Sunday, October 25, 2009

DAH BERCERAI SIBUK NAK RUJUK PULAK

Pada 28 September , setelah anak-anak dan saya meninggalkan rumah, saya menerima mesej dari bekas suami (insan pendidik)

"Awak patut bersyukur Tuhan tak tarik nikmat hidup.Orang lain teruk lagi musibah tapi tak ambik jalan singkat cerai berai."

Saya jadi pelik, siapa sebenarnya yang ,melafazkan cerai?
Beberapa hari kemudian, saya menerima mesej ini pulak,

"semalaman berfikir, penceraian ini melukakan jiwa kita dan anak. R/tangga runtuh harapan ingin bina semula asalkan berpeluang. Still perlu awak dan anak .sama-sama totally berubah, bakar memori hitam menjadi orang baru belajar bercinta dan mencinta semula.Tanya kata hati awak sendiri. Kesilapan kita alpa hakikat perkahwinan sibuk dan stress kerja dan anak sampai lupa nak upgrade hidup kita perlu sebenarnya masa berharga bersama tanya kata hati."

Saya forwardkan semua mesej itu kepada adik lelaki bekas suami ( ada sebab saya berbuat begitu). Saya mendapat balasan mesej begini dari adiknya,

" Betul le semua kata a. uyin tu! yang penting ingat le ALLAH tu maha mengetahui! Kalau tak kena kat dunia kat kubur nanti jawab le."

Rupa-rupanya bekas suami saya sudah memburuk-burukkan saya kepada semua keluarganya dengan mengatakan saya bercerai kerana ingin enjoy , curang dan macam-macam lagi. Yang jelas semua adalah fitnah semata. Hanya Tuhan yang lebih mengetahui kebenarannya. Saya malas untuk mempertahankan diri.
Kepada adiknya saya menjawab,


" Hanya orang bodoh saja akan balik kepada abang awak"

Kepada bekas suami, saya text kan,


"Semoga awak bertemu isteri yang secocok dengan awak. Cukup segala siksaan yang awak berikan kepada saya dan anak2".

Sejak menolak untuk rujuk, saya dihujani dengan mesej dari bekas suami yang menyelar saya. Macam-macam keburukan saya dikatanya. Peliknya kalau saya sejahat dakwaannya kenapa dia masih ingin rujuk dengan saya. Kata adiknya, abang dia hanya fikirkan tentang anak2 saja (maksudnya dia ingin rujuk kerana anak2 dan bukan kerana masih sayangkan saya.)
Persoalannya kalau dia fikirkan tentang anak2 ,


1. kenapa semasa saya ingin membatalkan penceraian dan sanggup menyembah keluarganya demi anak2, dia pulak beria2 nak bercerai?
2. Kenapa tidak fikir tentang jiwa anak bila bergaduh depan mereka?
Kemudian, dia cuba mengambil tindakan mahkamah pulak terhadap saya. Saya sudah malas berfikir. Kepada bekas suami saya katakan, "buatlah apa saja".

Selepas itu, saya menerima mesej ini yang menunjukkan dia menderita hidup tanpa saya,

"Aku cerai pasal memang itu yang kau nak. Masa aku nak rujuk tu aku memang perlukan kau, masih sayangkan kau, rindu kat kau, kesian anak. Siapa tak buat silap sebab tu aku nak kita totally berubah. Aku boleh ikut kau. Tapi aku tetap hormati pendirian kau. aku terima dah hakikatnya sebab tu jiwa aku lebih tenang. Aku nak kata masa tu aje bukan situasi kini sambung lagi masa tu aku rasa lost tiap masa aku harap kau muncul. Bodohnya aku rindukan kau baju kau yang belum berbasuh jadi peneman kau tak ingat masa bercinta dulu aku buat benda sama simpan baju kau tapi sekarang aku okey dah."

Dari adiknya saya mendapat tahu lebih banyak lagi fitnah yang dia taburkan tentang saya kepada keluarganya.Dia menuduh saya curang hanya kerana menegur seorang rakan sekerja ketika dia ada disebelah. Orang mengorat saya pun, saya juga yang curang.
Entahlah........perempuan 'jahat' ini yang masih digilakannya??????????
Saya malas melayan dia lagi walaupun sms dari dia tak berhenti saya terima. Apa yang ada di kepala saya hanyalah kerja dan selebihnya setiap minggu saya akan berada di kampung menatap wajah anak2 yang dirindui.


KEPADA BEKAS SUAMI DAN KELUARGANYA.....KATALAH APA YANG NAK DIKATA. SEMUA FITNAH YANG DI TABURKAN KEPADA SAYA,AKHIRNYA AKAN KEMBALI KEPADA MEREKA SEMULA. SAYA SERAHKAN KEPADA ALLAH UNTUK MEMBERI BALASAN YANG SETIMPAL.....SAYA TIDAK MUNGKIN KEMBALI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUARGA MEREKA LAGI. MATI HIDUP SEMULA PUN SAYA TIDAK AKAN KEMBALI.