Monday, July 13, 2009

Ironinya kehidupan

Tanggal 9 Julai, Hari Khamis malam Jumaat, jam 8.45 malam , saya menerima panggilan dari Datin Haiwazi (Kak g), katanya suami Kak Hazeha baru saja meninggal dunia dan dia minta supaya message di panjangkan kepada semua guru . Langsung saya teringat kata-kata kak Hazeha beberapa minggu yang lalu meminta saya supaya tidak bercerai. Katanya, "Tie , tak payahlah bercerai, If I, I cannot imagine losing my husband." Itu kata-kata Kak Zeha merujuk arwah suaminya yang baik. Saya pula....dapat suami yang tidak pernah menghargai langsung kebaikan saya, dimaki, ditengking, dipukul....there's so much different between her husband and mine. Memang susah untuk dia memahami keadaan saya.

Hari ini saya tidak dapat bayangkan bagaimana Kak Zeha hendak menghadapi hidup sebagai seorang isteri yang banyak bergantung kepada suami sendirian. I asked her to be strong.

Sebaik berita di terima , saya langsung menghubungi kawan2 yang lain dan terus bersiap kerumah Kakg untuk ke HKL.

Di HKL, Tizihan dan suami sudah berada menemani Kak Zeha. Sekurang2nya ada yang menemani Kak Zeha dalam keadaan sukar ini. At this moment Kak Zeha memang sangat memerlukan kami sementara menanti kehadiran saudara mara yang lain. Saya peluk kak Zeha, dia menangis. "T, I was in school and the nurse called me.I sempat mandikan dia. The doctor said there's something wrong with his lungs. While putting him on drips, half way he cannot breath....." I asked her to be strong. Saya minta dia redha. Memang sukar menerima kehilangan orang yang dekat dgn kita.Tambah-tambah orang inilah yang menjadi sahabat kita yang setia di waktu senang dan susah.

Saya keluar sebentar dari bilik mayat menunggu seorang lagi rakan agar dia tidak sesat. Tiba2 saya di sapa Pengetua yang bergegas datang. Belum sempat kak Chah (cikgu Kimia) berjumpa parking, jenazah sudah siap dimandikan. Saya minta Kak Chah terus ke masjid Taman Sri Rampai. Kami menyusul kemudiannya.

Sebaik sampai di Masjid. Lebih ramai lagi rakan-rakan yang saya hubungi. Saya menghadap betul2 di hadapan arwah. Sebaik penutup wajahnya dibuka, hati saya berkata, wajah arwah nampak bersih, putih bercahaya. Dari cerita kak Hazeha, arwah memang melayan dia dengan baik. Tidak pernah menengking, jauh sekali memukul isteri. Saya tidak dapat bayangkan kesedihan Kak Zeha .

Sebaik ramai saudara mara mulai datang, hampir jam 12.30 tengah malam, saya dan kakg meminta diri.Begitu juga Kak Chah yang datang bersama anaknya Nabila.Selepas itu baru perut terasa lapar. Rupanya saya tak sempat makan malam.Kami singgah makan sambil bercerita kisah penceraian saya.

Pagi esoknya, surah yasin dibacakan oleh semua warga SMKDTHO.Hari ini juga adalah HARI TERBUKA. Guru2 yang tidak sempat pergi semalam terus ke masjid. Saya pula perlu mengajar bagi kelas awal. Jam 9 pagi Kak G menelefon mengajak ke kubur. Arwah selamat disemadikan di tanah perkuburan Taman selasih, Gombak pada jam 10 pagi.

Hari ini...Kak Zeha sudah datang ke sekolah seperti biasa.Dia masih bersedih tapi berusaha untuk menjadi kuat. Mati itu sudah pasti cuma kita tidak tahu bila pulak masanya untuk kita.

Dalam kak Zeha meminta saya jangan bercerai, dia pulak terpaksa bercerai mati dengan suami tercinta. Bezanya bercerai mati lebih pahit dari bercerai kerana tersiksa seperti saya.


Alfatihah untuk Allahyarham Haji Hashim.
Untuk Kak Zeha. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.......hidup perlu diteruskan.