Sunday, February 8, 2009

Lagu 'Hanya Kau yang mampu' ini menjadi nada dering telefon bimbit saya walaupun saya hanya tahu menyanyikan beberapa baris saja dari lirik lagu ini . Selebihnya saya tidak pernah ambil tahu. Namun beberapa malam yang lepas saya cuba memahami lirik lagu ini dan baru saya sedar lagu ini amat kena dengan kenangan cinta saya yang lalu. Kisah cinta saya dan dia yang berakhir dengan saya terus menderita meratapi kematian insan yang paling saya cintai sehingga ke hari ini . Hanya dia saja yang mampu menakluk hati saya dan kerana terlalu mencintai insan inilah, Allah memberi ujian yang cukup berat ini.....dengan mengambil hakNya semula. Lagu ini menceritakan segala perasaan saya walau setelah 17 tahun berlalu. Menyanyikan lagu ini saja sudah cukup untuk membuat saya menjadi sebak
HANYA KAU YANG MAMPU-AIZAT
Ku cuba redakan relung hari
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta oooohhhhhh….
Aku cinta ooooooo…..
Aku cinta oooohhhhhh….
Aku cinta ooooooo…..

Saturday, February 7, 2009

Dari Panas Ke Hujan

Ku sangka panas sampai ke petang , rupanya hujan di tengahari....begitulah perumpamaan yang dapat saya gambarkan keadaan saya hari ini apabila Pengetua memanggil saya dan memaklumkan bahawa saya diperlukan di sesi pagi untuk mengajar pelajar tingkatan tiga dan lima yang akan menduduki peperiksaan. Aduh....pening kepala saya jadinya kerana setelah memindahkan Sarah ke sekolah sebelah , tiba-tiba saya harus ke sesi pagi pulak dan Sarah pulak berada di sesi petang. Habis sebelah paginya, kat mana pulak saya nak hantar anak saya? Siapa pulak yang akan menghantar Sarah ke sekolah agama dan bagaimana pulak dia akan ke sekolah kemudiannya. Dalam keadaan ini, andai sekali pun saya mempunyai pembantu rumah, pembantu rumah pun tidak dapat menyelesaikan kerumitan ini.Pembantu rumah bukannya boleh jadi 'supir' menghantar anak saya ke sana sini.

Saya sudah memikirkan beberapa penyelesaian tapi sudah tentu ianya tidak mungkin sebaik saya berada di sesi petang dan menguruskan anak-anak saya sendiri di sebelah pagi.

Minggu ini adalah minggu yang cukup memenatkan dengan semua urusan pencarian peserta untuk sukan tahunan dan pengurusan sebelum acara merentas desa. Semalam baru berakhir acara merentas desa dan minggu depan saya di kehendaki ke Stadium Bukit Jalil untuk menjadi pengacara majlis sempena kejohanan MSSKL.Dalam masa yang sama saya perlu menjadi guru pembimbing kepada dua guru praktikum dari Universiti Terbuka Malaysia.

Apa nak jadi, jadilah . Saya nak buat kerja saya dengan tenang dan satu persatu . Mungkin sudah tiba masanya untuk saya mula mengarah orang bawahan saya untuk membuat kerja2 ketika ketiadaan saya. Kalau saya tak buat macam tu saya bimbang saya akan pengsan kepenatan.