan saya.Kalau ade cerita keluarge mereka berkait dalam blog saya....ianya adalah kerana INI CERITA SAYA.
IN OTHER WORDS....KALAU YOU ALL TAK BUKA BLOG I, TAK BACA MY ENTRI, YOU WOULDNT KNOW WHAT I WROTE.....SO PLEASEEEEE FORGET ABOUT ME, I AM NO LONGER PART OF YOUR LIFE... SEBAB SAYA BUKAN ADE KENA MENGENA DENGAN KALIAN LAH SAYA CERITA KALAU ADA KENA MENGENA...MESTILAH NAK JAGA.

KALAU TAK FAHAM JUGAK....MACAM ORANG PKR LE. DALAM PARTI SENYAP SUNYI, KELUAR  SAJE PARTI...APA LAGI SEMUA CERITA PUN KELUARLAH...BARU LAH ORANG TAHU. 



Friday, March 19, 2010

Open To invited Readers Only

Tadi saya saje je buka blog ex hubby saya...macam biasa...saje je nak tengok sejauh mana tahap dia menipu ni. Tapi selebihnya saya suka pergi blog orang lain melalui blog dia sebab  saya memang jarang follow blog orang lain. Kalau ade link yang interesting dari blog dia..., saya hanya perlu klik je.Contohnya blog sonata yang kaki jalan tu..seronok juga baca. Tapi aleh-aleh...tertera 'this blog is open to invited readers only'.....hahaha baru je dia kata nak terminate blog dia sekarang dah tak bagi saya buka pulak....hahaha. Dia tak nak saya control  dia kelentong.....whatever lah...So sekarang saya baca blog orang lain melalui blog KL Citizen jelah. 

Dia kata nak berubah....hahaha 9 tahun tak berubah, tup tup mau ubah ka. Dari saya nak bercerai 2001 terus sampai 2009...still tak ubah-ubah, tiap kali dia timbul masalah....tiap kali tu janji nak berubah...pepatah pujangga semua keluar...akhirnya hampeh. Cayalah panas baran mu takkan reda sampai kiamat.  





 


Thursday, March 18, 2010

Anonymous oh anonymous

Lagu ni saya tujukan khas pada anonymous...yang tengah marah dan jealous tak semena-mena.

Lirik Lagu ” Nama Seindah Wajah “
Artis ” Sudirman “

Kalau ku Dapat Mendaki Gunung
Akanku Seru Kulaungkan
Oh Namamu
Kuserukan Oh Namamu
Pasti Nanti
Bergema Namamu Di Pergunungan
Bergema Namamu Di Seluruh Maya

Indahnya Namamu Seindah Wajahmu
Bagai Bidadari Di Dalam Mimpi
Indahnya Namamu Seindah Wajahmu
Kaulah Pilihan Hati

Kalau ku Dapat Mengepul Awam
Akan Kupintal ku Jadikan
Oh Namamu ku Tuliskan Oh Namamu
Pasti Nanti
Tertulis Namamu Di Kepulan Awam
Kan Jelas Terlihat Di Seluruh Maya

Indahnya Namamu Seindah Wajahmu
Bagai Bidadari Di Dalam Mimpi
Indahnya Namamu Seindah Wajahmu
Kaulah Pilihan Hati

SEMOGA TENANG SELALU...BERISTIGHFAR LAH BANYAK-BANYAK
MINUM AIR ZAM- ZAM TENANGKAN HATI
P/S  MAAF JIKA  CINTA ANDA TAK BERBALAS 

Tak habis-habis

Dua hari sudah...saya membuka blog bekas suami ( dia pun selalu baca blog saya) terbaca satu entri....berkaitan cuci kereta. Di dalam entri itu bekas suami kononnya menasihat pembaca supaya sayangkan anak dan isteri lebih dari kereta......saya geram juga sebab yang nak menasihat pun cakap tak serupa bikin sebab saya tahu dia memang tak tahu sayang semuanya..baik, isteri, anak mahu pun kereta ( kereta tu atas nama saya, loan saya..tapi dia yang pakai).Dia cuma sayang keluarga dia saja dan nak kita tatang keluarga dia lebih dari segalanya.Keluarga dia pijak kita sekalipun dia akan buat tak tahu dan akan mati-matian defend keluarga dia.

Saya pun beri komen pada entri tu , saya ingat komen tu kena moderate dulu...so bila dia baca bolehlah delete. Rupa2nya tak...terus publish.

