Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Saya terlalu sibuk untuk menyedari kehadiran Tahun 2010 .Apa-apa pun, azam tahun baru saya memang sudah ada..................
1. Memberi kebahagiaan kepada anak2 saya, mendidik mereka sehingga berjaya.

2. Menjadi guru yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga kehadiran saya di SMKTI akan membantu pelajar2 di sini. Saya juga ingin mempertingkatkan kaedah pengajaran saya. Mungkin perlu revise sikit sebab pelajar di sini berbilang bangsa.Tak sabar nak memulakan tugas .

3 Mencari rezeki yang lebih bila ada kesempatan sebelum bekalan nafkah untuk anak2 hilang mengikut perubahan masa.Saya kenal sangat bekas suami.....saya perlu bersedia dengan apa saja kemungkinan. Semoga rezeki saya bertambah sebelum ayah anak2 saya menarik balik wang nafkah anak2 untuk kepentingan dia dan keluarganya nanti.

SELAMAT TINGGAL 2009

MENGANGKUT BARANG
Banyak yang ingin saya ceritakan tapi saya benar2 ketiadaan masa kerana sibuk dengan perpindahan baru. Barang dari rumah bekas suami juga sudah diangkut dan banyak juga barang yang terpaksa saya sedekah dan jual pada dia .Peti sejuk yang baru dibeli beberapa bulan yang lalu juga terpaksa saya jual sebanyak RM1000 sahaja dan dibayar secara ansuran RM50 untuk tempoh 20 bulan. Nak ikut2 kenalah beli harga asal sebab fridge tu baru saje saya beli dan selama ini dia juga yang pakai selama ketiadaan saya tapi nak buat macam mana....saya dah masak dengan perangai bekas suami yang memang tak ade hati perut dan penting diri sendiri so....terima aje lah. Fikir2 sayang juga barang2 yang saya tinggalkan , 1 almari sold wood, TV cabinet, TV,meja study, chandelier......fikirkan balik berapa saya berabis untuk rumah dia memang tak berbaloi langsung....dengan tiles,kabinet dapur, cat, wall paper, water filter, water heater,  mesin basuh...........Dah lah...Saya redha walau pun dia sangat berkira bila berkaitan dengan barang yang dia beli. Saya suruh dia bayar duit tong gas pun dia tak nak....suruh saya angkut dan pertikai pasal dia bayar harga kepala tong gas....itu pun mau kira ka. Agaknya harga kepala tong gas tu kalau banding dengan semua barang yang saya tinggalkan ...mahal lagi kepala tong gas tu ka? Kalau saya bawa balik tong gas...takkan dia tak beli yang lain kan...apalah salahnya bayar harga tong gas tu pada saya sementalah saya perlu memasak untuk anak2 saya. Kos belanja masuk rumah saya sudah mencecah RM20 ribu...dengan nak beli fridge baru, TV baru , washing machine baru, katil anak2, persiapan persekolahan anak2 yang nak masuk tahun satu dan kakak tahun tiga, satu sen pun dia tak nak bagi. katanya cukup dengan  nafkah bulanan yang diberi.Tak pelah.....saya doakan Allah memurahkan rezeki saya. Allah itu Maha Adil. Saya sudah menyara keluarga saya dari segi makan pakai untuk tempoh 9 tahun....hanya selepas bercerai baru anak2 dapat menikmati wang nafkah dari ayah mereka. Sekarang duit bekas suami sepatutnya berlebih untuk dibelanja seorang tetapi percayalah.......dia akan sentiasa merasa tidak cukup.Rezeki yang dia dapat hari ini adalah kerana bayaran nafkah sejak beberapa bulan ini tapi jika dia tidak ingat kepada anak2....tahulah Allah mengambilnya semula.

BERITA BAIK
Di awal pertukaran saya, saya dipindahkan ke SMK Guar Chempedak lebih kurang 30KM dari rumah. Penat juga bila memikirkan perjalanan jauh yang harus saya tempuhi dan duit minyak kereta. Tak mungkin saya mampu menanggung anak2 dengan kos yang tinggi ini. Tapi 16 Disember lepas, saya mendapat berita baik di pindahkan pulak ke SMK Tunku Ismail 7km dari rumah.....Alhamdulillah Syukur kepada Allah.Paling best...sepanjang perjalanan ke sekolah saya akan dihidang dengan permandangan indah Gunung jerai,sawah yang terbentang luas......indahnyaaaaaaa. Jura, kawan baik saya di DTHO pulak hanya mengajar di SMK Bakar Arang beberapa meter saja dari sekolah saya.Rodiah , bekas kawan sekolah di Almashoor juga ada di sana. Kami memang tak sabar nak berjumpa.

PMR
Bahasa Inggeris drop 3.3% menjadikan peratus lulus 80.7% sahaja. Frustnya tak terkira. Saya berazam memperbaiki diri di sekolah baru.

MEETING DI SEKOLAH BARU
Jumpa Shikin...kami same2 bertukar dari KL. Masa jumpa dia di JPWP. Bila di sebut saja SMK Tunku Ismail, terdetik di hati kenapa tidak saya saja ke sekolah ini? Syukur Allah makbulkan doa di hati saya.Tuhan itu Maha Mendengar. Di sekolah ini....saya melihat wajah2 yang familiar,....Kak Fauziah Hamzah rupa2nya bekas guru SMK Padang Tembak (sekolah saya sebelum DTHO). Ketua panitia BI pun macam kenal aje.Ramai guru2 senior di sini...macam happy aje.

PERSEKOLAHAN ANAK2
Sarah dan Arianna saya masukkan ke SK Tunku Ismail. Setengah mati saya berkejar ke sana ke mari bagi memastikan anak2 saya dapat bersekolah Ahad ini. Semalam 31 Disember 2009 keduanya berjaya saya daftarkan. Kesian anak2 terpaksa mengikut saya ke hulu ke hilir. Nak buat macam mana...takkan nak ditinggalkan pulak di rumah.Kelakarnya...bila nampak kedai perabut saja mereka macam phobia..tak nak saya berhenti kat kedai perabut....sampai hari ni mereka masih belum ada katil. Saya memang akan survey yang mana lebih memberi nilai kepada wang saya dan keselesaan anak2.By this week mesti dah settle. Langsir pun tak gantung lagi ni sebab tak de railing. Saya sedang membuat setiap satu kerja dengan tenang . Paling  best bila tak ade orang yang akan membuat saya tension di rumah...Alhamdulillah. Saya tak nafikan bila ada  kerja yang tak boleh nak dibuat...rasa cam nak nangis jugak Katil King yang dah patah saya tak boleh fix dan pasang seorang sebab besar sangat. Family kat Penang jauh sangat dan masing2 sibuk. Akhirnya saya call abang saya Ami minta carikan orang nak pasang railing. Nasib baik Ami kata dia boleh buatkan. legaaa! Sapa tak sedih.....dengan tiga anak yang masih kecil , rumah yang besar, barang2 yang berat ...memang cukup menduga hati. Bekas suami tentu gembira melihat saya tersiksa macam ni. Tapi bila mengenangkan hidup dengan dia lebih menyiksakan saya nekad membuat satu2 perkara perlahan2 dan cuba buka mulut minta tolong dari adik beradik. Sikap saya yang tak suka minta tolong orang ni memang payah nak di ubah. Saya tak suka jadi macam orang minta sedekah tapi....siapa tahu ada manusia yang baik hati seperti kita di dunia ini kan?