Saturday, July 11, 2009

Hari penceraian yang di nanti

Pagi itu.....saya dan suami pergi bersama ke mahkamah. Saya yang memandu. Kami bercakap seperti biasa. Sebaik sampai di mahkamah, suami laju berjalan meninggalkan saya di belakang. Dalam hati saya berkata, " dahlah tumpang kereta orang, pas tu jalan buat tak tahu saje...ahhh biarlah orang macam tu"

Dalam pada itu suami sempat menyindir saya...mana dia penyokong2 awak, saudara mara awak yang menyokong penceraian ini?..... "diaorang keje lah," balas saya. Sebenarnya saya tak meminta sesiapa pun datang kerana kali terakhir kami ke mahkamah, rakan saya terpaksa menunggu di luar, kali ini saya bimbang tempoh lebih lama menyebabkan mereka kena tunggu di luar lebih lama. kesian.

Di pendekkan cerita..kami dalam mahkamah. Rupa-rupanya kes disebut secara terbuka. Seronok betul dapat dengar prosiding mahkamah secara terbuka macam ni. Ini pengalaman baru bagi saya. Ada macam-macam kes yang disebut pada hari itu..ada kes poligami kahwin kat Narathiwat, kes penceraian di luar mahkamah dan macam-macam lagi. Lama betul menunggu giliran kami berdua.

Akhirnya nama kami di sebut. Suami pasti bangga kerana dia bertindak sebagai plaintif, konon-konon dia lah yang nak sangat bercerai dengan saya. Pada hal...disebaliknya dia memilih untuk bercerai sebab takut saya akan buat tuntutan fasakh kerana dia menumbuk saya. Kalau itu yang saya buat, semua keburukan dia akan disebut dan dia perlu mendapatkan peguam pulak untuk membela diri. Dia tak ada duit. Saya pulak..akan diwakili oleh doktor HKL dan polis sebagai saksi. Saya akhirnya bersetuju memohon perceraian bersama kerana saya tidak mahu mengambil masa yang lama untuk bercerai. Saya hanya ingin penceraian ini berlaku segera, saya dapat sijil cerai segera, dapat memohon pertukaran pun dengan segera serta membina hidup baru segera.


Berbalik kisah tadi... kami disuruh mengangkat sumpah. Kemudian suami ditanya tentang permohonan cerai dan dia mengaku ingin bercerai kerana tiada persefahaman. Saya juga ditanya perkara yang sama. Saya juga bersetuju. Di tanya tentang hak penjagaan anak. Kami juga bersetuju anak2 diserahkan kepada saya. Tentang nafkah anak2 juga suami bersetuju dengan jumlah yang ditetapkan.Naflah edah juga saya serahkan kepada suami dan dia bersetuju. Saya juga meminta suami membuat bayaran perbezaan kereta. Saya sebenarnya bodoh..saya telah membenarkan dia menggunakan loan kerajaan saya untuk membeli keretanya. Saya pulak terpaksa membeli kereta dengan menggunakan loan bank yang lebih mahal.Nak diambil balik kereta pun tak boleh sebab kereta dia dah banyak kali accident. Saya juga meminta semua bayaran dibuat secara potongan gaji.

Saya kemudian memohon hakim untuk melalui proses sulh sebab saya nak meminta jasa baik suami membenarkan saya dan anak2 menumpang di rumah dia untuk tempoh 1 setengah bulan selepas edah sementara menunggu cuti sekolah. Setelah ditanya suami, suami tidak membenarkan, sebaliknya meminta untuk menjaga anak untuk tempoh itu. Setelah memikirkan kebajikan anak2, saya bersetuju untuk keluar dari rumah tanpa anak2 selama tempoh 1 bulan lebih itu. Ayah mereka memang tidak kisah melihat kami anak beranak merempat tanpa rumah, tapi saya sebagai ibu yang melahirkan tidak mahu perkara ini berlaku. Perceraian ini sepatutnya menjadikan keadaan hidup kami anak beranak lebih baik. Saya tidak mahu merumitkan keadaan. Saya akan menumpang rumah kawan saya dan cuba menghabiskan masa sebanyak mungkin bersama anak dalam tempoh itu dan malamnya bermalam dirumah rakan saya.

