Monday, January 28, 2008

Sejenak bersama Allahyarham Tan Sri Megat Junid

Dalam kesibukan yang tak terhingga , sekilas terpandang di dada akhbar, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub telah kembali kerahmahtullah. Memang berita ini mengundang kejutan buat saya. pantas teringatkan kenangan sejenak bersama Allahyarham ketika menjadi guru tuisyen Julia , anak perempuan allahyarham .Entah tahun apa ya ? 1997 atau 98...tidak saya pasti. apa yang pasti, Julia memang anak yang comel .Geram tengok dia yang berkulit putih kemerahan seperti allahyarham .Rasanya masa tu umur dia baru 5 tahun .Cerdik sangat tapi banyak ngilatnya bila waktu tuisyen. Sakit perutlah, laparlah...macam-macam alasan dia, membuatkan saya rasa tidak sampai hati untuk meneruskan pengajaran kalau dia dalam kelaparan. Biasalah budak kecil . Budak secerdik dia, rasanya tidak memerlukan seorang guru tuisyen. Memang adalah satu cabaran untuk mengajar Julia, bukan sebab apa, tapi sebab kebaikan ibunya Ziela dan Allahyarham yang sering mempelawa saya makan di rumah mereka.Dalam hati pulak terdetik juga "ini nak suruh bagi tuisyen kat Julia ke nak ajak makan aje".Julia pulak pantang ditanya, nak makan ke, ye saja jawabnya.
Allahyarham dari kaca mata saya, seorang yang cukup 'humble', very down to earth...sangat-sangat merendah diri. Rasanya sebab itu agaknya Ziela terpaut hati pada beliau walaupun jarak usia yang agak berbeza. Dan Ziela Jalil yang saya kenali dalam waktu yang singkat ini adalah seorang yang dikurniakan kecantikan semulajadi dan kebaikan hati. Sama seperti Allahyarham,Ziela juga seorang yang cukup humble dan tidak sombong.
Allahyarham sangat suka bercerita. Pada ulangtahun perkahwinan Allahyarham dan Ziela, saya yang sedang memberi tuisyen kepada Julia dijemput meraikannya bersama. Segan sangat rasanya masa tu sebab saya ingat memberitahu Ziela yang saya hanya berjeans pada hari itu, very casual dan untuk mengadap YB Datuk Seri ketika itu rasanya tak sesuai sangat tapi Ziela 'insisted' dengan mengatakan Datuk Seri jemput. Ingat lagi masa tu, hanya ada Ustaz Julia, Datuk Jins dan isteri serta dua orang kawan Datuk Seri masa tu. Datuk Seri menyapa saya bertanyakan dimana saya belajar, saya katakan saya dari Universiti Malaya.Dan menurut Datuk Seri dia juga dari Universiti Malaya sejak tahun 1970an. Rupanya Datuk Seri juga bekas seorang guru. Kemudian dia diperlawa oleh Tun Dr Mahathir menyertai politik. Kata Tun Dr Mahathir, kalau dia sebagai orang Melayu tidak menolong orang Melayu , sapa lagi yang nak tolong. Masa tu menurut Allahyarham Datuk Seri dia sebenarnya tak bersedia nak masuk politik sebab nak tunggu pencen dulu, tapi sedar-sedar nama dia dah tak ada sebagai guru , dah tukar jadi setiausaha politik Tun Dr M. Dan sejak dari itulah hidup dia jadi tidak tentu arah sebab perlu selalu 'travel' balik sampai malam-malam buta. Semuanya demi berbakti kepada anak bangsa. Dari cerita beliau lagi, saya sudah terdetik di hati....Tun Dr M dan Datuk Seri Megat adalah mereka yang ikhlas berpolitik. Tidak ada niat gilakan kuasa.Semua nya dilakukan semata-mata demi anak bangsa.

CERITA HANTU DARI ALLAHYARHAM

Dalam pada sibuk mengikuti Tun Dr M, Menurut Allahyarham juga , dia selalu juga kena kacau dalam perjalanan pergi balik utara ke selatan. Sekali tu katanya lagi, dia dah tak tahan sangat bila sampai saja di kawasan Templer Park, bau wangi mula menusuk hidung dia. Oleh kerana dah tak tahan, Allahyarham pun berhentikan kereta, lepas tu buka pintu luas-luas dan menjerit pada hantu-hantu yang nak mengusiknya....siapa-siapa yang ada dalam kereta dia di suruh keluar dengan segera.Kelakar pun ada bila mendengar cerita Datuk Seri, takut tu jangan ceritalah. Sebab cerita Datuk Serilah, saya terpaksa tunggu Datuk Jins untuk balik ikut belakang kereta dia. Tahu-tahu sajalah rumah Datuk Seri masa tu di Bukit Antarabangsa memang gelap gelita bila waktu malam.
Dan paling tidak dapat saya lupa komen Datuk Seri pasal cerita liar yang mengatakan beliau berkawin satu lagi. Katanya'One is not enough, two is just nice BUT three will be too crowded". Kata-kata itu sudah menjelaskan pendirian beliau ketika itu tentang poligami atau mungkin cinta Ziela sudah cukup melengkapi hidupnya.
Al Fatihah buat Tan Sri Megat Junid. Semoga keikhlasan Allahyarham Tan Sri memperjuangkan nasib bangsa akan mendapat pahala yang berganda dan menjadi bekalan di sana.