Saturday, November 28, 2009

HARI-HARI TERAKHIR DI SMKDTHO

Hari ini saya sudah berada di Pulau Pinang. Minggu-minggu terakhir saya di sekolah, saya bergelut menghabis semakan kertas Peperiksaan Akhir Tingkatan Empat. Satu kelas saja tapi punyalah seksa. Saya memang tak boleh buat kerja selagi tak tertekan...Pelik kan ?

Akhirnya saya buat keputusan untuk siapkan fail-fail panitia dulu . Siap saje file , saya taip pula minit mesyuarat PPSMI, Siapkan budget panitia untuk tahun depan, buat laporan program selepas PMR untuk dokumentasi sambil mengemas barang-barang saya....dalam masa yang sama buat tuntutan perpindahan. Banyak betul kerja yang nak dibuat.Tugas-tugas yang perlu diserahkan, saya serahkan. Hari khamis (19 November) saya berjaga menyiapkan tugas2 'marking". Jumaat , saya sudah selesai 'key in' markah dan buat post mortem untuk tahun depan. Horey....semua settle.

Dalam minggu ini juga, saya dikejutkan dengan hadiah2 istimewa dari kawan2. Happy habis sebab hadiah yang diberi memang sangat sangat saya suka....sebabnya:-
1. Saya memang berkenan jubah yang Fiza Kamisan pakai minggu sebelumnya. Memang saya puji habis....kena pula dengan wajah jelita kawan baik saya ni. Lepas tu...kak Chah pula saja bertanya, " Tie...you selalu kalau pakai baju saiz apa ye...sebab i tengok badan you cantik, kurus mesti saiz 38 atau 40. Saya pun tanpa apa2 pra sangka pun cakap lah "Biasanya i ambik saiz 38 "....
Tup tup...Fiza datang, " Tie...aku terpaksa bagi hadiah ni awal kat kau sebab kalau tak muat atau besar, aku boleh tukar..." Terperanjat saya , rupa2nya geng deret meja saya dah pakat beli jubah purple yang cantik utk saya. Pesan Fiza, "Hari Jumaat kau kena pakai tau , kami nak tengok. " Aduh saya tak terkata apa. Kata2 dalam kad yang diaorang tulis memang menunjukkan sayang yang banyak untuk saya...Saya...lagilah sayang kat diaorang ni.




2. Sebab kedua, saya ni berkenan set pisau giacomo yang Rosli beli...so kami ramai2 order kat Cik Ang. Tiba2 Sharifah Saliza (adik comel kuat ngusik saya ni) datang..."Kak Tie, ni yang Kak Tie order kan...ni hadiah dari Liza, tanda sayang Liza Untuk kak Tie.



3. Hari Khamis, saya sibuk ke hulu ke hilir, tiba2 bila nak balik ada hadiah kecil di atas meja. Rupanya set brooch yang cantik dari Puan Fauziah (Kak Ogy).

4. Jumaat tu saya dah pakai jubah cantik....jangan mare semua puji-puji (he he) Tiba2 geng cikgu BI...."Tie, kami dah beli hadiah kat you, ""sempat pulak diaorang ni mencari hadiah," fikir saya. Rupa2 nya..ada yang terdengar bila saya bersuara berkenan bekas bawang, brand 'Tupperware".H

Itu yang diaorang belikan...mahal tu! Paling best kata2 dalam kad. Buat saya tersengeh sendiri.....antaranya
"GO,SEE, CONQUER ONCE MORE"
"YATIE, MANY THINGS ARE DIFFICULT BEFORE THEY ARE EZ. YOU....YOU CAN DO ANYTHING, ALONG THE WAY THERE'S PATIENCE. TAKE CARE AND BE HAPPY"
"TIE, GONNA MISS YOU!! (YOUR CHITCHAT, YOUR SHOUTS! OUR OUTINGS, OUR NIGHTS ETC..."
Talking about "shouts"....Kak Liza Sharom (Pengerusi Baru)....terpaksa mendapatkan aura saya menjerit kat cikgu2 dalam bilik guru....."cikgu cikgu sila kemas meja sebelum bercuti.......hahaha saya gelak melihat telatah kak Liza...dalam masa yang sama LEGAAAA......tugas saya sudah selesai di sini...I AM SURE GONNA MISS YOU ALL...."

