Sunday, November 8, 2009

ANNUAL LUNCH AT DE PALMA AMPANG




Datuk Musa (YDP PIBG) menyanyi bersama pihak pentadbir lagu TAK MENGAPA . Penuh Perasaan tu




Ini bersama mantan pengetua dan PK Koko




Posing bersama member tersayang




Persembahan cikgu-cikgu lelaki...dua tiga kerat je yang nyanyi, yang lain cuma memenuhkan pentas je...malu-malu kucing. Anyway sporting habis

Akhirnya....Jamuan Akhir Tahun berjaya saya laksanakan dalam suasana yang cukup istimewa. Walaupun pada mulanya everything doesn't go as planned but as it starts semuanya berjalan lancar.
Seperti yang saya agak....saya akan menangis, Maka itu yang terjadi. Dalam ucapan pembukaan lagi suara saya sudah tersekat dek kerana sebak dengan segala sokongan dan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan. Hampir kesemua rakan2 mengikut tema yang saya tetapkan..casual, biru putih dan jeans saya benarkan.Saya tahu mereka dah berhari2 shopping sakan untuk mengikut tema yang saya tetapkan.

Airmata saya tidak dapat di tahan-tahan lagi bila di akhir persembahan rakan-rakan naik ke pentas menyampaikan lagu dan menujukan lagu khas untuk saya dan pengetua yang akan berpindah. Kami juga di tarik naik ke pentas untuk sama-sama menyanyikan lagu tersebut...JANGAN ADA BENCI oleh CASEY (LAGU FAVOURITE SAYA) DAN KENANGAN YANG TERINDAH.

Semalam saya menerima message dari seorang rakan

"Congratulation for the wonderful and meaningful lunch. Hope you are still with us but as the song by samson said, "yang tertulis untukmu adalah yang terbaik untukmu ". May God bless you"

Sebenarnya saya telah menerima khabar gembira pertukaran saya dan lima orang guru lagi semalam. Majlis ini adalah merangkap majlis perpisahan untuk kami semua.