Tak sampai sejam...saya dah dapat mesej dari bekas suami...bacalah...

ex hubby : Apa masalah kacau blog saya pulak. Biar la sy nak wat pe pun. Yang awak pun terpedaya dengan cite blog saya nape.Kita dah berpisah . Yang Lepas tu sudah. Saya nak berubah.
saya : kaki penipu. Kau delete je lah. Ingatkan kena moderate dulu,. mana aku tahu terus masuk.

ex hubby : memanglah delete tapi nape  wat cam tu 

saya : sebab nak tergelak dan tak tertahan tengok kehebatan awak menipu

ex hubby : Saya bace gak blog awak  walaupun ade bende tk puas hati  tapi tak kacau awak pun. Selalu doa awak dan anak2 sihat dan bahgia saje.

Ex hubby : Nipu apa. Saya tak puji diri saya . lagi pun sy tak kenal diaorang. abis dalam blog saje. Saya sunyi kat sini isi masa lapang.

Saya :     Eh bluecity tu nak kat awaklah. kawinlah dengan dia. Lepas tu awak boleh compare

Ex hubby :     Saya tak nak kat sesape pon . Kirim salam je lah.

saya:     sukahati awak tapi yang terbaik awak kawin lain. Saya tunggu awak tumbuk bini baru. Adik awak anep tak berhenti serang saya kata saya penipu kena tumbuk. Mcm2 kata kat saya. Allah akan tunjukkan  kebenaran

Ex hubby : Dah lah okey malas cakap balik2 cite yang same. Tak boleh ke awak cakap baik2 benda yang tak sakitkan hati saya.

Saya:     saya tak mungkin lupakan bagaimana awak siksa hidup saya dan anak2. Tolong hentikan tipu  blogger. Mengaku kelemahan diri pada family awak adalah yang terbaik untuk diri awak dan anak2

Ex hubby : Please saya tak mahu gado lagi. Okey sori atas ape yang berlaku. Saya tak tipu. Diorang semua kawan kat alam maya je dan blog tu bile2 masa  saya boleh  kuburkan.

Nak dijadikan cerita.....timbul si ' anonymous' yang komen pada entri 'susahnya bila dicintai ramai lelaki'. What a coincidence. Of course hanya dua orang saje yang capable buat cam ni....bekas suami dan adik lelaki dia.Adik bekas suami saya ni selagi saya tak rujuk dengan abang dia...macam-macam dia kata kat saya. Kalau rujuk sekali pun ada saja yang nak dikatanya nanti...mulut diaorang ni memanglah.........naauzubillah

Pagi2 lagi ex saya dah call....."kenapa awak cakap saya gila..bukan saya yang komen blog awak."......wahhhhhh cepatnya berita sampai kat dia...saya tak tahu sekerap mana dia melawat blog saya sehingga lah hari ni.

Lepas tu kami ber sms.

Ex hubby :    Apa nih kate saya gila lak. Saya dah tak kata yang buruk tang awak. Jangan tuduh adik saya lak...janganlah dok tambah dosa. Kalo tak mau ntah sape yang bodoh tu jangan bagi anonymous komen. Pas tu kutuk saya pulak 

Saya ;    Hanya adik awak saya invite untuk check blog saya (saya buat cam tu sebab adik dia cakap macam hidup saya susah tanpa abang dia)
cam tu sendiri pun bole nyamar kutuk blog sendiri pastu blame saya.

Bagus jugak cadangan awak
 
Ntah2 awak buat sendiri. Cam nilah jangan bagi anonymous komen. Saya pun tak suka komen anonymous tu
Ahli kluarga awak memang teruk. kalau itu komen adik awak. Memang padan muka awak. 
Saya yang approve biar semua orang tahu.
  
Tak pe tanggung dosa sampai akhirat
Same macam awak

Bukan adik saya lah. Masalah awak, awak komen blog saya walaupun dah delete tapi tetap link dengan blog awak. Si bodoh tu masuk dari situ.
Bukan dari situ 

Awak yang timbul masalah.Sape suruh komen kat blog saya
Nothing to do with ur blog. 

Sebelum saya delete pun sesape boleh baca tp tak faham nape awak buat saya cam ni. Saya cuba nak bersangka baik dengan awak.
Saya baru masuk awak dah call. tak de sape sempat baca. Lagi pun itu post lama 

Tu entri baru gak sy klik dlm petak merah jambu name awak masih ade
Saya benci penipu macam awak 

Awak ni sebenarnya tak suke dengan blog saya tu saya boleh delete semua tak de masalah
Saya tak de masalah dengan blog awak...cuma jangan menipu lebih-lebih 

Menipu ape . Camni la saya mmg dah tak mau gado langsung ngan awak. Nak fikir yang baik tentang awak. saya boleh terminate blog saya tu dengan syarat.
Ape 

Pas saya terminate blog saya , awak terminate blog awak. Ade berani? Pas tu terpulanglah awak nak blog awak balik ke saya mungkin dah stop. Pas tu tak yah gado lagi. Amacam setuju.?
He he....tak de sebab pun nak terminate. Awak ramai peminat pe...just carry on.
 
