Sunday, September 6, 2009

Langkah-langkah menghilangkan diri

Sejak kebelakangan ini saya berhenti blogging kerana menerima ugutan dari bekas suami (Insan Pendidik). Demi keselamatan diri dan anak-anak saya terpaksa berhenti blogging . Si panas baran ini bukan boleh dijangka tindakannya. Di dalam blognya bukan main hebat lagi..macam orang baik-baik tapi hanya Tuhan yang lebih mengetahui siapa lelaki ini. Kalau nak kenal dia lawatlah www. insanpendidik.blogspot.com. Saksikan sendiri kehebatan dia. Padahal yang mengajar dia hal-hal berkaitan komputer adalah saya. Blognya juga saya yang buatkan. Hari ini dia mengugut saya kerana menulis di dalam blog. Paling dia sakit hati bila saya menulis tentang keburukannya. Dia bekas suami saya...inilah masanya untuk bercakap tentang kebenaran. Sekurang-kurangnya saya tidak memfitnah dia. Kalau dulu maruah suami saya jaga, hari ini antara saya dan dia tiada apa-apa. Saya boleh cakap apa yang saya suka.

Saya menjadi mangsa selepas bekas kekasihnya. Siapa pulak yang akan jadi mangsa selepas saya?

Saya semakin hampir kepada kebahagiaan. Permohonan pertukaran sudah saya uruskan. Selepas raya saya akan terus keluar dari rumah. Begitu juga anak2. Allah S.W.T memudahkan perjalanan hidup saya dari terus hidup terseksa disamping lelaki yang hanya pentingkan dirinya sahaja....membaca blognya sahaja sudah buat saya ingin ketawa. Ketika anak saya di masukkan ke hospital, katanya dia bagaikan tidak keruan konon takut anaknya kena H1N1. Sebaliknya apa yang sebenarnya berlaku ialah...anak pertama dan kedua saya sudah empat hari demam panas. Saya sudah menyebut2 untuk menghantar mereka ke hospital setelah ubat dari hospital swasta tidak menunjukkan sebarang perubahan. Pada hari Ahad 2 September, duda saya menyindir.."nak bawa sangat anak ke hospital, hah bawaklah! bawak sekali dengan baju2 ".
Di dalam hati saya hanya berfikir....jika berlaku sesuatu kepada anak-anak saya ( meninggal atau apa2), ianya hanya akan menguntungkan "Insan Pendidik " ini. Dia akan terlepas dari membayar nafkah anak. Yang menderita nanti adalah saya kerana kehilangan anak2 kesayangan saya.Jam 10 malam saya nekad ke HKL untuk pemeriksaan. Malam itu anak saya tidak mahu diambil darah lalu keesokkan paginya saya sekali lagi ke HKL . Selepas di ambil darah, Arianna anak kedua saya di masukkan ke hospital. Hanya setelah itu saja duda saya ini panik takut2 dia pun kena H1N1. Pasal diri sendiri dan keluarga dia saja yang dia fikirkan....kami ni tidak ada apa-apa makna pada dia sejak dulu lagi. Saya pernah membawa bayi kecil saya ke Hospital Selayang seawal 4 pagi bersama anak yang sulung sedangkan dia hanya tidur mengeruh. Dasar manusia yang pentingkan diri sendiri.

Setiap kali berdoa, setiap kali itu saya memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan kerana membebaskan saya dari lelaki ini. Sungguh saya tidak sangka Tuhan akan memudahkan saya diceraikan kali ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui bahawa lelaki ini tidak layak untuk mendapat seorang isteri sebaik saya. Buktinya..saya sangat bahagia hari ini, saya sangat tenang, sangat bertuah tidak lagi menjadi sebahagian dari keluarganya lagi.

Kawan2 saya bertanyakan tentang teman lelaki...jika2 saya sudah ada pengganti. Saya sebenarnya masih belum lagi melepasi tempoh edah dan masih belum lagi merasai kebahagiaan sebenarnya tanpa duda saya ini. Kami masih tinggal serumah. Rasanya saya ingin menumpukan lebih perhatian pada anak-anak selepas ini dan menikmati kehidupan yang indah tanpa seorang suami.

Jika ada jodoh lagi, saya ingin seorang lelaki yang cool, bertanggungjawab, tidak panas baran, romantik, menghargai saya dan suka outing ( makan2, menonton wayang, pergi melancung). Memang saya sangat menanti kehadiran lelaki ini. Saya mahu perkahwinan yang membahagiakan. Yang menjadi masalah hanya anak2. Hari ini mereka tidak sabar2 untuk berpindah jauh dari ayah mereka. Bukan kerana mereka tidak sayangkan ayahnya cuma mereka tidak mahu kami hidup bersama. Bising kata mereka, nanti pening kepala. saya tidak suka dengan sikap duda saya ni yang kolot, tidak tahu cara moden bergaduh. Kalau dia nak menengking di depan anak2 di tengking saya, kadang2 dalam lif, diluar rumah.Entahlah....jauh dari keadaan yang saya mahukan iaitu berbincang secara perlahan di dalam bilik. Katanya," saya tahu saya suami yang teruk....tapi saya peduli apa!" SAYA TIDAK MAHU MANUSIA SEPERTI INI DI DALAM HIDUP SAYA.

Selepas dari ini blog ini akan saya ubah , telefon juga akan di tukarkan nombor.Selepas dari saya berpindah, dia hanya boleh berhubung dengan anak2nya. Saya tidak mahu ada apa2 hubungan dengan dia dan keluarganya lagi. Dia tidak pernah melayan saya dengan baik dan dia tidak pernah wujud dalam hati saya dari dulu, kini dan selamanya.Pengorbanan saya yang pertama adalah demi menjaga nama keluarganya, pengorbanan kedua adalah demi anak2. Sabar saya sudah sampai penghujungnya. Tiba masanya untuk saya hidup bahagia tanpa lelaki hipokrit ini.