Di saat akhir...Yusmah datang dengan sebuah beg. Hadiah darinya ialah sehelai baju dan sebuah photo frame. Hadiah baju dari Yus mengundang tawa dari rakan-rakan, "Yus, ko ni nak suruh yatie pergi keja dengan baju ni ke gi disco...," Blouse dibawah ni memang bergemerlapan kalau di pakai. Ini hadiah dari Yus, dia tak sempat keluarkan tag baju sebab last minute shopping...pada tag tertulis harga RM59.90.  Mahal tu...........Thank you all from the bottom of my heart. 








Sunday, November 15, 2009

ARIANNA'S GRADUATION @ D' PALMA AMPANG








Hari ini....saya merasa sangat gembira dapat membawa Arianna pulang ke KL untuk bersama-sama rakan-rakannya menamatkan pelajaran di tadika Putera Puteri.... I know how much this meant for her. Saya mahu semua anak-anak saya merasa alam tadika, menamatkannya dengan fasih membaca dan melalui alam graduasi. Saya mahu anak-anak saya ada kenangan untuk di simpan ketika dewasa dan tidak merasa saya mengabaikan walau salah seorang dari mereka.

Kali ini graduasi Tadika Putera Puteri bertempat di D' Palma ampang....the same place I had my annual lunch with other teachers. Saya di tempat kan bersama VIP...Datin Khairani dan Datuk Roslan. Guru-guru yang mengetahui penceraian saya , memeluk dan memberi saya sokongan untuk meneruskan hidup seterusnya. Jasa mereka menjaga dan memberi kasih sayang kepada anak-anak saya tidak mungkin dapat saya balas di dunia ini. Teacher Mar, Nai, liza, wawa and the rest....THANK YOU VERY MUCH....FROM THE BOTTOM OF MY HEART.

Hari Anugerah Cemerlang Nursarah Arissa




Jam 3 ptg hari Jumaat ,saya sudah mula berada di dalam bas mengharungi perjalanan 4 jam ke Butterworth untuk berjumpa anak2 tersayang. Sebaik tiba , hati menjadi sayu melihat pipi Daniel lebam kerana terlanggar kerusi sejak selasa lalu. Kesian melihat buah hati pengarang jantung hati saya dalam keadaan begitu...yang mengubat kesayuan hanyalah setelah melihat telatahnya yang menerpa dan merangkul erat tubuh saya.Dia sangat aktif sekarang ni. Hari ini juga mendapat khabar Sarah akan menerima hadiah kerana pencapaian cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris. Tak sangka baru sebulan di sini , dia sudah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Saya percaya perkembangan pelajaran anak2 saya menjadi lebih baik kerana penceraian ini. Sarah mungkin lebih tenang.Begitu juga dengan saya . Insyaallah mereka akan menjadi lebih baik sebaik kami berpindah ke rumah baru nanti. Mudah-mudahan.

THIS IS IT- MICHAEL JACKSON



Finally three big fans of MJ (Me, Shan and Angie) got together to enjoy this man's final show.THIS IS IT......I just don't understand why everyone in the theater just kept quiet while I just felt like singing , clapping and waving my hands (just like in the real concert). We finally did. MJ is alive..............in my heart. It's just amazing seeing him there training for the coming concert. To me...He still live.

Sunday, November 8, 2009

ANNUAL LUNCH AT DE PALMA AMPANG




Datuk Musa (YDP PIBG) menyanyi bersama pihak pentadbir lagu TAK MENGAPA . Penuh Perasaan tu




Ini bersama mantan pengetua dan PK Koko




Posing bersama member tersayang




Persembahan cikgu-cikgu lelaki...dua tiga kerat je yang nyanyi, yang lain cuma memenuhkan pentas je...malu-malu kucing. Anyway sporting habis

Akhirnya....Jamuan Akhir Tahun berjaya saya laksanakan dalam suasana yang cukup istimewa. Walaupun pada mulanya everything doesn't go as planned but as it starts semuanya berjalan lancar.
Seperti yang saya agak....saya akan menangis, Maka itu yang terjadi. Dalam ucapan pembukaan lagi suara saya sudah tersekat dek kerana sebak dengan segala sokongan dan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan. Hampir kesemua rakan2 mengikut tema yang saya tetapkan..casual, biru putih dan jeans saya benarkan.Saya tahu mereka dah berhari2 shopping sakan untuk mengikut tema yang saya tetapkan.