Penakutlah tu
Blog saya bukan selalu saya update pun. Yang awak nak terminate wat pe 

Soalannya setuju ke tak?
Tak 

Pengecut haha
Sukahati awak le 

Ingatkan berani tadi...sorilah
So pas ni jangan dok ngata saya penipu..Awak pun buat sesuatu. Jangan bagi anonymous komen. Fikir sendiri


Faham tak kenapa ex hubby saya sanggup terminate blog dia semata-mata nak saya terminate blog saya..?...Sungguh saya tak faham. Saya baru je nak citer pasal boyfriends saya...bagilah chan. Pasal Anonymous tu....dia tak kacau sape pun...dan tak jadi kudis pun kat saya. Sayang kalau blog insanpendidik berkubur...Walaupun saya yang letak asas dan menghasilkan  blog tu tapi ex hubby yang bina selebihnya.Ikhlas saya cakap it's a not bad blog sebab ramai yang jadi follower dan aktif. Blog saya memang suam-suam kuku sebab saya memang tak suka expose. Blog saya blog peribadi yang jarang bercakap hal lain kecuali hal saya sendiri dan cerita saya sendiri. Inilah diri saya....sebab itulah kisah ini adalah antara anda dan saya...BETWEEN YOU AND ME.



Wednesday, March 17, 2010

Kisah zaman kanak-kanak

Percaya atau tidak.....saya dirisik ketika usia saya baru mencecah 12 tahun.Masih mentah untuk mengenali erti sebuah cinta apatah lagi mendirikan rumah tangga hahaha...tapi kisah ini cukup membuat saya tension kerana sering menjadi usikan kakak dan abang-abang saya.

Tingkatan tiga....saya  baru balik dari asrama dan emak memberitahu Abang K yang pernah menyewa bilik di rumah mak ingin sangat berjumpa saya .Dia ingin ke asrama tapi emak melarang kerana asrama itu asrama perempuan. Pantas saya menjawab, " Nak jumpa buat ape?" . Mulut kakak rupanya pantas membuka cerita tentang Abang K yang sudah tiga tahun menanti saya menjadi dewasa. Dari cerita nenek dan emak, ketika saya di dalam darjah enam, abang K membuka mulut untuk 'book' saya sebagai isterinya. Mak mencadangkan kakak saya saja kerana saya masih kecil lagi ketika itu. Tetapi dia berkeras akan menunggu saya dewasa.Mengikut kata nenek saya...sebenarnya nenek lebih berkenan abang Baktiar dari abang K...ade-ade aje.

Entah apa istimewanya saya kepada dia. Seingat saya , saya seperti kanak2 lain...bermain tidak berhenti, sampai saja di rumah, beg entah kemana...saya sudah di halaman bermain bersama kawan yang kebanyakannya lelaki..Abang K tinggal bersama kami dari usia saya 10 tahun tidak silap saya dan dia ketika itu masih belajar untuk menjadi seorang jurutera. 

Yang saya tahu, saya adalah seorang budak kecil yang boleh di suruh jiran ke kedai pada bila2 masa. Kalau diupah sekali pun saya akan menolak. Jiran2 dan orang-orang tua sangat senang dengan saya. Kadang-kadang saya akan duduk di tangga menyapa orang-orang tua yang lalu di depan rumah,simple saja teguran saya, " Ba.(gelaran bapa kawan saya).., nak pi mana?".... Kadang2 saya panggil nama saja, " Pak Chat..." dan akan di jawab oleh datuk2 ini...'Ye..."...."Nak pi mana?". Hari2 macam tulah....orang2 tua memang suka dengan saya. Selebihnya yang suka kat saya mamak kedai dari India yang selalu mengusik saya.

Selepas saya diterima masuk keasrama...setiap kali balik, pasti ada orang-orang tua yang datang bertanyakan saya, termasuk mohamad kedai. Siap datang ke rumah  lagi tanya..."mana yatie....dah lama tak dtg kedai."

Berbalik kisah kawin tadi....mak dah bagi warning kat saya, kalau gagal SRP...saya kena kawin..Tuhan saja yang Maha Mengetahui betapa tensionnya saya.Nasib baik saya lulus.Yeh....tak payah kawin. hahaha. Abang K masih ada dan kadang2 dia dan keluarganya ada datang ke rumah pada hari raya. Kisah lama sudah saya lupakan.



