Thursday, December 3, 2009

PERODUA ALZA




PERODUA ALZA......dah lama saya menunggu kereta ni. Sebabnya kereta Atos Prima saya sudah kelhatan agak kecil untuk tiga orang anak saya sekiranya di tambah dengan seorang bibik yang sihat. Dengan perjalanan jauh yang selalu saya redahi....kereta kecil saya memang agak kurang selamat jika di pandu dengan laju. Terasa bergegar kereta bila meter mencecah 120km/j.Kalau nak pandu perlahan bila pulak nak sampai. Biasanya saya suka bawa laju2 bila drive sendirian.Bila ada anak2 memang saya drive slow sikit.

Sebaik ALZA dilancarkan , saya bergegas ke Perodua Prai bersama si kecil Daniel dan Sarah untuk uji pandu. Lama jugak dapat saya merasa memandu ALZA. Sarah saya minta duduk di ''seat' paling belakang untuk menguji 'air-cond'. Lebih 10 minit, saya tanya Sarah sama ada dia rasa sejuk atau tidak....jawapannya masih 'TAK". Selepas 10 minit baru dia kata boleh rasa. Lambat jugak aircond sampai ke belakang .

Saya suka memandu ALZA....smooth...sangat lancar.View pun jelas sebab tinggi. Yang tak ok cuma....brek nya. Saya tak tahu kenapa tetapi bila brek di tekan terasa jauh benar breknya. Memang bahaya.Macam timing tak betul je. Saya andaikan mungkin hanya kereta yang saya pandu uji itu saja yang mempunyai masalah itu. Tak puas hati betul....saya cadang nak pandu uji kat tempat lain pulak.

Hari Khamis lepas...saya ke Sungai Petani untuk melapor diri ke sekolah baru. Seharian saya melilau di SungaiPetani untuk mengenali bandar ni dengan lebih dekat lagi.Akhirnya ternampak Perodua di sana. Apa lagi saya 'test drive' bagi kali kedua. Kali ni memang 'brek' dia ok. Tapi masih ada yang tak ok iaitu...bunyi angin masuk sebab getah kat tingkap tak ketat. Nampak macam pembuatan kereta ni sangat lewa. Sepatutnya kereta yang nak di pandu uji mestilah perfect, ini tidak.... ada je masalahnya. Bukankah pembeli menilai dari hari pertama ianya dipandu uji.LEWA BETUL...

Apa-apa pun nasihat saya pada PERODUA...hal2 macam ni sepatutnya tidak dipandang ringan. Itupun kalau nak jual kereta le.