Wednesday, November 4, 2009

CINTA SAYA PADA RAKAN2 DAN SMKDTHO

Minggu ini adalah minggu yang sibuk buat saya. Selain terpaksa menguruskan perlaksanaan program selepas PMR, saya juga perlu mengadakan mesyuarat panitia saya, melaksanakan Jamuan Tahunan dan mendapatkan sponsor untuk majlis tersebut. Hujung minggu ini saya tidak akan pulang ke Butterworth kerana Jamuan Tahunan akan diadakan pada hari Sabtu ini (7 Nov).
Banyak yang ingin saya ceritakan. Kami baru saja mendapat pengetua yang baru yang ok jugak tapi Pengetua lama memang 'the best'.Minggu lepas guru-guru menghantar message kepada saya, ada yang menangis pengetua kena tukar. Kami sepakat buat rayuan kepada Pengarah.Di saat akhir, pengetua pujuk kami jangan teruskan niat. Mahu tidak mahu saya harus akur walaupun saya sangat yakin, saya boleh membuatkan pengetua tidak dipindahkan.Yang paling saya kagum kesepakatan rakan-rakan saya menyokong usaha saya.
"Sekitar majlis perpindahan pengetua. Saya berucap mewakili guru. Nak nangis rasanya, pertama kerana sedih pengetua bertukar, kedua kerana saya tak prepare text ucapan.....terlupa beb. Cakap dari hati lebih bermakna."
Kehebatan rakan-rakan saya bukan setakat itu saja. Minggu lepas juga saya dapat surat mengawasi MUET pada 7 November yang jatuh pada hari Jamuan Tahunan diadakan. Sebelum pengetua minta saya cari ganti, Kak Liza Sharom mendekati saya. Katanya, "T, akak rasa akak boleh tolong T jaga exam MUET tu. T pergi lah uruskan Jamuan tu."Entah apa lagi yang boleh saya katakan...memang saya sangat sayangkan rakan2 saya ni. Memang sporting habis.
"Ni gelek Hindustan ni....PK HEM (yang pakai baju pink) pun boleh tahan sporting."



Semalam kami stay back practise untuk persembahan pada hari jamuan. Yang saya kagum cikgu2 yang low profile dan tak pernah nak buat persembahan sangat sangat sporting ketika saya meneraju Kelab Guru dan Staf tahun ini. Lihat saja persembahan pada Hari Guru yang lepas...memang saya speechless. Di saat saya tersenyum melihat kesungguhan mereka, hati saya sangat kagum dengan semangat mereka membantu saya menjayakan setiap majlis yang saya kelolakan.
Tahun ini juga ramai yang menaja untuk cabutan bertuah . Kiranya saya tak perlu bersusah payah sangat untuk cari penaja. Yang sedekah kat kelab RM1000 pun ada.
"Gadis2 berbaju biru bersama kerusi biru dan back ground biru...ha ha"
Sejak saya umumkan tema pakaian baju putih, seluar jean biru atau skirt biru memang hampir setiap hari kami keluar bersama mencari baju putih. Akhirnya lepas tiga hari baru dapat.

Jumaat ini...keputusan pertukaran saya akan diketahui. Memang saya perlu berpindah ke Sungai Petani demi anak2. Di dalam hati ini.....hanya Tuhan yang tahu betapa saya sangat sayangkan SMKDTHO dan semua guru2nya. Walaupun ada seorang dua yang bermasalah dalam mengikut keputusan yang dibuat oleh saya dan orang lain tapi selebihnya kami ibarat satu keluarga besar. Baik ketika kematian, sakit, bencana,jamuan, aktiviti sosial (bowling, berenang, pot luck) semua memang sporting habis. Panggil je mesti datang. Saya pun sporting jugak sebenarnya.

Hari Sabtu ni saya akan berucap...saya yakin saya akan menangis.