Airmata saya tidak dapat di tahan-tahan lagi bila di akhir persembahan rakan-rakan naik ke pentas menyampaikan lagu dan menujukan lagu khas untuk saya dan pengetua yang akan berpindah. Kami juga di tarik naik ke pentas untuk sama-sama menyanyikan lagu tersebut...JANGAN ADA BENCI oleh CASEY (LAGU FAVOURITE SAYA) DAN KENANGAN YANG TERINDAH.

Semalam saya menerima message dari seorang rakan

"Congratulation for the wonderful and meaningful lunch. Hope you are still with us but as the song by samson said, "yang tertulis untukmu adalah yang terbaik untukmu ". May God bless you"

Sebenarnya saya telah menerima khabar gembira pertukaran saya dan lima orang guru lagi semalam. Majlis ini adalah merangkap majlis perpisahan untuk kami semua.











Wednesday, November 4, 2009

CINTA SAYA PADA RAKAN2 DAN SMKDTHO

Minggu ini adalah minggu yang sibuk buat saya. Selain terpaksa menguruskan perlaksanaan program selepas PMR, saya juga perlu mengadakan mesyuarat panitia saya, melaksanakan Jamuan Tahunan dan mendapatkan sponsor untuk majlis tersebut. Hujung minggu ini saya tidak akan pulang ke Butterworth kerana Jamuan Tahunan akan diadakan pada hari Sabtu ini (7 Nov).
Banyak yang ingin saya ceritakan. Kami baru saja mendapat pengetua yang baru yang ok jugak tapi Pengetua lama memang 'the best'.Minggu lepas guru-guru menghantar message kepada saya, ada yang menangis pengetua kena tukar. Kami sepakat buat rayuan kepada Pengarah.Di saat akhir, pengetua pujuk kami jangan teruskan niat. Mahu tidak mahu saya harus akur walaupun saya sangat yakin, saya boleh membuatkan pengetua tidak dipindahkan.Yang paling saya kagum kesepakatan rakan-rakan saya menyokong usaha saya.
"Sekitar majlis perpindahan pengetua. Saya berucap mewakili guru. Nak nangis rasanya, pertama kerana sedih pengetua bertukar, kedua kerana saya tak prepare text ucapan.....terlupa beb. Cakap dari hati lebih bermakna."
Kehebatan rakan-rakan saya bukan setakat itu saja. Minggu lepas juga saya dapat surat mengawasi MUET pada 7 November yang jatuh pada hari Jamuan Tahunan diadakan. Sebelum pengetua minta saya cari ganti, Kak Liza Sharom mendekati saya. Katanya, "T, akak rasa akak boleh tolong T jaga exam MUET tu. T pergi lah uruskan Jamuan tu."Entah apa lagi yang boleh saya katakan...memang saya sangat sayangkan rakan2 saya ni. Memang sporting habis.
"Ni gelek Hindustan ni....PK HEM (yang pakai baju pink) pun boleh tahan sporting."



Semalam kami stay back practise untuk persembahan pada hari jamuan. Yang saya kagum cikgu2 yang low profile dan tak pernah nak buat persembahan sangat sangat sporting ketika saya meneraju Kelab Guru dan Staf tahun ini. Lihat saja persembahan pada Hari Guru yang lepas...memang saya speechless. Di saat saya tersenyum melihat kesungguhan mereka, hati saya sangat kagum dengan semangat mereka membantu saya menjayakan setiap majlis yang saya kelolakan.
Tahun ini juga ramai yang menaja untuk cabutan bertuah . Kiranya saya tak perlu bersusah payah sangat untuk cari penaja. Yang sedekah kat kelab RM1000 pun ada.
"Gadis2 berbaju biru bersama kerusi biru dan back ground biru...ha ha"
Sejak saya umumkan tema pakaian baju putih, seluar jean biru atau skirt biru memang hampir setiap hari kami keluar bersama mencari baju putih. Akhirnya lepas tiga hari baru dapat.

