Sunday, December 14, 2008

A wedding and Sinbad Theater

Semalam adalah hari yang agak sibuk.Daniel was having bad cough, so we brought him to see Dr Hasni, our family doctor who is among the best doctor in Wangsa Maju. Hari ini juga ada wedding. My friends ( a teacher and a staff worker) in my school are getting married.Jodoh tersurat mereka bertemu jodoh di tempat kerja yang sama. Langsung teringat zaman saya dan suami, kami duduk sebelah menyebelah.Dari cerita kawan2, suami sangat pendiam dan jarang berbual dengan guru wanita yang bujang tapi mungkin hati suami dah terjatuh cinta pada saya, jadi mulut dia langsung jadi ramah, dah tu pandai buat kelakar pulak.

Tentang rakan lelaki saya ni, saya sendiri tidak perasan masa bila dia bercinta dengan isterinya ini sedangkan kami duduk sebelah menyebelah. Rupanya mereka ni dah pernah putus hubungan tapi bersambung semula. Kalau sudah memang jodoh. Sebenarnya saya sendiri tidak pernah lihat bakal isterinya sebab dia bertugas di bilik komputer sekolah. Ketika satu mesyuarat yang melibatkan semua guru dan staff, saya berpeluang melihat orangnya.
Memandangkan Daniel kurang sihat , hubby mencadangkan saya saja yang pergi dengan anak2. Selepas wedding, saya dan anak2 ada agenda lain iaitu untuk menonton teater Sinbad di Istana Budaya. Puas menanti kedua mempelai tiba, saya hampir kesuntukkan masa. Dari jauh, pelajar2 saya yang menjadi budak kompang melambai2 kearah saya. Lama setelah saya dan anak2 menanti, saya mengambil keputusan untuk terus saja ke Istana Budaya kerana tiket masih belum diambil dan Juni , kawan saya sedang menanti bersama kedua anaknya Arissa dan Arianna.

The show was good. Rupa2nya beberapa orang anak kawan Juni terlibat dalam pementasan teater tersebut. Anak2 saya dan Juni yang mempunyai nama yang sama enjoyed the show very much.Here are few pictures taken there. Kami dapat tempat atas sekali sebab hanya itu saja tiket yang tinggal but the view wasn't bad at all.
My Arianna (5) and Juni's Arianna (6)
My Arissa (7) and Juni's Arissa (8)
The Ariannas and Arissas

Friday, December 12, 2008

Zaman kecil saya

Pejam celik pejam celik masa berlalu begitu pantas sekali. Sedar-sedar, hari ni dah masuk hari ke 12 bulan Disember.Cepatnya! Cuti sekolah pun hanya tinggal beberapa minggu saja lagi , justeru saya harus menyiapkan diri untuk mesyuarat2 yang menanti dengan azam yang lebih tinggi untuk memperbaiki diri .

Not like those days, ketika zaman saya bermain di laman rumah, masa terasa bergerak begitu perlahan sekali.Setiap detik zaman kanak-kanak saya bermain jelas dipandangan. Dengan menjadi hanya dua orang anak perempuan di rumah, hanya saya sahaja yang tidak lekat di rumah pada usia 5-12 tahun. Pantang tinggal di rumah, ada saja rakan2 sebaya saya yang datang memanggil mengajak bermain.Ketika berusia lima tahun, saya sudah ke sekolah tadika. Kalau tadika di kampung, kami balik sesuka hati. Macam biskut chipsmore, kejap ada kejap tak ada, cikgu pun tak kisah.Kebetulan cikgu Rosnah adalah kenalan emak saya. Maklum mak sangat aktif dalam politik, jadi emak selalu di pandang tinggi dan menjadi rujukan kepada rakan2 dan jiran tetangga.

Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, kami memang selalu berpindah.Rumah di Bagan Dalam adalah rumah keluarga yang di diami oleh nenek dan datuk saya, rumah yang lain umpama hotel sementara yang disewa.Hanya baru-baru ini,Halim adik saya yang menjadi pegawai Hal Ehwal Pelajar di UITM Melaka memberitahu zaman masa dia kecil, setiap tahun dia bersekolah di sekolah yang berbeza.Kami memang suka mengimbas zaman kanak2 dan bila berkumpul baru kami sedar kehidupan kami yang berbeza. Saya pula tinggal di asrama sejak tingkatan satu, jadi berapa kali keluarga berpindah sekali pun , bagi saya tidak ada bezanya. Yang seronoknya cuma bila sesekali saya pulang bercuti sekolah, saya akan berada dirumah yang berbeza. Sebenarnya kebanyakan rumah2 yang kami duduki adalah rumah yang dibeli oleh ayah dan sesetengahnya kami berpindah kerana ayah berpindah cawangan tempat kerja setelah pulang dari luar negara.Ayah adalah bekas General Manager di Malayan Sugar Of Manufacturing.