Sebaik kata sepakat dibuat, hakim pun membuat keputusan, hak penjagaan anak2 kepada isteri, bayaran nafkah anak,edah dan yang lain perlu dibuat secara potongan gaji mulai bulan Julai. Saya lihat suami hanya mendengar tanpa membantah. Dalam hati berkata, "biar betul. kalau ye pun nak control baik..biarlah betul."

Hakim kemudiannya meminta kami bermaaf-maafan. Melihat suami diam, saya membuka suara walaupun saya tidak tahu saya hendak minta maaf untuk apa. Akhirnya saya berkata, 'Saya nak minta maaf kepada awak kerana tidak suka mak awak'. Suami pulak hanya berdiam diri menunjukkan egonya, menunjukkan baiknya. Kemudian saya pulak tanya dia...eh awak tak nak minta maaf ke?....kerana memukul saya, menengking saya, menghalau saya. Suami buat muka bodoh saja. Dia mesti marah saya menceritakan keburukan dia. Melihat keegoan dia...saya rasa seperti nak tergelak pun ada.

Dia kemudian melafazkan cerai begitu perlahan. Sebaik habis lafaz cerai, saya hanya tersenyum lega dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Sebaik disuruh menandatangani surat, dia cepat2 ingin berlalu tetapi dipanggil balik oleh hakim kerana belum selesai. Hakim akhirnya membuat keputusan kami bukan lagi suami isteri. Tidak ada kata yang dapat menjelaskan perasaan saya ketika itu. Ibarat satu batu besar yang baru beralih dari bahu saya. Mulai hari ini saya tidak ada hubungan dengan keluarganya lagi. Tidak ada sebab lagi untuk saya dipaksa berbaik dengan keluarganya semula. Saya rasa sangat ringan.

Sebaik tamat sesi, seorang pegawai polis wanita memanggil saya, katanya " bagus kau hentam dia macam tu . Padan dengan muka dia," Saya hanya tersenyum saja. Tak manis kalau saya membalas lebih2. Tambah2 dalam mahkamah pulak tu.

Perkara pertama yang saya tanya kepada pegawai disitu ialah bila saya boleh dapat surat cerai. Inilah tiket kebebasan saya. Inilah tiket untuk saya pergi kemana2. Ini juga tiket pertukaran saya. Kata pegawai disitu, dalam masa tiga minggu kami boleh dapatkan surat tersebut.


Di dalam kereta, bekas suami bersuara...eh hakim tu kata saya kena bayar nafkah mulai Julai...Saya tak nak bayar! Saya tergelak..kenapa tadi bila hakim cakap awak tak bantah? Sepanjang jalan kami bertekak.Dia menjerit2 hampir tembus kereta saya. Katanya hakim tu bodoh....entahlah.

Saya kini sedang melalui tempoh edah, masih tinggal dgn suami sehingga 3 bulan lagi. Siksanya menunggu masa untuk selesai. Saya tak sabar nak renovate rumah di Sungai Petani di Bandar laguna Merbuk yang lengkap dengan Rumah Kelab dan Sekuriti. Kawan2 minta saya tidak meninggalkan mereka. Memang saya sayang kawan2 dan tempat kerja tapi saya ingin kehidupan yang lebih perlahan dan keselesaan buat anak-anak. Kawan2 saya tidak akan hilang ke mana dan saya juga akan mendapat lebih banyak kawan di masa akan datang.

Saya sangat sangat bersyukur, Tuhan memudahkan saya bercerai kali ini dan memberi peluang kali kedua untuk saya memilih pasangan yang baru . Kali ini saya akan lebih berhati2 dan akan mengambil "my own sweet time' untuk berkawin kali kedua. Kalau saya selesa menjadi ibu tunggal, maka saya akan kekal seperti itu selama yang saya mahu. Serik pun ada jugak. Dalam pada itu saya tidak menolak jika jodoh saya sampai dalam jangka masa yang terdekat...jika bertemu orang yang sejiwa dengan saya, saya tidak akan menolak.