Jumaat ini...keputusan pertukaran saya akan diketahui. Memang saya perlu berpindah ke Sungai Petani demi anak2. Di dalam hati ini.....hanya Tuhan yang tahu betapa saya sangat sayangkan SMKDTHO dan semua guru2nya. Walaupun ada seorang dua yang bermasalah dalam mengikut keputusan yang dibuat oleh saya dan orang lain tapi selebihnya kami ibarat satu keluarga besar. Baik ketika kematian, sakit, bencana,jamuan, aktiviti sosial (bowling, berenang, pot luck) semua memang sporting habis. Panggil je mesti datang. Saya pun sporting jugak sebenarnya.

Hari Sabtu ni saya akan berucap...saya yakin saya akan menangis.



Monday, November 2, 2009

To love and to be loved




I received an email from Margaret ( my momma), asking me whether I can meet them ( She and Tony) in KL on Friday October 30th. They planned to fly from Penang on Thursday and go back on Friday. I told them I normally go back to Penang every week but don't mind seeing them before leaving to Penang. I thought they were having a function in KL. Only then I was told that the reason of them coming to KL is only to see me....alllllll the way from penang to see me, I am so touched. Finally we made a plan to meet in Butterworth. I am very certain I'll get lost in the pearl of the orient , couldn't find my way out should I choose we meet in Penang.

We met on Saturday 31 st Oct at 1.30 p.m. The meeting was great. I told them my story. That was the only thing they were expecting from me. In the end, they concluded the divorce is the best thing to happen to me.It just can't be helped. My ex husband just loved his family more than me and my children....so why should I stay? Margaret and Tony had their own story to tell. I had good laugh listening to their stories. They really made my day.

Seeing the both of them ....I concluded they are made for each other. Both playful ...getting married at very young age..Tony 18 and Margaret 23, without anything..money, car. And now they have everything. I wonder ...and I begin to believe in THE POWER OF LOVE.



Seribu Pengalaman Hanya Dari Satu Perjalanan






Sedar tak sedar, sudah lima minggu saya berulang alik keButterworth melihat anak-anak yang ditinggalkan. Rindu di dalam hati tidak mungkin dapat saya tafsirkan setiap kali wajah anak-anak terlintas di ingatan. Ketiga-tiga permata hati inilah yang menjadi semangat untuk saya teruskan perjalanan hidup saya ini. Dalam setiap perjalanan saya berulang alik, saya kutip pengalaman di antaranya. Ada hikmah yang terbentang di hadapan dari kehancuran rumahtangga saya. Dari Kuala Lumpur ke Butterworth, dari Butterworth ke Kuala Lumpur......setiap minggu dari tarikh anak-anak ditinggalkan di kampung pada 27 oktober sehingga ke hari ini, saya masih berulang alik. Penat...........?? Tidak sama sekali! Hentian Kompleks,Hentian Duta, Puduraya, Seksyen 17 Shah Alam, LRT, Transnasional,Teksi....saya mula berkenalan dengan nama-nama ini. Perjalanan ini memang satu pengalaman yang indah, mengajar saya erti susah demi cinta yang mendalam terhadap anak-anak....."tak apa Tie", kata hati saya. Inilah pengorbanan seorang ibu ....saya ibu sejati, anak-anak adalah priority. Jika sebelum ini saya ibu yang sangat 'protective', hari ini saya belajar untuk mempercayai orang lain untuk menjaga anak-anak saya. Selebihnya saya tawakal memohon Yang Maha Esa menjaga anak-anak saya dari kejauhan ini.
Dalam perjalanan ini...lagu balik kampung nyanyian buah hati pengarang jantung hati saya , Arwah Sudirman Haji Arshad terngiang-ngiang di telinga.

Balik Kampung
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
( ulang dari mula )