Berbalik kisah tadika tadi. Saya juga pernah di hantar bersekolah tadika disebuah sekolah Inggeris. Saya masih ingat cikgu saya seorang perempuan 'mat saleh'. Hari pertama saya ke sekolah dia tanyakan nama saya, "What is your name dear?". Saya jawab ,"Nor Hayati". Suara saya begitu halus, dia tidak dapat memahami apa yang saya sebut.Beberapa kali saya sebut tapi yang di dengarnya,"Nor Hayam". Boring dengan keadaan itu, saya akhirnya menganggukkan saja. Esoknya,seorang budak lelaki nakal kelas itu bertanya kenapa nama saya begitu..macam nama ayam sambil dia berkokok sekuatnya mengejek saya. Geram bila memikirkan keadaan itu tapi saya sempat menjelaskan nama sebenar saya.Kalau saya jumpa budak tu sekarang, rasanya saya akan cekik saja dia.

Waktu saya baru masuk darjah satu juga amat jelas dalam ingatan saya. Saya ke sekolah Convent Butterworth dimana pihak atasan sekolah terdiri daripada paderi2, sisters , fathers dari Eropah. Semuanya orang-orang putih.Mereka mungkin pentadbir tertinggi di situ sebab setiap kali majlis, mereka yang akan menyampaikan hadiah.Sekolah saya juga pernah menerima kedatangan tetamu dari Disneyland.Masih terbayang lagi kecantikan Alice in Wonderland, Snow White dan Cinderella.Kami tidak perlu ke LA untuk menyaksikan semua itu, mereka yang didatangkan khas ke sekolah.

Ketika mula masuk darjah satu, ayah telah belikan sebuah beg peti untuk saya.In fact, semua adik beradik yang bersekolah ada beg peti.Beg saya adalah yang paling kecil setanding saiz badan saya.Saya masih ingat pada hari pertama persekolahan, ketika saya lalu di hadapan rumah jiran2 untuk kesekolah. Mereka menegur dan mengusik saya,"Wah, cantiknya beg dia.Nak pergi mana ni Atie, macam nak pergi haji aje."Saya ingat saya membalas dengan begitu yakin sekali,"Tak! nak pergi sekolah." "Darjah berapa ni?, saja mereka menduga saya."Darjah satu," jawab saya dengan bangga.Itu cerita di rumah. Disekolah pulak, saya masih ingat kakak saya menepis tangan saya kerana cuba menarik tangan dia yang sedang berdiri tegak menyanyikan Lagu Negaraku. Saya masuk darjah 1A dan kemudian 2A,3A, 4A, 5A dan 6A.Saya tidak pernah dapat nombor 1 pun sebab itu kelas terpandai. Budak2 kelas tu dari golongan anak2 orang kaya dan bijak2.Kawan2 saya ni kadang2 saya pun tidak pasti apa etnik mereka, macam muka orang putih pun ada, macam serani pun ada. Entahlah. Nama2 mereka pun masih kuat di ingatan saya. Rakan2 baik saya adalah seorang budak miskin India Muslim bernama Mariam yang selalu saya kongsikan makanan saya dan seorang budak cina bernama Khaw Suan Choo. Hubungan kami terputus bila saya diterima masuk ke sekolah berasrama penuh.

Terlalu banyak yang ingin saya ceritakan. Semuanya cukup manis untuk dikenang.




Sunday, December 7, 2008

Short Vacation During Long Hols




My hubby and I finally decided to to go for a short vacation before his coming SPM marking meetings on the 3rd, 4th and 5th December. The first week of school's holidays had passed without much outing done.We had had restless week before that with me completing my final job with marking the exam papers and key in the marks and hubby attending his PTK DG44 exam courses in Malacca.

I had a bigger plan earlier..to go to Sabah. My hubby have a friend there, so I decided why not we visit him and his family.After a long thought, we decided to go somewhere nearby. After all his friend is also coming back to KL. Hubby then suggested we go to Malacca.I have no reason to reject as I wanted to visit " Mini Malaysia ' again. I just couldn't remember when was the last time I visited that place.It's been very very long, more than 10years back. I just love old 'papan' house.We stayed two nites in Malacca and then went down to Alor Gajah visiting my brother in UITM, put up one nite there and came back the day after that.Oh yeah, we dropped by at Nilai 3 windowed shopping on our way back to KL .I just wish we can travel more days but hubby needs to go back. He got appointment with his students to return their text book. Really kacau our sweet wonderful time.

The mini Malaysia was not well maintained but we still had an enjoyable time there.

Add Image