Sunday, December 6, 2009

Di sebalik Tujuh Batu




Batu tujuh


dari kiri : Syafiqah, Arianna, Sarah dan Saiyyidah

Pagi semalam ketika menyapu di ruang tamu di kampung, saya terjumpa beberapa ketul batu kecil. Saya mengutip satu persatu batu tersebut lalu menyerahkannya kepada Sarah anak saya untuk disimpan. Rupa-rupanya batu tersebut kepunyaan anak buah saya Nur Saiyyidah Almubarakah ( 7 tahun). "Itu batu kakak", katanya merajuk. "Iye ke itu batu kakak?", sengaja saya menduga dia. "Iyelah..kenapa Maknjang bagi kat Sarah ?", dia menambah dalam merajuk. Saya berhenti menyapu kemudian berkata pada dia dengan perlahan, "Saiyyidah, orang kalau ada barang, dia akan simpan. Kalau barang tu bertabur merata-rata, maksudnya itu bukan barang orang itu.Maksudnya orang tu tak nak lagi barang dia, jadi sapa-sapa pun boleh ambik. Kalau batu ni batu Saiyyidah tentu Saiyyidah simpan baik2 kan?" Dia mengangguk tanda faham dan kemudian bertanya lagi " Habis tu macam mana?". Saya pun menjawab, " Macam mana lagi....? Batu ni maknjang punya le, kan maknjang yang jumpa ?". Makin panjang muncung dia bila saya cakap begitu.

"Ok lah...ini batu Saiyyidah tapi maknjang nak pinjam..." kata saya sambil melambung satu persatu batu tersebut. Di Pulau Pinang kami panggil ini batu tujuh. Di tempat lain di panggil batu seremban tak salah saya. Teringat zaman kecik2 ,saya memang terror bermain bermacam2 permainan.Kalau batu tujuh...saya bermain dengan tangan kiri dan agak handal juga. Hari ni...batu2nya asyik terlepas je dari genggaman. Saya sendiri tak tahu kenapa Saiyyidah menyimpan batu2 ni sebab dia sebenarnya tak tahu pun bermain dengan batu2 tersebut.