Kisah Cinta dan Saya

Kali ini saya ingin menceritakan kisah2 cinta saya yang lalu.....yang sejak dulu ingin saya bukukan...tetapi terhenti oleh kata2 dari seorang insan yang saya sayangi hingga kini. Nama insan ini Johari. Kata2nya membuatkan saya terfikir sejenak...." Tie, If I were u, i would never share our story with others...because this is OUR story.I dont want  others to know our love story..cos I would be jealous." Hingga kini saya tidak faham apa yang dimaksudkannya ...tetapi mungkin apabila kita berkongsi kisah cinta kita dengan orang lain, kisah cinta itu sudah tidak menjadi istimewa lagi....entahlah...tetapi kali ini saya ingin bercerita...biarpun mengambil masa yang lama untuk menceritakan kisah setiap seorang dari mereka...saya akan bercerita...Yang pasti istilah Cinta tak semestinya bersatu....bukan hanya dari kata2.Ianya hakikat yang harus kita terima. Seperti juga saya...biar tubuh insan yang saya cintai hanya tinggal tulang dimamah tanah....Saya akan terus menyintai insan ini hingga ke hujung nyawa saya

Susahnya Hidup Dicintai Ramai Lelaki

Seumur hidup saya...saya hanya cintakan seorang lelaki setengah mati. Cinta ini juga menyaksikan tubuh saya melayang tatkala berita sampai mengatakan insan yang saya cintai ini pergi menghadap Illahi tanpa sempat saya tatap wajahnya untuk kali terakhir . Bertahun-tahun saya meraung meratapi kematian insan ini. Hanya pusara di hujung hutan menjadi peneman saya...dari setiap minggu, beralih ke setiap bulan....dan akhirnya menjadi setiap tahun...hanya pusara itu yang saya jejaki. Hanya pohon-pohon di hutan menjadi saksi ketulusan cinta saya untuk dia.Tidak mungkin ada yang mengerti betapa lelaki ini sangat saya cintai.

Hanya setelah lapan tahun menyendiri....dicintai lelaki itu dan ini, saya menerima seorang lelaki yang mengaku menyintai saya sepenuh hati...ingin menatang saya bagai minyak yang penuh. Sungguh saya tertipu dengan perawakannya macam orang baik-baik.Dari hari pertama hingga ke akhir usia perkahwinan , airmata saya tidak pernah berhenti tumpah. Sungguh dia lupa...betapa pada hari perkahwinan sudah ada teman-teman lelaki saya yang menangis meluahkan isi hati. Alangkah baiknya jika saya menerima mereka yang menangis ini. Siapa tahu mereka boleh menjadi suami yang lebih baik untuk saya daripada dia yang sangat pandai berpura-pura. Bodoh lah siapa yang mempercayai lelaki ini.

Hari ini...cinta datang lagi. Terlalu ramai yang mengharap...terlalu ramai yang menyintai. Hati saya hanya menyintai yang telah pergi. Itu cinta sejati saya. Mereka yang hadir amat saya sayangi sebagai sahabat...namun saya tidak mampu memilih semuanya. Biar jodoh yang menentukan mana yang terbaik untuk saya. Harapan saya tidak ada yang menangis lagi di hari perkahwinan saya nanti kerana itu petanda buruk permulaan dalam kehidupan saya.


P/s Buat tiga insan yang kini jauh dari mata Percayalah pada jodoh dan ketentuan Allah. Andai ada jodoh kita, tak mungkin ada yang bisa memisahkan kita. Kita akan bahagia bersama anak2.Cuma berilah daku sedikit masa untuk membuat pilihan yang tepat kerana cinta saja tidak cukup untuk menangkis onak duri dalam sebuah kehidupan berumahtangga.


Monday, March 8, 2010

Mummy's car is dirty.....lets wash

Kereta saya sangat kotor. Saya sangat-sangat ingin melihat anak2 menikmati suasana gembira bermain air. Kami sama2 mencuci kereta dan akhirnya saya basahkan mereka dengan pancutan air. They really had great time. Kalau dulu....masa hujan adalah waktu yang dinanti...saya bersama abang-abang dan kakak akan mandi sepuasnya. Ada waktu2nya mak membenarkan kami merasa keseronokan mandi hujan tapi ada masanya bila dah senja pun masih di luar ayah akan sedia menunggu dengan getah paip.Masa itu yang paling penakut dan paling kuat meraung pastinya SAYA...padahal getah paip tak sampai pun kat saya...ayah cuma acah-acah saje.